Auto Feed Blog

Makanan Kegemaran - Nasi Ayam Penyet di Penyet Express

Sunday, August 09, 2015 Fendi Rocka 9 Comments


Makanan Kegemaran - Ayam Penyet


Salah satu makanan kegemaran aku yang paling atas adalah nasi ayam penyet. Kat Malaysia ni banyak franchise atau warung yang menyediakan menu nasi ayam penyet. Paling aku suka adalah Dapoer Bandoeng,tapi restoran tu dah tutup, sejak penutupan restoran Dapoer Bandoeng aku mula mencari-cari restoran yang dapat menggantikan rasa kepuasan menikmati nasi ayam penyek, salah satunya adalah Penyet Express.

Penyet Express


Penyet Express


1. Penyet Express ni ada banyak cawangan, aku pernah pergi yang dekat Sunway Pyramid dan yang paling kerap kat Giant Kelana Jaya,rasanya dah lebih 15 kali.

2. Aku bukan pakar makanan, tapi kalau aku makan sedap aku kata sedaplah, kadang-kadang tak tahu sebab apa, lagi parah kadang apa yang aku makan pun aku tak tahu.

3.Menu kegemaran aku tentulah ayam penyet. Hidangan lengkap ayam penyet pada aku mestilah ayamnya penyet dan lembut, ada tauhu goreng, ada tempe, kubis dan timun, sup dan yang penting adalah sambalnya yang pedass. Di Penyet Express,ayam penyetnya memenuhi citarasa aku secara total.

4. Aku ada cuba order menu-menu lain, tapi lepas tu mesti terkenang ayam penyet juga. Jadi setiap kali datang Penyet Express aku akan tengok menu yang diberi sekilas, kemudian order nasi ayam penyet jugak.

5. Pilihan airnya pulak tip-top, air buah dia memang terasa buah. Mana taknya, kalau order air mango memang ada mango dalam tu, kalau kau order air tembikai, kat air tu nanti ada ditenggelamkan sikit buah tembikai. Kalau tak rasa tembikai jugak memang kena bawak pergi berubat lah, klinik mediveron di tingkat 2 dalam Giant tu untuk check-up.

6. Kenangan pahit aku dengan Penyet Express berlaku bulan puasa lepas. Masa tu nak berbuka puasa,pelanggan takdelah ramai sangat, kami makan bertiga tapi bila dah azan pun masih ada order yang belum sampai. Dah 2\3 kali mintak pelayan semak tetap tak sampai. Sampailah terpaksa cancel order dan kemudian akak kaunter beritahu ada kesilapan dari pelayan.

7. Tapi dari segi layanan memang tak berapa mesra sangat,selain penjaga kaunter sedikit garang, selalu pun memang susah nak panggil pelayan dorang, merujuk pada yang kat Giant lah, tempat lain InsyaAllah power.




Ni menu kegemaran aku jugak, dalam tu ada macam-macam!

Ni lah dia ayam penyet

You Might Also Like

9 comments:

terbaiklah fendi kesykaan pcl juga menu penyet ni.

Selalu ngak makan ayam penyet kat giant kelana jaya..mmg kena dengan tekak lah.

Ummul Azkee said...

ummul pernah mkn sklai kt situ...ada satu lg tmpt kt kj sedap juga fr..yg dekat mcd tu sedap juge..

Fendi Rocka said...

Ummul-itulah Dapoer Bandoeng....terbaik tu!

kak gojes said...

tempat mkn cengini memang akan buat KG mengamuk...panggil pelayan dua tiga kali tp x muncul...panggil kali keempat dan baru nak dtg..(kalau la) KG ajak suami dan anak2 angkat kaki sebelum pelayan sampai..heheh...

tu abc ka? adehhh ngences tengokk

SalbiahM said...

kalau dah lebih 15 kali...memang sedaplah tu

baca yg no.5 tu buat saya tergelak.. sempat je dia melawak ye... ;)


wah daebak sedapnyaa!

Supermodel

Google+ Followers

Pautan

Nota Kaki

Nota Kaki