Auto Feed Blog

Memberi Tanpa Mengingat-ingat, Menerima Tanpa Melupakan.

Saturday, June 20, 2015 Fendi Rocka 10 Comments


True giving begins with love.

Buku ni penulisannya sangat praktikal dan direct. Menjelaskan tentang semangat untuk memberi. Aku percaya dalam diri setiap orang ada semangat untuk memberi, cuma kebanyakkannya teragak-agak dengan semangat memberi tu.

Tajuk buku ni , the power of giving - Azim Jamal & Harvey Mckinnon, dalamnya juga mengandungi cerita yang merujuk kepada sweetness of giving dan passion for giving.  Kesedapan memberi.

Memberi ni manis tahu tak? Macam kurma. Dari sekecil-kecil pemberian hinggalah sebesar-besarnya adalah manis, kalau kau dapat rasa manisnya, maknanya hati kau ada kilauan emas, tahniah.

Aku pernah tulis kat blog personal aku dulu tentang kualiti kehidupan kita banyak bergantung pada sumbangan kita dalam kehidupan ni, tak guna hidup untuk diri sendiri saja ye tak. Buku ni banyak beri kefahaman tambahan kepada aku, yang memberitahu tentang the power of giving, ini bukan main-main, ini memang sesuatu.

Yang menariknya, buku ni not really talking about money, duit hanya sebahagiannya sahaja, selebihnya bukan bercakap tentang wang ringgit. Antara aspek yang dituliskan dalam buku ni melingkupi memberi cinta, kegembiraan, ilmu, masa, duit, sentuhan, perhatian, nasihat dan lain-lain lah. Bila aku baca buku ni, aku boleh rasa nilai duit tu sebenarnya tak begitu tinggi dengan nilai-nilai yang sememangnya tak boleh dibeli dalam diri manusia. Dalam buku ni diceritakan juga bagaiman kita boleh memberi walau dengan apa cara pun.


Memberi Ilmu

Antara hadiah yang cukup bermakna aku pernah terima dari kawan-kawan aku kebanyakkan bukan berbentuk material, contohnya harapan, pengalaman, dan ilmu. Bila kawan aku berkongsi tentang pengalaman dia, ilmu, itu bermakna dia telah ekstrak sesuatu dari otak dia dan buka hati dia untuk berkongsi dengan aku secara ikhlasnya, sedar tak sedar dia dah memberi inspirasi kepada aku dan menambah kebolehan aku selepas itu, benda ni sampai mati aku bawa. Dan pengalaman-pengalaman yang aku rasakan bermakna pun aku sampaikan kepada kawan-kawan lain, supaya nilai tu bertambah-tambah. InsyaAllah.

Memberi Masa.

Kalau kat kotaraya ni memang kebanyakkannya berkira dengan masa, nak jumpa kawan bertanya khabar pun susah. Masa ni, semua orang ada masa, walaupun takde duit..masa tetap ada. Bila kawan masuk hospital, luangkanlah masa melawat dan menceriakan dia. Aku dulu masa zaman sekolah, aku tak pernah lupa kawan yang pernah luang masa dengan aku walaupun banyak benda lain yang dia boleh buat, ada yang berjalan jauh semata-mata nak luang masa dengan aku, atau ..haa ini memang the power of giving lah.

Aku tertarik dengan buku ni pun sebab aku sendiri pernah merasai the power of giving, masa menerima aku terkesan dengan kebaikan yang ditunjukkan, bila aku memberi aku merasa the joy of giving. Banyak lagilah tips yang ada dalam buku ni..bila kawan bercakap, beri perhatian kepada kawan. Bila kawan hilang cinta, katakan kat dia, kita masih ada untuk sayangkan dia.

Mulakan dengan perkara-perkara kecil. Bila sampai ofis misalnya, berikan tangan untuk bersalam. Berikan senyuman pada yang bermasam-masam. Steady?

You Might Also Like

10 comments:

SalbiahM said...

memang susah nak beri masa pada orang lain sebab kita semua konon-kononnya 'sibuk'.nice book review!

Maria Firdz said...

Betul tu.. Namun masa dan duit dua perkara berbeza.. Bagi org miskin.. Wang lagi berharga.. Tapi bg keluarga masa lebih berharga...

Ummul Azkee said...

lagi byk memberi lagi byk yg kita akan perolehi..hidup pun lebih ceria..

1 benda kalau kita beri pada orang lain tak akan hilang/habis malah bertambah ialah ilmu. Masa selalu tak cukup, kalau nak bagi kat orang ada berkira-kira jugaklah..itu hakikat..

zool said...

memberi memang sukar.. apapun teruskan usaha untuk memberi

Eny Abdullah said...

ilmu semakin diberi semaikin bertambah...

Amy J said...

wow macam x percaya abg fr yang wat review ni. buat tertarik rasa nak cari buku ni hmm

Mrs. A said...

Berilah walaupun sedikit

ya setuju... :)

tak boleh nak serius baca blog FR ni..
ada je buat orang gelak..

terima kasih kerana memberi kegembiraan kepada saya... :)

Supermodel

Google+ Followers

Pautan

Nota Kaki

Nota Kaki