Auto Feed Blog

Ku tak bisa menjadi lebih dari apa yang terdaya

Tuesday, April 28, 2015 Fendi Rocka 12 Comments

Sekitar pukul 12 tengahari di pejabat, mata dan mula kuyu, fokus pun dah lari jauh meninggalkan aku. Jalan penyelesaiannya, macam biasalah pergi sakat orang yang boleh disakat. Menyakat ni secara ringkasnya termasuklah mengusik, menganjing, membuat kelakar, mempersenda atau memprovok psikologi rakan sepejabat.

Aku pun bergerak dari meja aku ke arah rakan sepejabat. Aku perhati semua sedang separa khusyuk menelaah skrin komputer. Sambil menunggu peluang menyakat, perlahan aku dendangkan lagu Hazama yang cukup tepat dengan mood aku ketika itu.

"Ku takkan bisa menjadi..lebih dari apa yang terdayaa..namun ku masih..agar masih cubaaa..untuk..". Antara ingat dengan tak ingat lirik aku hentam, tapi vokal sama macam penyanyi asal.

”Fendi...fendi! Sini kejap" gadis admin panggil dari belakang memotong stim.

"Apa?" aku jawab sambil mengundurkan diri ke meja gadis admin. Aku baru nak enjoy-enjoy berhazama.

"Boleh tolong tak?", tanya gadis admin penuh harapan. Matanya disayukan.

" Hmm..apa dia" balas aku dengan nada professional,gurau pun gurau jugak tapi kalau melibatkan hal kerja aku terpaksa serius, lagipun tolong-menolong amalan mulia lagi berpahala.

"Tolong jangan menyanyi..hik hik hik” ujar gadis admin.

" Hmmmmmmmmm..." hmmm aku. Aku pulak terkena.

You Might Also Like

12 comments:

Guruh berdentum dengan lebatnya..ahha

Akif Imtiyaz said...

Hahahaha tolong jgn menyanyi plsss

Hahahhahahah. mesti suaraa merdu sangat ni :P

tapi vokal macam penyanyi asal....??!!$@%&%@...!!

ok baiii... :p

yang pasti tak leh lawan saya.terima kasih

Amy J said...

ahahhahahahaha... kan dah kena >.< nasib baik dia cakap leklok..

pergh !

abg fr kena tag kat sini http://www.sayidahnapisah.com/2015/05/buku-fixi-giveaway-by-yaya.html

Eny Abdullah said...

TU BELUM KC NYANYI HABIS RIBUT TAUFAN..

aRz MoHa said...

FR jangan mudah terpedaya dengan pujuk rayu wanita...jika melawan sikit pasti dapat menyanyi sehingga habis...

Fendi Rocka said...

ha ha..aku insan yang lemah

ahkak gojes said...

FR...ooo FR...boleh tolong tak?....tolong tulis novel...


ayat2 d blog FR memang ada gaya novel...

Supermodel

Google+ Followers

Pautan

Nota Kaki

Nota Kaki