Auto Feed Blog

Raya Pertama Di Cameron Highland

Wednesday, July 22, 2015 Fendi Rocka 4 Comments

Cameron Highlands, raya pertama

Tahun ni nampaknya aku beraya di kawasan tanah tinggi. Bukan main lagi. Walaupun tak merujuk kepada surat akujanji suami-isteri, tapi aku beraya di Cameron Highlands ni untuk melawat famili belah perempuan kegemaran aku, bertepatan lah dengan roh aidilfitri, ziarah-menziarahi dan merapatkan sillaturahim.

Tanah tinggi ke tanah rendah takde bezanya selain darjah celcius, mungkin kalau boleh dikira, 17 July boleh pecahkan rekod Malaysia hari paling banyak foto diambil. Padahal, Amerika cakap Neil Armstrong naik ke bulan dia tangkap 3-4 foto je. Perempuan masuk toilet shopping mall saja dah 30-40 keping selfie.

Hal ambil foto pun bukan hal main-main, tambahan pula bila orang dah pakai berseri-seri,  expectation dah setinggi Cameron Highland, jadi kalau gambar tak memuaskan hati, mesti tunding kamera tak berkualiti, atau tangan kita kurang seni fotografi.

Jadi, untuk dapatkan foto yang terbaik, biasanya kita akan snap seberapa banyak yang mungkin, akhirnya pilih satu atau dua foto yang paling komersil untuk di-edit dengan tulisan 'Salam Aidilfitri dari saya dan famili', kemudian berebut-rebut publish ke facebook dan instagram. Barulah trendy.

Aku sebenarnya tak sempat nak buat gitu. Sengaja buat-buat busy di hari raya pertama.

Apapun. Saya selaku pemilik blog, mengucapkan salam raya aidilfitri. Mohon maaf dan ampun ye. Halalkan mana yg terlebih kurang dlm bentuk lisan, tulisan atau fotografi.

You Might Also Like

4 comments:

Saya xpnh pun g cameron.....

kisah earty said...

huntunglah dapat raya kt cameroon..

p/s : fr, kite bukan robot tau.. hehe

selamat hari raya abg fr :)

Akif Imtiyaz said...

Buat la jugak tapi taguna gambar raya terbaru..gambar raya 2014..al maklum laa ari raya tak sempat nak up gambor busy beraya .. mak kita maroh pegang hengpung masa beraya

Supermodel

Google+ Followers

Pautan

Nota Kaki

Nota Kaki