Tips Mengatasi Tekanan Hidup

Tips Mengatasi Tekanan Hidup

Ramai orang lupa yang tekanan juga banyak membunuh. Ada yang tertekan untuk menjadi kurus. Ada yang tertekan untuk menjadi sado. Ada yang tertekan mahu jadi putih sampai nampak urat hijau pun nak putih lagi. Ada yang tertekan tak cukup susu badan. Ada yang tertekan dengan pekerjaannya. Ada yang tertekan untuk memenuhi harapan mertua. Ada yang tertekan mahukan jodoh atau baby. Malah ada yang tertekan melihat orang lain tertekan. Ada juga yang tertekan bila orang lain tertekan melihat dia tertekan.

Boleh katakan tertekan ni salah satu penyakit senyap, mana taknya, korang pun bukan tahu aku mengalami tekanan. Yang korang tahu aku seorang yang kacak, itu saja. Padahal aku sendiri baru je semalam tertekan nombor telefon kawan aku, aku langsung tak sedar sebab henfon dalam kocek seluar sampailah kawan aku call aku balik, dia "haa..haa.."
Aku pun " Haa..haa". Dia balas lagi.."Haaa...haaa.." Aku tanya pulak " Haa kenapa haa" 

"Eh..kau call aku tadi" kata kawan.

"Sorry wehh, aku rasa aku tertekan" jawab aku.

Tekanan ni macam dadah jugak ye tak, kalau dos dia tepat makanya dia dapat mengubati, tapi kalau dos berlebihan daripada keperluan makanya dia boleh membawa kepada perkara-perkara tidak elok.

Dulu ada orang pesan kat aku, jangan merasa sedih dan tertekan kerana tuhan sentiasa bersama orang-orang yang berada di jalannya. 

Di sini aku kongsikan tips aku untuk mengatasi tekanan hidup negatif sebelum kembali bertenaga untuk bertarung dengan dunia. 

Tips Mengatasi Tekanan Hidup

1. Bersenam. 

Tips Mengatasi Tekanan Hidup

Aku memang suka bersenam atau bersukan, kalau korang selidik dengan lebih mendalam secara saintifik pun memang aktiviti fizikal yang disebut sebagai bersenam dapat mengurangkan tekanan mental mahupun fizikal. 

Kat rumah aku ada dumble atau pemberat, kalau aku tertekan menunggu orang datang lambat atau bersiap, aku akan angkat dumble bagi mengurangkan tekanan. 

2. Tidur

Tips Mengatasi Tekanan Hidup

Ini paling mudah kalau diikutkan, tapi kalau kau berada dalam keadaan yang tertekan yang sungguh-sungguh, tidur ni jadi perkara yang sukar. Bagi yang pernah berada di universiti mesti pernah merasa perasaan ni bila esok ada exam, tu yang berjaga sampai pagi. Tapi, sebenarnya, tidur yang cukup amat penting dalam pada nak seimbangkan tekanan diri. 

Bagi yang dah berkahwin, tidur bersama dan aktiviti tambahan sebelum tidur dapat mengurangkan stress dan menambah kebahagiaan. 

3. Berbual/Menulis


Berbual dan menulis ni aku klasifikasikan sebagai berkongsi apa yang menekan kita. Dengan cara ini, tekanan tu tak dibiarkan terus menular ke dalam sebaliknya kita lepaskan sedikit ke luar, barulah dapat lihat dari cahaya dan perspektif yang berbeza bila berada di luar. 

Di sini amat penting mempunyai circle of friends yang merupakan pendengar yang baik bukan pengkritik sepanjang zaman.

4. Membaca


Membaca juga salah satu cara untuk melepaskan tekanan. Ada yang suka baca cerita romantik supaya boleh senyum-senyum atas katil sambil gulung-gulung rambut, ada yang suka baca bahan komedi sebab bila tergelak mesti dapat ubati hati yang stress ye tak. Belum pernah lagi aku stress pastu baca buku matematik. 

Tapi kan, ada orang pesan, kalau stress bacalah Al-Quran.

5. Karaoke

Tips Mengatasi Tekanan Hidup

Cara yang ke -5 ni kena labur duit sikitlah. Aku cadangkan pergi ke tempat karaoke yang elok sikit untuk manjakan diri seperti Neway atau Redbox. Aku sarankan juga pergi pada waktu pagi kerana harga pada waktu tersebut amat murah, kalau korang tak boleh bangun pagi itu masalah koranglah hehe.

Kalau dalam bilik karaoke tu nanti, bolehlah nak melalak ke, nak berjoget ke, tapi pastikan tak terlalu agresif sehingga menyebabkan orang lain pulak yang stress menengok engkau mengatasi stress.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Apapun, pokok pangkalnya mengakar kepada diri sendiri juga, kalau pergi karaoke kat hotel 5 Star pun, kalau kau nak nyanyi lagu Anuar Zain pastu tak sampai, sumbang dan menjengkelkan,pastu nak marah-marah menyesali kehidupan yang kejam, bertambah pulak tekanan hidup lagi satu iaitu tertekan dengan kejengkelan sendiri.

Ini semua sebenarnya bergantung pada bagaimana kau value sesuatu perkara, kalau kau meletakkan nilai yang tinggi pada perkara remeh, abislah masa mengejar perkara remeh. Dalam menghadapi semua ini, aku kena banyak bersabar dan berusaha, serta kurangkan melayan tekanan secara melampau. Biar kita berada di atas mengawasi tekanan, jangan biar tekanan mengatasi kita.

Moga-moga, tekanan dapat terus memajukan bukan melunturkan semangat.

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

3 comments:

  1. haha. good tips! sila ping merata2

    ReplyDelete
  2. Btul2..umul pun guna tips ini untuk atasi tekanan kecuali karaoke...slalu karok kt rmh je tnpa mikerophone..heehe..

    ReplyDelete
  3. betul...SA kalau perasaan tgh tertekan pi Karok je....lepas tu sure release..heheheheh....jom karok jom....

    ReplyDelete