Belajar Berenang

(Foto kekanak dengan papan renang ni dipinjam dari wikipedia)

Belajar Berenang 

Masa tamat bila manusia berhenti bermimpi, dan masa juga tenat jika manusia berterusan bermimpi sahaja.dan sekarang aku terapung di antaranya.
Azam yang aku rendam awal tahun ni, mahu pandai berenang, sekarang sedang progress ke satu peringkat seterusnya. Dalam kesibukan masa, aku sempat memulakan pembelajaran renang dengan satu kelab atau persatuan sukarelawan, peluang untuk belajar tu datang secara tak sengaja bila secara kebetulan juga berkenalan dengan seorang pelatih renang di pejabat. Pada yang tak percaya pada kebetulan, anggap sajalah ini satu suratan. 

Dari dulu lagi aku memang suka kolam renang, duduk saja-saja atau duduk berendam main-main air, aku menganggap kolam ni macam life, kalau aku masuk mesti aku terkapai-kapai sebab tak tahu kedalamannya,nak jejak ke dasar kaki tak sampai, jika nak survive perlu bergantung pada apa yang aku ada,ketenangan, strength, stamina, knowledge, skills, tapi all this while aku berani berpaut kat pinggiran je, belum berani mencabar satu lawan satu dengan air.Iyelah, belum penuh ilmu di dada,kan? 

Kali pertama dan kedua aku pergi belajar di sekitar PJ, dapatlah praktik teknik terapung secara melentangkan badan ala-ala kayu hanyut dan teknik pernafasan semasa berada di dalam air. Walaupun masih belum cukup konfiden untuk berenang solo tanpa pemantauan dan bantuan, untuk standard aku yang noob kira sudah okay buat masa ni. Feel masa berenang, memang seronok, tapi dalam masa yang sama perlu bertarung untuk terus hidup, dia punya thrill memang jitu, tahu-tahu je kau dah siap buat senaman kardio. Itu yang bila mood swing pun boleh adjust bila swimming, lemaskan rasa tekanan, kemudian timbul dengan rasa kemenangan. 

Buat masa ni, dengan kecederaan yang aku bawa sejak 20 tahun lalu, memang nampak sukar nak buat benda ni, tapi idea ni dah lama berenang-renang dalam fikiran aku,takkan hilang begitu saja tanpa give my best try, aku dah visualize aku berenang macam ikan tahu tak, atau kurang-kurang macam kuda laut lah.Apapun, aku perlu terus mencari solusi yang tepat untuk capai misi ni. Ini satu cabaran bagi diri aku untuk berenang dari zon selesa dan menyelami potensi diri.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

17 comments:

  1. haaa baru tak seram dtg blog FR ni... nampak cerahhhh
    belajar berenang mmg bagus!

    ReplyDelete
  2. dah cerah blog FR. Kena tukar tajuk dah ni..

    ReplyDelete
  3. kalau kau pandai berenang aku patut rasa malu.

    ReplyDelete
  4. wah terang benderang nota purba laa ni, FR kak ana asal dan membesar di kampung rumah belakang Sg Perak, tapi tak pandai gak berenang sebab mak abah memang tak bagi pii main kat sungai tu hihi :)

    ReplyDelete
  5. lela pon x pandai berenang sampai sekarang .berenang biawak boleh laaa

    ReplyDelete
  6. Baru aje praktis teknik terapung secara melentangkan badan ala-ala kayu hanyut tu. Tu pun lepas 27 tahun hidup

    ReplyDelete
  7. sekurang kurangnya try an. saya ni lagi ler kuak apa pun x belajar... malas.. tapi lepas tu jeles tgk kawan pndai berenang. wakaka

    ReplyDelete
  8. pergh daebak lah! kc pun tak tahu nak berenang. beranang guna pelampung dgn jacket life pandai lahhh. hahahahha #lawakhambar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beranang kat Semenyih sana KC..... :p

      Delete
  9. suka dengan template FR clean

    ReplyDelete
  10. "lemaskan rasa tekanan, kemudian timbul dengan rasa kemenangan"

    like it....!! :)


    ReplyDelete
  11. Berenang buat kita rasa tenang.... setenang air di dasar...

    ReplyDelete