Tonton Fast and Furious 7
"Dah tengok lah Fast Furious?" aku tanya brader GSC masa dalam lif nak ke Hall 2 di tingkat atas. "Ok tak?" aku tanya lagi lepas dia kata dah tengok, sekadar berbasa-basi.
"Oklah, kali ni lebih banyak aksi berbanding berbanding cerita pasal kereta, banyak kepada fighthing" dia ulas.
"Cerita pasal dendam, aksi memang 5 star" sambung dia lagi, amboi siap bagi bintang. Ramai yang menantikan filem ni, tak terkejutlah bila masuk Hall 2 seat penuh. Expectation untuk Fast 7 ni cukup tinggi sebab sekuel sebelumnya berjaya dengan bergaya. Walaupun bukan peminat kental franchise Fast Furious, lepas habis tonton aku boleh katakan filem ni cukup rencah sebagai sebuah filem fenomena dan menghiburkan.
Pertamanya, ada aksi berkelahi yang bermutu. Street fight ada, ala military fight ada cat fight pun ada bila mana ada babak Letty bercakaran dengan perempuan chubby kat Dubai. Tak cukup dengan itu, ditambah pulak dengan kemunculan cameo dari Tony Jaa pelakon Thai yang berlawan dengan Paul Walker, tapi watak dia sekadar tempelan sajalah tak beri impak sangat, tiba-tiba muncul bikin panas kemudian tinggal begitu saja, mungkin gajah dia hilang lagi.
Kedua, aksi dengan kereta yang serba mendebarkan. Korang boleh expect babak kejar-mengejar yang belum pernah dilihat di mana-mana filem. Kejar mengejar di kawasan bukit, dalam bangunan, celah bangunan memang sempoi bak ang dan crazy. Aku salute pada kepelbagaian pergerakan, terutamanya yang di luar dugaan dan yang bereksperimen dengan hukum graviti dan fizik. Susah nak terangkan dengan patah perkataan, memang di luar batasan hinggakan adrenalin mencecah ke paras amaran jingga.
Sambil-sambil tu filem ni nakal jugak ada belanja beberapa selingan aksi seksi wanita-wanita bertubuh ranum, sama ada yang menari atau berbikini, atau menari sambil berbikini. Sebagai filem yang ditayang secara meluas rasa macam terlebih seksi pulak, kalau filem underground lain cerita. Aku kalau boleh nak pejam mata tapi risau pulak tertidur kan, aduhai dunia.
Watak yang dilakonkan oleh Jason Statham yang kononnya berdendam aku rasa kurang develop. Padahal Fast 7 ni wujud sebab dia, kalau dia tak berdendam, takdelah cerita Fast 7. Cuma aksinya sebagai jaguh bertempur dan karisma bintang filem tak dapat disangkal.
Keseluruhannya, meski plot dan jalan cerita agak ringkas, kekuatan filem ni terletak pada aksi dan visualnya. Senang cakap, satu persembahan yang hebat untuk santapan mata. Elemen kekeluargaan dan persahabatan cuba diketengahkan juga tapi tak ketara perasaannya kat aku. Penamatnya agak sayu dan sentimental, dengan dialog-dialog manis yang menjurus kepada ucapan selamat kepada Paul Walker.
tak sempat nak pegi tengok lagi. exam tak lama lagi T.T
ReplyDeleteexam apa tu..cerita ni bagus utk subjek fizik dan kejuruteraan
Deletetak tengok lagi.. cadangnya weekend ni sbb skang ramai gila org
ReplyDeletenak tengok..tapi xde geng nak pi tengok T_T
ReplyDeletejom pi ngan akak :)
Deletenak tengok sangat nih..bila ntah nak g tgk..huhu
ReplyDeletekt msia da byk fast & furious.....
ReplyDeletekau lah tu
Deletebelum sempat tgk... susah sebab Fatin x boleh seludup masuk bawah umur hu hu hu
ReplyDeletetgk online agak2nya dah keluar tak?hehe
ReplyDeleteabg fr pejam mata! hahaa
ReplyDeleteamboii.. rajin FR p tgok wyg
ReplyDeleteramai kate sedih.. tang mne yg sedih...huhu
ReplyDeleteTula,kawan cn ckp sedey..part mana yg sedey tu? Maap la,cn tak pernh minat cerita ff ni
Deletenak sangatttt tgk FF7...
ReplyDeletekena pujuk Pokchik temankan juga Mokchik niii.. haaaaiiihhh..
rindu Paul Walker.... :p
budak-budak jgn tgk
Deleteasek itam je. tuka la kaler lain
ReplyDeleteBila la nak pi tengok
ReplyDeletetengok dah FR, kereta terbang paling best , last2 tu touching lah pulak kakak awak ni :(
ReplyDeletedilarang touching2..
Deletekite nk tgk . tpi da blik ganu . ganu xde wayang :(
ReplyDeletekite nk tgk . tpi da blik ganu . ganu xde wayang :(
ReplyDeletekomen sampai 2 kali ni betul-betul nak tengok ni
DeleteTak sempat tengok lagi. Poket nipis, sikit lagi nak berlubang T_T
ReplyDeletenak tengok juga ni.....
ReplyDelete