Auto Feed Blog

Dalam Mencari Keseimbangan Hidup

Friday, June 26, 2015 Fendi Rocka 5 Comments



Satu perkara yang menyeronokkan tentang hidup ni adalah kepelbagaiannya lah, kalau tak pelbagai..kalau semua perkara sepesen je..hidup 2-3 tahun je dah rasa bosan nak arwah kut.  

Dalam kepelbagaian tu ada pulak keseimbangannya, barulah seronok tu tak melangit dan bila jatuh tak ke kuburan terus. Seimbang dan sedarhana.

Misalnya,banyak duit berkepuk saja tak cukup, kena jugak ada sedekah sedekahnya. Kerja komited saja pun tak guna, sesekali ada juga lepak lepaknya. Cukup makan saja pun tak cukup, perlu cukup berak juga.

Nak dapatkan keseimbangan tu ada pulak kira-kiranya.  Tersalah congak, senget dibuatnya nanti. Tu yang aku kena hati-hati pilih formula yang sesuai, sebab pertimbangan hidup aku jarum petunjuknya selalu menggigil, nervous barangkali.










You Might Also Like

5 comments:

Zizie Zack said...

betul tu... mahukan kesempurnaan hidup.. tapi sempurna tu terlalu susah.. so, keep it balance.. dunia dan akhirat :)

"..Cukup makan saja pun tak cukup, perlu cukup berak juga.."

hahahahahaaa... adoiiiii... :p

Mrs. A said...

Sederhana itu bahagia. Janganlah kita terlalu kaya takut nanti riak, janganlah kita terlalu miskin takut pulak nanti kufur jadinya

Amy J said...

susah kadang2 bila nak cuba seimbangkan semuanya.

Zaleha said...

Hidup kita memang tak sebegitu sempurna. Sebab kita diCipta untuk saling melengkapi antara satu sama lain.
Begitu juga dengan amalan kita. Buat yang terbaik untuk di dunia & di akhirat.

In shaa Allah, kita serah saja pada Allah Taala Yang Maha Seimbang tiap segala.

Supermodel

Google+ Followers

Pautan

Nota Kaki

Nota Kaki