Auto Feed Blog

Malaysian Invasion Mixed Martial Arts (MIMMA)

Sunday, June 14, 2015 Fendi Rocka 3 Comments

Malaysian Invasion Mixed Martial Arts (MIMMA) @ Paradigm Mall

Semalam aku berada di Paradigm Mall untuk menyaksikan Malaysian Invasion Mixed Martial Arts (MIMMA) peringkat suku akhir

Menerusi MIMMA ni, kita boleh saksikan pelbagai Martial Arts digunakan untuk bertarung. Kalau korang ada belajar taekwando, silat, kungfu atau muay thai dan rasa nak bertanding atau uji kemampuan, sinilah platformnya, nak berlawan sangat kan.


Tak sama macam wayang, sebab Malaysian Invasion Mixed Martial Arts tak menggunakan teknik CGI, this is real punya berkelahi!




Real pun real jugak, peraturan dan aspek keselamatan tetap jadi keutamaan semua, barulah dinamakan bersukan.


Menurut web rasmi MIMMA, ada 7 different weight classes iaitu Flyweight, Bantamweight, Featherweight, Lightweight, Welterweight, Middleweight dan Heavyweight.Selain itu aku perasan ada kategori untuk peserta dari luar 'Foreign Pride'  dan kategori Women.


Untuk pengetahuan semua, 13 dan 14 hb Jun di Paradigm mall ni adalah peringkat Suku Akhir bagi musim ke 3. Juara musim-musim lepas korang boleh semak di web rasmi dorang www.malaysianinvasion.com. Web tersebut turut menyiarkan pertarungan secara langsung!


Bagi yang berada di Paradigm Mall, view yang paling cun aku rasa di tingkat 1.

Tepat pukul 1 kejohanan di mulakan, pembukaan dengan kata-kata aluan dari 2 orang pengacara dan diikuti dengan nyanyian lagu negaraku.

Malaysian Invasion Mixed Martial Arts (MIMMA) paradigm mall
Foto ni aku snap dari tingkat 1 Paradigm Mall


Malaysian Invasion Mixed Martial Arts (MIMMA)


Malaysian Invasion Mixed Martial Arts (MIMMA)




Apa yang aku boleh rumuskan dari pengalaman menyaksikan perlawanan secara langsung ni, pertempuran takdelah begitu ganas, masih sesuai untuk tontonan ramai. Cuma yang aku rasa tak excited sangat sebab peserta banyak grip sana sini, peluk dan kunci pergerakan pihak lawan, sambil tunggu dorang abis grip sempat aku kunyah Burger King.

Selepas saksikan 3 pertarungan, bila penonton semakin berasak aku pun bawa diri, tak larat nak tunggu sampai habis. Ciao!

taekwando, silat, kungfu atau muay thai

Ref: photo from http://www malaysianinvasion com , https://www.facebook.com/MalaysianInvasion

You Might Also Like

3 comments:

Akif Imtiyaz said...

Apa yg kaknlya leh rumuskan ..kak lya takleh tgk yg style2 gini ..rasa cam nak tempik2 je bila dia tumbuk sesama dia..huhuhu

Eny Abdullah said...

selalu kk eny tgk yg korea je.. best!!!!..

Amy J said...

x suka tengok. seksa, nampak segala aurat yang x patut

Supermodel

Google+ Followers

Pautan

Nota Kaki

Nota Kaki