Pengalaman Di Universiti : Paranormal Main Tingkap



Banyak jugak sebenarnya kisah pahit manis belajar di universiti. The moment and the feel, antara yang paling berharga dan melekat sampai sekarang. Seminggu orientasi pun dah macam-macam cerita, nak berkenalan lah, rindu kampung bagai dan tak kurang popular jugak cerita angker.

Masa aku belajar dulu di asrama, aku berkawan dengan seorang pelajar yang cacat penglihatan. Disebabkan bilik aku dekat je dengan bilik dia,  jadi memang menunggu masa je untuk kami bersahabat.

Sebagai seorang pelajar yang tidak menggunakan penglihatan, dia banyak bergantung pada kepekaan telinga, recorder, dan software di komputer untuk belajar, selain semangat kental lah semestinya.

Sikap sempoi dan kerek dia memudahkan aku untuk berkawan dengan lebih rapat.

Sebagai budak junior, satu perkara yang wajib ditanyakan pada senior adalah " Kat asrama ni ada aktiviti paranormal tak?"

Sebenarnya bila google latar belakang aktiviti paranormal di asrama tu, kau akan jumpa orang bercerita tentang langsuir dan pontianak.

Menurut senior yang lain pun, memang halus lah tempat tu, tapi benda yang halus-halus tu kalau nak kacau orang pun beliau takkan kacau kawan aku yang cacat penglihatan, sebab dia tak nampak pun, lama-lama benda halus pun naik berbulu sebab tak respon.(Jadi tips untuk pelajar yang nak masuk universiti, kalau terserempak dengan benda-benda angker, kau buat-buatlah tak nampak. )

Menurut kawan aku tu yang cacat penglihatan tu, dia ada jugak dengar-dengar bunyi yang mencurigakan, tapi dia tak pastilah apa kejadah.

Tak berapa lama selepas aku kenal dia, aku cuba nak uji keberanian dia menangani gangguan halus. Malam tu dia tengah sorang-sorang dalam bilik, aku pergi ke bahagian belakang bilik dia, kat situ ada padang bola, dulu dikatakan hutan, dari cermin tingkap aku boleh nampak dia tengah menaip di komputer. Kau pun tahulah student suka study lewat malam.

Aku ketuk tingkap dia perlahan dan mendebarkan. Dia berhenti menaip. Cuba mengamati bunyi ketukan aku. Selepas beberapa saat dia sambung menaip, aku pun buat lagi ketukan pada tingkap,kali ni lebih kuat, dia berhenti lagi, kali ni dia bertanya "Sapa tu?"



Aku diam. Tengok muka dia dah berubah. Aku tekup mulut dengan tangan elak daripada terketawa.

Kali ketiga aku ketuk tingkap. Dari riak muka dia dah mula rasa tak sedap. Dia maki aku. Pung pang pung pang dia maki. Aku pun perlahan-lahan blah dari tempat kejadian. Tak sanggup aku nak kena maki. Selain dari aku, mungkin sebelum ni banyak lagi benda halus dah kena maki. Kalau begitu punya maki, apa pun lari.

2-3 kali jugak aku ketuk tingkap dia lepas-lepas tu, pastu bila jumpa dia aku maintain buat-buat inesen. Dia tanya aku, aku cakap takde je. Jadi kalau dorang kata ada paranormal main tingkap kat asrama aku, akulah paranormalnya.


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

10 comments:

  1. lepas ni..kalau jump abg fr..memang along bawak bawang putih siap2...nak halau pontianak dlm bdn abg fr tu..ahha

    ReplyDelete
  2. masa 1st semester kat u, dah kena duduk luar sebab hostel full..sebab dok rumah sewa, memg macam2 yg belaku..padahal dalam rumah semua org tak tido lg..ada 8 org dalam rumah semua dengar..berlari masuk blik, sekali pintu grill pulak kena goncang.. hahaha..memg scary.. malam2 dengar paip air terbukak..tp bertahan jugak la 1 semester.. pastu pindah..

    ReplyDelete
  3. hal paranormal di tingkap ni ummul pun ada pengalaman..tpi kalau da dgr org cakar2 tingkap di tingkap dua mmgg bukan kawan spesis menyakat mcm fr la jwbnyer..mse tu trus ummul selubungkn diri dlm selimut smpai tertido..da la sorang mse tu..ngeri!

    ReplyDelete
  4. Teringat pulak cerita The Gallows baru ni. Hahhaa

    ReplyDelete
  5. along bawa bawang putih..KG bawa bawang merah la...suruh antu kupas bawang merah baru pedih mata ..padan muka

    ReplyDelete
  6. Wakakakakak kesiannya kawan tuuuu... adeiiiii sebaik dia masih nak belajar lagi.. kalau ena, lari dah tak nak belajar kat situ

    ReplyDelete
  7. Damn...kenbapa akak baca time-time ni erk...

    ReplyDelete
  8. hahahahaa... kena maki free-free je kan.. padan muka... ;)

    ReplyDelete
  9. kuang hasam. tapi setakat ni takde la dengar ketuk2 tingkap kat asrama. bila nak dtg ketuk abg fr? muahahaha

    ReplyDelete