Auto Feed Blog

Spek Mata Patah

Tuesday, June 30, 2015 Fendi Rocka 11 Comments

Lebih kurang beginilah kejadiannya, tapi gambar ni aku pinjam google.
Sebenarnya aku nak beritahu sesuatu,iaitu tentang spek mata aku yang telah patah, kalau korang tak mahu tahu korang boleh berhenti baca sekarang aku tak paksa. Aku peduli mende.









Ok nampaknya kau masih teruskan pembacaan. 


 Maknanya kau nak tahu lah ye?? 

Spek mata aku dah patah di bahagian penghubung di antara bingkai dan tangkainya. 

Aku mintak wanita kegemaran belikan gam UHU, bila dicuba sambungkan guna gam UHU tetap tak boleh jugak. Sebelum ni guna gam biasa lagilah tak boleh.huhuhu. 

Di tempat kerja masa waktu lunch aku singgah kedai serbaneka untuk beli gam gajah, gam gajah ni aku consider kuat lah sebab ada gambar gajah. Memang kuat melekatnya! 

Aku bubuh gam gajah tu di antara bingkai dan tangkai kemudian aku tekan-tekan untuk beberapa saat supaya kukuh lekatannya. Ternyata, sangat kuat gam gajah ni. Cukup melekat. 

Tapi bukan benda patah tu yang melekat, jari aku pulak yang melekat kat spek mata tu. Puii! . 

















Sekarang korang dah tahu dah lah, nak apa lagi. Aku tengah geram ni spek mata patah.

11 comments:

Review Tomorrowland (2015) - Harapan,Khayalan dan Syarahan

Monday, June 29, 2015 Fendi Rocka 10 Comments

Tomorrowland (2015) - Harapan,Khayalan dan Syarahan




1.Dengan berlatarkan masa zaman dahulu dan zaman akan datang, Tomorrowland adalah sebuah filem yang aneh. Berbekalkan perbendaharaan kata aku yang terhad,sukar jugak untuk aku gambarkan keanehannya. Kalau aku cerita nanti yang belum tengok tentu akan garu kepala. 

2.Apabila filem mula dimainkan, keluar logo Disney, dalam fikiran aku bila ternampak logo Disney, terus aku berbisik dalam hati 'laaa Disney ke, wajib khayalan lah ni'. Memang betul, bila tengok filem ni, kena bawa minda berimaginasi ke dunia khayalan.

3 .Punyai idea besar,sambil cubaan untuk kelihatan fun, tapi macam tak kesampaian pulak. Idea dan keseronokkan yang hendak dibawa tu macam begitu berat seperti diseret-seret, kemudian meleret-leret hingga membuat aku  jadi nak tak nak je.


4. Memandangkan isu merentasi masa ni dah banyak dimainkan dalam filem-filem, jadi tak susah sangat penonton nak catch-up apa yang berlaku, apa yang menjadi modal filem adalah isu tentang moral dan persekitaran, merujuk kepada kerosakan planet bumi. Isu begini sudah biasa bagi aku, pengolahannya juga tak berapa nak baru.

5.Namun,apa yang segar tentang filem ini adalah watak Athena seorang budak perempuan yang dilakonkan dengan baik oleh Raffey Cassidy. Watak kiut dan inesen, tapi membawa tanggungjawab besar. Sedikit sebanyak menenggelamkan aura George Clooney sebagai pelakon senior yang memainkan watak seorang lelaki yang putus harapan. 


Ada kalanya filem ni macam bersyarah dan nampak tak natural dalam menerangkan mesej. Macam cubaan untuk menyumbat input ke dalam kepala aku. Bukan sebuah filem yang memorable. Lagipun, sebenarnya aku nak tengok cerita Mad Max: Fury Road tapi tayangan terlalu lewat. Secara peribadinya, satu perkataan yang sesuai untuk menjelaskan Tomorrowland:  Kureng.


10 comments:

#Cabaran20Hari Apa Erti Puasa Bagi Anda?

Saturday, June 27, 2015 Fendi Rocka 16 Comments



Erti puasa bagi aku adalah bila mana mesyuarat diadakan kat ofis, karipap dengan air kopi O yang biasa jadi peneman mata yang mengantuk dah takde. Haaa..ni kalau jawab dalam exam memang ustazah gigit telinga aku.

Pengertian puasa 

Pengertian puasa bagi aku sebenarnya dan sepatutnya sama jugak seperti mana yang disebut syarak "Menahan diri dari makan dan minum dan perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari". Pengertian haruslah menepati syarak ye tak, supaya niat aku tak jadi keliru.

Apa yang aku suka mengenai puasa, yang utamanya adalah SABAR. Orang yang nak memupuk kesabaran ni kena mengawal diri dan melembutkan diri. Atau dengan kata lain, tak garang sangat, itu yang aku perati bulan puasa ramai orang baik-baik je perangainya. He He. Kurangkan marah, banyakkan muhasabah, tentu banyak hikmahnya!

Antara hikmah berpuasa

Pada waktu siang aku dalam keadaan lapar dan dahaga, ini adalah salah satu ujian dan peringatan kepada aku jugak. Sebab bila lapar dan dahaga, mulalah nak sebut nama Allah...ya Allah laparnya..ya Allah hausssnyaa..Ya Allah sedapnya aiskrim itu. Tapi bila tak puasa, ada duit aku boleh terus beli aiskrim dan makan, secara tak langsung aku lupa yang nikmat tu datang dari mana, bila dah berlatih dengan puasa..menyedarkan aku tentang nikmat dan kasih tuhan. Bila terkenangkan itu, perasaan jadi halus.

Juga, macam yang kita sedia tahu, betapa Islam telah menegaskan tentang kepentingan menjaga silaturahim.

Semasa kita kenyang, cenderung untung kita fikir kita saja yang hidup di dunia ini, kita puas, malahan cenderung untuk menjadi tamak, tapi bila kita merasa sedikit kepayahan dengan berpuasa..baru kita terdetik bagaimana rasanya erti kesusahan. Seterusnya melahirkan rasa empati dan timbang rasa pada orang lain yang turut merasa. Kesyukuran.

Aku sendiri hidup macam roda, susah senang bersilih ganti, aku percaya orang lain pun punya putaran tersendiri, putarannya pun tak lama mana, jadi dalam kita melayan struggle masing-masing, sesama kita tak perlulah menambah sakit lagi..berbaik je lah. Putaran kita bulat, tak lama lagi kita berkumpul tempat yang sama juga.

Rasulullah saw. bersabda: “Demi zat yang jiwaku berada dalam genggamanNya, kalian tidak akan masuk syurga sebelum beriman, dan kalian tidaklah beriman sebelum saling mencintai. Maukah aku tunjukan sesuatu, jika kalian mengerjakannya, maka akan timbul saling mencintai di antara kalian. Yaitu sebarkanlah Salam’ (HR. Muslim)

Sekian, sedikit sebanyak pengertian puasa kepada aku, assalamualaikum dunia!




Sumber Foto: 
http://tkkhalifahbanjarmasin.com/
http://www.indrajitz.com/

16 comments:

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015

Friday, June 26, 2015 Fendi Rocka 2 Comments

Sesungguhnya cabaran dan dugaan itu hadir untuk menguji kekuatan kita. Kali ini, #Cabaran20Hari untuk menguji adakah anda blogger TEGAR?

#Cabaran20Hari adalah cabaran selama 20 hari di mana setiap hari anda perlu membuat entri menggunakan tajuk yang di beri beserta kata kunci atau keyword #Cabaran20Hari di dalam setiap entri.

Cabaran akan bermula pada hari esok, 27 Jun 2015 sehingga 16 Julai 2015. 

Wahh!! Dah mula? 

Ya! 

Jom sahut cabaran ini!

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015  Hari 1 - 6

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 Hari 7 - 13

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 Hari 14 - 20 

Saguhati akan diberi kepada 10 penyertaan awal yang berjaya menghabiskan ke semua cabaran mengikut tajuk dan tarikh yang diberi. Penyertaan terbuka kepada semua Blogger.

Saguhati akan diberitahu kemudian. Apa tunggu lagi??

Jom mula sekarang!

Happy blogging!

2 comments:

Dalam Mencari Keseimbangan Hidup

Friday, June 26, 2015 Fendi Rocka 5 Comments



Satu perkara yang menyeronokkan tentang hidup ni adalah kepelbagaiannya lah, kalau tak pelbagai..kalau semua perkara sepesen je..hidup 2-3 tahun je dah rasa bosan nak arwah kut.  

Dalam kepelbagaian tu ada pulak keseimbangannya, barulah seronok tu tak melangit dan bila jatuh tak ke kuburan terus. Seimbang dan sedarhana.

Misalnya,banyak duit berkepuk saja tak cukup, kena jugak ada sedekah sedekahnya. Kerja komited saja pun tak guna, sesekali ada juga lepak lepaknya. Cukup makan saja pun tak cukup, perlu cukup berak juga.

Nak dapatkan keseimbangan tu ada pulak kira-kiranya.  Tersalah congak, senget dibuatnya nanti. Tu yang aku kena hati-hati pilih formula yang sesuai, sebab pertimbangan hidup aku jarum petunjuknya selalu menggigil, nervous barangkali.










5 comments:

Mukasurat Hari Ini: Macam mana nak tahu lelaki itu baik?

Thursday, June 25, 2015 Fendi Rocka 6 Comments

macam mana nak tahu lelaki baik

6 comments:

Apa rahsia perempuan seksi tahan sejuk?

Wednesday, June 24, 2015 Fendi Rocka 12 Comments

Aku pakai kemeja, pakai jaket, masih lagi sejuk nak beku. Kalau tak pakai jaket atau sweater rasa seperti naik motor tak pakai topi keleder, tak selamat! Kadang tak boleh tahan sejuk tu sampai rasa lemah badan dibuatnya.

Untuk elakkan efek yang bukan-bukan kat badan yang nak pakai lama ni, aku pun kena buat warm-up sana sini, goyang-goyang gerudi sikit bagi peluh jantan keluar setitik dua. Itu belum kira rasa nak terkucil,argghh...aku dengan aircond memang macam air dengan minyak.

Tapi yang hairannya, perempuan kat sini boleh pakai seksi, steady je pakai skirt pendek, dengan baju nipis. Entah tahu entah tidak erti kesejukan. Nak tahu jugak apa rahsianya, kan?



"Hai awak, apa rahsia kalis sejuk?"

12 comments:

Sempurnakan Kejelitaan Anda Dengan Madeena Skincare by Helenz Signature

Wednesday, June 24, 2015 Fendi Rocka 8 Comments

Anda ingin kelihatan lebih anggun bergaya di Aidil Fitri ini? Malu dengan masalah jerawat anda? Anda mempunyai kulit muka kusam?

Jika anda ada masalah itu jangan pergi dari sini


Jawapan ada di sini!!


Lihat apa yang terjadi pada kulit muka mereka ini. Semakin bersinar dan berseri.

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Testimoni Madeena Skincare by Helenz Signature

Madeena Skincare by Helenz Signature

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Logo Helenz Signature

Memperkenalkan Madeena Skincare by Helenz Signature. Produk yang disahkan Halal, mendapat jaminan KKM dan juga diformulasikan dengan teknologi terkini dengan menggunakan bahan semulajadi.

Manfaat Madeena Skincare by Helenz Signature

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Madeena Skincare by Helenz Signature

Dapatkan Madeena Skincare by Helenz Signature yang mampu:-
  1. Mencerahkan dan Melembapkan Kulit
  2. Mengecutkan Jerawat dan Menghilangkan Jeragat
  3. Menghilangkan Whitehead dan Blackhead
  4. Menghilangkan Kulit Kusam dan Tidak Bermaya
  5. Menghilangkan Kesan Lebam di Bawah Mata
  6. Menyingkirkan Minyak Berlebihan Pada Wajah
  7. Merawat Tekstur Kulit dari Dalam
  8. Melindungi Kulit Muka dari sinaran terus UV
  9. Menghilangkan Garis-Garis Halus dan Kedutan Pada Wajah
  10. Menjadikan Wajah Lebih Cantik, Berseri dan Tampak Muda!

Harga Madeena Skincare by Helenz Signature

Dengan hari raya yang akan datang tidak lama lagi, marilah kita mempersiapkan penampilan kita.

Harga yang ditawarkan amat berbaloi. 5 in 1 complete set dengan harga RM150 dan mampu menaikkan seri muka anda. Ianya sangat BERBALOI

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Madeena Skincare by Helenz Signature

Testimoni Madeena Skincare by Helenz Signature


Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Testimoni Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan


Jadi, apa tunggu lagi?


Cara pembelian Madeena Skincare

Pembelian boleh di buat terus dengan menghubungi:

1. Helenz Signature HQ
013-3155373 (Aishah) (Whatsapp/call)

2. Facebook page
Helenz Signature Official

3. Instagram
@helenzofficial

4. Website
www.helenz.my

Khas untuk pembaca blog Nota Purba saya ada kuota voucher diskaun RM20 untuk mereka yang pertama kali nak mencuba Helenz Signature. Harga biasa ialah RM150. Selepas tolak diskaun, jadi RM130 saja. SANGAT BERBALOI kan? Dengan harga tersebut, boleh dapat 5 in 1 Helenz Signature Skincare Set. Free Poslaju pulak tu.
.
Namun, anda harus tahu, voucher ini Khas untuk 5 Pembeli terawal Sahaja. Anda harus cepat bertindak.. Jangan sampai Hq reply 'Maaf, kupon diskaun dah habis'. 
.
Whatsapp kod ini sekarang: HSD130 dan hantar ke 013-3155 373
.
Jom jadi yang terawal untuk mendapatkan diskaun Khas ini.
.
Helenz Signature, Menyempurnakan Kejelitaanmu....

Agent & Stokis diperlukan
Disamping wajah anda menjadi lebih cantik dan berseri, anda juga boleh menjana pendapatan bersama Helenz Signature. Jom Whatsapp segera ke 013-3155373 (Aishah)


Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
As seen on

Nantikan juga kemunculan

MADEENA SKINCARE
by
HELENZ SIGNATURE
pada 
13 JUN 2015
dalam
NASI LEMAK KOPI O


8 comments:

7 Ragam Manusia Di Whatsapp

Tuesday, June 23, 2015 Fendi Rocka 25 Comments



Nak tak nak , ada perkara aku kena jugak ikut apa yang orang ramai buat. Dulu masa henfon Korea aku nazak, aku biarkan saja tak berganti sebab berat rasanya nak melabur duit. Bila tanpa smartphone ni maknanya tak connect dengan aplikasi yang penting pada hari ini seperti Whatsapp. Pada mulanya aku okey tanpa whatsapp, takde yang berubah secara mendadak, bernafas pun guna oksigen takde plak tukar guna karbon dioksida macam tumbuh-tumbuhan. Cuma setelah sekian lama, baru aku perasan yang ada beberapa benda yang aku terlepas bila tak guna Whatsapp.

Yang paling terkesan bila aku tak tahu yang anak kawan rapat aku masuk hospital kerana jantung berlubang. Orang lain dah pergi melawat, tapi aku tak tahu menahu. Bila tanya kenapa tak diberitahu, jawapannya biasalah "kan dah inform semua kat whatsapp". Selain tu, kalau nak plan pergi lepak pun dorang akan guna dialog " nanti aku whatsapp". Dari situ aku dah sedar yang takde sapa nak berkawan dengan orang yang takde whatsapp. Sekarang orang dah tak pakai sms, kalau syarikat telco bagi pakej 5000 percuma sms sebulan pun tak rugi apa.

Setelah menggunakan aplikasi whatsapp ni, aku boleh katakan aplikasi ni sebagai satu aplikasi yang memberi impak besar kepada cara manusia berhubung, bersosial dan berkomunikasi. Jika digunakan dengan betul, whatsapp amat membantu dalam aktiviti harian kita sebagai medium untuk berbual, berkongsi gambar atau video mahupun menjalankan perniagaan

Ini seterusnya menyumbang kepada kepelbagaian kumpulan whatsapp yang diwujudkan, serta ahli-ahlinya juga ya ampun macam-macam perangai.

Berikut adalah jenis-jenis atau ragam pengguna whatsapp berdasarkan pengalaman aku sendiri:


1. Wartawan

Maknanya kalau berlaku banjir di sesuatu tempat, beliau adalah orang pertama yang akan kongsikan gambar atau berita berkenaan dengan banjir tersebut. Kadang-kadang terlalu pantas, hujan baru turun 10 minit tapi laporan banjir dia dah umum di whatsapp siap dengan gambar edit lah tapinya.

2. Ustaz.

Alhamdulilah. Sebenarnya elok setiap group whatsapp ada seorang dua ustaz yang boleh beri nasihat dan pencerahan tentang isu-isu tertentu.Kalau ada ahli yang nak berlaku sumbang sesama sendiri pun akan rasa segan. Selalunya ahli ustaz ni akan berkongsi cerita-cerita tentang agama, dan kita yang tak berapa ustaz pun selalunya akan jawab "betul tu..betul tu" atau kurang-kurang pun "InsyaAllah, mohon share"

3. Pelawak

Jenis pelawak ni kalau boleh nak melawak saja di setiap kesempatan. Pelawak ni biasanya tak serius sangat dengan whatsapp, bila tension je bukak whatsapp untuk bahan mana-mana yang ada lepas tu blah begitu sahaja. Pelawak ni sedikit-sebanyak dapat menceriakan ahli lain dan mewujudkan suasana yang relaks. Tapi ada jugak yang tak suka kat pelawak, kalau orang tua-tua dia tak faham sangat gaya lawak dalam whatsapp ye tak.

4. Jenis Sensitif

Berbeza dengan pelawak, yang sensitif ni sikit-sikit nak touching. Lepas tu takde orang pujuk nak left group, puii! Yang ni kena jaga-jaga sikit dengan perkataan yang kita guna. Selain tu, dorang akan share cerita-cerita sedih dan menyayat hati yang diambil dari group whatsapp lain dan komen kat situ "sedih cerita ni..nak menintis air mata baca". Biasanya ceritanya bukan main panjang, nak scroll pun letih apatah nak baca.

5. Kaki Kelahi

Yang ni asal berbeza pendapat sikit nak berkelahi, asal orang tak setuju sikit nak memberontak. Kadang sampai berlarutan dia punya diskusi tak habis-habis. Semua nak argue, berapa gelas cawan kena minum sehari pun nak argue. Tengah berkelahi tu, muncul lah benda-benda bodoh yang tak releven dan kadang semua nak mengungkit aib masing-masing, yang ni memang aku anti betul lah.


6.  Senyap

Yang ni macam tak wujud je. Sama ada henfon dia takde internet, dia sibuk, buat-buat sibuk atau orang dah pulaukan dia. Kalau sembang dengan dia, dijawabnya satu dua perkataan. Atau esok lusa baru dia jawab. Cuma kadang-kadang ada lah jugak dia up smiley-smiley untuk tunjukkan participation, tapi selebihnya memang senyap sunyi sepi. Kalau ada hal penting, kita lah kena private whatsapp dia.

7. Kaki Selfie

Asal pergi mana-mana mesti share selfie dia. Pastu caption "JOM pergi Mid Valley" sambil gambar kat dalam Mid Valley. Dah pergi baru nak ajak serupa tak payah kan..tapi okehlah gambar Mid Valley, ada tu yang gambar muka dia je sepanjang hari, Tapi kalau awek cun yang selfie, semua tak komplen.Kih kih!





Itu sajalah yang aku perasan sepanjang penglibatan aktif aku dalam arena whatsapp. Kalau korang ada contoh lain sila kemukakan di kotak komen. Kalau korang jenis sensitif, mungkin korang akan terasa dengan penulisan ni. Kalau korang jenis wartawan, mungkin akan kongsi penulisan ni di whatsapp. Kalau jenis kelahi, abislah semua nak argue. Apa-apa hal pun...bagi yang kenal aku di whatsapp, mesti tahu yang aku ni jenis pendiam dan pemalu, kan.kan.



25 comments:

Kenapa perlu ada Kad Perniagaan?

Sunday, June 21, 2015 Fendi Rocka 12 Comments

KAD BISNES MURAH | BELI 10 PERCUMA 10 | Wooowwwww ! PROMOSI TERLAJAK MURAH SEMPENA RAYA YANG BAKAL TIBA NI. Dengan hanya membeli 10 kotak bisnes kad anda akan menerima 10 kotak lagi!!  Siapa yang taknak lepaskan peluang keemasan ni ! Kenapa perlu ada Kad Perniagaan? 
  • Salah satu medan promosikan produk jualan anda.
  • Satu alternatif untuk tingkatkan ‘branding’ barangan anda.
  • Menambah kenalan dan network lebih luas.
Kepentingan kepada Blogger, bisnes kad atau blogger kad ini sangat penting. Lagi-lagi blogger #retis dan #otai amat memerlukan Bisnes kad bagi meningkatkan lagi branding Blog disamping menambah kenalan blogger. Pasti susah jika rakan baru mahu mengingati nama blog anda, bukankah Bisnes kad banyak membantu?

Sekiranya anda mahukan dalam kuantiti yang sedikit. Berikut adalah pakej yang lain:
  1.  1 box/100pcs = RM26
  2.  3 box/300pcs = RM53
  3.  5 box/500pcs = RM75
  4. 10box/1000pcs = RM110 (Free 10box)
*harga tidak termasuk design dan postage
bizkad murah

  • Material : Art Card Matt Lamination
  • Jenis : 260gsm art paper
  • Kalis Air
  • Elegent dan profesional 
  • Tahan Lama berbanding kertas biasa 
  • Laminate yang tidak licin dan tidak bersinar
  • Warna lebih tepat dan cantik
Sticker murah

Sekiranya anda mahu selit tempahan sticker, pakej kad kahwin murah, banner, bunting, dan lain lain perkhidmatan printing.. Boleh hubungi:

Dalizgrafix
IG :  @dalizgrafixWhatsapp: +6012 3644 805
WechatID: dalizgrafix2
Facebook : Adam's Print Shoppe / dalizgrafixEmail: dalizgrafix@gmail.com

12 comments:

Memberi Tanpa Mengingat-ingat, Menerima Tanpa Melupakan.

Saturday, June 20, 2015 Fendi Rocka 10 Comments


True giving begins with love.

Buku ni penulisannya sangat praktikal dan direct. Menjelaskan tentang semangat untuk memberi. Aku percaya dalam diri setiap orang ada semangat untuk memberi, cuma kebanyakkannya teragak-agak dengan semangat memberi tu.

Tajuk buku ni , the power of giving - Azim Jamal & Harvey Mckinnon, dalamnya juga mengandungi cerita yang merujuk kepada sweetness of giving dan passion for giving.  Kesedapan memberi.

Memberi ni manis tahu tak? Macam kurma. Dari sekecil-kecil pemberian hinggalah sebesar-besarnya adalah manis, kalau kau dapat rasa manisnya, maknanya hati kau ada kilauan emas, tahniah.

Aku pernah tulis kat blog personal aku dulu tentang kualiti kehidupan kita banyak bergantung pada sumbangan kita dalam kehidupan ni, tak guna hidup untuk diri sendiri saja ye tak. Buku ni banyak beri kefahaman tambahan kepada aku, yang memberitahu tentang the power of giving, ini bukan main-main, ini memang sesuatu.

Yang menariknya, buku ni not really talking about money, duit hanya sebahagiannya sahaja, selebihnya bukan bercakap tentang wang ringgit. Antara aspek yang dituliskan dalam buku ni melingkupi memberi cinta, kegembiraan, ilmu, masa, duit, sentuhan, perhatian, nasihat dan lain-lain lah. Bila aku baca buku ni, aku boleh rasa nilai duit tu sebenarnya tak begitu tinggi dengan nilai-nilai yang sememangnya tak boleh dibeli dalam diri manusia. Dalam buku ni diceritakan juga bagaiman kita boleh memberi walau dengan apa cara pun.


Memberi Ilmu

Antara hadiah yang cukup bermakna aku pernah terima dari kawan-kawan aku kebanyakkan bukan berbentuk material, contohnya harapan, pengalaman, dan ilmu. Bila kawan aku berkongsi tentang pengalaman dia, ilmu, itu bermakna dia telah ekstrak sesuatu dari otak dia dan buka hati dia untuk berkongsi dengan aku secara ikhlasnya, sedar tak sedar dia dah memberi inspirasi kepada aku dan menambah kebolehan aku selepas itu, benda ni sampai mati aku bawa. Dan pengalaman-pengalaman yang aku rasakan bermakna pun aku sampaikan kepada kawan-kawan lain, supaya nilai tu bertambah-tambah. InsyaAllah.

Memberi Masa.

Kalau kat kotaraya ni memang kebanyakkannya berkira dengan masa, nak jumpa kawan bertanya khabar pun susah. Masa ni, semua orang ada masa, walaupun takde duit..masa tetap ada. Bila kawan masuk hospital, luangkanlah masa melawat dan menceriakan dia. Aku dulu masa zaman sekolah, aku tak pernah lupa kawan yang pernah luang masa dengan aku walaupun banyak benda lain yang dia boleh buat, ada yang berjalan jauh semata-mata nak luang masa dengan aku, atau ..haa ini memang the power of giving lah.

Aku tertarik dengan buku ni pun sebab aku sendiri pernah merasai the power of giving, masa menerima aku terkesan dengan kebaikan yang ditunjukkan, bila aku memberi aku merasa the joy of giving. Banyak lagilah tips yang ada dalam buku ni..bila kawan bercakap, beri perhatian kepada kawan. Bila kawan hilang cinta, katakan kat dia, kita masih ada untuk sayangkan dia.

Mulakan dengan perkara-perkara kecil. Bila sampai ofis misalnya, berikan tangan untuk bersalam. Berikan senyuman pada yang bermasam-masam. Steady?

10 comments:

Makanan Yang Menghilangkan Stress

Friday, June 19, 2015 Fendi Rocka 23 Comments

Bawa bertenang semua, ni aku ada buat sedikit kajian tentang makanan yang mampu mengurangkan stress dan beri ketenangan jiwa.

Iaitu Aiskrim.

Aiskrim Beri Keharmoniaan Perasaan

Makanan Yang Menghilangkan StressAiskrim sememangnya makanan yang paling jujur, jika fikiran terasa panas berfikir tentang masalah kereta atau kekalahan 6-0 Malaysia kepada Palestin, kesejukan aiskrim mampu mendinginkannya. Jika sedang berkelahi dengan kekasih atau berhadapan dengan kesesakan jalan raya, aiskrim bisa menyamankannya seakan-akan sedang bercuti di kawasan peranginan atas bukit. 

Zat yang terkandung dalam aiskrim boleh menenangkan saraf. Lagi satu, pernah ke orang menangis bila makan ais krim? Takde kan. TAK PERNAH. Biasanya orang berhenti menangis bila dapat ais krim, itu BIASA

Merujuk kepada laman web Karangkraf, bahan utama aiskrim iaitu susu ada lebih daripada 100,000 jenis molekul. Selain air dan lemak, molekul-molekul itu merangkumi protein, karbohidrat, mineral, enzim-enzim, gas serta vitamn A, C dan D.

Larangan si kecil yang demam, batuk dan selesema daripada makan aiskrim juga satu mitos.

Susu mengandungi beberapa komponen bioaktif berupa protein susu, laktosa, asid lemak dan mineral terutama kalsium. Itu sebabnya produk-produk hasil tenusu termasuk aiskrim memberi sumbangan yang tinggi kepada kesihatan tubuh. Kandungan kalsium dalam aiskrim berfungsi menjaga kepadatan tulang, mencegah osteoporosis, kanser dan hipertensi.

Makanan Yang Menghilangkan Stress
Haha, sekarang baru anda tahu aiskrim banyak khasiatnya.

Menurut fakta, perisa chocolate adalah yang paling diminati ramai, lebih-lebih lagi bila digabung dengan aiskrim dan MERECIK di dalam mulut, sama-sama mencair..seterusnya membantu meningkatkan pengaliran darah dan memberi mood yang baik ! ; ) 

Perghh.. terbaik! Kepada yang tengah stress tu, rileks lah, jangan stress-stress, hidup ni kan umpama aiskrim..nikmatilah ia sebelum cair!



Makanan Yang Menghilangkan Stress
Nah lah aku belanja sikit

Rujukan : 
-http://pama.karangkraf.com/kanak-kanak/sebenarnya-aiskrim-banyak-khasiat-1.178839
-Foto dari google image

23 comments:

DIA..ISTERI LUAR BIASA

Thursday, June 18, 2015 Fendi Rocka 11 Comments

DIA..ISTERI LUAR BIASA 


Setelah Rasulullah SAW wafat, Aisyah senantiasa dihadapkan pada cubaan yang sangat berat, namun dia menghadapinya dengan hati yang sabar, penuh kerelaan terhadap takdir Allah SWT dan selalu berdiam diri di dalam rumah semata-mata untuk taat kepada Allah SWT. Rumah Aisyah senantiasa dikunjungi orang-orang dari segala penjuru untuk menimba ilmu atau untuk berziarah kemakam Nabi SAW. Ketika isteri-isteri Nabi SAW hendak mengutus Ustman menghadap khalifah Abu Bakar untuk menanyakan harta warisan Nabi SAW yang merupakan bagian mereka, 

Aisyah justeru berkata, 

“Bukankah Rasulullah SAW telah berkata, ‘Kami paranabi tidak meninggalkan harta warisan. Apa yang kami tinggalkan itu adalah sedekah.” 

Dalam penetapan hukum pun, Aisyah kerap langsung menemui wanita-wanita yang melanggar syariat Islam. Didalam Thabaqat, Ibnu Saad mengatakan bahwa Hafshah binti Abdirrahman menemui Ummul Mukminin Aisyah r.a. Ketika itu Hafshah mengenakan kerudung tipis. Secepat kilat Aisyah menarik kerudung tersebut dan menggantinya dengan kerudung yang tebal. 

Aisyah tidak pernah mempermudah hukum kecuali jika sudah jelas dalilnya dari Al Qur`an dan Sunnah. Aisyah adalah orang yang paling dekat dengan Rasulullah SAW sehingga banyak menyaksikan turunnya wahyu kepada beliau. Aisyah pun memiliki kesempatan untuk bertanya langsung kepada Rasulullah SAW jika menemukan sesuatu yang belum dia pahami tentang suatu ayat. Dengan demikian dapat dikatakan bahwa ia memperoleh ilmu langsung dari Rasulullah SAW. Aisyah termasuk wanita yang banyak menghafal hadis-hadis Nabi SAW, sehingga para ahli hadis menempatkan dia pada urutan kelima dari para penghapal hadis setelah Abu Hurairah, Ibnu Umar, Anas bin Malik dan Ibnu Abbas. 

Pada bulan Ramadhan tahun 58 hijrah Ummul Mukminin Aisyah sakit teruk. Sebelum meninggal ia berwasiat agar dikuburkan di permakaman Baqi' bersama-sama isteri nabi yg lain dan keluarga beliau. tepat 17 Ramadhan Aisyah menghembuskan nafasnya yg terakhir. 

Sesungguhynya orang-orang yang bertaqwa itu berada di dalam taman-taman syurga dan sungai . di tempat yg disenangi di sisi Tuhan yg berkuasa. ( Al-Qamar 54-55) 


Kehidupan Aisyah penuh dengan kemuliaan, kezuhudan, ketawadhuan, pengabdian sepenuhnya kepada Rasulullah SAW, selalu beribadah serta senantiasa melaksanakan solat malam. Selain itu, Aisyah banyak mengeluarkan sedekah sehingga di dalam rumahnya tidak akan ditemukan wang satu dirham atau satu dinar pun. Dimana sabda Rasul, 

“Berjaga dirilah engkau dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma.” (HR. Ahmad ) 

Inilah sebahagian biografi atau cerita yang sempat aku baca di ruangan siber mengenai  perempuan paling dicintai Rasullullah SAW. Banyak lagi kisah tentang keilmuan Aisyah dan  juga sikap cemburu Aisyah, tapi mungkin di lain masa kalau berkesempatan. 



Rujukan: 
http://cara-global.blogspot.com/2011/06/aisyah-ummul-mukminin.html. 
http://lovefillah.blogspot.com/2010/10/aisyah-binti-abu-bakar-ra.html.
http://7-themes.com/6869004-rose-flowers.html

11 comments:

Sesuaikah bersenam pada bulan Ramadhan?

Wednesday, June 17, 2015 Fendi Rocka 14 Comments

Sesuaikah bersenam pada bulan Ramadhan? 

Menurut Kevin Zahri (Cikgu Fitness MALAYSIA) , boleh bersenam di bulan Ramadhan tapi bergantung pada jenis senamannya jugak. Senaman terbaik adalah yang fokus pada pembakaran lemak, lakukanlah senaman kardiovaskular jenis yang relaks atau sederhana seperti berenang, bermain ping pong ataupun mana-mana aktiviti lain yang tidak menyebabkan bebanan teruk pada tubuh. 

Nak lebih santai dan menghiburkan boleh berjalan laju atau jogging secara kecil-kecilan.  Atau tawaf bazaar Ramadhan pun sempoi jugak.

Waktu bersenam

Yang paling sesuai adalah dalam 30-45 minit sebelum berbuka, lebih kurang pukul 6 petang lah senang kira. Sebabnya nanti dah masuk waktu berbuka boleh makan dan kembalikan tenaga tu ye tak. Kalau bersenam pukul 12 tengahari tak ke pukul 2 kau dah terbayang ayam KFC, tak pasal-pasal delivery KFC sampai awal pulak sebelum masanya 

Lagipun petang-petang takdelah panas terik , kang kalau pengsan jangan salahkan abang tak payung. 

Yang Perlu Dielakkan


Seboleh-bolehnya elakkan buat senaman bebanan secara keterlaluan. Kalau nak buat jugak, darah pahlawan katakan, buat waktu malam sejam atau dua jam selepas berbuka atau lepas terawikh. Bergantung pada ketahanan badan masing-masing, listen to your body, then should be okay.



Akhir sekali, di bulan puasa, banyakkan minum air supaya tak dehydrate teruk..air carrot susu ke. air tembikai ke.pastikan dah azan maghrib lah sebelum minum tu tapinya. 


14 comments:

Jurassic World (2015) - Indominus Rex Dinosaur Kacukan

Tuesday, June 16, 2015 Fendi Rocka 14 Comments


Jurassic World (2015) - Dinosaur Kacukan

review jurassic world


"Twenty-two years after the events of Jurassic Park, Isla Nublar now features a fully functioning dinosaur theme park, Jurassic World, as originally envisioned by John Hammond.  After 10 years of operation and visitor rates declining, in order to fulfill a corporate mandate, a new attraction is created to re-spark visitor's interest, which backfires horribly"- dipetik dari IMDb (takde kena mengena dengan 1MDB) 


Sedikit nota ringkas berkenaan Jurassic World. Untuk menarik kembali minat pengunjung ke taman tema dinosaur dorang, Jurassic World telah mencantumkan DNA untuk mencipta dinosaur generasi baru yang lebih komersil dan lebih thrill bagi tontonan ramai. Kiranya ciri-ciri dinosaur itu nanti akan melebihi daripada dinosaur biasa, hybrid. Semua ni untuk buat duit.


review jurassic world




Yang bagusnya, aku sebagai penonton tertanya-tanya lah berkenaan binatang misterius ni, kalau sekadar dinosour biasa, mesti bosan sebab filem lain pun ada dinosaur. 


Kalau tengok taman tema dinosour yang dipaparkan dalam filem ni, memang superb. Jadi excited jugak tengok macam mana dia bina imajinasi ke skrin, aksi dinosaur tak mengecewakan. Dapat jugak menutup kekurangan dari segi jalan cerita yang agak ringan. 



Susunan aksi agak mendebarkan, klimaks tak memuncak sangat tapi tetap MENYERONOKKAN.


debaran



Aku letakkan Claire sebagai heroin filem ni, seorang yang tegas lagi berpendirian, nampak macam perfectionist tapi pada aku simple mistake dari dia sebenarnya yang menjadi punca Indominus Rex terlepas dari sangkar.Kelam-kabut minah ni. Yang lebih menakjubkan, dari awal sampai habis filem dia pakai kasut tumit tinggi, apa gila lari dari dinosaur pun kasut tumit tinggi melekat kat kaki. 


Bila heroin dah kelam-kabut, heronya Owen pulak cukup tenang dan berkeyakinan. Hero filem The Guardians of the Galaxy ni memang banyak berkawan dengan dinosaur makanya dia ada chemistry dengan dinosaur. Cumanya chemistry dengan heroin tak berapa nak umppph, bila ada babak bercumbu pun tak rasakan ada sesuatu antara mereka. 



review jurassic world

Dari aspek teknikal memang menarik, tapi kalau aspek dekat dengan jiwa, ambil kira watak dan jalan cerita, Steven Spielberg punya filem yang lama tu lagi menikam. 


Meminjam kata Mark Kermode 


"Trevorrow (tuan director) can bring his dinosaurs to life in ways never before imaginable, but he can’t make us believe in or care about his characters. Like Spielberg’s Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull, this serves more as a reminder of glories past than of futures new. It has scales but no soul" 


*photos taken from google image




14 comments:

Mi Maggi - Betul ke Bohong?

Monday, June 15, 2015 Fendi Rocka 10 Comments



Berita pembuatan dan penjualan mee maagie yang disekat di India adalah sesuatu yang refreshing bagi aku.Menguasai 80% pasaran mee segera di India, langkah ini boleh disifatkan  sebagai drastik. 

Aku yakin pihak Nestle akan lawan sehabis mungkin untuk melepaskan sekatan tersebut, sebab dari sudut perspektif dan tanggapan ramai sememangnya langkah dari kerajaan India ini memberi kesan kepada pasaran Maggi di negara lain. 

Yang peliknya, Nestle telah menjual jenama Maggi di India selama tiga dekad!

Kadang masa membeli di pasaraya, aku selalu anggap mudah, dah dibenarkan berada di pasaran kira dah selamat lah, kalau tak takkan kerajaan bagi kelulusan untuk berada di rak-rak kedai seluruh Malaysia. 

Tapi bila aku pergi balik, rokok yang memudaratkan kesihatan pun di jual berleluasa, apatah barangan lain yang kadangkala berselindung di sebalik ramuan atau cucian minda menerusi iklan/pembungkusan untuk mempengaruhi perspektif pembeli.

Nyum nyum!


10 comments:

Niat Puasa dan Doa Berbuka Puasa

Monday, June 15, 2015 Fendi Rocka 15 Comments

Bila di timeline sudah ada foto-foto selfie bertelekung, tag biskut raya dan baju kurung siap, maknanya Ramadhan sudah mendekati. 

Dari segi istilah, berpuasa membawa maksud menahan diri dari makan dan minum dan perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

Sebelum apa-apa hal, aku kongsikan dulu niat berpuasa untuk harian, niat puasa sebulan terus dan doa berbuka puasa, jangan cakap abang tak payung.

niat berpuasa untuk harian, niat puasa sebulan terus dan doa berbuka.



Selamat Berpuasa kepada yang beragama Islam. Bagi rakan-rakan yang baru bernikah, cabaran puasa tahun ni pasti berkali ganda, semoga berjaya, InsyaAllah.

15 comments:

Perempuan (3)

Sunday, June 14, 2015 Fendi Rocka 8 Comments

Di suatu petang.


" Nak makan kat mana?"

" Mana-mana jelah, i ikut je"

"Ok. Makan kat kedai Jamal"

"Alaa..taknaklah Jamal.."


Pulak.




8 comments:

Malaysian Invasion Mixed Martial Arts (MIMMA)

Sunday, June 14, 2015 Fendi Rocka 3 Comments

Malaysian Invasion Mixed Martial Arts (MIMMA) @ Paradigm Mall

Semalam aku berada di Paradigm Mall untuk menyaksikan Malaysian Invasion Mixed Martial Arts (MIMMA) peringkat suku akhir

Menerusi MIMMA ni, kita boleh saksikan pelbagai Martial Arts digunakan untuk bertarung. Kalau korang ada belajar taekwando, silat, kungfu atau muay thai dan rasa nak bertanding atau uji kemampuan, sinilah platformnya, nak berlawan sangat kan.


Tak sama macam wayang, sebab Malaysian Invasion Mixed Martial Arts tak menggunakan teknik CGI, this is real punya berkelahi!




Real pun real jugak, peraturan dan aspek keselamatan tetap jadi keutamaan semua, barulah dinamakan bersukan.


Menurut web rasmi MIMMA, ada 7 different weight classes iaitu Flyweight, Bantamweight, Featherweight, Lightweight, Welterweight, Middleweight dan Heavyweight.Selain itu aku perasan ada kategori untuk peserta dari luar 'Foreign Pride'  dan kategori Women.


Untuk pengetahuan semua, 13 dan 14 hb Jun di Paradigm mall ni adalah peringkat Suku Akhir bagi musim ke 3. Juara musim-musim lepas korang boleh semak di web rasmi dorang www.malaysianinvasion.com. Web tersebut turut menyiarkan pertarungan secara langsung!


Bagi yang berada di Paradigm Mall, view yang paling cun aku rasa di tingkat 1.

Tepat pukul 1 kejohanan di mulakan, pembukaan dengan kata-kata aluan dari 2 orang pengacara dan diikuti dengan nyanyian lagu negaraku.

Malaysian Invasion Mixed Martial Arts (MIMMA) paradigm mall
Foto ni aku snap dari tingkat 1 Paradigm Mall


Malaysian Invasion Mixed Martial Arts (MIMMA)


Malaysian Invasion Mixed Martial Arts (MIMMA)




Apa yang aku boleh rumuskan dari pengalaman menyaksikan perlawanan secara langsung ni, pertempuran takdelah begitu ganas, masih sesuai untuk tontonan ramai. Cuma yang aku rasa tak excited sangat sebab peserta banyak grip sana sini, peluk dan kunci pergerakan pihak lawan, sambil tunggu dorang abis grip sempat aku kunyah Burger King.

Selepas saksikan 3 pertarungan, bila penonton semakin berasak aku pun bawa diri, tak larat nak tunggu sampai habis. Ciao!

taekwando, silat, kungfu atau muay thai

Ref: photo from http://www malaysianinvasion com , https://www.facebook.com/MalaysianInvasion

3 comments:

Supermodel

Google+ Followers

Pautan

Nota Kaki

Nota Kaki