Pemerdagangan Manusia & Perdana Menteri Ditangkap
Ketika makan Dunkin Donut, seorang kawan ofis aku menceritakan tentang mimpi ngerinya yang bertajuk 'Pemerdagangan Manusia'. Menurut dia, hatinya sangat tersentuh dengan keadaan yang berlaku dan masih dalam penyiasatan pihak berkuasa ketika ini,sampai terbawa ke dalam mimpi, merujuk kepada kes Wang Kelian. Kawan ofis aku tu menyatakan tentang rasa kasihannya kepada mangsa terutamanya kaum wanita yang dinoda dan dibunuh, aku pun tak tahu bagaimana mahu menyatakan yang aku punya rasa yang sama melainkan sekadar mengangguk kepala dan minum air teh tarik aku. Kawan ofis kata lagi, kalau boleh dia mahu berzakat ke atas golongan yang dianiaya tersebut. Murni kan? Aku bersetuju, sambil meneguk teh tarik lagi.
Seorang lagi kawan ofis aku yang sedang menikmati bihun sambal, menyatakan dia juga ada bermimpi baru-baru ni. Mimpi dia ni kontroversi sikit, katanya dia mimpikan perdana menteri kita yang tersayang dan dikasihi. Dia ada bertanya kepada bapanya tentang mimpi itu, kata bapanya kalau mimpi pemimpin ni membawa maksud yang baik. Tapi, kata kawan aku yang sedang makan bihun tu, dalam mimpinya perdana menteri tersayang kita ditangkap oleh rakyat! Jahat betul mimpi dia ni,sangat halus, tahu dek kerajaan abislah kena tapis mimpi kau lain kali. Sambil meneguk teh tarik, aku bersedia untuk menceritakan mimpi aku yang lebih membimbangkan. Membimbangkan.
apakan daya, ini bukan mimpi tp realiti..
ReplyDeleteMenarik mimpi kawan tu. hehe
ReplyDelete#clickclicknufnang
apa yg mimpi sampai membimbangkan sangat tu
ReplyDeletecepat la mimpi!!!
ReplyDeletejelaskan lagi bagaimana kaedah menapis mimpi.....
ReplyDeletenak juga tahu..... :p
brainwash
Deleteerk...mimpi mainan tidur nihhh...ade cuci kaki ker idok..hihhihi
ReplyDeleteok mimpi kene tgkp dgn rakyat tu lain macam hahhahaha
ReplyDeletemimpi apa fr yang membimbangkan..yang baca nie pun dah bimbang dengan fr yang suka bikin suspen..ngee
ReplyDeleteperdana menteri tersayang kita??? sayang ke
ReplyDeletesayang
Deletesayang?
ReplyDelete