Cara Turun Berat Badan 20KG

 Turun Berat Badan 20KG


NAK TAHU CARANYA?

Aku ada kenal dengan sorang rakan sepejabat wanita ni, masa aku kenal tu badannya nak kata kurus memanglah tidak, nak kata gemuk pun tidak, bolehla. Namun, orang-orang yang mengenali dia sebelum aku mengenali dia, beritahu yang dia si rakan sepejabat wanita ni dulu badannya jauh lebih besar, Cuma baru-baru ni je dah surut. Baru-baru ni yang dimaksudkan dalam masa 2 bulan sahaja. Kalau menurut yang dibualkan, banyak juga surutnya kira-kira 20KG. Pergh.

20 KG ni bagi aku pun memang banyak, menyamai 2 kampit beras. Boleh anggap seperti hilangkan kapasiti nasi yang dimakan oleh aku sepanjang 2 bulan lepas. Namun, sebagai seorang yang dah memang kurus sejak lahir aku tak amik kisah sangat hal tu.

Sehinggalah rakan sepejabat yang dah kurang 20KG ni bukak cerita. Biasalah kalau orang kaya mesti akan petik cerita semasa susah, orang dah kurus sikit pun mesti nak jugak petik cerita masa gemuk. Walaupun aku tak amik kisah tentang gemuk-kurus, tapi bila orang dah cerita tentang kejayaannya kita hargailah dan berkongsi kepuasaan. Mungkin hal gemuk-kurus ni penting untuk dia dan kita boleh dapatkan sedikit motivasi dan semangat yang dia ada untuk mencapai sesuatu objektif.

Aku pun bertanyalah tentang amalan dan tips sehingga dia boleh turun berat badan dengan agak drastik.

Sangkaan aku mestilah dia daftar gym yang mahal-mahal tu, atau disebabkan berpuasa, atau jogging 5 kali seminggu, tak makan nasi selama 2 bulan, diet Atkins, pergi pejabat naik basikal, naik tangga setiap hari, atau beli treadmill, makan julap, consume Herbalife dan sewaktu dengannya, sedut lemak?,mungkin jugak  masuk kelas menari atau Zumba dan lain-lain lagi yang aku pernah terbaca cara menurunkan berat badan.

Tapi, sangkaan aku satu pun tak kena.

“Takdelah, kena denggi. Masuk wad muntah-muntah, berak-berak, pastu kurus” – dia jawab.






Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

11 comments:

  1. hahahahahahahaha! terbaikkkk! tapi yg menanggung siksa tu.huaaaa x sanggup.

    ReplyDelete
  2. hahaha..kurang asam.beria lah membaca..

    ReplyDelete
  3. Cisss... baru nak amik nota2 penting

    ReplyDelete
  4. patot berdebar debar mse nampak tajuk ni,,, denggii ghupenye.....

    belum cmpo denggi plus ciri birit >__<

    kahkahhh

    ReplyDelete
  5. hahahahaha punyalah semangat baca, last2 sebab kena denggi. hahahampehaha

    ReplyDelete
  6. pergh..sampai 20kg.. ni yang nak pi sei sei cina cari julap ni..wakakaka

    ReplyDelete
  7. hahaha..lawokk..fr ni mmg boleh masuk maharajalawak..

    ReplyDelete
  8. kenapa sebut Herbalife je...? Shaklee tak sebut ehh... kecik hati Papaglamz dengan Nizam... kahh kahh kahhh... :p

    untung la orang ke denggi tu... opppssss...

    ReplyDelete
  9. kena dapat penyakit dulu lah baru nak kurus ye? hahaha

    ReplyDelete