Tonton Filem The Cobbler

Tonton Filem The Cobbler




"Don't judge a man until you have walked a mile in his shoes."

Pepatah mat saleh di atas sangat popular dan sering diulang-ulang. Mengikut pemahaman aku pepatah ni bawa maksud usah menilai tindakan seseorang tanpa kita mengetahui apa yang dilaluinya terlebih dahulu. Filem terbaru Adam Sandler ni cuba untuk mengambil pepatah itu secara sangat literal, di mana watak seorang tukang kasut diceritakan mampu berubah secara fizikal menjadi pemilik kasut yang dipakainya. Sebagai contoh, kalau pakai kasut Emma Maembong, terus bertukar jadi Emma Maembong.

Aku memang jangkakan sesuatu yang merepek dan fantasi dari filem ni sebagai satu cara untuk ia sampaikan sesuatu mesej atau teladan yang mengharukan seperti filem Click, namun keseluruhannya nampak lebih kepada merepek dan komedi yang biasa saja. Bila melihat pada konsep dan jalan cerita, filem ini berpontensi untuk menjentik isu seperti empati terutamanya, tapi makin lama makin tak tentu arah rasa macam nak baling kasut. Lagi satu yang aku tak puas hati, kalau iye pun nak buat filem tak sedap, sekurang-kurangnya bubuhlah heroin yang sedap mata memandang, kan?
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

13 comments:

  1. Nama pelakon puntak dikenali kecuali Adam Sandler T_T

    ReplyDelete
  2. hahahahahaa... sabar..sabar... jangan baling kasut...!! kecuali kalau kasut murah yang telah koyak... silakan baling...

    zassssssss... :p

    ReplyDelete
  3. nak juga heroin yang sedap mata memandang..hehe

    ReplyDelete
  4. nak bagi berapa bintang yaaaa... ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sikit nte bintang..oke la xnk la tengok..hahah

      Delete
  5. erm tak termasuk dalam list lagi but maybe boleh layan gak ni :)

    ReplyDelete
  6. cn tak sabar nk tgk citer avengers ;)

    ReplyDelete
  7. Hahahaaa.. bukan nak gelak tapi mmg dah tergelak bila baca sepruh jalan daripda FR punyer review tue... filem tak sedap bubuhlah heroin yg sedap mata memandang :p

    ReplyDelete
  8. heroin dia siapa? memang x best eh? saya try skip skip cter, nampak macam xde benda menarik, saya terus buang balik movie tu

    ReplyDelete