Auto Feed Blog

Review Aku Penghibur | Bukan Hiburan Kosong

Tuesday, May 19, 2015 Fendi Rocka 22 Comments




1.Blog ni bukan sebarangan, ni pemenang anugerah Best Lifestyle Blog MSMW 2014/2015. Aku penghibur? Apa yang nak di hiburkan? Macam mana nak menghiburkan?Artis ke? Pemuzik ke? Ahli silap mata ke? Penari kebudayaan ke?

2. Ya, itulah persoalan jika kita lihat di sebalik domain akupenghibur.com. Unik dan ada style. Mungkin juga, bila melihat nama domain ini, tanggapan pertama kita ialah ialah sebuah web yang berasaskan hiburan. Mungkin cerita gossip Emma Maembong, mungkin tentang filem Suami Aku Ustaz, mungkin juga tentang lagu-lagu terbaru tanah air.Tapi, rupanya aku silap menganggap, di sebaliknya ada pengisian yang lebih dari sekadar hiburan, ala biasalah orang yang bernama Richard belum tentu rich orangnya,kan? #lawakhambar

3.Aku Penghibur bukanlah sebuah nama yang asing dalam dunia Blogging. Nama yang tercipta hasil dari kata-kata Datuk Aznil Hj Nawawi yang mengatakan "awak boleh jadi penghibur yang baik". Disebalik kejayaan dalam dunia Blogging achik sebenarnya ia adalah dari doa seorang mak dan keluarga yang tiada henti, sokongan dari mentor beliau, kawan-kawan seperjuangan dan rakan maya serta pembaca di Blog. Achik juga seorang yang 'low profile' , walaupun aku boleh kategorikan dia sebaris dengan blogger elit. Buktinya, pada minggu lepas dia sudi untuk review blog misteri yang entah tak tahu dari mana asal usul dan keturunan, klik sini untuk bukti.

4. Blog Aku Penghibur terkandung pengisian yang padat, penulisan yang ringkas dan ada mesej yang dibawakan. Kebanyakkannya berbentuk artikel yang boleh dibaca untuk santapan minda. Aku menganggap penulis telah meletakkan satu tanda aras yang tinggi dalam penghasilan entri-entri dia, kerana boleh nampak konsistensi dan gaya penyampainya kekal steady, walau apa topik sekalipun.Apa yang aku boleh belajar dari penulisan dia ialah teknik dia mengolah ayat untuk menyampaikan idea, sebab aku selalu jugak mengalami sindrom 'idea padat tapi pengaliran ayat tersumbat', itu yang tersimpan sampai jadi nota purba. 





5. Pemilik blog yang mesra disapa acik ini selalu memberi tunjuk ajar kepada blogger yang masih hijau daun pisang terutamanya tentang peri pentingnya ilmu untuk mengendali sebuah blog. Sebagaimana kata pepatah cina, 'jika mahu kuda yang laju berlari, berilah makan rumput yang berkualiti.' Acik berpendapat, untuk menjadi blogger yang baik harus bersedia untuk menerima kritikan, punyai semangat yang jitu serta konsisten dan kreatif dalam penulisan. Cara kena betul, bukan nak kuda laju berlari, bagi telan pil kuda, itu nak cepat mati.

6. Aku sikit ralat dengan penggunaan kata `personnel' bagi menggantikan 'personal' di header blog, sebab bagi aku personnel membawa maksud kakitangan atau staff. Setiap kali masuk blog aku penghibur mesti aku nak pandang benda alah personnel tu, diharap pihak bertauliah dapat beri pencerahan kepada aku yang keliru.

7.. Secara peribadi pula, Acik seorang yang ramah dan berbudi bahasa sehingga menyebabkan dia sering menjadi rujukan kami di EFG. 'Makan sorang' tiada dalam kamus hidup dia aku rasa, itu kalau aku semak jilid yang terbaru lah. Idea-idea bernas dan kritikan yang dilemparkannya cukup berguna, bagai kata-kata seorang abang kepada adik. Bukan terlalu menghormati,tetapi blogger beginilah yang patut dijadikan role model, dahlah comel, boleh jugak bawak bergurau dan tegas pada masanya! Sapa nak buat menantu, dah boleh start mengasah jarum sekarang. Jom akupenghibur.com !



You Might Also Like

22 comments:

hehe....review pertama yang akak terjah..nice one....sengih sorang-sorang melayan nota yang belum purba ni..

"..idea padat tapi pengaliran ayat tersumbat.."

hahahahahaaa... kalau tersumbat panggil Indah Water laaaa.... :p

Akif Imtiyaz said...

Amboii baca review fr ni dah rasa cam seram sejuk jer hahahaha

terhibur pabila baca

Abang fr.. Along stuju.. perkataan yang rare dan pelik, memang menimbulkan tanda tanya...ahha

takde anak lagi la abg fr nak buatkan acik jd menantu hahaha

khaty aiman said...

terbaikk EFG..tersenyum2 baca entry FR nie..ayat memang luar juangkaan betul..

Aiezza Sue said...

sesatunya blog hitam yg kS suka singgah...walau ada sedikit seram kat pic profile tu, terus scroll laju2 ke bawah..

Cikk Mimin said...

acik ohsemm

Fendi Rocka said...

jadi bapak kepada anak KC pun takde sapa nak halang

acik penghibur hati...

anajingga said...

beruntung kita berada bersama acik di EFG, banyak yang dikongsikan bersama,Alhamdulillah :)

Fendi Rocka said...

terima kasih kak

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

kisah earty said...

hai kak khaty...:)

kisah earty said...

setuju sangat.. acik pandai buat olahan ayat jd lebih menarik perhatian pembaca,...

nice artikel :)
bikin ketawa

Achik powwer :D

sengih sampai ke mana tu kak zi? hikhikkk

i is dah anggap acik sbg abang kc dah laaa. wek wekkk

kembang kepis hidung abg fr baca #jeles

Eny Abdullah said...

suka baca blog acik tu. menarik dan tertarik!. tu lah perasan jugak perkataan personnel tu yg bawa maksud pekerja atau staff... org buat header acik typo mcm kak eny kot ahahahahha

Supermodel

Google+ Followers

Pautan

Nota Kaki

Nota Kaki