Aku On The Way

Minggu lepas kononnya nak carpool dengan sorang member ofis, aku sampai awal setengah jam.

Bila tepat masa yang dijanjikan masih tak nampak bayang dan batang hidung, aku buat panggilan peringatan yang pertama. Tak angkat.

Aku relaks beberapa minit kemudian buat panggilan gertakan pula. Tak angkat. Kemudian aku terima mesej "tunggu..aku otw".

15 minit kemudian masih tak sampai, aku buat panggilan peringatan lagi sebab aku memang alergik orang yang tak tepati masa.

 "Jap..jap...on the way.." katanya, tapi sumpah aku tak percaya sebab aku tak dengar macam tengah tunggang motor je.

"Kau biar betul on the way..cakap betul-betul kat mana"aku selidik.

"Turun tangga ni..hehe" dia jawab.

Alergik aku terus melarat sampai ke otak. 




Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

6 comments:

  1. Hiiii. Mencik ayt tu. Tp guna gk.

    ReplyDelete
  2. hahahaha..naseb otw dh turun tangga..kalau bru turun katil tak ke lg bengang..hihi

    ReplyDelete
  3. Hahaha ! OTW setiap orang berbeza abang fend :p

    ReplyDelete
  4. SA pun sama x suka ayat on the way tu

    ReplyDelete