Kedai Peralatan Elektronik



Minggu lepas aku singgah di sebuah kedai peralatan elektronik di Nu Sentral. Aku terus ke bahagian yang pamerkan telefon bimbit terbaru untuk buat tinjauan. Tiba-tiba aku dengar bunyi berdentum dari arah belakang, aku toleh, beberapa pelanggan lain pun toleh, tapi tak ada apa yang berlaku lalu aku pun teruskan tinjauan telefon dan tablet. Selang beberapa ketika, berbunyi lagi dentuman, kali ni macam bunyi besi, disusuli pula dengan suara orang seakan-akan sedang berkelahi.

Aku pun mulalah bertanda tanya. Ada staf bergaduh ke apakah ini. Kalau nak bergaduh ke mengamuk ke aku nak cabut awal-awal ni demi keselamatan. Kalau nak berlawan memang aku tak arif, tapi seni menyelamatkan diri dari bahaya orang tak tentu hala adalah sikit-sikit belajar. Lepas tu datang lagi bunyi macam benda pecah, aku tak sedap hati dah, tapi aku tengok jurujual depan aku ni buat selamba je. Aku pun apa lagi beranikan diri untuk mengintai dari celahan barangan elektronik.

Rupa-rupanya, aku nampak ada jurujual dengan pelanggan tengah test televisyen dengan speaker bukan main real bunyi dia. Jelas dan padu. Tak tahulah cerita apa dia pasang tapi yang pasti rasa menyirap betul bila dah tahu aku kena tipu dengan televisyen. Ni kalau jiran aku beli televisyen tu pasang kat rumah, jangan peliklah kalau polis kepung rumah dia sebab ada jiran kacak yang prihatin buat laporan terdengar bunyi senjata api dan suara orang sedang bergaduh.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

9 comments:

  1. fr..tengok pic tadi macam pelik,tapi bila baca habis baru faham..

    ReplyDelete
  2. hahaha ! mesti power betul sound dia mcm tu

    ReplyDelete
  3. "jiran kacak yang prihatin" ...???!!

    okey.. baru faham mcm mana perasaan FR rasa tertipu tu tadi... :p

    ReplyDelete
  4. Ending yang sangat best...
    Punya la tertanya2 ape yang berlaku sebenarnya... Gimik je lebih. haha
    #efg

    ReplyDelete
  5. jiran yg kacak dan prihatin??? hahahahah ayat

    ReplyDelete
  6. kacak ke?? ehh lupaaa...kan awal sehari... :D

    ReplyDelete
  7. abg fr... boleh dah jadi pengarah..buat cerita memang suspen hbis la.. :)

    ReplyDelete
  8. hahahaha.. padan la dia rilex je... dah tu, nak test kenalah pakai sound effect dari cter yang awesome.. kalau takat bercakap cakap apa barang

    ReplyDelete