When I talk about Marathon : WATERGATE SIXTEEN HOURS, PUTRAJAYA.



Hujung 2018 di suatu malam yang sunyi. Aku dirasuk/dijebak satu entiti tak dapat dikenalpasti.Tidak semena-mena aku telah mendaftar/bayar untuk sertai larian marathon 16 jam, minimun kena lengkapkan 50km.

Sebenarnya 10km pun aku tak pernah cuba. Jadi, bilamana aku masuk untuk minimum 50KM, maknanya sekaligus aku dapat cuba 10km yang pertama, 20 km yang pertama dalam hidup, 30km, 40 dan 50 km. Secara pukal lah senang cerita, tapi tu la..nak settle kena perah air peluh bukan air liur.

Yang bagi semangat nak join pertamanya sebab ada member, kalau sorang-sorang join mungkin akan banyak teringat pada kunci kereta dan rindu memberat kepada sofa kat rumah. Keduanya sebab format loop, boleh manage masa yang diberikan mengikut kesesuaian individu.

Dan boleh makan-makan jugak

PROLOG: Aku datang awal. Bila parking je kereta aku pun bukak spek mata nak lap. Tiba-tiba dengan tenang spek mata aku patah bingkainya. Spek mata ni memang memilih hari yang paling tak sesuai untuk patah. Dia tak memilih untuk patah depan shopping mall, tapi memilih untuk patah masa aku nak marathon. Nice.

Tapi usah khuatir. Memandangkan company tempat aku kerja ada bagi bajet untuk optical, jadi aku memang rajin tukar spek untuk utilize bajet tersebut, maka kat seat belakang ada spek back-up.Lega.lega.

 Marathon start pukul 830. Aku makan burger cheese daging disirami air fresh orange (orang belanja).Sambil makan bersembang dengan Din dan Amir yang sudah berpengalaman dalam bidang ni, aku cungkil sikit idea-idea untuk menamatkan marathon dan amik tahu jugak pasal format dan peraturan.

10KM : Ni kiranya testing pace dan lawat kawasan dulu. Secara kasarnya laluan boleh hadam, ada dua bukit yang mengusik perasaan tapi masih boleh dibawa berbincang baik-baik.
Memang steady la move tak henti untuk 10km. Tapi aku bisikkan kat otot aku supaya dont get too excited, tahniah untuk 10km pertama tapi bawak bertenang sebab malam masih remaja.

20KM : Menamatkan 20km (dalam kul 11-1am lupa dah) aku dah boleh berkenalan dengan otot-otot badan aku. Mereka dah mula menegur dan bercakap-cakap dengan aku, aku balas sapaan mereka dalam hati. Taknak otot merajuk awal aku pun rehat dulu, lagipun kalau diikutkan timing, still on track.  Tengok live score pun Liverpool tengah leading, aku jadi bersemangat sikit, nampak brader pakai jersi Liverpool tengah berlari aku jerit "Liverpool menang woi".



25-30KM : Aku berhenti dan baring jap sambil sempat tengok highlight kemenangan Liverpool 4-3. Pastu terlelap 10 minit lebih kurang. Bangun je tidur aku cari Din untuk meneruskan perjuangan. Sempat lah makan kudap-kudap sikit, sambil pekena air gedegang se-tin, tapi yang mesin ni tak berapa gedegang bunyinya, hampir tak berbunyi.

Sempat makan bubur nasi dengan sup ayam.

40KM : Ni fasa yang paling menduga zahir dan batiniah. Aku memang taknak push sangat sebab ni pertama kali nak bersuai-kenal. Training pun tak mantap. Macam kita baru first date dengan makwe, jangan terus sembang pasal khemah kahwin. Aku dah beberapa kali berhenti di bus stop mengira-gira kudrat. Fasa ni aku dah start pasang lagu Awie Live unplugged 1995 sambil turut bernyanyi...ohhh mengapa aku, dilukaii.
didusta..dipenjara begini..oh cinta, manisnya jika tiada..rahsia..antara kitaaaa. Terhibur jugaklah hati ini.

 Sempat makan dadih coklat.



50KM : Menjelang 50KM ni azan subuh dah berkumandang, berhenti dulu lah dengan larian berbaki 5KM. Din time ni dah selesai dan solat dengan tenangnya. Aku tak terus habiskan larian, taknak rush sangat sebab takde apa pun yang nak dikejarkan, bini pun takde call-call suruh balik.

Sempat makan nasi lemak (sambal sedap) dengan lempeng.

Teruskan 5KM terakhir sambil menikmati pemandangan matahari terbit.

Epilog: Lepas tamat Marathon aku cari Din. Rupanya dia dengan Amir layan tidur beralaskan karpet ditemani seekor kucing garang. Kucing tersebut sempat gigit medal dan tangan Amir. Sebelum pulang, sempat lagi berselfie-sama dengan medal dan T-shirt finisher. Secara keseluruhannya, berpuas hati dan berterima kasih kepada Din, Amir, semua peserta dan organizer kerana memberi sokongan.


Note: Kena kuatkan muscle.


Orang selalu suruh tutup pintu dan tingkap bila sudah masuk maghrib. Aku takde masalah pasal tu, cuma bila disuruh tutup tu orang akan cakap tujuaannya supaya setan tak masuk.

"Tutup pintu dengan tingkap tu, dah maghrib kang setan masuk".

Benda ni aku dah dengar sejak abad-abad yang lalu. Tapi bukan ke kalau setan tu nak masuk memang dia akan masuk jugak, setan bukan macam manusia nak masuk ikut pintu, bukan macam kucing nak masuk ikut tingkap, setan ni badan manusia pun dia boleh masuk, kan?

Kau rasa?
Bila nak berterus terang atau direct , kebiasaan orang akan menggunakan frasa yang aku rasa tak perlu pun, seperti!

"Ni aku jujur dengan kau..."

"Sejujurnya lah kan..."

Sebab ini membuat aku mempertikaikan segala perkara yang dikatakan sebelum ini tanpa frasa sebegini disebut, adalah separa jujur, tidak jujur atau ..sejujurnya memang kita takkan tahu.
SIRI BERCAKAP DENGAN PELARI : AZURA ABU

Sejak tahun 2018, aku semacam ada sedikit obsesi dengan larian atau marathon. Atau pada skala kecil mungkin jogging. Cycling pun aku minat jugak. Senang kata, aktiviti yang berkait dan seumpamanya lah. Pada kefahaman aku sendiri pun, aktiviti begini sangat bermanfaat kerana otak dan tubuh badan bersahabat akrab, kalau badan lesu otak pun turut buntu. Formula badan cergas otak cerdas ada kebenarannya bukan sekadar gimik iklan air minuman ye tak.

Disebabkan minat, aku nak buat macam yang Tamar Jalis buat Siri Bercakap dengan Jin tapi ni versi bercakap dengan pelari. Mangsa pertama aku ialah seorang yang bernama Azura Abu (bukan nama glamer tapi nama sebenar).


- Fnd: salam Azura
- Fnd: kahkah Azura
- Azura Abu: Wslm..
-Azura Abu: Hahaha
-Azura Abu: Salam Jumaat
- Fnd: ada ke org panggil kau Azura
- Fnd: kau tak macam Azura
- Azura Abu: Ada je
- Fnd: oo
- Azura Abu: Kan nama aku
- Azura Abu: Hahaha
- Fnd: kah kah
- Azura Abu: Apa daaaaaa...
- Azura Abu: Haaa...nak tanya nih
- Fnd: patut aku yg nak tanya kau
- Azura Abu: Mimpi apa tetiba mintak no tepon?
-  Fnd: oo
- Fnd: nak pinangkan kau utk adik aku
- Azura Abu: Kahkahkahkah
- Fnd: kahkahkah
- Azura Abu: Kelakat
- Azura Abu: Kelakat
- Fnd: tapi tu lah..adik aku perempuan.
- Azura Abu: Kelakar
- Azura Abu: Tgk taipo
- Fnd: yg lelaki pun dah kahwin
- Fnd: so sebenarnya...
- Fnd: kelakar sampai typo tu sebenarnya berdebar lah ye tak
- Azura Abu: Tak
 - Azura Abu: Sbb mmg selalu taipo
 - Fnd: ok
 - Fnd: disclaimer: kalau kau ada masa nak reply, kau reply..kalau takde boleh reply bila2 masa seblum 2030.
 - Azura Abu: Hahahaha..ok
 - Fnd: sebenarnya sejak akhir2 ni aku ada separa obsesi sikit kat marathon, larian, atau skala kecik jogging
 - Azura Abu: Bagus
 - Fnd: mcm minat tpi bukanlah aku betul2 mengerjakannya
 - Fnd: mcm minat bola, suka tgk bola , baca pasal bola, gaduh pasal bola
 - Azura Abu: Takpa, at least ko buat jugak dari tak buat langsung
 - Fnd: so aku mcm nak buat mcm tamar jalis tu, sesi bercakap dgn jin
 - Fnd: tpi bercakap dgn pelari la
 - Fnd: sekadar suka2.
 - Azura Abu: Hahahaha..
 - Fnd: boleh masuk dlm blog utk arkib
 - Azura Abu: Aku buleh jadi supporter ko
 - Fnd: sejak bila kau minat berlari-lari ni?
 - Azura Abu: Panjang ceritanya
 - Azura Abu: Aku ko tabah la baca
 - Azura Abu: 1) mula-mula join larian jambatan sultan mahmud sekadar suka-suka
 - Azura Abu: 2) masuk yg fun run
 - Azura Abu: Lepas tu aku tgk anak sedara aku buleh medal, aku tercabar dan dengki, masa ni tahun 2015. Aku cakap tahun 2016 aku nak join yg 12KM sbb nak medal..
 - Azura Abu: 3) sejak dari tu, aku join larian yg ada kat terengganu ni sbb nak kumpul medal tapi mmg tak training, masa tu pun lari sekadar suka-suka
 - Fnd: kau memang menetap di terengganu ke?
 - Azura Abu: Yep
 - Fnd: apsal aku pernah jumpa kau kat port klang?
 - Azura Abu: Sbb masa tu aku kerja sana. Then penghujung 2011 aku resign balik kg sbb family matters.
 - Azura Abu: Sambung cerita
 - Fnd: maknanya, bermula dari hasad dengki kau kat anak sedara..kau makin kerap masuk larian ..
 - Azura Abu: Tu salah satu sebablah. Bila aku tgk medal aku makin byk, aku gembira.
 - Azura Abu: Hahahaha..
 - Azura Abu: Lepas tu jumpa mbr skolah aku yg sama2 terjerumus join larian jugak, jadi ada geng
 - Fnd: yer..kalau ada geng lagi sedap
 - Azura Abu: Kira 2016-2018 tu lari sbb nak medal
 - Azura Abu: Start ogos 2018, aku tgk virtual run mcm best..so sept 2018 adalah 1st time aku join VR..
 - Fnd: laa..baru lah lagi
 - Azura Abu: Yaaa...
 - Azura Abu: Utk VR mmg baru lagi sbb baru beli tepon. Tepon lama dah arwah. Tu yg makin semangat join VR.
 - Fnd: kah kah
 - Azura Abu: Sebelum tu, mei 2018,
 - Fnd: banyak selfie sampai arwah tepon dibuatnya, sakit jantung kut.
 - Azura Abu: Kahkahkah..mana ada. Storage kecik, game lagi, gambar kucing byk laa..
 - Azura Abu: Sambung cerita
 - Fnd: sambung...sambung...
 - Azura Abu: Mei 2018, aku jumpa seorg kakak ni masa tgh shot Marang Swimathon. Dia tegur aku.."awak ni athlet ke?"
 - Fnd: wow
 - Azura Abu: Aku cakap tak, tapi aku byk join larian suka-suka..
 - Azura Abu: Sbb dia kata body aku fit dan tak macam org umur 30-an-an..
 - Fnd: ek..aku ingat kau muda drpd aku
 - Azura Abu: Then, dia ceramah aku kaw-kaw..dia suruh aku serius, lari utk naik podium bukan suka-suka lagi, ada matlamat..
 - Azura Abu: Coming soon 35 next week.
 - Azura Abu: Kahkahkahkah
 - Fnd: bapaklah
 - Azura Abu: Terkesan gak la sikit dgn kata-kata kakak tu..tapi masa tu aku tak serius sgt lagi..
 - Azura Abu: Hahahaha..
 - Azura Abu: Kakak tu pun bekas atlet gak, dia join renang n masa tu doa tgh shoot husband dia (org jepun) habiskan swimathon tu..
 - Azura Abu: Kira kata-kata kakak tu buat inspirasi la utk aku
 - Azura Abu: Hahahhahaa..
 - Azura Abu: Lepas larian jambatan sultan mahmud 2018 la aku serius lari..
 - Azura Abu: Kasi fit stamina..
 - Fnd: setiap pelari mesti atau motivasi dibelakang yg tolak dia untuk berlari, biasanya sebab nak kurus dan tohmahan masyarakat..tpi bagi kau tu bukan faktor..bermula dari hasad dengki, kemudian kebahagiaan dikalungi medal, selepas tu terispirasi dari kata2 seorang kakak utk naik podium secara serius....bukan utk suka2..tpi kenapa tidak untk suka2?? kan suka tu lagi bagus dari serius
 - Azura Abu: Lari utl suka-suka tapi stamina ke laut
 - Fnd: aku sebenarnya suka tgk org suka2 berlari sebab terpancar suka diwajah
 - Azura Abu: Sekrg ni pun aku lari sbb nak fit stamina aku..
 - Azura Abu: Lepas tu aku lari kat tempat yg ada kucing
 - Azura Abu: Boleh bagi makan kat dorang n amik gambar dorang..
 - Azura Abu: Hahahaha
 - Fnd: yeah..aku ada nampak instagram kau yg paparkan gambar kucing2 yg kau terserampak masa larian
 - Azura Abu: Oh, ada lagi sebab lain..aku patah hati, bila lari aku pikir nak habiskan larian jarak yg aku target je. Dan lupakan yg lain..
 - Azura Abu: Kucing2 tu mcm supporter aku laaa..



 - Fnd: ke kau nak husband jepun mcm akak tu
 - Azura Abu: Kalau ada jodoh..kahkahkah
 - Fnd: ini menarik
 - Fnd: kawan aku ada sedikit jepun..nak aku kenalkan
 - Azura Abu: Muda dari aku ke?
 - Azura Abu: Kahkahkahkah
 - Fnd: lebih2 kurang, seliparnya lah yg jepun tpi dia melayu
 - Fnd: ok hambar
 - Azura Abu: Kahkahkahkah..
 - Fnd: ok skrg crita pasal larian, bukan jodoh.
 - Azura Abu: Mcm aku cakap tadilah, sekrh ni yg aku byk lari tu sbb aku join VR..
 - Fnd: marathon mana paling jauh kau pernah complete?
 - Azura Abu: Pastu, bila aku lari, ramai gak la kwn2 aku terpengaruh join larian jugak..
 - Fnd: yg bukan VR
 - Azura Abu: Larian jambatan 2016 & 2017, 12KM
 - Fnd: Sultan Mahmud tu kan
 - Azura Abu: 2018 aku masuk 5KM yg ada medal sbb masa daftar tu (april 2018) aku demam n rasa xlarat nak join 12KM, masa ni xde motivasi lagi. Hahaha
 - Azura Abu: Yup
 - Azura Abu: Tapi kawan aku yg 1st join larian sultan mahmud 2018 join 21KM..
 - Fnd: ada kira tak medal kau dah berapa
 - Azura Abu: Terus aku rasa nak join yg 21KM utk 2019 nih
 - Fnd: go go
 - Azura Abu: Termasuk VR ke?
 - Fnd: rasanya dah sampai masa kau pecahkan rekod peribadi
 - Fnd: termasuk
 - Azura Abu: Dlm 30 kot
 - Fnd: bapaklah
 - Azura Abu: Salah satu sbb aku join VR pun sbb medal yg cute
 - Azura Abu: Kahkahkahkah
 - Fnd: 30 dalam masa 2 tahun lah kan
 - Azura Abu: Dlm 4 tahun la kot..
 - Azura Abu: Termasuklah larian fit malaysia, hari sukan negegara
 - Azura Abu: Negara
 - Azura Abu: Organisasi lain lagi
 - Fnd: Mcm mana kau bahagikan masa tu, kau kerja mende kat terengganu
 - Azura Abu: Aku tak keje
 - Azura Abu: Jaga mak
 - Azura Abu: Nak kena ada org kat rumah
 - Azura Abu: Jadi biasa aku lari pagi laa
 - Azura Abu: Aku buat part time photog je
 - Fnd: kau lari dari rumah lah?
 - Azura Abu: Kalu ada mbr2 yg nak pakai assistant aku join laa..
 - Azura Abu: Kalu area kg aku lari dari rumah
 - Azura Abu: Kalau kat taman, bawak keta park sana lah
 - Azura Abu: Ya, tgk sedap lari 5KM, nanti nak tambah 10KM..
 - Azura Abu: Slow-slow
 - Fnd: tadi kau cakap, berlari ni pun boleh lupakan hal patah hati.masa berlari..apa sebenarnya yg berlangsung dlm kepala kau
 - Fnd: aku syak berlari boleh menjadikan org lebih kreatif dan menambah kepaduan otak
 - Fnd: kau tahulah idealis2 dunia pagi2 semua berlari
 - Azura Abu: Susah jugak nak jawab soalan nih
 - Azura Abu: Hahaha..
 - Azura Abu: Katakan aku join VR 10KM, lepas tu aku target bila aku nk habiskan. Mcm 2.5KM x 4 hari..
 - Azura Abu: Jadi, utk 2.5KM tu, aku dah boleh tahu berapa pusingan yg aku kena pusing (ni kat taman).
 - Azura Abu: Sepanjang larian tu, aku tak pikir sgt laa, enjoy the moment, tgk org, mata melilau cari kucing..
 - Azura Abu: Sambil2 tgk henpon dah berapa lama aku lari..
 - Fnd: mcm meditasi la.lapangkan/refresh otak
 - Azura Abu: Lepas tu, utk 4 hari 2.5KM tu, aku plan la hari ni lari kat taman A, next taman B,
 - Fnd: seorang?
 - Azura Abu: Lebih kurang laaa..tapi dlm otak aku cari kucing je laa
 - Azura Abu: Hahahaha..
 - Azura Abu: Yep..
 - Fnd: aku kalau jumpa kucing,aku suka sergah kucing..
 - Azura Abu: <Media omitted>
 - Azura Abu: Mcm ni..hahahaa
 - Fnd: sampai kucing tu mencarut lah dibuatnya
 - Azura Abu: Aku plan betul2 utk 01-15 januari..
 - Azura Abu: Kejam..hahahaa
 - Fnd: kat runtastic memang boleh buat gamba gini ke..ke kau edit
 - Azura Abu: Mmg boleh
 - Fnd: nanti ajarlah
 - Azura Abu: Cuma tarikh tu aku edit lain

 - Azura Abu:



 - Azura Abu: Ni awal-awal dulu
 - Azura Abu: Kelaut jugak la pace
 - Azura Abu: Aku jadikan larian aku menarik dgn apps nih..
 - Azura Abu: Hahahhaahaa..
- Azura Abu: Jadi, begitulah ceritanya
 - Azura Abu: Ko nak tulis dlm blog ke?
 - Fnd: aku kena bagi soalan lagi kalau nak tulis dlm blog
 - Fnd: apa perubahan yg signifikan sebelum kau jadi pelarian dan selepas.
 - Azura Abu: Aku list kan company VR yg aku join.

1) 42Race
2) Spreen
3) Big Run
4) Another Running Club
5) 139BPM

 - Azura Abu: Stamina aku
 - Azura Abu: Dulu, larian 200mtr pertama pancit, jalan, lari
 - Azura Abu: Sekrg utk 3KM-4KM pertama aku boleh lari non-stop walaupun slow
 - Fnd: stamina yg kau dah jana tu ada beri impak positif kat kehidupan seharian kau?
 - Azura Abu: Badan aku jadi sedap
 - Azura Abu: Mcm mana nak cakap
 - Azura Abu: Aku rasa makin fit laa
 - Azura Abu: Rasa fit, xmengah sangat
 - Fnd: matlamat 2019?
 - Azura Abu: 6pack tu mgkin ada sikit
 - Azura Abu: Kahkahkah
 - Azura Abu: Keep running
 - Fnd: 👍
 - Azura Abu: Selagi mampu berlari..
 - Fnd: apa maksud company VR
 - Fnd: organizer lah kan
 - Azura Abu: Organizer Virtual Run
 - Azura Abu: Yup
 - Azura Abu: Yg aku jumpa kat FB
 - Fnd: 5 tu still running la? maksudnya..kau boleh dpt 5 medal sekaligus?
 - Azura Abu: Kalu event vr ada yg menarik, aku join laa
 - Azura Abu: Yup, bayar pun byk lah..huhuhuhu..
 - Fnd: apa yg menariknya VR.lari sendirian berhad jugak kan?
 - Fnd: medal je lah kut aku tgk ada yg cun
 - Azura Abu: Hahaha..tu je lah..
 - Azura Abu: Dan boleh arrange masa sendiri bila nak lari
 - Fnd: ye betul
 - Azura Abu: 😆😆😆
 - Fnd: rasa mcm soalan aku tak cukup mencabar..macam soalan fun run lak..
 - Azura Abu: Hahaha...
 - Azura Abu: Cerita aku bukannya menarik sgt pun
 - Fnd: terima kasih atas perkongsian, sedikit sebanyak memberi inspirasi utk org lain amal gaya hidup sihat
 - Fnd: teruskan berlari, kirim salam kat kucing-kucing , aku kat sini lagi banyak terserempak dgn hanjing.
 - Azura Abu: Hahahaha..sama-sama.
 - Azura Abu: Terima kasih jugak sbb sudi intebiu aku
 - Fnd: kah kah
 - Fnd: terjumpa kat larian mana2 jgn lupa belanja kopok leko
  - Azura Abu: Baikk..



Kesimpulannya dari sesi bercakap dengan pelari dengan Azura Abu, pertama berlari bagus untuk orang yang nak move on, iyelah kalau tak move…bukan larilah namanya. Azura Abu sempat berpesan “ Peluh yang menitis tu ibarat ingatan aku pada dia yang telah hilang…”. Aku malas nak tanya lebih lanjut.



Kedua, berlari ni memang boleh membantu untuk mengekalkan keremajaan. Kalau kau tak percaya, ni boleh tengok 10 Years Challenge yang dia buat :



Dah macam amik hari yang sama, sebelah kiri tu amik waktu tengahri sebab nampak matahari terik sikit, yang belah kanan amik waktu petang sikit time dah redup.






Previous PostOlder Posts Home