Auto Feed Blog

Jurassic World (2015) - Indominus Rex Dinosaur Kacukan

Tuesday, June 16, 2015 Fendi Rocka 14 Comments


Jurassic World (2015) - Dinosaur Kacukan

review jurassic world


"Twenty-two years after the events of Jurassic Park, Isla Nublar now features a fully functioning dinosaur theme park, Jurassic World, as originally envisioned by John Hammond.  After 10 years of operation and visitor rates declining, in order to fulfill a corporate mandate, a new attraction is created to re-spark visitor's interest, which backfires horribly"- dipetik dari IMDb (takde kena mengena dengan 1MDB) 


Sedikit nota ringkas berkenaan Jurassic World. Untuk menarik kembali minat pengunjung ke taman tema dinosaur dorang, Jurassic World telah mencantumkan DNA untuk mencipta dinosaur generasi baru yang lebih komersil dan lebih thrill bagi tontonan ramai. Kiranya ciri-ciri dinosaur itu nanti akan melebihi daripada dinosaur biasa, hybrid. Semua ni untuk buat duit.


review jurassic world




Yang bagusnya, aku sebagai penonton tertanya-tanya lah berkenaan binatang misterius ni, kalau sekadar dinosour biasa, mesti bosan sebab filem lain pun ada dinosaur. 


Kalau tengok taman tema dinosour yang dipaparkan dalam filem ni, memang superb. Jadi excited jugak tengok macam mana dia bina imajinasi ke skrin, aksi dinosaur tak mengecewakan. Dapat jugak menutup kekurangan dari segi jalan cerita yang agak ringan. 



Susunan aksi agak mendebarkan, klimaks tak memuncak sangat tapi tetap MENYERONOKKAN.


debaran



Aku letakkan Claire sebagai heroin filem ni, seorang yang tegas lagi berpendirian, nampak macam perfectionist tapi pada aku simple mistake dari dia sebenarnya yang menjadi punca Indominus Rex terlepas dari sangkar.Kelam-kabut minah ni. Yang lebih menakjubkan, dari awal sampai habis filem dia pakai kasut tumit tinggi, apa gila lari dari dinosaur pun kasut tumit tinggi melekat kat kaki. 


Bila heroin dah kelam-kabut, heronya Owen pulak cukup tenang dan berkeyakinan. Hero filem The Guardians of the Galaxy ni memang banyak berkawan dengan dinosaur makanya dia ada chemistry dengan dinosaur. Cumanya chemistry dengan heroin tak berapa nak umppph, bila ada babak bercumbu pun tak rasakan ada sesuatu antara mereka. 



review jurassic world

Dari aspek teknikal memang menarik, tapi kalau aspek dekat dengan jiwa, ambil kira watak dan jalan cerita, Steven Spielberg punya filem yang lama tu lagi menikam. 


Meminjam kata Mark Kermode 


"Trevorrow (tuan director) can bring his dinosaurs to life in ways never before imaginable, but he can’t make us believe in or care about his characters. Like Spielberg’s Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull, this serves more as a reminder of glories past than of futures new. It has scales but no soul" 


*photos taken from google image




You Might Also Like

14 comments:

Amanda Suria said...

Ini kalau tgok sure jantung tersentap2 ni...

Eny Abdullah said...

yg mana handsome antara jejaka kacukan eropah dan dinosour kacukan hehehe..
anyway my fav movie ni tak pernah miss !

Amy J said...

best gila cter ni!!! mula2 takut nk tgk sebab dinasour

nak tengok!!!! baru tau budak kecik pon boleh masuk... yes!

Mad Parihh said...

tengok taman tema dalam trailer memang tak sabar nak tengok

sy lom tgk tp kwn ckp cite ni sesuai utk bdk2 ;-)

titan said...

okeh.

macam best je nak tengok nih..

Rawlins GLAM said...

Suka mosasaur!

Iris Jasmine said...

hero hensem. hahahaha. xD jalan cerita memang menarik!

akubiomed said...

Dengar filem ini mendapat kutipan yang memberangsangkan. Tentu ada yang membandingkan filem ini dengan versi filem pertama.

Fendi Rocka said...

veris lama tu nostalgia buat kita, antara sebab ramai yang pergi menonton yang terbaru ni

ammvoooiii... sampai babak bercumbu pun FR teliti juga..!! ehemm... :p

belum tengok lagi movie ni tapi memang mengujakan.. mesti kena tgk jg ni.. haiiihhh.. :p

hahahahaaa... Jejaka Kacukan Eropah dgn dinasour kacukan.. susah nak bandingkan tu... :p

Amy takut dengan dinasour....?? serius ehh.. tak cate lah... :p

Supermodel

Google+ Followers

Pautan

Nota Kaki

Nota Kaki