Auto Feed Blog

Malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut.

Monday, April 13, 2015 Fendi Rocka 21 Comments

Isu Sesat Jalan Ketika Memandu


Walaupun kenyataannya aku pernah gondol anugerah pelajar terbaik matapelajaran geografi semasa tingkatan 4, rupa-rupanya itu tidak sama sekali menghalang aku dari sering sesat bila di jalan raya. Kompas dalam kepala aku semacam tak berfungsi sebagaimana yang diinginkan, kalaulah umat manusia meletakkan harapan terakhir pada aku untuk menunjuk jalan yang sebenar, anggap saja lah jalan kebenaran itu umpama cahaya di hujung terowong yang berliku dan berhantu.

Sebab tu kebiasaanya kalau nak pergi tempat yang baru aku akan rancang perjalanan dengan terperinci, maknanya aku perlu tahu susur,lorong,papan tanda atau landmark yang berada di hadapan. Bila dah tahu berdasarkan sumber dipercayai, aku akan ikut dengan ketat tanpa kompromi, kalau perlu tulis nota..aku tulis nota. Kadang jalan mudah pun aku selidik bagai nak cari harta karun kaedahnya .

Cuma sekarang dah ada banyak aplikasi GPS dalam telefon bimbit,memudahkan orang hilang kompas macam aku, yang aku percaya agak ramai. Bagaimanapun, tak banyak telefon bimbit yang ada built-in gps, terpaksa bergantung pada internet connection jugak macam mana perangai. Sekurang-kurangnya bila ada GPS nak pergi satu malaysia pun ada lah konfiden, kalau sesat pun tak terus hanyut, masih boleh diselamatkan cuma lambat atau cepat je lah sampainya. Kos minyak dan tol pun mungkin bertambah.

Tapi tak payah cerita satu Malaysia lah, aku pernah nak balik rumah sendiri pun sesat sampai sejam lebih berpusing-pusing di dekat-dekat situ, padahal 15 minit pun boleh sampai. Aku siap call mak aku nak tanya jalan balik rumah, masa call tu dia punya segan nak tanya naik ke kategori mengaibkan. Dah lah aku naik dengan kawan aku time tu, rasa nak simpan muka dalam poket.

Ada satu masa tu, ada jalan kena tutup atas sebab tertentu, maka polis trafik divert jalan ke arah lain, aku punyalah trauma taknak sesat..aku berhentikan kereta kemudian panggil brader polis trafik yang dihormati try pujuk bagi aku jalan jugak sebab time tu takde GPS, malangnya dia tak bagi muka pun kat aku, sudahnya sesatlah aku kan. Nasiblah aku bawa pedoman hidup sebagai bekalan.

Tapi tu lah, nak tak nak kena biasakan juga dengan jalan-jalan yang penting. Nak harapkan Eri pun tak boleh sangat sebab selalu kena bergerak solo, lagipun dia tu tak payah cerita jalan raya sangatlah,dalam shopping mall pun boleh sesat..alahai, nasib baiklah sayang.

You Might Also Like

21 comments:

anajingga said...

macam mana balik rumah boleh sesat ni FR , kak ana pun sering berpandukan GPS namun sesat tetap sesat..no hal..anggap je makan angin :)

adk dayah said...

kalau balik rumah pun bole sesat..alamatnya ada masalah ni abg FR..haha

cinta said...

Hehe...

syira yaya said...

lawak ayat abang FR..cari jalan nk balik rumah pun sesat ehh..parah ni..hahah! :)

haha setakat ni saya belum pernah sesat , memandangkan saya tak pernah pegi jalan2 tempat yang tak pernah dijelajahi.. :D

khaty aiman said...

fr..sesat tue membawa kenangan yang amat sukar dilupakan..dok saja2 mesti teringat balik sambil tersengh-sengih

Fendi Rocka said...

haa yelah makan angin sampai cramp

Fendi Rocka said...

rasa macam tu jugak..mungkin alamat dah tukar

Fendi Rocka said...

macam tipu je kau ni Khairil..

Fendi Rocka said...

kalau teringat rasa nak baran je ni..kau biar betul kathijah

Nik Ainaa said...

alahai, nasib baiklah sayang. <--- ayat novel ni. hahaha

sesat tu. dah jadi perkra biasa kut. nama pun tempat org. bukn tempat kita. =D

alhamdulillah pedoman hidup sebagai bekalan

alamak..tersesat dekat sini plak...kompas xdak....

Sha drive guna GPS pun sesat. Acaner tu? Haish. Harap kat co-drebar aje lah tukang direct T_T

Hahaha, betul tu. Takkan tak pernah sesat kut achik?

ahkak gojes said...

sesat balik rumah? hahhaha...biar betui FR

Akif Imtiyaz said...

hehehe lain kali jangan la malu2 nak bertanya ........

Aku baru je berani drive ke KL, lama dah duk area Selangor tapi jarang turun KL...sejak ada waze ni rajin pulak..haha

Fendi Rocka said...

achik ke angah dia tu?

Fendi Rocka said...

aku pun ada Waze..internet je takde..

anajingga said...

jangan kembung sudah, haha :)

Supermodel

Google+ Followers

Pautan

Nota Kaki

Nota Kaki