Auto Feed Blog

Tips Mengorat Awek Di Pejabat

Thursday, October 22, 2015 Fendi Rocka 10 Comments

Tips Mengorat Awek Di Pejabat Menerusi Perniagaan



Orang selalu kata perniagaan ni sumber terbesar untuk mencari rezeki. Berdasarkan pengamatan aku pula, perniagaan juga merupakan sumber terbesar untuk mencari jodoh, terutamanya untuk lelaki yang mahu mencari pasangan hidup atau mahu mengurat makwe lah senang cerita.Bahkan, jodoh itu pun dikatakan salah satu cabang rezeki.

Di sini aku catatkan beberapa perniagaan di pejabat yang berpontensi besar untuk menarik perhatian makwe-makwe, seterusnya berpotensi untuk disenarai-pendekkan untuk tujuan yang lebih mulia kepada si bujang, yang dah berkahwin tidak digalakkan buat masa ni. Berdasarkan teori dan kisah benar.

Tips Mengorat Awek Di Pejabat

Menjual Kerepek

jual kerepek


Kawan aku dah jalankan perniagaan ni, memang superb dia punya sambutan. Kita pun sedia maklum perempuan tak kira usia memang hobinya mengunyah dan bercakap, dia berhenti cakap bila nak mengunyah je, atau berhenti mengunyah bila nak bercakap je, ada masanya mengunyah sambil bercakap.

Oleh itu, bila kawan aku iklankan ada jual kerepek pisang, ubi dan pelbagai jenis kerepek lagi, berselang-seli lah mak orang, anak dara, yang baru kahwin, yang baru tunang, yang masih mencari, makcik cleaner, datang untuk tanya itu ini dan buat tempahan. 

Dah tak payah susah-susah nak pergi tegur makwe tersebut, dia sendiri datang menegur dan bagi nombor telepon. Kalau makwe tersebut mintak diskaun bagai, jangan layan sangat, kemudian-kemudian baru berbincang lebih lanjut supaya tidak nampak lemah.

Jual Tudung

Jual Tudung

Jual Tudung

Untuk perniagaan jual tudung ni,walaupun pelanggannya tak seramai jual kerepek, tapi kelebihan jual tudung ni pasarannya akan lebih tertumpu kepada golongan hijabster, tambahan pulak kalau tudung tu trendy dan memenuhi selera wanita masa kini yang gemar berfesyen dan mencuba gaya terbaru.

Itu rahsianya, dalam sekelip mata whatsapp anda akan dipenuhi pertanyaan-pertanyaan dari gadis bertudung atau yang nak belajar bertudung, dalam ramai-ramai tu mana tahu ada yang dapat mengetuk pintu hati anda kan? Kahkah. Taktik yang agak macam keji tapi niat tu tak ada salahnya. Sesuai untuk lelaki yang tak reti nak approach dan seorang pemalu macam saya.Hmm.

Jual Jeruk atau Asam

jeruk asam

Kalau nak tahu, ini adalah kelemahan atau soft spot wanita. Aku baru post gambar jeruk kat whatsapp group semalam, ikutkan nisbah purata rasanya 9/10 wanita terliur dan tergoda dengan jeruk. Kadang-kadang ada yang sampai terpukau, jadi kat situ kau boleh mainkan peranan sebagai lelaki yang memenuhi kehendak seorang wanita yang berkeinginan sangat-sangat. Kalau jeruk yang kau jual tu sedap bukanmain, dia nampak muka kau terus dia geram sebab teringat jeruk, haaa..jangan main-main penangannya.

Tapi awas, wanita kalau dah terliur, kau kena hati-hati jugak, takut dia jadi lebih agresif dan dia akan  memberontak kalau tak dapat. Haa..itu je lah nasihat aku, boleh ikut mana yang sesuai, tapi apa-apa benda tak baik jadi aku tak bertanggungjawab, kalau menjadi jangan lupa jemput makan kenduri.

You Might Also Like

10 comments:

Ummul Azkee said...

Cis,jeruk punya cerita pun msuk sekali...

awat kat Banting ni punyalah banyak org jual kerepek tapi ramai yg bujang lagi / dah jauh terlajak pon hado !

Fendi Rocka said...

PCL, sebab kat Banting banyak sangat kerepek, kena jual kat ofis KL sebab susah nak dapat dan jadi rebutan.heheh!

YB Shehan said...

NK WT TIPS UNTUK PMPN NGORAT LAKI PLAK LAAAAAAAAAA

Amanda Suria said...

Amboi FR..bagus marketing strategy ni...

Hahahaaha ! Boleh lah guna tips ni siapa yang bujang tu :p

cinta said...

Baru smlm TERbeli tudung kat ofis.
Niat di hati g pantry nk bli buah utk senaman mulut sambil bekerja sekali project secretary tgh buka kedai.
So terbukti aku adalah perempuan.

izzeyda said...

tips yang bagus nih.. hehehe..

hahahahahaa.. yg jual jeruk tu tak boleh blah... :p

haiii ^__^
Sha tag tuan blog kat sini...
http://ladiesingreen.blogspot.com/2015/10/segmen-jom-tingkatkan-jumlah-follower.html

Supermodel

Google+ Followers

Pautan

Nota Kaki

Nota Kaki