Sembunyi Diri

Siapa masa kekanak dulu tak pernah main nyorok-nyorok memang ada sesuatu tak kena, sebab permainan nyorok-nyorok ni adalah satu permainan yang global, di mana ianya di mainkan di seluruh dunia, mat salleh panggil hide-and-seek. Bila dah besar susah sikit nak main sorok-sorok, sebab pertama ialah badan dah besar, sebab kedua candy crush dan emoji lebih trendy katanya. Lagipun, kalau ada lagi yang main sorok-sorok, mesti senang nak jumpa, sebab dia update tempat menyorok kat fesbuk.

Bagi mereka yang tak sempat merasa zaman nyorok-nyorok adalah permainan wajib, ni aku ada cerita satu saat separa panik atau mendebarkan semasa aku mainkan permainan ini. Pada masa tu biasalah ramai budak-budak, berkumpul sanak-saudara sebab ada kenduri kahwin, ada budak yang aku kenal, ada yang aku tak kenal, sorang jadi hantu dan dia pun kira sampai nombor berapa ntah aku tak ingat lagipun aku dah menggelupur pi menyorok.

Aku jumpa satu tempat, tempat tu memang budak-budak dilarang masuk atau tak berani masuk..tapi aku masuk jugak sebab aku rasa tempat camnilah yang susah orang nak jumpa, jadi kalau orang tak jumpa aku tak payahlah aku nak jadi hantu pi cari orang plak. Tempat tu tak lain dan tak bukan, adalah bilik pengantin. Aku pun merangkak lah menganalisa keadaan sekeliling, tengok takde orang kat dalam terus aku merangkak masuk bawah katil pengantin.

Tak lama kemudian aku dok tunggu hantu datang cari aku, tiba-tiba aku dengar bunyi tapak kaki,kemudian pintu bilik ditutup dari dalam. View dari bawah katil aku nampak ada tapak kaki perempuan, aku syak tak lain tak bukan pengantin perempuan lah pemiliknya. Aku rasa tak lain tak bukan, mesti pengantin perempuan nak salin baju, aku rasa dia dah bukak kain baju kurung tu tapi aku tak pasti sebab aku tak sanggup tengok dan aku panik. Bagai seorang askar yang terperangkap di daerah lawan. Aku senyapkan diri seperti mati.

Ni kalau aku keluar sekarang dah tentu pengantin perempuan tu terkejut, silap-silap dia smack down aku. Kalau aku tunggu lebih lama, rasa berdosa pulak aku kat pengantin lelaki nanti. Aku terperangkap.   Minda kanak-kanak aku yang cetek perlu buat keputusan segera..setiap saat amat besar kesannya. Atau, adakah sebagai kanak-kanak yang inesen aku perlu berpura-pura tertidur di bawah katil itu jadi tak perlu menjawab apa-apa. Ah, berdebar-debar pulak aku nak cerita.

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

2 comments: