Auto Feed Blog

Permintaan Seorang Suami

Monday, May 11, 2015 Fendi Rocka 23 Comments

Permintaan seorang suami

Hujan turun separa lebat, aku dah berada betul di hadapan perkarangan gym menunggu seperjuangan aku Mr A.  Sambil menantikan beliau, aku sempat memproses 2 jenis roti ke dalam mulut, dibantu oleh gigi dan lidah serta enzim-enzim yang terkandung dalam air liur untuk mencernakan. Habis roti, mengelamun pulak menyaksikan jutaan rintik hujan berjatuhan.

Sembang lebih tak guna, aku sebenarnya segan nak masuk gymnasium ni sorang-sorang, maklumlah otot badan aku masih lagi tahap malu-malu anak dara, takut pulak kalau aku masuk dorang ingat aku salesman nak jual barang, puii. Nak taknak kena tunggu juga Mr A sampai. Mr A ni jenis badan besar orangnya, gym ni kira taman permainan dia lah.

Sesampai Mr A, dia terus beri tunjuk ajar kat aku mana patut. Aku kalau tak pergi gymnasium, rasa semangat nak pergi membuak, bila dah berada dalam gym, rasa gelisah nak balik pulak, sengsara macam kena seksa pun ada, tapi aku heret juga semangat tu walau berat, supaya dapat capai target untuk upgrade fitness dan bail-out pelbagai jenis makanan yang aku dah telan selama ni.

Selain bersenam, sempat jugak catch-up hal masing-masing tak kira hal pekerjaan atau peribadi. Mr A tunjuk kat aku jam tangan dia, nampak macam biasa je dah pukul 6 lebih, sama macam jam tangan aku jugak, tapi tiba-tiba dia klik satu butang, terus muka aku terpapar kat skrin jam tangan dia, brengset lu..jam tangan dia ada kamera! Sofistikated bukan main ni, lain kali nak keluar dengan Mr A kena pakai smart-smart lah ye tak.

Sedang rancak bersembang, tiba-tiba Mr A teringat sesuatu yang macam kecemasan sangat gayanya, barangkali terlupa amik anak balik sekolah,takpun lupa tutup iron. Terus dia amik telefon bimbit untuk hubungi isteri dia. "Hello yang, jap lagi bukak channel XXX, tolong rakamkan Dragonball, takut tak sempat balik". Lepas tu dia cakap lagi pasal apebenda ntah aku tak faham hal rumahtangga orang, tapi sebelum dia letak telefon dia tekankan lagi nada "Jangan lupa tau, rakam Dragonball".

Aku duduk sebelah sengih je lah kat bapa anak 3 ni, dengan berbekalkan badan besi urat dawai juga gaya sofistikated gini, bila Dragonball start jangan terkejut kalau dia yang paling depan televisyen nak tengok Goku berkelahi dengan Cell. Aku beritahu lah kat dia yang aku minat gila jugak kat cerita Dragonball terutamanya komiknya, tapi tak cukup konsisten untuk follow animasi kat televisyen.

Lepas tu aku tanyalah sekarang dah episod mana, Gohan dah abis mengamuk ke belum (episod tu aku paling suka), Goku dah bawa Cell kat tempat Mahadewa Kaio ke belum sebelum dia meletup, Dragon Ball ni ada berapa versi, berapa peringkat sebenarnya, lepas tu korang fahamlah..sebesar mana pun kami, sofistikated mana pun jam tangan, hero zaman kecil tetap melekat di ingatan, seperti kata pepatah yang diajarkan di tadika kemas Ukraine 'Boys will be boys'.

You Might Also Like

23 comments:

SalbiahM said...

haha..gelak sorang-sorang baca entry ni.boleh bayangkan Abang Sado excited layan Dragonball..

perrggghhh.. siap suruh record...!!

*tgh imagine mcm mana la perasaan bini dia*

irra yyan said...

hahah dragon ball ada 7 biji semua nyaaaa

Nasib suruh rakam dragon ball. Kalau suruh rakam sailormoon. Nah lagi fengsan abang sado tengok "dengan kuasa bulan, aku akan menghukum mu" :D

Cikk Mimin said...

lee elehh, dragon ball rupanya . huhu.. hahaha. komen shira buat mimin gelak. da lama xde citer sailormoon. rindu

aRz MoHa said...

mula-mula tak faham juga apa tu permintaan seorang suami...

tapi bila dah baca abis baru faham....dragon ball buatkan lelaki kacak menjadi kanak kanak

hahaha..tergelak gak baca komen Shahira..

Aduh..... nak pecah perut along gelak!!! Tapi tak dinafikanlah..bak pepatah UKRAINE lah sangat tu : "Boys Will Be Boys" :)

haha..cite tu mmg legend...

hahaha..awan terbang ~~~

Fendi Rocka said...

ini kelakar

Eny Abdullah said...

hahahahhahaha boys will be boys!!!

Amy J said...

hahahahhahaha. xley belah. nasib baik suruh rakam dragonball. ingatkan nak suruh apa tadi.

kisah earty said...

mmg fanatik betol tu dgn dragon ball..hehe

anajingga said...

FR menulis kak ana kena dua kali fikir baru faham...moral of the storynya haha.. :) best macam selalu entri Nota Purba :)

hahaha... dragon ball peberet budak2 lelaki opis ni sepanjang zaman..

kak ana dgn pcl lebih kurang... pcl tambah sekali lg fkir ..haha.

Qaseh Abadi said...

dulu2 pun layan DB ni.. bila diulang sekarang ni dah xleh nak follow...

Nik Ainaa said...

boys will be boys~

Jari Manis said...

abam sado tapi hati tetap kanak-kanak baru awet muda

nasib dua kali je kak ana. kalau tiga kali...... :p

tak ingat bila last layan dragon ball. ade lagi eh tayangan dragon ball? nak call umi la suruh record. #parodiabamsado

Fendi Rocka said...

poyo

Supermodel

Google+ Followers

Pautan

Nota Kaki

Nota Kaki