Kedai makan yang baik

Kedai Makan Yang Baik


Kedai makan yang baik adalah kedai makan yang bila kita mintak cili potong, dia akan pergi ke dapur dan kembali dengan membawa cili potong, lagi terbaik yang ada pelbagai jenis cili dan perasa kicap.

Bukan yang bila kita mintak cili potong, dia akan pergi naik bas balik ke kampung halaman, pergi ke kebun cili yang mungkin diusahakan oleh saudara mara, kemudian pakai kasut but pergi mencari cili, petik cili kemudian dalam perjalanan pulang terjumpa dengan kawan lama bersembang pulak kenangan ketika membesar bersama dan sempat berdiskusi tentang Adira yang kahwin tak bagitahu, selepas itu naik bas kembali ke kedai makan tadi, bila dah sampai di kedai makan lihat di telefon pintar ada notifikasi whatsapp pula, baca dulu sementara ada masa.

Pastu bila aku tanya dengan baik, mana cili potong, dijawab "Sorry saya terlupa".

Hmm..tak berapa baik.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

4 comments:

  1. singgah dari http://jmbelog.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. Hai incik Rocka... Saya ke sini bawa cili potong hahaha

    Lama tak singgah sini... Ada ketupat dan rendang tak.

    ReplyDelete
  3. ARz juga ke sini bagi menjawab pertanyaan incik Rocka di www.arzmoha.com...

    Saya menonton di siaran Rahsia.
    Berminat boleh Pm di fb atau whatsapp aRz jelaskan hehe

    ReplyDelete