Melayang

Ada beberapa perkataan yang lelaki cukup risau bila ia keluar dari mulut seorang perempuan. Contohnya 'Fine'. Dia cakap fine tapi muka macam nak menggigit.Yang ni please beware.

Selain tu, ada lagi sepotong ayat yang aku memang tak suka nak dengar, rasa geram je bila dengar tak kira jantina mulut, iaitu "kau nampak tak apa yang aku nampak". Aku kalau dengar je orang cakap camni, berdebar cuping telinga aku dibuatnya.

Contoh paling tepat terjadi di suatu ketika di sebuah lebuhraya, masa tu aku memandu dari Melaka dengan Eri duduk belakang dan seorang seperjuangan bernama A duduk sebelah aku. Jam sudah melepasi 12 tengah malam, puas aku tekan minyak kereta sebab jalan clear sambil berborak dengan A, perbualan memang rancak hingga tak sedar kelajuan dan kondisi kereta.

Sambil nasib dah menunggu di hadapan, kami terus sembang pung-pang-pung-pang. Tak semena-mena, enjin kereta mati, cepat-cepat putar stereng berhenti kat bahu jalan, kiri kanan pokok-pokok tebal.Aku try start enjin balik, tak mahu hidup. Kemudian dalam suasana yang sunyi, dingin dan kelam.Eri berkata dengan nada sedikit ketar bercampur risau, "korang nampak tak apa yang aku nampak?". Nak lebih ketar, dia tunjuk ke arah cermin depan.

Memang krikk krikk kriik lah pergi dia.

A kat sebelah aku diam je, aku faham A ni, orang cakap dia naik kereta kabel pun gigil so aku tak boleh harap sangat dengan dia, jangan dia terkencing kat kereta aku dah lah. Eri ulang lagi korang  nampak tak apa yang aku nampak sebab semua taknak jawab,aku pulak tak nampak apa yang dia nampak. Aku risau campur konfius,campur geram.

Aku tengah bayangkan pontianak tengah bergayut kat celah pokok sambil lambai tangan.

Terus aku pun berlagak tegas..nampak apa cakap je lah nampak apa, rasa nak lempang je stereng sebab Eri buat dramatik time gini. Pastu Eri tunjuk kat asap yang keluar dari enjin. Aku pun rasa lega. Padahal kereta aku rosak ni tepi highway pagi-pagi buta, tapi aku rasa lega. Dibuatnya nampak benda lain tak ke gila. Malang tetap malang, steady tunggu lori towing sampai untuk park kereta kat bengkel. Telefon member minta tolong pick-up. So kau nampak tak apa yang aku nampak? Duit melayang.

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

6 comments:

  1. Nampak sgt. Tow truck tu.. rm.. rm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tow truck insurans cover, enjin tu yg tak dapat diselamatkan

      Delete
  2. Kau tak rasa apa yg aku rasa.

    Aku plg tak suka ini *tetiba

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu kategori ayat pemati lah kan..bila org ckp gitu..terus k fine k bye.

      Delete
  3. me too.. ada lagi satu ayt.. 'ko bau tak apa yang aku bau ni' sebab time tu automatik kita pun tarik nafas bau benda tu.. rupa2nya (ken***) angin jeee ak -,-

    ReplyDelete
    Replies
    1. kahkahkah...yang ni aku kena cuba kat orang lah ..bagus idea kau

      Delete