Auto Feed Blog

Kisah Pembohongan Terancang

Sunday, September 06, 2015 Fendi Rocka 16 Comments

Masa awal-awal aku masuk kerja dulu, ada seorang rakan sepejabat ada tanyakan nama aku, aku beritahulah nama aku Fendi, nama kau apa.

Meskipun perhubungan kerja kami tidaklah begitu rapat, namun sering bersapa tatkala bertemu sekali-sekala di waktu makan,tambahan pula kami punya kawan rapat yang sama di pejabat, bak kata facebook 'mutual friend'

Selang entah berapa hari kemudian, masa nak bersembang dia tanyakan lagi nama aku siapa, lupa katanya. Aku pun beritahu lah nama aku Fendi.

Kemudian kami pun berhubungan seperti biasa di pejabat. Sampai satu masa dia nak merujuk kepada aku tapi terlupa nama lagi, dia tanya nama  aku lagi, kali ni aku jawab "Farid".

Pada suatu hari, dia tengah sedap sembang dengan kawan aku, ada terselit dialog pasal aku, aku pun ada kat situ. Apa yang dia umpatkan pasal Farid ntah. Kawan aku pun bingung, "Farid? Siapa Farid?"

Dia tunjuk ke arah aku.

"Dia bukan Farid laaaah...dia Fendi" sambil buat mimik muka 'kau dah kenapa'

Dia jadi malu pastu marah aku tipu nama kat dia pulak. Aku dengan kawan aku gelak kahkah. Aku pun tak faham, kadang-kadang kita lebih senang menerima pembohongan daripada kebenaran. #namaakuFendi

You Might Also Like

16 comments:

Mish Syura said...

haha.. nice story.. tapi pikir balik betul jugak..

dalam ramai-ramai kawan yang kita ada, mesti akan ada sorang dua yang jenis akan tanya nama ulang-ulang kali

beat said...

dh kerap sgt lupa..haha

dalam ramai2 kawan mesti ada yang unik

Amanda Suria said...

haih..dah kenapa muda2 lagi dah pelupa sangat....hahahahaha...apapun menjadi taktik erk..

PeRdU cINta said...

Singgah ziarah..
Sekurang kurangnya melalui pembohongan itu kita tahu siapa dia sebenarnya..

Mila Hilas said...

kikiki..lucu..beria dia bercete pdhl slh nama..

Uncle Zuan said...

hahaha masalah betul kalau ada orang yang tak ingat nama kita ni

GaRy™ said...

ko patut bagi nama glemer bro. john ke, michael ke... kahkahkah

nama senang pun leh lupa ke..? hehehehe.. :)

aRz MoHa said...

siapa fendi ???

saya cuma kenal FR

Haii Farid. Ehhh, Fendi :P

banyak makan kepala ikan/udang kot tu pasal cepat lupa nama ...

kantoi ngumpat farid hahahhaa

ahhaha :)

Amy J said...

apakah? merepek je orang tu... salah nama dia ingat pula. dah la pakai nama farid. crush kita tau

Supermodel

Google+ Followers

Pautan

Nota Kaki

Nota Kaki