Auto Feed Blog

Salam

Friday, January 11, 2013 Fendi Rocka 4 Comments

Dulu masa bulan puasa ada satu gelagat yang buat aku terhibur. Masa tu adik bongsu aku baru darjah 5,  waktu berbuka pun sudah hampir menjengah, lauk-pauk dan beragam makanan lain sudah terhidang menanti dijamah secara berjemaah oleh kami sekeluarga. Walaupun terasa seperti sudah lama menunggu, azan masih jugak belum berkumandang, maknanya..kami kena tunggu lagi lah ye tak, tapi tak semena-mena adik bongsu aku yang ketika itu darjah 5 terus membaca doa makan. Ayah aku lantas berkata dalam kehairanan 'belum azan lagi lah'.

Aku pun yakin yang azan belum berkemundang di tivi atau live dari surau. Adik bongsu aku yang ketika itu darjah 5 menjawab dengan selamba "takpelah, sekejap lagi azan boleh terus makan". 

Perkara itu berlaku 3 tahun yang lepas, namun di tahun 2013 ini masih lagi menghantui aku. Pagi tu aku hantar isteri aku ke tempat kerja beliau, traffik pada pagi tu berjalan lancar dan cuaca juga sedap mata memandang, isteri aku pun lawa juga gerangannya. Sedang enak aku memandu, kereta di hadapan dan kiri kanan aku perhati dengan penuh tekun, tiba-tiba isteri aku yang duduk di sebelah menghulur tangan nak bersalam.

Aku yakin seyakinnya yang kami masih belum sampai lagi di hadapan pejabat beliau. Isteri aku dengan selamba menjawab tanpa disoal "takpelah, dah sampai nanti tak payah salam lagi". Apa punya kaedah ni sebenarnya? Dah macam debit kad pun ada dah gayanya, nasib baik dia tak salam 10 kali untuk bulan Januari ni punya salam, kalau gitu memang tak terhibur sangat perasaannya.

You Might Also Like

4 comments:

Boleh la try kat bos. Pukul dulu. Bila ditanya jawab la "takpe nanti bila sampai time tak puas hati tu tak payah pukul dah"

fndrocka said...

kahkahkah!

kerja buat awal-awal hahaha

aswaleyla said...

hahaha . rase nye fr tengah duk perhati awek kereta kiri kanan tu . tu yang dia terus nak salam tu . hahaha . lawak jugak isteri fr ni .

Supermodel

Google+ Followers

Pautan

Nota Kaki

Nota Kaki