Auto Feed Blog

Bila nak kahwin?

Monday, July 20, 2015 Fendi Rocka 8 Comments

Bila nak kahwin?



Bila nak berlaku perkara yang berisiko tinggi..orang akan cakap "Fuhh..nasib baik, aku belum kahwin lagi". 

Sebagai contoh ofismate aku pernah bawak kawan dia turun dari Cameron Highland dengan kelajuan pelesit, kawan dia dengan kelajuan pelesit juga berkata " Janganlah laju-laju, aku taknak mati lagi, belum kahwin lagi ni".

Aku cukup ek eleh bila dengar orang cakap camtu, sebab dari konteks tersebut, umpama orang dah kahwin takpe kalau mati.

Study case. Bila seorang perompak letak pisau kat leher sorang lelaki/perempuan bujang, aku boleh bayangkan si bujang akan merayu "jangan apa-apakan saya bang, saya belum kahwin.."

Agaknya ada tak yang akan kata "Jangan apa-apakan saya, saya belum beli kereta impian saya lagi"

Atau..

"Jangan apa-apakan saya, saya belum pergi haji lagi"

Dari situ, aku boleh letakkan 'kahwin' sebagai milestones nombor satu dalam menilai kejayaan dari kaca mata masyarakat. Benda yang perlu dicapai sebelum arwah.

Nasihat aku, jangan terlalu  menuruti skema penilaian. Kerana selepas nombor 1, ada angka yang takkan berhenti. Infiniti.

You Might Also Like

8 comments:

Reena Sidek said...

bila nak kawin. Kalau dah ajal. Tak kira dah kawin ke blm ke. Kalau ajal dah menjemput tak cepat sesaat dan tak terlewat sesaat.

Bila nak mati baru teringat belum kawen ya? Macam²... Ajal tu tak kira... Bila² pun boleh mati kan Fendi? Cuma untungnya yang dah nikah ni... Pahala lebih. Tu je la...Sabar je la...

Aniey Yusoff said...

Betul sgt la tu...brapa ramai yg kata 'saya belum pegi haji lagi ni' semuanya letakkan kawen mula2..

kisah earty said...

hahaha.. hanya org yg dh berkawen je tau jwpnnye..

Akif Imtiyaz said...

Kalau dlu org tanya bila nak kawen ..slalu jawap ntah laa ..sampai jodoh kawen ler iter..bila dah kawen bila nak ada anak..sabar laaa ada rezeki ada lerr..bila dah ada anak ..bila nak tambah anak lagi..ermmm insyaallah ada rezeki nnt..soklan org mmg tak penah nak abiss

bila dah kahwin..."Tolong bang, jangan bunuh saya. Saya baru ada sorang bini dan 5 orang anak".

yanie yusuf said...

setuju.. sama sperti jika ada perkara yang perlu dibuat. Orang selalu memberi alasan eh itu bukan kerja aku. ehh itu bukan tanggungjawab aku. moga mendapat mengubah persepsi cm ni.. teguran tuk yanie jugak..

Amy J said...

biasa la kita. maybe dari kecik dah dihadap dengan benda macam tu. perempuan tua xley kwen laki muda, sepupu xley kawen sesama, pempuan dilabel kalau kawen lambat

Supermodel

Google+ Followers

Pautan

Nota Kaki

Nota Kaki