Auto Feed Blog

Southpaw - Bangun Hidup Semula

Wednesday, August 19, 2015 Fendi Rocka 7 Comments


Southpaw - Bangun Hidup Semula


1. Luarannya Southpaw merupakan sebuah filem sukan tinju yang biasa, biasa di sini maksudnya sama macam filem-filem boxing terdahulu di mana wujud watak ejen yang tamak, jurulatih yang berfalsafah dan hero yang menang.Tapi filem biasa ni melintasi garis norma dengan memaparkan plot dan dialog yang mengena, serta lakonan yang menyentuh. 

2. Letak tepi dulu soal tinju, Southpaw berkisar tentang seorang lelaki yang kehilangan segalanya setelah memiliki segalanya. Pedih kan? Lelaki tersebut dilakonkan oleh Jake Gyllenhaal dengan jitu dan padu. Diberitakan Jake Gyllenhaal ni pada asalnya kurus je,tapi dia bikin badan dia sampai sado khas untuk membawa watak seorang juara tinju lighweight. 

3. Cuma, kalau jumpa Jake Gyllenhaal kat mana-mana jangan tanya sangat pasal badan dia, sebab dia kata dia kecewa peminat sibuk tanya pasal badan sado, sedangkan dia lebih hargai kalau peminat mendalami filem yang dibikin tu. 


4. Jake Gyllenhaal melakonkan watak Billy Hope yang kehilangan isteri dia menerusi satu kejadian yang di luar kawalan. Tanpa isteri di sisi yang selalu menenangkan, Hope mula hilang kawalan diri terutamanya kawalan spritual dan sahsiah diri. Orang kata biar bangkrupt duit, jangan bangkrupt spirit. Tapi Hope nampaknya dah mula bangkrupt spirit, seterusnya menjadi punca dia gagal kawal kewangan, rumah agam kena lelong, Maserati ditarik, dan paling sendu apabila hak penjagaan anaknya ditarik.

5. Permainan kamera untuk filem ni boleh dikatakan lebih mencengkam naluri kita untuk bertumbuk sama. Tak banyak menggunakan teknik slo-mo macam dulu-dulu, tapi kita dapat lihat kamera kali ni lebih live dan laju. Walaupun laju, tapi secara psikologinya kita boleh 'rasa' pergerakan badan peninju, serta setiap tumbukan dan lebam-lebam yang meniti di muka peninju pun menusuk ke Qolbu.


Menerusi filem ni, aku dapat satu pesanan secara tak langsung, seperti pepatah perancis 'Dalam sepinggan hidangan yang lazat, mungkin ada racun', kita hendaklah berhati-hati dengan mulut yang manis, atau jangan takut pada musuh yang sedia bertinju dengan kita kerana tangannya ada di depan kita, tapi berhati-hati dengan kawan yang memeluk kita erat kerana tangannya yang berada dibelakang kita...mungkin memegang pisau. 



You Might Also Like

7 comments:

Peh, padu betul review. Btw, muka jake gyllenhal nampak lain gila versi ni.

review yang mantap. Dulu ambik satera ke? hehe

yanie yusuf said...

wahh cam best je cter ni..

ruslanafiq said...

Details sungguh review.. Yg tak tengok pun teruja

singgah di sini... nice review... #MestiFRRasaPapaGTakBacaKan? Hahahha.. Pjg berjela kau....

pepatah Perancis tu menyentap sanubari.. sama lebih kurang dialog Shah Rukh Khan... ehekk ehekk ehekkk... :p

abam sado i loikee hahaha

Supermodel

Google+ Followers

Pautan

Nota Kaki

Nota Kaki