Auto Feed Blog

Tips Makan Percuma Rumah Terbuka

Sunday, July 26, 2015 Fendi Rocka 10 Comments

Rumah Terbuka

Selepas pulang beraya , tentu bajet untuk meneruskan hidup dah koyak kan?

Jangan risau, rumah terbuka kan tengah musim sekarang!

Kalau bulan puasa ramai ajak berbuka, sekarang ramai yang ajak rumah terbuka.

Sebagai bukan pakar ekonomi, CGPA pun rendah paras pinggang, aku ada beberapa cadangan yang mungkin sesuai untuk korang untuk mendapat peluang makan percuma di rumah terbuka.

1. Kucing Hilang


Cari rumah yang korang suspek ada buat rumah terbuka di kejiranan anda, antara tandanya seperti banyak kereta parking depan rumah, atau tanda besarnya bau ayam golek menusuk kalbu.

Caranya; anda buat muka dan kelagat sedang kerisauan dan buat-buat macam orang yang kehilangan kucing. Melilau lah sekitar pagar atau lingkang rumah dia sambil panggil nama kucing halimunan anda "Kelabuuuu...ooo kelabu..."

"Abang ada nampak tak kucing saya masuk dalam atau lalu-lalu kat sini?" tanya kat tuan rumah. Sebagai rakyat Malaysia yang beradab sopan, mesti dia akan jemput anda, tak kira lah jemput-jemput ayam ke tidak.

Tapi kalau muka macam orang pecah rumah kemungkinan besar teknik ni akan gagal.

2. Update status di laman Sosial/komen gambar raya rakan-rakan


Antara status yang boleh pancing jemputan ke rumah terbuka seperti memberitahu lokasi anda. Sebagai penganjur rumah terbuka,pasti mereka suka orang datang rumah dia beramai-ramai, jadi kemungkinan penganjur rumah terbuka akan drop komen menjemput ada adalah besar.

Atau boleh komen gambar raya rakan-rakan anda, contohnya "Lawanya rumah kau siti, pandai kau hias", " Berapa banyak kuih raya tahun ni" atau "Raya mana tahun ni?"

3. Elakkan mengkritik makanan orang macam profesional.


Elak maki dan komen masakan atau makanan mengalahkan Chef Wan. Kalau sedap alhamdulilah, kalau tak sedap bersabar je lah.

Sebab ada sesetengah orang baru suap sesudu dah komen atau mintak komen, aku tak boleh blah lah, orang nak beraya bukan nak buat food review kat hotel.




Itu je lah kut yang aku boleh kongsikan, kalau korang rasa nak cari kucing kat rumah aku sila beritahu awal-awal, takut aku takde kat rumah.

You Might Also Like

10 comments:

Papaglamz said...

Kucing hilang tu memang win..

adk dayah said...

Tips yang tak boleh blah..hehe tapi ok jugak cadangan cari kucing tu

Akif Imtiyaz said...

Lawak sungguh laaa tips ni ya..tapi boleyy laaa dari takde langsung..hahahaha..bila fr berbicara..SEE ¡¡¡ alahai ..

Nani nak gi cari kucing jap lagi dkt rumah abg fr. hahahah :P

SalbiahM said...

suka tips nombor dua tu...boleh buat.hihihi

Arpiiz said...

Hahahaha, tips yang mesti ramai orang akan ikut..

http://arpiiz001.blogspot.com/

kucing hilang?.....alahai....

khaty aiman said...

kucing yang mendapat nama..hehehe

aizamia3 said...

hahaha.. kucing hilang tu idea yang menarik.. tapi tuan tanah mesti pelik.. 'eh!Setahu aku dia ni mana ada bela kucing..'

kak gojes said...

tips2 yg boleh tahan

Supermodel

Google+ Followers

Pautan

Nota Kaki

Nota Kaki