Cendol Sedap

Cendol /ˈɛndɒl/ is a traditional dessert originating from Southeast Asia which is popular in Indonesia, Malaysia, SingaporeBrunei,CambodiaVietnamThai and and Burma.- Wikipedia


Cendol 



Jengka, Raya Kedua, 2015. Masa duduk beraya di rumah sanak-saudara, pakcik dan makcik buka cerita tentang kemeriahan cendol yang mereka pernah terserempak. Sorang makcik kata dia cukup terliur dengan cendol di satu tempat ni. Lain-lain pun memetik cendol di tempat lain yang unik dan pelbagai.

Sorang makcik kata dia pernah jumpa cendol kerepek. Aku tak pernah plak jumpa cendol kerepek. Yang aku pernah rasa cendol kebiasaan je.

Sorang pakcik pulak dia cerita pernah jumpa Cendol Bakar. Aku tak pernah jumpa cendol bakar. Ikan Bakar selalu, kerang bakar selalu. Cendol Bakar? Tak pernah terfikir pulak.

Sedap ke tak sedap cendol bakar ni?

Si pakcik ceritakan lagi, masa ternampak papan tanda 'Cendol Bakar' di tepi jalan, isteri dia beriye nak makan cendol bakar tersebut, mungkin namanya sendiri begitu unik dan luarbiasa sudah cukup menarik perhatian ramai lebih-lebih lagi wanita yang mudah dipancing dengan gimik.

Sampai di kedai tersebut mereka pun order cendol bakar, tatkala melihatkan cendol yang sudah siap , si pakcik pun tanyalah kenapa nama cendol bakar walhal nampak macam cendol kebiasaan.

Jawapan yang diterima sangat sempoi.

"Sebab tuan punya kedai ni namanya Bakar, jadilah Cendol Bakar"

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

10 comments:

  1. Saje je FR..time2 ni tayang cendol...

    ReplyDelete
  2. cendol bakar kuala selangor. tp xpnh pn singgah.

    ReplyDelete
  3. rupa-rupanya cendol bakar kuala selangor tu popular, baru tahu

    ReplyDelete
  4. alahai sedapnya. kena crila esok. dh megidam ni

    ReplyDelete
  5. dulu kan, jenuh pk cendol ni di bakar ke.hahaha

    ReplyDelete
  6. dulu selalu lalu jalan tu tiap nak balik kg. mula2 siap kedai tu mcm pelik gak nama dia cendol bakar, tp tak singgahlah sbb xde geng, sampailah fmly ade singgah sana dan disitulah jawapannya di mana keBAKARan berlaku haha

    ReplyDelete
  7. Sebab nama dia bakar jadi cendol bakar ..ermmmm camtu eaa

    ReplyDelete
  8. Ah..cendol bakar.pernah terkena jugak! trylah Cendol Borhan, pun sedap

    ReplyDelete
  9. Cendol songkok tinggi pun best.

    ReplyDelete