Jengka

Tonton Filem Jengka



Hari minggu ingat nak duduk rumah je melingkar, lagipun cuaca kat luar bukan main panas terik, enjin kereta aku kalau cuaca panas dia punya prestasi tak cantik, biasalah kereta model zaman dinasour..dulu hampir-hampir nak berlanggar dengan T-Rex nasib sempat aku elak.

Sehinggalah tiba-tiba muncul Aziz M.Osman di kaca televisyen menghasut aku. 

"Saya geram tengok filem seram yang tak seram, jadi saya rasa saya mampu untuk buat sebuah filem seram yang betul-betul seram, maka terhasillah filem ini" lebih kurang begitulah intikata dari Aziz M.Osman yang cuba mempromosikan filem terbaru dia Jengka. Bukan main dia, tak tahula propa ke apa.

Aku nak kata minat sangat kat Aziz ni takdelah pun, tapi tak mengecewakan jugaklah. Yang aku kenal dia menerusi filem, Aziz ni serius dengan karya dia. Bila dia cakap dia geram dengan filem seram yang tak seram, dan dia boleh buat filem  seram yang seram,terus aku pegang pada keseriusan kata-kata dia, terus aku minta Eri book tiket. Lagipun dah lama aku tak tengok wayang filem melayu.

Atas genre filem seram, Filem Jengka ni pada aku tersusun plot dan jalan ceritanya. Tidak terkejar-kejar mahu memomokkan penonton dengan hantu. Dipaparkan terlebih dahulu pada realiti kehidupan pasangan suami-isteri dan adik-beradik. Kemudian dijelmakan konflik dengan watak antagonis iaitu telefon bimbit pintar dan juga penunggu.

Apa yang aku suka pada filem ini adalah ciri-ciri lokalism yang dipaparkan, terutamanya apabila menggunakan Jengka dan pokok kelapa sawit sebagai elemen seram utama. Sedikit sebanyak dapat lari dari elemen hantu Thailand atau Korea. Selain itu, filem ini buat aku ketawa pada bahagian kelakarnya, lebih daripada filem yang dilabel filem komedi. Nampak bersahaja.

Cuma, yang aku ralat dan kecewa apabila melihat kesan khas/grafik pada beberapa babak, nampak kekok dan boleh buat spoil mood, mungkin terhad kat bajet lah. Apapun kepada yang nak tengok filem Jengka, terutama kepada perempuan, kalau iye pun takut sampai tutup muka, tapi bila dah tutup muka sepanjang cerita pastu time tu jugak nak tanya apa jadi apa jadi, dari seram lama-lama boleh jadi geram dibuatnya. 

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

17 comments:

  1. Replies
    1. kalau kampung kat Jengka lebih baik tak pergi tengok

      Delete
  2. hahahaah kelakar pulak ayat dari seram jadi geram... leh buat pantun tu...

    ReplyDelete
  3. banyak cerita seram sekarang ni...

    Owh! Jom Kenal | Segmen - Owh!MananQayyim™

    ReplyDelete
  4. ini review filem sempoi..jujur kot buat org yg tak tonton lagi terongin..haha good fendi.

    ReplyDelete
  5. betul2 seram x? dah lama aina xlayan cerita seram2 ni. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dari keseraman..kau tanya aku..memang tak seram sangatlah..he he he.

      Delete
  6. perenggan last tu... hehehehehehee... :)

    apapun, review yang jujur.. good...!

    ReplyDelete
  7. kalau tutup muka baik jangan tengok. tak pun jangan cerita biar dia tak tahu langsung pasal cerita tu muahaha

    ReplyDelete
  8. errr mcm seram je bile abg fr kate gini...kena tengok ramai2 kat lappy je kot.. klau kat pawagam kejung muka dek terkejut..hahah

    ReplyDelete
  9. betul2 bonde sokong kalau rumah kat Jengka, Kg kat Jengka..jangan tgk!

    tapi bonde tgk tak tutup muka pon.... kata nak tgk antu jengkakan...

    ReplyDelete
  10. Huhu mcm tk berapa minat tgk wayang hehe

    ReplyDelete
  11. tak seram pun cerita ni. tapi betul lah ,ada satu part tu time hantu terbang dari satu pokok ke satu pokok lawak gilos. tak menjadi grafik nya.

    ReplyDelete