pinjam dari google

Segenggam Setia


Ketika tibanya baru kelmarin,
mengapa terasa perginya sudah bermusim.
Walau jalanmu sudah hampir,
lamanya terasa menggigil.

Rindu ku ini wahai kamu,
jika ku kuncikan di locker kerja ku,
pasti rebah segala denganmu,
kerana beban mu itu sungguh-sungguh.
mahu ku ceritakan hilanglah malu,
dengan siapa lagi mahu ku mengadu?


sampai bila harus begini lagi,

hati sendiri merasa benci,
tuliskan puisi untuk reprentasi,
usaha lagi tak usah mati.

demi kamu aku diamkan derita,
kerana hanya punya segenggam setia,
yang menjadi senjata pencinta,
terus menunggu tarikh gajinya.
PENCARIAN SPONSOR GIVEAWAY EFG MEGA RAYA
Assalamualaikum dan salam sejahtera..




Salam, EFG akan mengadakan GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 buat julung kalinya. Sekiranya ada yang berminat untuk memberi sponsor, boleh hubungi nombor yang tertera di atas.
#giveaway #raya2015 #EFG #ExchangeFeedGroup#GiveawayEFGMegaRaya2015
(Foto kekanak dengan papan renang ni dipinjam dari wikipedia)

Belajar Berenang 

Masa tamat bila manusia berhenti bermimpi, dan masa juga tenat jika manusia berterusan bermimpi sahaja.dan sekarang aku terapung di antaranya.
Azam yang aku rendam awal tahun ni, mahu pandai berenang, sekarang sedang progress ke satu peringkat seterusnya. Dalam kesibukan masa, aku sempat memulakan pembelajaran renang dengan satu kelab atau persatuan sukarelawan, peluang untuk belajar tu datang secara tak sengaja bila secara kebetulan juga berkenalan dengan seorang pelatih renang di pejabat. Pada yang tak percaya pada kebetulan, anggap sajalah ini satu suratan. 

Dari dulu lagi aku memang suka kolam renang, duduk saja-saja atau duduk berendam main-main air, aku menganggap kolam ni macam life, kalau aku masuk mesti aku terkapai-kapai sebab tak tahu kedalamannya,nak jejak ke dasar kaki tak sampai, jika nak survive perlu bergantung pada apa yang aku ada,ketenangan, strength, stamina, knowledge, skills, tapi all this while aku berani berpaut kat pinggiran je, belum berani mencabar satu lawan satu dengan air.Iyelah, belum penuh ilmu di dada,kan? 

Kali pertama dan kedua aku pergi belajar di sekitar PJ, dapatlah praktik teknik terapung secara melentangkan badan ala-ala kayu hanyut dan teknik pernafasan semasa berada di dalam air. Walaupun masih belum cukup konfiden untuk berenang solo tanpa pemantauan dan bantuan, untuk standard aku yang noob kira sudah okay buat masa ni. Feel masa berenang, memang seronok, tapi dalam masa yang sama perlu bertarung untuk terus hidup, dia punya thrill memang jitu, tahu-tahu je kau dah siap buat senaman kardio. Itu yang bila mood swing pun boleh adjust bila swimming, lemaskan rasa tekanan, kemudian timbul dengan rasa kemenangan. 

Buat masa ni, dengan kecederaan yang aku bawa sejak 20 tahun lalu, memang nampak sukar nak buat benda ni, tapi idea ni dah lama berenang-renang dalam fikiran aku,takkan hilang begitu saja tanpa give my best try, aku dah visualize aku berenang macam ikan tahu tak, atau kurang-kurang macam kuda laut lah.Apapun, aku perlu terus mencari solusi yang tepat untuk capai misi ni. Ini satu cabaran bagi diri aku untuk berenang dari zon selesa dan menyelami potensi diri.

Segmen review blog kelolaan EFG hari ni akan mengupas tentang sayidahnapisah.com pula. Aku akan menulis gaya Tun M bercerita tentang 1mdb, panas dan telus. Tanpa membuang masa dan perkataan, berikut adalah 5 fakta tentang Napisah yang akan dibongkar.

1. Sebelum ini Pisah (nama rempit) menggunakan memburucintamu.blogspot sebagai platform untuk blogging. Aku tak pasti kenapa diubah kepada namanya sendiri,tapi aku ada 2 hipotesis. Pertama, cinta yang diburu telah ditemui. Kedua, mungkin Pisah merasakan masih muda untuk terburu-buru memburu cinta. Akhirnya Pisah menukar kepada satu nama yang cengeng sesuai dengan penampilannya iaitu Sayidahnapisah.com.

2. Sayidahnapisah.com banyak berkongsi link untuk download atau tonton program televisyen seperti Runningman,Hati perempuan,Dia..isteri luar biasa. Aku ingatkan makcik-makcik je yang layan, rupanya Pisah yang berusia awal 20-an pun layan drama melayu pesen gitu, inilah yang orang kata minat tak kira usia. Aku masa baya-baya dia aku tengok One Tree Hill dengan Dark Angel, bajet mat saleh lah sikit brader.

3. Berblogging seawal umur 17 tahun, motto utama Pisah dalam dunia blog ialah untuk menyampaikan maklumat yang berguna dan bermanfaat kepada pembacanya. Sebab tu Pisah ada selitkan post motivasi dan informasi terkini. Kalau yang camni aku boleh follow, sebab sebagai orang muda kita kena lebih cas positif dalam diri. Kalau Pisah dapat banyakkan post berkenaan motivasi memang cantiklah, sesuai dengan pangkat dirinya sebagai siswazah unggul. Bagi yang tidak tahu, Pisah sedang melanjutkan pelajarannya di dalam bidang Matematik dan dia memang cintakan Matematik! Jadi, kena berhati-hati bila berkawan dengan dia, jenis berkira lah ni, puii!


4. Apa yang aku mahu belajar dari Cik Pisah adalah cara dia membahagi masa sebagai seorang pelajar terbaik, blogger acah-acah comel dan pengguna media sosial yang agresif. Setakat ni nampak macam dia boleh handle semua pangkat dan disegani disetiap lapangan. Secara peribadi, Pisah lebih menonjol daripada blog dia, makna kata Pisah adalah Pisah tak kira di mana pun berada. Cuma perlu banyakkan menulis dengan pena mata dan hati sendiri.



5. Trademark blognya ialah burung terbang membawa daun dan sehingga ke hari ini, burung itu tidak pernah berhenti terbang....kasihan burung tersebut hidup terseksa. Trademark Pisah pulak adalah senyuman Colgate tiada kaviti. Walau apa pun, bak tulisan di header Pisah, we are born to be real not to be perfect,so kita layankan je la..zassss!


Tangerin & Nikotin - Mimi Morticia


Sebelum aku baca buku puisi 'Tangerin & Nikotin' karya Mimi Morticia,aku tak pernah rasa puisi boleh mengkhayalkan, aku tak tahu puisi boleh bikin orang ketagih serupa hisap pit,aku tak tahu indahnya puisi boleh belai orang tido..boleh buat orang jatuh cinta atau boleh buat orang tertawa. Keh keh. Selesai aku baca,baru aku tahu yang puisi ni serupa magik jugaklah lebih kurang. Mana taknya,dah rasa macam kena rasuk pun ada. 

Buku Tangerin & Nikotin ni sebenarnya buku puisi poket. Poket tu membawa maksud saiznya kecil dan boleh masuk dalam poket. Kalau kat kedai buku, buku ni paling mudah dicopet.

Dalamnya adalah himpunan puisi pendek dan panjang sikit hasil karya Mimi, memandangkan itu buku puisi maka segalanya dalam buku tu termasuklah noktah dan komanya adalah penipuan semata takde kena mengena yang hidup yang zombie atau yang sudah menunggu di pintu surga,tapi kalau sama tu kira kebetulan,doranglah yang kata gitu.

Bukunya nipis je, aku naik komuter dari KL Sentral nak menuju ke Port Klang...sebelum sampai ke Port Klang dah selesai,tapi tu mungkin sebab dalam pada nak menunggu komuter sampai tu aku dah mula baca. Puisi-puisi dalam buku Mimi ni memang masuk melekat ke otaklah. Feel dia santai,rasa macam menghirup air Ice-blended Choc kat Starbuck, perlahan-lahan aku hirup, sayang nak habiskan. Bila habis,rasa tak cukup. Rare.

Pengalaman baca buku puisi senipis itu seakan-akan aku habis baca buku novel tebal. Nipis tapi sarat..haa gitulah. Puas tapi tak cukup. Gila apakah ini? Pffft. Ok meh aku bacakan satu puisi untuk kau..tajuknya 'Gencatan'.


"Seandainya,


hari ini engkau boleh datang sendirian,


tanpa ego mu yang ikut-ikutan,


aku yakin,


setidak-tidaknya,


kita,


masih punya harapan."


Tapi,jaga-jaga..kat buku tu ada pernyataan "Buku ini hanya layak dimiliki oleh minda matang sahaja".  Macam nikotin jugak,budak-budak tak usah mengada. Sekian.



1.Blog ni bukan sebarangan, ni pemenang anugerah Best Lifestyle Blog MSMW 2014/2015. Aku penghibur? Apa yang nak di hiburkan? Macam mana nak menghiburkan?Artis ke? Pemuzik ke? Ahli silap mata ke? Penari kebudayaan ke?

2. Ya, itulah persoalan jika kita lihat di sebalik domain akupenghibur.com. Unik dan ada style. Mungkin juga, bila melihat nama domain ini, tanggapan pertama kita ialah ialah sebuah web yang berasaskan hiburan. Mungkin cerita gossip Emma Maembong, mungkin tentang filem Suami Aku Ustaz, mungkin juga tentang lagu-lagu terbaru tanah air.Tapi, rupanya aku silap menganggap, di sebaliknya ada pengisian yang lebih dari sekadar hiburan, ala biasalah orang yang bernama Richard belum tentu rich orangnya,kan? #lawakhambar

3.Aku Penghibur bukanlah sebuah nama yang asing dalam dunia Blogging. Nama yang tercipta hasil dari kata-kata Datuk Aznil Hj Nawawi yang mengatakan "awak boleh jadi penghibur yang baik". Disebalik kejayaan dalam dunia Blogging achik sebenarnya ia adalah dari doa seorang mak dan keluarga yang tiada henti, sokongan dari mentor beliau, kawan-kawan seperjuangan dan rakan maya serta pembaca di Blog. Achik juga seorang yang 'low profile' , walaupun aku boleh kategorikan dia sebaris dengan blogger elit. Buktinya, pada minggu lepas dia sudi untuk review blog misteri yang entah tak tahu dari mana asal usul dan keturunan, klik sini untuk bukti.

4. Blog Aku Penghibur terkandung pengisian yang padat, penulisan yang ringkas dan ada mesej yang dibawakan. Kebanyakkannya berbentuk artikel yang boleh dibaca untuk santapan minda. Aku menganggap penulis telah meletakkan satu tanda aras yang tinggi dalam penghasilan entri-entri dia, kerana boleh nampak konsistensi dan gaya penyampainya kekal steady, walau apa topik sekalipun.Apa yang aku boleh belajar dari penulisan dia ialah teknik dia mengolah ayat untuk menyampaikan idea, sebab aku selalu jugak mengalami sindrom 'idea padat tapi pengaliran ayat tersumbat', itu yang tersimpan sampai jadi nota purba. 





5. Pemilik blog yang mesra disapa acik ini selalu memberi tunjuk ajar kepada blogger yang masih hijau daun pisang terutamanya tentang peri pentingnya ilmu untuk mengendali sebuah blog. Sebagaimana kata pepatah cina, 'jika mahu kuda yang laju berlari, berilah makan rumput yang berkualiti.' Acik berpendapat, untuk menjadi blogger yang baik harus bersedia untuk menerima kritikan, punyai semangat yang jitu serta konsisten dan kreatif dalam penulisan. Cara kena betul, bukan nak kuda laju berlari, bagi telan pil kuda, itu nak cepat mati.

6. Aku sikit ralat dengan penggunaan kata `personnel' bagi menggantikan 'personal' di header blog, sebab bagi aku personnel membawa maksud kakitangan atau staff. Setiap kali masuk blog aku penghibur mesti aku nak pandang benda alah personnel tu, diharap pihak bertauliah dapat beri pencerahan kepada aku yang keliru.

7.. Secara peribadi pula, Acik seorang yang ramah dan berbudi bahasa sehingga menyebabkan dia sering menjadi rujukan kami di EFG. 'Makan sorang' tiada dalam kamus hidup dia aku rasa, itu kalau aku semak jilid yang terbaru lah. Idea-idea bernas dan kritikan yang dilemparkannya cukup berguna, bagai kata-kata seorang abang kepada adik. Bukan terlalu menghormati,tetapi blogger beginilah yang patut dijadikan role model, dahlah comel, boleh jugak bawak bergurau dan tegas pada masanya! Sapa nak buat menantu, dah boleh start mengasah jarum sekarang. Jom akupenghibur.com !





in denial  : in a state of refusing to believe something that is true. 



Aku sedang menunggu giliran di sebuah bank, biasa kalau pergi bank aku memang tak suka bercakap-cakap, lebih suka senyap macam ada berlaku kematian, seakan-akan bertafakur sejenak kepada duit yang bakal pergi meninggalkan akaun bank.

Depan aku ada seorang brader bank yang cukup baik melayan para pelanggan, sebelum ni pun aku ada perasan brader ni memang cukup gembira dan teruja masa bertugas. Intonasi dan empati dia bila bercakap menonjolkan keprihatinan yang padat. Barangkali, memang impian dia dari kecil mahu bekerja di situ.

"Abang kerja ke study lagi?" brader bank menegur ramah. Walaupun aku tak suka dia panggil aku abang,tapi aku suka soalan ni, sebab walaupun rambut aku dah gugur banyak, tapi muka student-student masih tak lekang. "Kerja dah", aku jawab.

"Abang balik pukul berapa?" dia tanya dan panggil aku abang lagi. Aku jawab, kemudian diam sekejap sebelum aku tanya dia balik soalan sama "ABANG balik kul berapa?"

Aku tanya lagi "Abang tinggal kat mana?"

Aku tanya lagi " Abang memang orang situ lah?"

Lepas dia jawab, dia tanya aku balik soalan yang sama.

"Abang tinggal kat mana?"

"Tempat kerja abang kat mana?"

Degil dia ni..kau je lah abang,aku taknak jadi abang, aku muka student-student kut. 

Aku tengok abang ni macam suka benar bercakap, aku pun koreklah lebih lanjut dah berapa lama kerja, kenaikan gaji ok ke tak. Sebelum dia tanya kita, baik kita tanya dia.

"Abang dah makan belum?" dia tanya pulak.

"Belum. Abang rehat pukul berapa?" aku tanya dan pulangkan balik abang dia. Payah betul dua-dua tak nak mengaku abang ni, semua nak perasan muda..tapi jangan ingat aku nak mengaku kalah.puii! 

Hujung sekali bila urusan dah selesai. Aku cakap laju-laju " Bang balik dulu, terima kasih" kemudian terus bergegas. Dari belakang aku dengar sayup-sayup dia balas "Ok bang!"
Ketika aku merantau ke hujung Malaysia dulu untuk melanjutkan pelajaran, aku selalu mengelak untuk gosok pakaian. Pada mulanya sebab takde iron, tapi lama-kelamaan, walaupun ada iron pun aku tetap tak rajin nak menggosok,terutamanya baju kemeja. Oleh demikian, baju pilihan aku adalah baju yang tidak mudah keronyok atau berkedut. Lepas basuh baju, sangkut guna hanger kemudian bila kering dah boleh simpan dalam almari atau pakai terus. Elakkan baju kemeja kosong, sebab kalau kedut sikit pun memang jelas nampak cela, walaupun pemalas..tapi tetap tahu malu. Selain tu, cara paling mudah, pakai sweater atau jaket pergi kelas..cepat dan tangkas.

Bila dah merantau kerja di kota, aku dapat kurangkan sikit malas nak gosok baju setelah aku memiliki seterika wap/stim. Sterika wap ni lebih mudah nak digunakan, sesuai betul dengan personaliti aku yang tidak meminati bidang gosok-gosok. Caranya, aku gantung baju kemeja guna hanger, kemudian aku wap kan baju tersebut ala-ala tok bomoh menghembus kemenyan..kemudian siap! Magic! Dengan baju yang siap diwap, sedikit sebanyak dapat menonjolkan sisi aku sebagai seorang pemuda berwawasan pada masa itu, majikan kalau tengok pun tak menyesal amik aku kerja. Dan bila makwe nampak, hati dia mungkin berbisik 'kalau dah kahwin mesti rajin gosok baju, kurang sikit kerja rumah nak kena buat'.

Bila dah bernikah, Eri kata seterika wap tu tak bagus, kurang kemas dan remeh nak guna katanya, lagipun seterika stim tu aku beli yang jenis murahan. Dia ada seterika biasa kegemaran dia yang dia bagai sejak dulu lagi. Bila dah rosak, dia nak beli jugak jenama yang sama. Aku tak membantah, sebab bila dah kahwin memang aku jarang dah pegang seterika. Eri la pakar yang menjaga penampilan baju kemeja aku selama ini. Hasilnya memang kemas dan pantas lah teknik kerjanya berbanding aku. Cuma ada masanya, aku amik inisiatif untuk gosok sendiri, contohnya pagi semalam lepas habis Juventus berlawan Real Madrid aku terus cari iron dan gosok baju kemeja serta seluar yang hendak dipakai, kemudian dah selesai segera masuk bilik air mandi harus.

Tengah sedap mandi, tiba-tiba kedengaran pintu bilik air diketuk ala-ala Elizabeth Tan, "Knock! Knock!"

"Yup?" Aku sahut.

"Baju ni dah gosok ke belum?" tanya Eri di sebalik pintu. 

"Sudahh!" aku jawab, rasa geram pulak dibuatnya, padahal dia nampak je aku menggosok tadi. Dia nak kata aku gosok dengan tak gosok tak jauh beza lah tu. Puii!


#Baru-baru ni aku telah menyertai satu pertubuhan blogger-blogger bersatu di bawah nama EFG (Exchange Feed Group). Secara dasarnya, penubuhan EFG bertujuan untuk mempromosikan blog menerusi  perkongsian feed link di blog-blog yang terlibat. Secara langsuñg, setiap blog yang terlibat berpeluang untuk memaparkan pautan feed blognya di blog lain mengikut jadual yang dipersetujui. Tapi, bukan itu sahaja yang menarik perhatian aku. 

#EFG ni pun pada aku merupakan platform untuk berkongsi dan mengembangkan ilmu. Antara ilmu yang selalu dibincangkan seperti teknik SEO, teknik review, template blog dan pengiklanan. Semua perkongsian deal secara abang-adik, tiada bayaran dikenakan, GST dengan cukai hiburan lagilah takde. Kelas biasanya diadakan di whatsapp group atau tutorial di blog, hanya yang tekun dapat mencapai matlamat yang dicitakan, selari dengan cogan kata EFG Bukan Sembang Kosong.

#Cuba lihat di sebelah kanan blog aku ni, ada logo EFG yang warna biru tu kan. Kalau nak parking percuma, half-price tiket wayang, atau diskaun 70% bermalam di hotel sekitar lembah klang bolehlah tunjukkan logo tersebut..disertakan sekali dengan muka tak malu mudah kena tipu.#acahmakenon. Sebab logo tu sebenarnya hanya melambangkan keahlian kami sahaja, kalau terserampak kat mana-mana blog logo tu maknanya dia abang-adik kami lah, kirim salam kat dia. 

#Kalau serius dan beriye sangat pun tak elok untuk keanjalan kulit dan awet muda. Bila berada di luar garis formal, mereka ni selalunya bijak berkomedi dan berparodi. Jangan terkejut kalau notifkasi mencecah ribuan sehari, aku pun dapat join bersamarinda bila ada kesempatan sahaja, itupun kena curi-curi masa. Harapan aku pada EFG, moga EFG dapat bertahan lama dan menjadi platform kepada lebih ramai blogger-blogger pada masa akan datang.



Permintaan seorang suami

Hujan turun separa lebat, aku dah berada betul di hadapan perkarangan gym menunggu seperjuangan aku Mr A.  Sambil menantikan beliau, aku sempat memproses 2 jenis roti ke dalam mulut, dibantu oleh gigi dan lidah serta enzim-enzim yang terkandung dalam air liur untuk mencernakan. Habis roti, mengelamun pulak menyaksikan jutaan rintik hujan berjatuhan.

Sembang lebih tak guna, aku sebenarnya segan nak masuk gymnasium ni sorang-sorang, maklumlah otot badan aku masih lagi tahap malu-malu anak dara, takut pulak kalau aku masuk dorang ingat aku salesman nak jual barang, puii. Nak taknak kena tunggu juga Mr A sampai. Mr A ni jenis badan besar orangnya, gym ni kira taman permainan dia lah.

Sesampai Mr A, dia terus beri tunjuk ajar kat aku mana patut. Aku kalau tak pergi gymnasium, rasa semangat nak pergi membuak, bila dah berada dalam gym, rasa gelisah nak balik pulak, sengsara macam kena seksa pun ada, tapi aku heret juga semangat tu walau berat, supaya dapat capai target untuk upgrade fitness dan bail-out pelbagai jenis makanan yang aku dah telan selama ni.

Selain bersenam, sempat jugak catch-up hal masing-masing tak kira hal pekerjaan atau peribadi. Mr A tunjuk kat aku jam tangan dia, nampak macam biasa je dah pukul 6 lebih, sama macam jam tangan aku jugak, tapi tiba-tiba dia klik satu butang, terus muka aku terpapar kat skrin jam tangan dia, brengset lu..jam tangan dia ada kamera! Sofistikated bukan main ni, lain kali nak keluar dengan Mr A kena pakai smart-smart lah ye tak.

Sedang rancak bersembang, tiba-tiba Mr A teringat sesuatu yang macam kecemasan sangat gayanya, barangkali terlupa amik anak balik sekolah,takpun lupa tutup iron. Terus dia amik telefon bimbit untuk hubungi isteri dia. "Hello yang, jap lagi bukak channel XXX, tolong rakamkan Dragonball, takut tak sempat balik". Lepas tu dia cakap lagi pasal apebenda ntah aku tak faham hal rumahtangga orang, tapi sebelum dia letak telefon dia tekankan lagi nada "Jangan lupa tau, rakam Dragonball".

Aku duduk sebelah sengih je lah kat bapa anak 3 ni, dengan berbekalkan badan besi urat dawai juga gaya sofistikated gini, bila Dragonball start jangan terkejut kalau dia yang paling depan televisyen nak tengok Goku berkelahi dengan Cell. Aku beritahu lah kat dia yang aku minat gila jugak kat cerita Dragonball terutamanya komiknya, tapi tak cukup konsisten untuk follow animasi kat televisyen.

Lepas tu aku tanyalah sekarang dah episod mana, Gohan dah abis mengamuk ke belum (episod tu aku paling suka), Goku dah bawa Cell kat tempat Mahadewa Kaio ke belum sebelum dia meletup, Dragon Ball ni ada berapa versi, berapa peringkat sebenarnya, lepas tu korang fahamlah..sebesar mana pun kami, sofistikated mana pun jam tangan, hero zaman kecil tetap melekat di ingatan, seperti kata pepatah yang diajarkan di tadika kemas Ukraine 'Boys will be boys'.
Once a while, we tend to forget we only got 7 days in a week, or 24 hours in a day.

We easily pass each day, each minute, each second..without even realise.

We change. If not, the environment will change and force us to become someone we dont even know, somewhere we have never been.

All of sudden, we struggle to adapt and accept the new we. Or in this story, me.


Selepas cuti 4 hari, hari ni masuk ofis masing-masing bawa bekal cerita yang pelbagai ragam mengenai percutiaan.  Ada cerita yang mengecewakan, contohnya perjalanan yang biasanya makan masa 2 jam, jadi 12 jam disebabkan kesesakan. Yang manisnya biasalah dapat istirehat dan makan-makan dengan kesayangan. Aku tunggu je bila dorang nak petik cerita myvi, tapi setakat jam 10 pagi takde orang petik lagi.

Tiba-tiba seorang rakan sepejabat berbangsa india sampai, muka nampak ceria selepas pulang dari bercuti, apa dibuatnya masa cuti aku tak tahulah, minggu lepas kesian tengok dia jalan perlahan macam atuk-atuk dan selalu mengeluh sakit belakang, siap amik cuti sakit disebabkan kecederaan semasa work out katanya. Tapi hari ni nampak lain, jalan pun dah laju semacam, rumah urut mana dia pergi?

"Eh dah boleh jalan laju..ok dah ke?" aku tanya sambil berjabat tangan.

"Mana ada ok...sakit lagi ni, masih tak boleh nak bongok", jawab beliau.

" Eh..bongok apa...bongkok!" aku betulkan, bertindak sebagai auto-correct in real life.

"Haaa bongkok". Dia sengih. Terus aku bukak cerita pasal Avengers.

Tonton Pilot Cafe - Terperangkap di kemelut cinta

Lagu tema yang Hafiz feat Adira tu sedap jugak kan?


1.Pagi ni aku bangun tidur macam tak percaya yang malam semalam aku pergi tengok pilot cafe, siapa yang pukau aku semalam? 

2. Pilot Kafe ni satu lagi adaptasi dari novel tulisan Ahadiat Akashah. Dulu-dulu memang aku pernah baca novelnya, tapi jalan ceritanya semuanya terasa macam dah jauh sangat, ingat-ingat lupa. Cuma yang aku ingat aku memang puas baca novel dia pada masa tu sebab Ahadiat bawa keberanian dalam ceritanya, tidak play safe dan tidak safe jugak sebenarnya untuk yang masih di bawah umur.

3. Pilot Cafe berkisar tentang seorang playboy bernama Ameer Reza yang berduit dan digambarkan sangat kaca berbadan sasa. Beza playboy berduit dengan tak berduit ni, playboy berduit ni senang sikit nak dilakonkan oleh Fahrin sebab telah dibantu props seperti kereta mewah, baju mewah dan buku cek.

4. Filem ni bawa penonton melalui proses playboy tu cuba untuk mengenal erti respek kepada wanita dan menjadi lelaki yang lebih mahmudah sambil dia diburu dosa-dosa silam. Namun bukan mudah untuk jadi mahmudah, konflik yang dialami tu sama ada boleh diterima sebagai satu batu loncatan untuk dia jadi lebih baik atau sebagai batu belah batu bertangkup yang telan dia tak berperikemanusiaan.

5. Dua watak heroin utama dalam filem ni dipegang oleh Sharmila dan Maya. Sharmila adalah perempuan yang mencetus fasa baru untuk Ameer selepas dia hilangkan diri, Maya pula perempuan yang secara tak langsung mengajar Ameer tentang cinta dan perasaan ingin memiliki. Aku takde sebarang komplen tentang lakonan Izara Aisyah dan Neelofa, dua-dua lawa dan kuat menangis.

6.  Lakonan Fahrin pun aku takde masalah, aku rasa sampailah lakonan dia tu, filem ni boleh dijadikan reference dalam resume dia yang membuktikan dia boleh bawa watak di layar yang lebih besar, dibantu pulak dengan layar Osman Ali yang aku boleh hadam jugak untuk filem romantik melayu. Tapi orang cakap Fahrin tak hensem kat luar, pendek, betul ke? Kalau betul dia tak hensem, maknanya hebatlah lakonan dia sebab dia berjaya lakonkan watak orang hensem.

7. Secara keseluruhan, walaupun filem ni taklah begitu WOW, tapi mesej ringkas yang nak diterjemah tu sampailah jugak. Nasib baik plot filem ni menarik seperti plot novel Ahadiat, kalau tak mesti terasa lama gila nak tunggu habis sampai 2 jam 5 minit. Plot bagus, tapi penamatnya korang tepuk dada tanyalah diri sendiri, kalau dah tepuk takde jawapan jugak meh aku tepukkan dada korang atau pergilah beli novelnya.

8.Last sekali, disebabkan durasinya yang aku tak jangka begitu panjang, sampai lrt dah tutup baru habis. Kami tengok kat Nu Sentral jadi parkinglah kereta kat lrt area rumah aku then menuju ke klsentral naik lrt untuk menyahut seruan kerajaan berkebajikan. Bila filem habis, bergegas lah kejar lrt tapi lrt dan komuter dah tutup, sudahnya kena naik teksi dan dicaj mahal! 

9. Lepas kena caj teksi mahal semalam, aku dapat satu pengajaran yang berguna, sebelum naik teksi kena inform driver teksi siap-siap yang kita orang Malaysia warga tempatan, dorang ni bukan boleh...nampak muka eropah sikit nak caj lebih..puii! Lebih betul lah, ni semua gara-gara pilot cafe, sudahnya aku juga yang menetes terperangkap di Kl Sentral.
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home