Auto Feed Blog

Review Tomorrowland (2015) - Harapan,Khayalan dan Syarahan

Monday, June 29, 2015 Fendi Rocka 10 Comments

Tomorrowland (2015) - Harapan,Khayalan dan Syarahan




1.Dengan berlatarkan masa zaman dahulu dan zaman akan datang, Tomorrowland adalah sebuah filem yang aneh. Berbekalkan perbendaharaan kata aku yang terhad,sukar jugak untuk aku gambarkan keanehannya. Kalau aku cerita nanti yang belum tengok tentu akan garu kepala. 

2.Apabila filem mula dimainkan, keluar logo Disney, dalam fikiran aku bila ternampak logo Disney, terus aku berbisik dalam hati 'laaa Disney ke, wajib khayalan lah ni'. Memang betul, bila tengok filem ni, kena bawa minda berimaginasi ke dunia khayalan.

3 .Punyai idea besar,sambil cubaan untuk kelihatan fun, tapi macam tak kesampaian pulak. Idea dan keseronokkan yang hendak dibawa tu macam begitu berat seperti diseret-seret, kemudian meleret-leret hingga membuat aku  jadi nak tak nak je.


4. Memandangkan isu merentasi masa ni dah banyak dimainkan dalam filem-filem, jadi tak susah sangat penonton nak catch-up apa yang berlaku, apa yang menjadi modal filem adalah isu tentang moral dan persekitaran, merujuk kepada kerosakan planet bumi. Isu begini sudah biasa bagi aku, pengolahannya juga tak berapa nak baru.

5.Namun,apa yang segar tentang filem ini adalah watak Athena seorang budak perempuan yang dilakonkan dengan baik oleh Raffey Cassidy. Watak kiut dan inesen, tapi membawa tanggungjawab besar. Sedikit sebanyak menenggelamkan aura George Clooney sebagai pelakon senior yang memainkan watak seorang lelaki yang putus harapan. 


Ada kalanya filem ni macam bersyarah dan nampak tak natural dalam menerangkan mesej. Macam cubaan untuk menyumbat input ke dalam kepala aku. Bukan sebuah filem yang memorable. Lagipun, sebenarnya aku nak tengok cerita Mad Max: Fury Road tapi tayangan terlalu lewat. Secara peribadinya, satu perkataan yang sesuai untuk menjelaskan Tomorrowland:  Kureng.


You Might Also Like

10 comments:

SalbiahM said...

yup, filem ni memang agak kureng..harap watak Athena tu je yang buatkan aku rasa ia berbaloi.kinda heavy untuk filem Disney..

fuhhhh...!! agak pedas di situ...

anajingga said...

anak kak ana minat lah filem2 macam ni FR :)

Hurm.. nasib baik tak gi tengok. Bagus kan dah ada ulasan :P

tenku butang said...

Haii.. Cakk.. Done Follow sini no. 189
Salam kenalan.. Sudilah kiranya follow me back,
boleh kita saling kunjung mengunjung pasni..

Official Blog :
http://tengkubutang.blogspot.com/

Catlover Blog :
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

Amy J said...

oh, naseb bek x tgk haritu hahahahhahaa. mad max best ke? macam pelik je cternya

Eny Abdullah said...

best ehhhh... boleh cuba cari dan dowloand

adk dayah said...

bunyi macma tak best ja..ni malaz ni..huhu

kak gojes said...

kureng erk...review movie yg bagus fr...aneh...sebab KG suka baca penulisan fr yang aneh...

along xnafikan..filemnye..ad kekurangan dri aspek idea..krana ideanya mcm idea biasa..tapi.. apa along nmpk klbihnnya adlh HARAPAN.. jgn berhenti berharap dan jangan berhenti berusaha untuk mengubah takdir dan dunia ni... Sains fiksyen yg sanfat menarik...walaupn di awal crita agak hambar..

Supermodel

Google+ Followers

Pautan

Nota Kaki

Nota Kaki