Soalan-Soalan Yang Tak Semua Orang Suka

Soalan-Soalan Yang Tak Semua Orang Suka

Soalan-Soalan Yang Tak Semua Orang Suka

Selalu sudah diluahkan oleh masyarakat tentang rasa menyampah apabila dijolok dengan soalan fenomena tentang bila nak kahwin, bila nak ada anak, bila nak tambah anak. Soalan sebegini akan berbunyi di setiap peringkat atau fasa hidup dari keluar dari rahim hingga masuk ke liang lahad, seperti ini sajalah tanda aras dan tujuan hidup seorang manusia.

Sebab dan punca orang bertanya soalan sensitif

Ada beberapa sebab dan punca mengapa kerapkali ada di kalangan kita membuat orang lain tak selesa dengan soalan-soalan begini, antaranya seperti (1) ketidakbolehan merasa empati terhadap perasaan orang lain, (2) insecure serta mahu membuat orang lain merasa serba salah dan juga sebab mahu lekas-lekas (3) merapatkan perhubungan dengan bertanyakan soalan privasi yang mana sebenarya gagal sepenuhnya,

Walau apa pun situasinya, selain kahwin dan beranak, ada beberapa lagi soalan lain yang yang boleh membuat kepala anda berpusing, bukan sebab kesukaran untuk mencari jawapan tetapi musykil bagaimana soalan sebegini boleh ditanya. Aku jauh sekali nak marah, cuba kadang akal ni terseliuh jugak.


Soalan-Soalan Yang Tak Semua Orang Suka

Lain-lain Soalan Yang Tak Semua Orang Suka

1.Ketika membeli nasi lemak. Penjual nasi lemak tanya..nak letak kacang? Soalan ni memang tak patut, sebab pada pengetahuan aku nasi lemak dengan kacang tu memang satu set dan tak patut dipisahkan. Iyelah takkan kau pergi beli televisyen orang nak tanya..abang nak remote control sekali tak? kalau nak dengar Chef Wan meroyan kau tanyalah dia soalan nak letak kacang. Melainkan selama ni kau jual nasi lemak tak bubuh kacang tapi bubuh kismis, bolehlah tanya soalan ni.


2. Bila melihat orang berkerusi roda, akan ditanya..tak boleh jalan ke? Orang yang nak kerusi roda ni sama ada memang tak boleh jalan atau tak boleh jalan jauh atau lama.  Melainkan orang yang naik kerusi roda tu usop wilcha, elakkan tanya soalan ni. 


3.Pergi toilet buat apa? Yang ni pun aku keliru, tak pasti kenapa ada orang yang berminat nak tahu secara terperinci apa kita buat kat dalam toilet. Melainkan pergi toilet sampai sejam, itu memang ingin tahu jugak dibuatnya. Sebab dengan kecanggihan jalur lebar sekarang ramai yang amik kesempatan melayari internet sambil mengeram, orang kat luar dah nak terkucil dia sedap pesan shawl kat instagram. 

4. Bila pesan air hot chocolate, mesti akan ditanya..nak yang sejuk ke yang panas? Kat menu pun ada tulis harga hot chocolate sejuk dengan hot chocolate panas.  Yang berpusing dibuatnya adalah Hot tu bukan ke panas.

5. Selain itu, perempuan jugak akan bingung dan bengang kalau lelaki tanya kau ni PMS ke hari ni, terutamanya di kalangan rakan-rakan atau secara terbuka lagilah nak mati. Serba salah dibuatnya. Tak lupa juga, bila tiba-tiba orang tanya..weh gaji kau berapa? Ah..suka sangat mencabuli hak privasi orang lain.


Itu sahaja.

Anda bagaimana? ada soalan lain yang anda tak suka?atau soalan yang mengelirukan anda? Taknak jawab takpe.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

7 comments:

  1. Yang part kacang tu Nani pernah kena sekali dua :D

    ReplyDelete
  2. tang tanya gaji tu memang tak pasal2 kena sound balik la ...hehehe

    ReplyDelete
  3. yang bab order shawl kat instagram tu agak menyentap...!! siapa la perangai tak senonoh tu... :p

    ReplyDelete
  4. Kihkihkih bila orang nak ke toilet terutamanya wanita, memang patut tanya... Sebab takut diorang pi toilet sebab nak selfie...

    ReplyDelete
  5. fendi... bila nak tambah............

    ReplyDelete
  6. Hahahahah.. ok ni yg mls singgah sini ni. X lrt gelak

    ReplyDelete
  7. Soalan no 3 tu... Kebanyakan orang dah salah anggap, ia juga disebabkan oleh Sayidah napisah rajin selfie di dalam tandas

    ReplyDelete