Misteri Wallet Fnd Rocka - CABARAN INSTABLOG EFGKBBA DAY 2

Apa Ada Dalam Wallet Anda?


Sebenarnya makan tahun jugak aku tak guna wallet atau dompet. Masa aku pakai dompet dulu pun kadang aku tinggal-tinggalkan, malas nak layan. Sampailah beg dompet dah mereput, pastu aku dah tak berminat nak ganti dengan yang baru.

Jadi, untuk meneruskan Cabaran 7 Hari Instablog EFGKBAA, hari ni untuk cabaran hari kedua aku nak post gambar beg yang aku jadikan pengganti kepada dompet atau tempat simpan duit. Beg ni namanya beg Puma, aku terbeli kat Nu Sentral.

apa ada dalam dompet
Kelihatan tenang...

Kandungannya secara umum memang ada macam-macam, barang-barang keperluan seperti wang ringgit, telefon, kunci-kunci atau kertas berbentuk nota,resit, pun ada bercampur-gaul dah macam adik-beradik.

apa ada dalam dompet
 Ini isi-isinya setelah dimuntahkan.



Berdasarkan gambar di atas, menunjukkan aku jenis nak cepat dan tangkas. Ala-ala adventurous,sangat sibuk dan tak melayan perkara remeh tapi dalam masa yang sama pemalas dan disorganize! 

Sedap juga mengata diri sendiri kadang-kadang. Itu jelah ceritanya. Kau tak payah nak cari barang tersembunyi sangatlah.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

12 comments:

  1. hikhikhik..ade jugak cakelat dlm beg..hehe

    ReplyDelete
  2. Tak takut ke dlm mentos tu ada duit seposen.

    ReplyDelete
  3. Hahahhaa i singgah nak tengok apa isi dalam wallet tapi i rasa cam nak carik barang tersembunyi laaa kejap hehe

    ReplyDelete
  4. kurang rajin je...hahahhaa....jumpa barang tersembunyi ke kak lya?apa diaa..bongkarkannn

    ReplyDelete
  5. bak mai sekeping note warna oren yang tercicir dari kawan2 tue..ngeeee
    Jom terjah cabaran khaty  APA ADA DALAM WALLET ANDA| Cabaran7Hari

    ReplyDelete
  6. masha ALLAH, tu lagi teruk dari beg pempuan hahahaha

    ReplyDelete