Auto Feed Blog

Ekplorasi Minda Bantu Belajar Menulis

Monday, June 01, 2015 Fendi Rocka 12 Comments

Ehsan Google
Aku tak rasa aku ada bakat dalam penulisan, walaupun pernah beberapa kali menang pertandingan tulis-tulis, benda yang aku tulis lebih kepada kecenderungan bermonolog dengan diri sendiri. Bila aku tuliskan apa yang aku rasa, benda tu jadi jelas, bukan saja menjelaskan apa di fikiran tapi turut menjelaskan fikiran, benda ni aku gunapakai sebagai eksplorasi minda dan alat untuk terus membina perkataan demi perkataan dalam menyampaikan sesuatu idea atau cerita.Bukan menulis sebab aku bagus menulis.

Menulis puisi misalnya, aku masa sekolah dulu memang tak boleh blah dengan puisi, aku rasa puisi untuk orang sentimental je, kalau cerpen ada juga pengalaman tulis masa tu, tapi bila tiba-tiba diwajibkan satu kelas untuk hantar puisi untuk pertandingan puisi peringkat sekolah, aku pun ketawa sorang lah apa benda yang aku nak tulis, takkan aku nak tulis pasal daun yang menghijau, atau langit biru memujuk hati sendu, aku tak boleh..tak boleh blah..tak rock! Kemudian time tu aku nampak kawan aku, terus aku tulis pasal kawan aku, nak dijadikan cerita aku tak tahu apahal aku boleh menang nombor 2, aku sekadar tulis apa yang aku fikirkan secara langsung atau tidak je.

Latihan atau kerja rumah karangan bahasa Malaysia dulu pun mana ada aku buat, manjang aku cakap tak bawak buku atau buku hilang! Karangan yang siap aku tulis pun masa exam je atau yang nak masuk pertandingan, yang selain tu aku bermonolog atau berfikir-fikir tapi bila nak menulis memang jarang sekali, kalau tulis pun wayang selagi cikgu ada dalam kelas pusing-pusing, cikgu keluar je pintu aku terus letak titik noktah.

Itu cerita dulu.Sekarang bila orang kata "You should be a writer" , timbul juga rasa nak cuba tulis cerita yang bagus, cerpen misalnya tapi tersumbat macam longkang, aku kena tapis segala bangkai dan sampah yang keluar dari kepala aku, tak dapat mengalir secara semulajadi macam air sungai. Kalau macam sekarang yang aku tengah taip ni, aku tekan apa yang dalam fikiran , jadi memang mudah, memancut je perkataan keluar. 

Meminjam kata Phyllis Koestenbaum dalam sebuah artikel "I needed to write to feel, but without feeling I couldn't write." 

Inspirasi. Untuk menulis dengan rasa, atau merasa apa yang ditulis, aku rasa dan aku fikir kita perlukan inspirasi, yang kemudiannya dicantikkan dengan teknik dan latihan. 

Selama ini aku banyak mengambil inspirasi dari buku-buku yang aku baca, filem? atau kalau direct inspiration melalui pengalaman hidup, pengamatan pada kehidupan, perkongsian dari seperjuangan,terutamanya saat-saat sukar yang boleh dikaitkan dengan diri sendiri dan juga saat-saat kenakalan dulu. Tapi tu lah, membaca pun dah kurang. 

Bila cakap soal kenakalan (baca: bahagia) aku teringat pada kata-kata seorang kenalan aku yang merupakan seorang penulis novel melayu dan zine indie, masa tu aku tanya cemana kau boleh pandai menulis. Jawabnya 'Jatuh cinta, kemudian dikecewakan cinta'. 

Lain macam jugak dia punya tips, walau ada benarnya jugak, sebab orang yang pernah rasa bahagia seperti di awangan dan kemudian jatuh macam nak ke kuburan, exploit rasa tu untuk mematangkan serta menambahkan deria rasa dia, bila nak menulis tu pengolahannya lancar, tak sembelit! What doesnt kill you make you a better writer mungkin? Dengan latihan dan sikap yang betul lah tapinya. 

You Might Also Like

12 comments:

Qaseh Abadi said...

bila kita tulis apa yg kita fikir masa tu mmg laju ja kita taip word by word.. klu kita paksa diri nak menulis, confirm kelaut karangan yg dibuat.. ;)

safurara said...

secara personal.rara suka cara FR menulis, direct tp kena ayatnya! FR kalau tulis cerpen! rara nk beli! buat buku mcm Hazwan Faiz

ahkak gojes said...

setiap entri FR macam serpen...wajib baca dari awal perenggan smpi perenggan akhir

yg penting kita menulis tu biar dari hati supaya yg membaca kelak tersentuh hati... tp bkn buat depa menangis ;-)

wahh hebatlahh buat puisi santai2 boleh dapat nombor dua :D

Apa hal nak kena tulis puisi...tak rock!!
hehe..ayat yang sama kak zi guna bila cikgu paksa tulis syair masa form6 dulu..
By the way....suka baca entry FR....one day nak kena start baca from beginning of this blog. Keep it up !!

SalbiahM said...

suka entry ni FR n I like the way you write..menulis blog pun kira penulis jugak apa.

teringat blog 'Teh Tarik Gelas Besar' tulisan Nami..sayangnya dah tutup

aswaleyla said...

tak yah tulis puisi la abg fr . tulis nota purba ni pon da cukop .

yes, you should be a writer.....!!

try la bersih dan tapis2 "longkang" tu... banyak khazanah tu.. sayang kalau dibiarkan.. rasanya sekarang pun dah magis dah.. kalau tapis lagi, perrrggghhh...!! best seller la tu...

*jangan lupa kongsi2 sikit royalty tu... ehemm*

Betul tu setuju....

ooooo ini jawapnye :
Jawabnya 'Jatuh cinta, kemudian dikecewakan cinta'.

Betul tu setuju....

Supermodel

Google+ Followers

Pautan

Nota Kaki

Nota Kaki