Auto Feed Blog

Kekeliruan

Friday, February 27, 2015 Fendi Rocka 7 Comments


Aku balik dari Kelantan wedding saing, kat airport Kota Bharu duduk sebaris dengan pemain-pemain bola PDRM, ingat nak salam dan tanyalah apa cerita semalam lawan Kelantan,tapi  risau dianggap nganjing lak kalau dorang kena tibai , bila tengok result kat website, Kelantan 0 - 4 PDRM , power..tapi kenapa sorang-sorang muka macam kena pukul, buatlah berlagak sikit.

Sampai di KLIA2, terus cari toilet, perut memulas tak tahu apahal, lepas tu sambil nak naik transit singgah sekejap kat kedai pakaian sukan, ada diskaun sempena pembukaan kedai, tulis kat situ RM50, aku pun tanyalah kat jurujual "Semua Rm50 ke?" . Jurujual kata "Ya,semua RM50". Aku tanya lagi nak sahkan "Semua ni?". "Ya,semua RM50 bang", jawab jurujual lagi.

Murah sangat semua rm50, aku tengok ada dalam 3 baris baju jugaklah, aku tak larat nak angkat semua bawa balik, jadi aku pun amiklh 2 helai je, sampai kaunter dia kata kena bayar RM100. Kenapa kalau beli semua dia kira RM50, tapi beli 2 helai je lebih mahal pulak harganya sampai RM100? Agak-agaklah nak tipu aku pun. Kojaq.

7 comments:

Melayang

Tuesday, February 24, 2015 Fendi Rocka 6 Comments

Ada beberapa perkataan yang lelaki cukup risau bila ia keluar dari mulut seorang perempuan. Contohnya 'Fine'. Dia cakap fine tapi muka macam nak menggigit.Yang ni please beware.

Selain tu, ada lagi sepotong ayat yang aku memang tak suka nak dengar, rasa geram je bila dengar tak kira jantina mulut, iaitu "kau nampak tak apa yang aku nampak". Aku kalau dengar je orang cakap camni, berdebar cuping telinga aku dibuatnya.

Contoh paling tepat terjadi di suatu ketika di sebuah lebuhraya, masa tu aku memandu dari Melaka dengan Eri duduk belakang dan seorang seperjuangan bernama A duduk sebelah aku. Jam sudah melepasi 12 tengah malam, puas aku tekan minyak kereta sebab jalan clear sambil berborak dengan A, perbualan memang rancak hingga tak sedar kelajuan dan kondisi kereta.

Sambil nasib dah menunggu di hadapan, kami terus sembang pung-pang-pung-pang. Tak semena-mena, enjin kereta mati, cepat-cepat putar stereng berhenti kat bahu jalan, kiri kanan pokok-pokok tebal.Aku try start enjin balik, tak mahu hidup. Kemudian dalam suasana yang sunyi, dingin dan kelam.Eri berkata dengan nada sedikit ketar bercampur risau, "korang nampak tak apa yang aku nampak?". Nak lebih ketar, dia tunjuk ke arah cermin depan.

Memang krikk krikk kriik lah pergi dia.

A kat sebelah aku diam je, aku faham A ni, orang cakap dia naik kereta kabel pun gigil so aku tak boleh harap sangat dengan dia, jangan dia terkencing kat kereta aku dah lah. Eri ulang lagi korang  nampak tak apa yang aku nampak sebab semua taknak jawab,aku pulak tak nampak apa yang dia nampak. Aku risau campur konfius,campur geram.

Aku tengah bayangkan pontianak tengah bergayut kat celah pokok sambil lambai tangan.

Terus aku pun berlagak tegas..nampak apa cakap je lah nampak apa, rasa nak lempang je stereng sebab Eri buat dramatik time gini. Pastu Eri tunjuk kat asap yang keluar dari enjin. Aku pun rasa lega. Padahal kereta aku rosak ni tepi highway pagi-pagi buta, tapi aku rasa lega. Dibuatnya nampak benda lain tak ke gila. Malang tetap malang, steady tunggu lori towing sampai untuk park kereta kat bengkel. Telefon member minta tolong pick-up. So kau nampak tak apa yang aku nampak? Duit melayang.

6 comments:

Popia

Monday, February 23, 2015 Fendi Rocka 2 Comments

Lepas dapat tahu Indonesia tuntut ketuanan popia, aku dengar Obama and the Magistrate akan tuntut nasi goreng USA, betul ke?

2 comments:

Kau rasa?

Sunday, February 22, 2015 Fendi Rocka 1 Comments

Luarannya,sesetengah orang nampak muda dari usia, sesetengah orang nampak lebih berusia dari usia.Ditambah pulak dengan kepelbagaian alat solek yang menyukarkan untuk melihat wajah sebenar. Walaupun dalam berkawan dan berkenalan sebenarnya tak peduli pun soal umur dalam bentuk angka, tapi soalan " umur kau berapa?" lambat laun akan bocor jugak dari tempayan.

Typically aku pun tanya soalan tu, tiada sebab yang signifikan
melainkan melayan rasa ingin tahu. Perempuan rambut kaler berkasut tumit tinggi pun balas "Kau rasa?". Bila perempuan suruh kau jangka umur dia, ia adalah situasinya mengundang bencana, rasa macam tengah dengar jarum bom sedang berdetik, tik-tok tik-tok. Dan sekarang, kau kena pilih wayar yang harus dipotong supaya bom jangka dapat dimatikan. Pilihan yang ada biru, merah atau hijau. Jawapan aku sangat crucial.

Biru

Merah

Hijau

Sebab aku tak dapat cari jawapan menerusi muka, because of mekap and all that so aku tengok kaki. Bila tengok kaki tu sebenarnya satu kesilapan jugak, dah aku nampak serupa pervert,cis. Menyesal.


Bersambung...



1 comments:

Merajuk

Friday, February 20, 2015 Fendi Rocka 2 Comments

Masa berfesbuk aku nampak satu barang yang aku minat nak beli letak kat rumah, boleh lipat dan boleh masukkan dalam bonet kereta. Menarik. Aku pun PM untuk keterangan lebih lanjut sebagaimana kehendak seller.

Selang beberapa minat, seller pun hantar serba sedikit butiran menerusi inbox, tapi lepas baca baris pertama mesej tu terus aku tak jadi beli dan tak teruskan baca details, bukan sebab harga mahal tapi sebab dia taip 'hi sis..'

Aku perati profile picture sendiri, rasanya dada aku nampak slim je.

#Merajuklahnikiranya

2 comments:

Bikin Panas

Thursday, February 19, 2015 Fendi Rocka 3 Comments

Hari tu aku balik kampung ada makan-makan, makcik aku beriye-iye benor samakan aku dengan pengacara Mentor Legend. Terus aku nafikan dengan keras sebab aku ingatkan maksud dia Awal Ashaari,aku nak iyekan pun tak sampai hati dengan Awal, tapi rupanya Zuan Bikin Panas yang dikatakan mirip.

Bikin panas betul lah.

3 comments:

Adik

Wednesday, February 18, 2015 Fendi Rocka 2 Comments

Pagi tadi aku buat tugasan macam biasa kat ofis, meralitkan diri lah depan komputer, kemudian aku dengar suara perempuan sibuk panggil entah siapa-siapa entah "Adik..adik...adik..adik...adik..!" mula-mula low note, lepastu high note.

Makin lama suara tu makin dekat pulak kat cuping telinga aku. "Adik..adik.." Aku pun tolehlah kiri nak tengok sapa yang kehilangan adik. Tengok sorang perempuan betul-betul dah kat belakang pandang aku pastu tanya..."Adik..ada pen tak?".
Aku jawab ada kemudian hulurlah pen. Eh tak sangka pulak aku adik yang dicari-cari.

Aku tak ingat dah bila last sekali orang panggil aku adik. Ini pertama kali sejak bertahun lamanya. Promoter jualan yang dah pakcik pun panggil aku abang tahu tak. Abang aku sendiri pun tak panggil aku adik. Takkan lah minggu ni aku banyak tidur, dah nampak kesan awet muda? Awet muda jadah mende kalau rambut pun dah mulai nipis, kan?

2 comments:

Kasut

Tuesday, February 17, 2015 Fendi Rocka 1 Comments

Ahad lepas aku lepak dengan seperjuangan masa aku kerja di Cheras, termasuklah Eri, kalau nak tahu Eri ni dah 2 kali jadi ofismate aku.Aku pun dah 2 kali jadi ofismate dia. Dipendekkan cerita, kami lepak bersembang di kedai kopi yang 'overprice', macam dalam drama tv lah, silang kaki minum kopi makan apple pie. Tinggal rambut je tak pacak.

Kalau dalam drama apple pie tu macam props lah nak mencantikkan gambar sambil-sambil pelakon ucap dialog. Realitinya pun lebih kurang jugak, ada apple pie baru ada feel borak, walaupun takde menyelerakan mana tapi mengenangkan harganya, nak tinggalkan hati pulak tak sampai.

Ini membuat aku teringat pada satu scene 4-5 tahun sudah lepak dengan Zana dan Hana dengan gitarnya, di kedai kopi yang sama, di lokasi yang sama. Masa tu aku belajar lagi. Dorang berdua setuju untuk ngeteh kat situ,aku iyekan aje, ikut terma aku 'ngeteh' lah..kalau terma dorang mungkin 'hangout', benda sama tapi kalau dah sebut english terus jadi overprice, seluk poket ada lah duit kertas beberapa helai. Aku selak buku menu berkali-kali, tengok harga perut jadi kecut. Ego nak pinjam duit orang memang setebal buku Jodi Picoult.

Sudahnya, aku tengok ada satu menu ni harga sepadan dengan ukuran baju aku, cuma itu menu untuk kanak-kanak lah,for kids 6 years ke 3 years below ntah. Aku pun terpaksalah berminat dengan benda tu, kerana kawan-kawan ku turutkan. Zana dengan Hana pun tak kata apa, mungkin dorang tengok aku comel order yang kids punya. Comel sangat.

Bila minuman aku sampai, aku siap dapat biskut lagi ada bentuk bear. Bear tu macam senyum mengejek kat aku. Dia punya comel hanya tuhan saja tahu, aku gigit biskut tu biar terpadam dari memori pahit aku walaupun kat lidah rasanya sweet. Itu cerita lama lah,sebelum aku jadi matang,garang dan lebih terus terang..dan pastikan bawa duit lebih kalau keluar,cis.

Sebab tu, bila lepak dengan seperjuangan hujung minggu hari tu, dorang pun macam aku dulu, ada yang tengah belajar, ada yang baru kerja, aku berbisik dengan Eri jelaskan apa yang aku concern, tak boleh nak ikutkan poket sendiri je , Eri pun faham dan beritahu semua yang dia belanja, aku bangga Eri ada rasa empati dan aku pun sebenarnya tak sanggup nak tengok dorang selak buku menu tu banyak kali di mana kesudahannya aku jangka kemunculan kembali biskut bentuk bear yang senyum mengejek tu, aku tak sanggup mimpi lama bertaut kembali..haha.

Bila difikirkan balik,tolak tepi teknologi, empati atau emphaty merupakan alat komunikasi paling efektif untuk mendekatkan kita, especially..jarak hati.


1 comments:

Pengangguran

Sunday, February 15, 2015 Fendi Rocka 6 Comments

Sambil tengok Selangor lawan Pahang semalam, aku dengan Eri menganggur,iaitu makan buah anggur. Dengan adanya buah anggur setangkai, perlawanan jadi menarik dengan jaringan demi jaringan buah anggur menerjah ke gawang mulut aku.

Kemudian aku pandang Eri dengan anggurnya, dia dok pulun kupas kulit anggur, bagi aku kupas kulit anggur sebelum makan adalah tak masuk akal..kalau dikira secara bolasepak, aku dah mendahului Eri 6 -0, sebijik pun dia tak gol lagi.  Aku pun dapatkan penjelasan dari dia mengapa perkara ini berlaku.

"eh..3 tahun kenal bru hari ni tahu saya makan buah anggur buang kulit?" jawab Eri. Alamak getisnya dia ni. Gedik + Bajet retis = Getis. Aku tak puas hati, aku yakin sebelum ni dia ada makan anggur tak buang kulit, aku rasa hari ni je dia menggetis. Lain hari bila dia dalam keadaan tak sedar/normal aku kena cuba hulur anggur, tengok dia buang kulit atau tidak.

6 comments:

Pilihan

Friday, February 13, 2015 Fendi Rocka 2 Comments

Dalam perjalanan(sandiwara) hidup, kita perlu cerdik memilih lorong dan haluan, tapi kalau dah Takdir Bin Suratan(bukan nama sebenar) namanya, memilih yang betul pun tetap juga salah.

Contohnya tadi aku beli air tin guna vending machine, aku betul-betul masuk syiling dengan tepat(RM1.50), aku dihidangkan lebih kurang 7-8 jenis air untuk dibeli, kemudian aku betul-betul tekan kat air Apple Aloe, keluarnya air cincau.

2 comments:

Mengelat

Wednesday, February 11, 2015 Fendi Rocka 0 Comments

Hujung minggu lepas,main bowling dengan seperjuangan, kami taruh siapa markah paling longkang sila belanja makan, tamat game keputusannya korang pun tahulah bukan aku,selamatlah bajet, tapi bila keluar dari pusat bowling nampak pulak pusat karaoke berjiran, perut yang tadi terasa lapar..kami suapkan mikrofon.

Kalau karaoke aku macam biasalah korang pun mesti dah dapat agak, kalau nyanyi lagu Amy Search memang sebijik macam Amy Search, kalau nyanyi lagu omputeh,memang omputeh sangat bunyinya . Tapi bukan mudah, ada syarat-syaratnya. Pertama kena fokus, kedua yang paling penting ON vokal original singer. Itu je.

Tu yang bila ada kenduri kahwin orang suruh aku nyanyi karaoke, nak menunjukkan aku jenis sempoi takde masalah dan taknak mengecewakan hadirin, aku request satu lagu,tajuk lagu tu setahu aku memang belum wujud lagi, kemudian selepas 5 minit deejay beritahu lagu tu takde dalam koleksi dia. Aku pun "Alaa takde ke, takpelah" sambil pamer muka terkilan sikit dan perlahan beransur selamatkan diri.

0 comments:

Sleeping Partner

Monday, February 09, 2015 Fendi Rocka 1 Comments

Tahun lepas masa mula-mula kerja di ofis baru, aku kebiasaanya sampai 2 jam awal atau sejam setengah awal ,atau sejam awal,selewat-lewatnya setengah jam awal, badan pulak tak bersedia untuk mula kerja awal, jadi aku hantar jasad ke ruang rehat.

Ruang untuk berehat ni memang hotspot bagi pekerja-pekerja yang datang awal. Ada sorang ni memang muka selalu ada kat situ,boleh dikatakan muka ruang rehat, tiap pagi nampak muka dia, asal nampak muka dia terus teringat ruang rehat, kadang kami sembang dan tegursapa sebelum dia lelap dengan selimutnya.

Sampai satu masa dia panggil aku "my sleeping partner", terus aku jadi susah nak tidur, bunyi macam geligeli pulak kan?

1 comments:

Kau gemuk

Saturday, February 07, 2015 Fendi Rocka 0 Comments

Aku makin seronok sejak dua menjak ni orang kata aku gemuk,sihat dan berisi. Sememangnya aku ada letak harapan untuk tampak lebih besar. Sekurang-kurangnya bila amik gambar berkumpulan, nampaklah kewujudan sikit,kalau tidak berfungsi sebagak props atau tiang je lah. Lagipun elok juga nampak macam brader-brader sikit...takdelah orang tanya "Adik belajar lagi ke?"

Berbeza dengan kawan ofis aku W,dia suspek 2-3 kali dia tak berjaya lepas temuduga sebab dia gemuk, dia fikir-fikir katanya mungkin penemuduga nampak dia tak fit dan pemalas. Mana taknya, soalan awal pun merujuk pada saiz badan. Aku nak gelak tapi tak lepas sebab tengok masa tu W serius makan ulam-ulaman masa lunch break. Benda ni kena hati-hati sebab kadang boleh makan dalam ye tak.

Lebih-lebih lagi kat perempuan, ni merujuk secara umum berdasarkan pengalaman peribadi. Aku pernah cakap 'bangang' kat perempuan, dalam konteks bersenda,'poyo'atau 'gila' everthing is fine,tapi bila aku cakap 'gemuk'..bukan main marah dia, sampai kalau ada jarum yang patah pun simpan dalam peti. Kalau kau tak percaya, kau boleh cuba sendiri,takdelah putus kawan pun tapi, nanti birthday kau atau hari raya kau akan perasan yang dia tak wish kat kau.

0 comments:

2015

Friday, February 06, 2015 Fendi Rocka 0 Comments

Bila orang tengok gambar aku yang tahun-tahun lepas, seraya berkata "Wah hensem kau dulu".

Pujian, tapi bila read between the lines. Kat situ ada perkataan 'dulu', maknanya past tense.

Kejian.

0 comments:

Supermodel

Google+ Followers

Pautan

Nota Kaki

Nota Kaki