Auto Feed Blog

Aku dan Seterika

Friday, May 15, 2015 Fendi Rocka 20 Comments

Ketika aku merantau ke hujung Malaysia dulu untuk melanjutkan pelajaran, aku selalu mengelak untuk gosok pakaian. Pada mulanya sebab takde iron, tapi lama-kelamaan, walaupun ada iron pun aku tetap tak rajin nak menggosok,terutamanya baju kemeja. Oleh demikian, baju pilihan aku adalah baju yang tidak mudah keronyok atau berkedut. Lepas basuh baju, sangkut guna hanger kemudian bila kering dah boleh simpan dalam almari atau pakai terus. Elakkan baju kemeja kosong, sebab kalau kedut sikit pun memang jelas nampak cela, walaupun pemalas..tapi tetap tahu malu. Selain tu, cara paling mudah, pakai sweater atau jaket pergi kelas..cepat dan tangkas.

Bila dah merantau kerja di kota, aku dapat kurangkan sikit malas nak gosok baju setelah aku memiliki seterika wap/stim. Sterika wap ni lebih mudah nak digunakan, sesuai betul dengan personaliti aku yang tidak meminati bidang gosok-gosok. Caranya, aku gantung baju kemeja guna hanger, kemudian aku wap kan baju tersebut ala-ala tok bomoh menghembus kemenyan..kemudian siap! Magic! Dengan baju yang siap diwap, sedikit sebanyak dapat menonjolkan sisi aku sebagai seorang pemuda berwawasan pada masa itu, majikan kalau tengok pun tak menyesal amik aku kerja. Dan bila makwe nampak, hati dia mungkin berbisik 'kalau dah kahwin mesti rajin gosok baju, kurang sikit kerja rumah nak kena buat'.

Bila dah bernikah, Eri kata seterika wap tu tak bagus, kurang kemas dan remeh nak guna katanya, lagipun seterika stim tu aku beli yang jenis murahan. Dia ada seterika biasa kegemaran dia yang dia bagai sejak dulu lagi. Bila dah rosak, dia nak beli jugak jenama yang sama. Aku tak membantah, sebab bila dah kahwin memang aku jarang dah pegang seterika. Eri la pakar yang menjaga penampilan baju kemeja aku selama ini. Hasilnya memang kemas dan pantas lah teknik kerjanya berbanding aku. Cuma ada masanya, aku amik inisiatif untuk gosok sendiri, contohnya pagi semalam lepas habis Juventus berlawan Real Madrid aku terus cari iron dan gosok baju kemeja serta seluar yang hendak dipakai, kemudian dah selesai segera masuk bilik air mandi harus.

Tengah sedap mandi, tiba-tiba kedengaran pintu bilik air diketuk ala-ala Elizabeth Tan, "Knock! Knock!"

"Yup?" Aku sahut.

"Baju ni dah gosok ke belum?" tanya Eri di sebalik pintu. 

"Sudahh!" aku jawab, rasa geram pulak dibuatnya, padahal dia nampak je aku menggosok tadi. Dia nak kata aku gosok dengan tak gosok tak jauh beza lah tu. Puii!


You Might Also Like

20 comments:

cinta said...

Ha3.
Pandai betul kau tafsirkan soalan last tu.

haha...sama sifat macam suami akak...mujur kerja kilang tak payah bersmart2....sarung T dan jeans...cukup..

hahaha. nani pun ada jugak spesis malas gosok baju ni.

Kahkahkah. yang last tu. Memang xde beza kut FR gosok ke tak kemeja tu :D

ckp je la xgosok

Fendi Rocka said...

bezanya baju tu rasa panas sikit lah

Fendi Rocka said...

kalau dia tak nampak aku gosok takpelah

hahaha.. kelakor.. salam singgah..

hahaha..Sha pon suka gak buat2 tanya soalan gitu klau member tak berapa expert bab menggosok ni..

berlatih menggosok dengan lebih kerap ya.......

cuba lagi........! :p

Eny Abdullah said...

nampak sgt gosok tak kemas kahkahkahkahkahkah

practice makes perfect.. :D

hik hik hik hik..... dulu zaman sekolah rendah pernah guna ....
seterika arang batu.... berat dan panas... tapi baju tak pon terbakooo la guna seterika ringgan tekap kat kain terus bentuk seterika hati2 Fr...nnt jd corak lain...kat baju...

guna style P.Ramlee impit dengan batu bata... hik hik hik
selamat mencuba

Jari Manis said...

datang singgah sini selepas baca review dari geng EFG...

kenapa mandi HARUS...mandi SUNAT lah dapat pahala!!!

Baik x yah gosok...hilang kemachowan bila baju di gosok katanya x gosok...frust tau kih kih kih

aswaleyla said...

ni mesti gosok baju tak ikhlas . hahahaha

Amy J said...

ahahahahha.... lepas ni, xyah la gosok dah.... entah2 duk gosok, lupa nak on. zzz

anamizu said...

walaupun ABANG tulis takde sebarang unsur "hehehe" ataupun "hahaha", masih rasa nak tergelak je bace hahahaha hadoiyai

Fendi Rocka said...

hehehehe!

kisah earty said...

hahaha.... yg ni betol betol kelakar..

*gelak tutup mulut* zzzz

Supermodel

Google+ Followers

Pautan

Nota Kaki

Nota Kaki