Auto Feed Blog

Semut Api

Thursday, September 06, 2012 Fendi Rocka 1 Comments

Menulis blog dah macam saka kepada aku, ia dah merasuk ke dalam jiwa aku sejak pertengahan remaja. Buat masa ini, belum ada mantera yang boleh buang ia jauh dari mendampingi aku. Ghairah menulis blog yang tumbuh dalam diri aku seperti pokok bunga yang tumbesarannya banyak cobaan, kadang bunganya dipetik, kadang rantingnya ditebas, kadang tanahnya kering, kadang cahaya mataharinya terlindung..sehinggalah baru-baru ini terasa seperti akarnya dicarik binatang apabila blog personal aku di-gondam mesra oleh penggodam mulia dari Indonesia dan Bangladesh. Kemain lagi depa kendurikan blog aku.

Mungkin salah aku juga, kerana kurang ilmu pertahanan maya,juga lambat untuk mengejar ilmu teknikal dan taktikal perang maya, namun 'sense of survival' aku tak pernah kurang. Macam resmi semut, bila semut-semut yang beratur panjang berkerumun menuju ke destinasi diganggu laluannya, semut-semut tu segera mencari laluan baru menuju ke destinasi, bila semut-semut yang tadi dah jumpa laluan baru lalu beratur panjang semula berkerumun menuju ke destinasi diganggu sekali laluanya, semut-semut tu segera mencari laluan baru menuju ke destinasi. Kalau kalau tersilap ganggu, mahu jugak digigit semut dibuatnya nanti. 

 Dipendekkan cerita, ini adalah blog personal terbaru aku dengan nama "nota purba". Segala isi kandungan adalah terpelihara dan membacanya adalah dengan kehendak diri sendiri.Walaubagaimanapun..cerita-cerita zaman purba, hang tuah,Merong mahawangsa, parameswara, dinosaur tiada di sini. Contengan dan tulisan tangan dari blog terdahulu mungkin akan muncul sekali sakala bergantung pada ruang dan nyawa selagi ada. 

You Might Also Like

1 comments:

anamizu said...

laaa gatal tgn sungguh penggodam tu. tp xpelah dah ada semangat buat blog baru ni ok la jugak. terhibur jugak kami yg dtg ke sini membacanya.


ana dtg dari blog aisya. dia tulis psl EFG & tulis psl blog ni.
salam kenal :)

Supermodel

Google+ Followers

Pautan

Nota Kaki

Nota Kaki