![]() |
Lelaki Bertuah |
Playstation 4,
Samsung 6 Edge,
Iphone 6,
TV entah berapa inci,
2 tiket ke Langkawi,
ke Bangkok pun ada,
percutian ke Jepun bernilai 10 ribu,
2 tiket ke Anfield, UK.
Sabtu lepas aku pergi jamuan makan malam yang bertemakan Game On, di mana kami dikehendaki hadir dengan berpakaian sukan. Ada yang pakai baju taekwando, ada yang dengan pakaian renang, ada yang pakai baju pemain hoki, ada yang pakai baju pemain ragbi siap dengan penutup kepala bagai. Aku biasalah, pakai macam pemain bola sepak belia bawah 18 tahun(takde bajet).
Dah dua tahun berturut aku gagahkan diri menghadiri jamuan makan malam syarikat tempat aku mencari rezeki. Tujuannya bukan nak tengok Harith Iskandar melawak tahun lepas, bukan juga nak dengar Ning Baizura menyanyi tahun ni, tapi tujuannya hanya satu dan satu itu sahaja, iaitu nak menang hadiah cabutan bertuah.
Contoh-contoh hadiahnya seperti yang tertera di atas, yang satu pun aku tak dapat bawa balik melainkan sebekas botol air berlogo syarikat, itupun sebab semua orang dapat. Cegampang.
hahaha. saya pun susah gak nak bertuah. haih
ReplyDeletekikikikiki...kena hembus2 lebih la sikit sblm smpi kat jamuan tu lenkali ahaks
ReplyDeletehahaha.. saya penah terlepas hadiah utama sebab balik awal.
ReplyDeleteHahaha...baru nak main playstation kat rumah fr...hehehe, takpe mana tau ada rezeki lain ke kan
ReplyDeletesuami ummul terlepas menang grand prize tilet percutian minggu lepas..huwaaa..ummul yg frust!
ReplyDeletemakin suka plak dgn perkataan "Cegampang" tu.. :)
ReplyDeleteSaya suspek pemenang dah setting awal2 ni ha ha
ReplyDelete"cegampang" ..hahahaha.. Faham perasaan tu
ReplyDeletekita kena bersyukur dengan apa yang ada dan apa yang diterima #thinkpositive #tazkirahmalam
ReplyDeletekihkihhh
ReplyDelete