Auto Feed Blog

Apakah Jerebu dan Golongan Berisiko

Tuesday, September 29, 2015 Fendi Rocka 3 Comments


Apakah Jerebu?

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. 

Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.


Golongan Berisiko Jerebu

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
-Kanak-kanak
-Orang tua
-Mereka yang mengalami penyakit
• asma
• bronkitis
• radang paru-paru
• penyakit paru-paru yang kronik
• jantung
• alahan
-Perokok
-Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.


Sumber::http://www.infosihat.gov.my/infosihat/isusemasa/Jerebu.phpmohon cuti kerana jerebu



3 comments:

Cuti Sekolah Kerana Jerebu

Tuesday, September 29, 2015 Fendi Rocka 6 Comments

Knock! Knock!

Yesss...

Bos kenapa kami tak diberi cuti, bukan kerajaan dah umum ke budak sekolah dapat cuti sebab jerebu?

Sini bukan sekolah kan, sini tempat bekerja.

Tapi sama je kan, kami bernafas pakai hidung jugak, bukan insang!

Memanglah.

So?

So...kamu tak perlulah ke sekolah.

Memang saya tak ke sekolah pun boss, kan saya kerja di sini.

Betul lah tu. Pandai!

Bagi lah cuti boss..pleaseeee..

Ok boleh je, cuma nanti gaji kamu saya beri pada orang lain lah.

Kenapa pulak camtu..

Kamu yang nak macam budak sekolah kan, budak sekolah mana ada terima gaji.

Alaaa!

Kipidap! Kipidap!

-----------------------------------------------------------------------------------------------

6 comments:

Kisah Hamka dan Saiful Nang

Monday, September 28, 2015 Fendi Rocka 8 Comments

Alkisah, suatu hari seseorang berkata pada HAMKA, "Buya, kemarin saya ke Makkah. Eh ternyata ya Buya ya, ternyata di Makkah itu ada pelacur Buya! Gimana itu Buya?" 
Jawab HAMKA sembari tersenyum, "Ah masak? Bulan lalu saya baru pulang dari San Fransisco. Di sana itu ternyata tak ada Pelacur."
Apa maksud Buya HAMKA? Ke manapun kita pergi, di manapun kita berada; diri kita yang sebenar tergambar dalam apa yang kita cari.
Di San Fransisco tak ada pelacur, kalau TIDAK mencari. Di Makkah ada maksiat kalau itu yang DICARI. 

Saat ini mungkin ramai yang telah membaca tentang argument Buya Hamka seperti di atas. Manakan tidak, argument itu telah sewenangnya diguna dan dikongsi untuk menyindir secara langsung atau tidak langsung kepada Saiful Nang

Tanpa menyebelahi mana-mana pihak, cuma sekadar mencari pencerahan berkenaan argument dari sosok ulama yang disegani masyarakat.

Argument Buya Hamka pada hemat aku mengajak kita untuk menjadi manusia pencari kebaikan dan jangan mencari keburukan dalam setiap hal. Turut memberitahu tentang perbezaan perspektif melalui cara kita melihat. Kemas dan padu.

Sebagai contoh, kita pergi ke sebuah gerai, boleh saja kita cari 10 kebaikan tentang gerai tersebut, boleh juga kita dapatkan 10 sisi buruknya. Terpulanglah nak yang mana satu. Begitulah kefahaman aku.

Cuma seakan telah lari dari maksud argument pula bila merujuk terus pada kes Saiful, jika seandainya seseorang merasakan makanan di gerai tersebut kurang enak, atau meja senget, dituduhnya pula sebagai seorang pencari keburukan. Sebab tak semua situasi dapat dipusing dengan perspektif, ke macam mana?

Selama ini aku tidak ada pun mencari jerebu, tapi mengapa terasa seperti berjerebu di sini? Adakah rakyat Malaysia semuanya mencari jerebu kerana ramai yang mengeluh tentang jerebu sampai yang bekerja makan gaji pun seboleh-boleh mahu diberi cuti.

Mungkin boleh dikata begini juga, di Malaysia tak ada jerebu, kalau TIDAK dicari. Hmm.

Tapi lainlah kalau kata gerai tu jual nasi mahal, tapi bila tanya mahal berapa ringgit terus senyap. Ah Saiful Nang pun satu, main cakap desas-desus gitu je dah kenapa kan. Kalau dah femes dah berpengaruh, nak korek hidung pun kena hati-hati sebab semua orang memandang.

Bahaya juga bila terlalu ramai follower setia di FB. Lelama kita rasa sangat berpengaruh dan semua yg kita tulis sangat betul sehingga apabila orang tegur mereka itu semua salah. - Denaihati Ilhamku

8 comments:

Bayaran Bulanan Tanpa Faedah

Thursday, September 24, 2015 Fendi Rocka 7 Comments

Di sebuah pasaraya seorang pemuda berjalan sambil mencari pintu keluar ke parking. Punyalah besar pasaraya tersebut hingga kalorinya terbakar sebanyak 50kal semata-mata nak cari jalan keluar sahaja. Kurang sedikit daripada 72 kalori yang terbakar ketika melakukan hubungan seks selama 15 minit bagi yang mempunyai berat badan 70 kg. 

Tiba-tiba pemuda disapa seorang penjual.

"Bang, nak tengok dulu, boleh bayar tunai atau bayar bulanan pun ada, tanpa faedah"

Pemuda tersebut berhenti seketika, bukan kerana tertarik dengan produk yang dipamerkan tapi kerana penat berjalan dan penjual menyorongkan kerusi. Setelah habis mendengar penjual tersebut 'menjual barang', pemuda yang penat berjalan tadi bertanya pula.

"Wauu..betul ke tanpa faedah ni?"

"Betul bang. Itulah kelebihannya. Beli tunai atau ansuran sama saja, tanpa faedah" balas penjual dengan bersemangat tatkala menyangka perangkapnya sudah mengena.

"Dah lah kena bayar bulan-bulan, pastu tak berfaedah, taknaklah"

Pemuda berjalan meninggalkan penjual dengan hati yang kelat dan humourless. Cegampang.

7 comments:

Resepi Memikat Suami atau Isteri - Teh 3 Lapis

Tuesday, September 22, 2015 Fendi Rocka 6 Comments

Resepi Memikat Suami atau Isteri - Teh 3 Lapis

Resepi Memikat Suami atau Isteri - Teh 3 Lapis
Resepi Memikat Suami atau Isteri - Teh 3 Lapis


Ini adalah antara minuman kegemaran aku, selain kelihatan menarik, ianya juga mengahasilkan rasa yang adventurous bila bercampur di dalam mulut dan melalui rongga tekak. Pergh.

Cara Penyediaan Teh 3 Lapis


Kalau nak ikut senang dan mudah aku, ringkas je cara penyediaannya.


1. Masukkan gula melaka pekat
2. Masukkan ais
3. Masukkan susu cair
3. Masukkan teh pekat


Pastu...siap!

Resepi Memikat Suami atau Isteri - Teh 3 Lapis
Resepi Memikat Suami atau Isteri - Teh 3 Lapis

Resepi Memikat Suami atau Isteri - Teh 3 Lapis
Resepi Memikat Suami atau Isteri - Teh 3 Lapis

Resepi Memikat Suami atau Isteri - Teh 3 Lapis

Resepi Memikat Suami atau Isteri - Teh 3 Lapis
Resepi Memikat Suami atau Isteri - Teh 3 Lapis


* Foto-foto dari Google

Dijamin sedap dan tak perlu risau akan  mengalami anjing gila pulak selepas minum air tersebut. 

Tapi jangan minum selalu sangat, takut penyakit kencing manis/diabetes pulak yang terpikat.

6 comments:

Filem Yang Memberi Kesan Emosi Padu - Meet Joe Black.

Monday, September 21, 2015 Fendi Rocka 5 Comments

Filem Yang Memberi Kesan Emosi Padu - Meet Joe Black.

 Meet Joe Black, Brad Pitt, Filem Yang Memberi Kesan Emosi Padu
  1. Parrish (Anthony Hopkins), businessman and devoted family man, is about to celebrate his 65th birthday. However, before he reaches that landmark, he is visited by Death (Brad Pitt), who has taken human form as Joe Black, a young man who recently died. Joe and Bill make a deal: Bill will be given a few extra days of his life, and Joe will spend the same time getting to know what it's like to be human. It seems like a perfect arrangement, until Joe falls in love -- with Bill's daughter- Sinopsis


Sebuah filem yang amat aku suka sejak aku dibangku sekolah lagi. Filem Meet Joe Black ini dikeluarkan pada tahun 1998. Pertama kali tengok di TV3,kemudian beli dvd dan semalam sempat tonton sekejap di universal channel.

 Meet Joe Black, Brad Pitt, Filem Yang Memberi Kesan Emosi Padu


Filem yang pada aku bergerak perlahan. Detik demi detik. Perlahan sering dianggap bosan, tetapi bagi filem ini, amat sesuai dengan isu kematian atau perpisahan yang dibawakan. Ada kalanya babak-babak dibiarkan kosong seperti menanti jantung berhenti berdetak, jika benar-benar menghayati intipati emosi filem ini korang akan dapat rasakan suspen dalam keadaan sunyi.

 Meet Joe Black, Brad Pitt, Filem Yang Memberi Kesan Emosi Padu

Mesej filem Meet Joe Black 

Filem ini mengajar aku tentang kesukaran untuk melepaskan sesuatu keinginan, sama ada kerana nafsu atau ego sendiri. Ada sesetengah perkara memang bukan hak kita, walau dicuba bagaimana cara pun. Sesetengah perkara pula, walaupun kita mampu mendapatkannya tidak semestinya kita harus dapatkannya.

 Meet Joe Black, Brad Pitt, Filem Yang Memberi Kesan Emosi Padu

Romantik

Perjalanan kisah romantik antara Brad Pitt dan pasangannya dalam filem ni Claire Forlani begitu meninggalkan kesan, walaupun seperti singkat dan ada masanya mengelirukan.Heroin sangat lawa,menawan. Lakonan Brad Pitt sangat aku suka dalam filem ni, kacak, inesen dan bersahaja. Kisah cinta yang tidak terlalu novel, sama sekali tidak cinta remaja, hanya berkenalan di kedai kopi namun ada sesuatu yang membuat keduanya begitu kuat tertarik.

 Meet Joe Black, Brad Pitt, Filem Yang Memberi Kesan Emosi Padu

Pergerakan Emosi

Seperti yang aku tuliskan tadi, filem ni banyak moment yang diam, jadi permainan emosi banyak dipaparkan menerusi pergerakan tubuh dan mata pelakon-pelakon. Mata adalah tingkap kepada jiwa, jika nak fahami jiwa bolehlah lihat ke dalam mata gitu. Mimik muka dan bahasa tubuh pelakon handal Anthony Hopkins (Parrish)  juga terbaik dalam menyampaikan emosi. 

Tak lupa jugak, betapa menjadinya lakonan Hopkins dalam menjelmakan sebuah kasih sayang seorang bapa kepada anak perempuannya di depan skrin.


Filem ini mendapat kritikan yang berbeza-beza selepas ditayangkan, sama ada dari segi lakonan Brad Pitt yang sememangnya 'pelik' tapi sebenarnya bertepatan dengan watak yang dilakonkan dan juga kritikan pada jalan ceritanya.  Sungguh demikian, filem ini tetap juga sebuah filem yang memberi kesan emosi yang padu kepada aku.



Voice: Yes.
Parrish: Yes what?
Voice: 'Yes' is the answer to your question.
Parrish: What question?
Voice: Oh, Bill. Come on. The question. The question you've been asking yourself with increased regularity, at odd moments, panting through the extra game of handball, when you ran for the plane in Delhi, when you sat up in bed last night and hit the floor in the office this morning. The question that is in the back of your throat, choking the blood to your brain, ringing in your ears over and over as you put it to yourself.
Parrish: The question.
Voice: Yes, Bill. The question.
Parrish: ...Am I going to die?
Joe Black: [appearing from the shadows] Yes.
Rujukan: foto dari google image

5 comments:

Pengalaman Dilempang Jembalang

Friday, September 18, 2015 Fendi Rocka 8 Comments


Dah terlalu kerap kita dengar kejadian ditindih jembalang. Tapi kisah yang akan aku ceritakan kali ini agak berlainan sedikit kerana aku bukanditindih, tapi dilempang. Saya doakan moga tuan dan puan sekaliandijauhkan dari kejadian sedemikian.

Masa tu aku masih di bangku sekolah rendah, seorang yang pemalu terutamanya bila berhadapan dengan perempuan, ciri-ciri unik ini aku bawa sampai ke besar masih malu. Tiba satu hari, tuhan anugerahkan kami seorang guru kajian tempatan yang baru. Dengan wajah yang diselaputi mekap tebal, guru wanita tersebut membawa watak garang yang suka merotan.

Kiranya, apa saja salah akan dibayar dengan rotan. Walaupun dia baru je masuk kelas kami, hari pertama lagi dah rasmikan rotan. Makin berdebar lah aku dibuatnya, sampai aku rasa beliau bukan guru tapi perotan. Tambahan pula aku jenis malas nak buat kerja sekolah, memang berdebar lah bila masuk matapelajaran kajian tempatan.

Bila guru kajian tempatan ni masuk kelas, macam jembalang masuk kelas, semua diam kaku, kalau kebiasaannya meriah macam  macam pasar jalanan terus jadi sepi macam kawasan perkuburan. Nak sedut hingus pun tak berani, inikan nak bercakap, siap kena conteng kat kertas kalau nak berkomunikasi, itupun kena jaga-jaga takut jembalang menjeling.

Yang lagi cegampang, disebabkan rabun dan belum tempah spek mata, aku terpaksa duduk di barisan hadapan betul-betul di hadapan jembalang, eh silap, betul-betul di hadapan guru tersebut. Jadi, kau bayangkan lah aku punya keras macam mana, masa tu jati diri takde lagi,nak garu hidung pun aku rasa bersalah takut kena rotan.

Dalam keadaan sunyi tu tiba-tiba ada seketul pemadam melintas / melambung ke depan. Bagi yang tak ingat atau tak pernah ada pengalaman, masa sekolah dulu memang pemadam ni selalu dipotong kecik-kecik pastu dorang buat main baling kawan-kawan. Aku pun toleh lah belakang cari si polan yang baling tak kena target kat kawan dia. Kemudian datang lagi seketul pemadam melintasi aku dan hampir-hampir kena guru tu.

Guru tu bangun dari kerusi dia dan pungut pemadam tersebut. Dia pergi ke arah aku. Dia tanya aku kenapa baling pemadam ni, kan elok lagi katanya.

"Bukan saya..dari belakang" aku jawab.

"Siapa..?" dia tanya orang yang duduk belakang-belakang, tapi gila kau sapa nak mengaku.

Aku malas nak petik nama. Tapi aku cakap bukan aku yang baling. Aku pemadam buat main lawan pemadam je mana ada baling-baling.

"Saya nampak tadi kamu yang baling" dia cuba uji aku.

Aku cakap bukan aku.

Sesaat kemudian.

"Pang"

Korang tahu apa bunyi 'pang' tu? Aku kena lempang. Laju pulak tu. Tak sempat aku nak elak. Sampai saat tu aku dah tahu, cikgu ni dah gila. Dah terlambat lah tapinya kan.

"Saya dah suruh kamu mengaku, kamu taknak mengaku, lain kali kalau dah silap.. mengaku, saya nampak pemadam dari arah kamu" bebel dia lebih kurang, aku pun tak dengar dah sebab dah kebas pipi aku. Aku biar je panas tu hilang sendiri. Cikgu ni pun iye tak iye jugak, walaupun dari arah aku tak semestinya aku yang baling kan.

Dalam sebulan-dua kemudian, cikgu tu dah tak mengajar kami. Aku tak tahu kenapa. Dah full-time jadi jembalang barangkali.

Guru selalunya dianggap umpama lilin yang membakar diri bagi menerangi orang lain. Atau mungkin pelita. Kalau zaman moden, guru umpama lampu atau boleh juga dikatakan seperti bateri telefon. Begitulah digambarkan betapa pentingnya seorang guru di sisi masyarakat.

Tapi kisah guru yang akan aku ceritakan ni aku tak dapat nak berikan perumpamaan yang sesuai. Cuma walaupun ianya pengalaman yang buruk, tetap jua meninggalkan pelajaran yang hebat kepada aku, bahawa jangan terlalu cepat menghukum manusia. Cuba kawal sebelum jadi ketagihan.

Kalau di dinding nampak seperti bayang-bayang seekor harimau, mungkin sebenarnya bayang-bayang seekor kucing je. 

8 comments:

Teohlogy - Serpihan Minda Patrick Teoh

Thursday, September 17, 2015 Fendi Rocka 6 Comments

Teohlogy - Serpihan Minda Patrick Teoh Teohlogy - Serpihan Minda Patrick Teoh Teohlogy - Serpihan Minda Patrick Teoh 

Teohlogy - Serpihan Minda Patrick Teoh


1. Aku rasa korang mesti kenal Patrick Teoh..kan? Dia merupakan bekas deejay, kemudian menceburi bidang stand-up comedian,dan juga seorang pelakon filem. Salah satu filemnya adalah Sumo-lah,dia berlakon dengan Afdlin Shauki.

2. Ada satu lagi bidang yang dia ceburi sebenarnya,iaitu bidang penulisan lah. Patrick Teoh pernah menulis dalam majalah Off The Edge. Jadi, buku Teohlogy ni merupakan koleksi penulisan dia di majalah tu dari January 2005 hingga Jun 2010. Buku ni diterbitkan pada 2011.

3. Aku tertarik dengan buku ni sebab aku suka muka depannya. Memang dont judge a book by its cover. Tapi tak berdosa kalau atttact reader by its cover.

4. Expectation awal aku terhadap buku ni adalah supaya Patrick Teoh buat aku tergelak dengan pemerhatian terhadap isu-isu di Malaysia menerusi perspektifnya sendiri. Memang tak lari jauh lah expectation aku tu, cuma yang aku tak berapa expect adalah dia agak banyak bercerita tentang politik. 

5. Kalau kau rasa sanggup melayan seorang tua kompelin dan mengata itu ini pasal masyarakat., pasal pentadbiran negara, pasal apa-apa jela yang dia nampak..haa bacalah buku ni. Banyak elemen sinikal dan provokasi dalam buku ni..tapi real.

6. Berat juga buku ni sebenarnya. Bukan berat timbang kilo, tapi berat nak hadam. Hadam tu bukannya suruh makan,tapi nak memahami dan mengikuti dari mukasurat ke mukasurat seterusnya. Pelbagai isu ada dan gaya penulisan Patrick Teoh ni lebih kurang macam ikut suka hati dan berterabur jugaklah, takde ikut standard sangat. Kalau baca 300 page, berpusing juga kepala.

7. Okehlah aku sebutkan sedikit antara isu yang dikupas, seperti isu harga minyak, isu PM buat keputusan, isu projek kerajaan, isu dvd haram, isu filem, isu sikap-sikap masyarakat yang berbilang kaum, isu lawak jenaka, isu polis dan sebagainya. Isu makanan pun ada.

8. Menurut Patrick Teoh sendiri, ada beberapa sebab kenapa orang beli dan baca buku dia ni. Pertama, sebab konon nak belajar sesuatu la..nak mendapatkan jawapan-jawapan tentang isu tertentu. Kedua,sebab kau adalah peminat Patrick Teoh..selalu tengok dia kat televisyen. Atau ketiga, sebab kau benci gila kat Patrick Teoh ni pastu beli buku ni to find out why the bastard has a book in print. Biasalah macam kita benci kat seseorang tu,walaupun benci tapi asik nak stalk je.

9. Aku rasa aku beli buku ni sebab yang pertama dan kedua tu.

10. Tak semua perkara aku boleh setuju dengan apa Patrick Teoh tulis, tapi dah nama buku pun Teohlogy..jadi bolehlah baca kemudian fikirkan. Lagi satu, kalau selama ni korang tak follow isu-isu kat Malaysia kemudian nak dapatkan konfiden untuk sembang secara nampak pandai, aku rekemen bacalah buku ni.

6 comments:

Wordless Wednesday (Hari Malaysia)

Wednesday, September 16, 2015 Fendi Rocka 6 Comments








6 comments:

Segmen irrayyan | Hari Malaysia 2015

Wednesday, September 16, 2015 Fendi Rocka 5 Comments


Klik gambar di atas untuk mengetahui syarat-syarat segmen 

"Tiga perkara yang boleh meruntuhkan negara. Pertama ialah rasuah. Kedua tidak menepati masa. Dan ketiga ialah cinggay!" - Rock Oo

5 comments:

Hadiah Percuma

Monday, September 14, 2015 Fendi Rocka 10 Comments

Lelaki Bertuah


Playstation 4, 
Samsung 6 Edge, 
Iphone 6, 
TV entah berapa inci, 
2 tiket ke Langkawi,
ke Bangkok pun ada, 
percutian ke Jepun bernilai 10 ribu, 
2 tiket ke Anfield, UK.

Sabtu lepas aku pergi jamuan makan malam yang bertemakan Game On, di mana kami dikehendaki hadir dengan berpakaian sukan. Ada yang pakai baju taekwando, ada yang dengan pakaian renang, ada yang pakai baju pemain hoki, ada yang pakai baju pemain ragbi siap dengan penutup kepala bagai. Aku biasalah, pakai macam pemain bola sepak belia bawah 18 tahun(takde bajet).

Dah dua tahun berturut aku gagahkan diri menghadiri jamuan makan malam syarikat tempat aku mencari rezeki. Tujuannya bukan nak tengok Harith Iskandar melawak tahun lepas, bukan juga nak dengar Ning Baizura menyanyi tahun ni, tapi tujuannya hanya satu dan satu itu sahaja, iaitu nak menang hadiah cabutan bertuah.

Contoh-contoh hadiahnya seperti yang tertera di atas, yang satu pun aku tak dapat bawa balik melainkan sebekas botol air berlogo syarikat, itupun sebab semua orang dapat. Cegampang.

10 comments:

Iphone 6s Berprestasi Tinggi

Thursday, September 10, 2015 Fendi Rocka 9 Comments


Iphone 6s






Bagi peminat telefon bimbit iphone, baru nak berasa wow dan fuhyo dengan kehebatan iphone6, tiba-tiba apple muncul lagi dengan produk terbaru ataupun produk sekuel dengan adanya iphone 6s. Bagi orang yang tak berapa berduit tapi berminat sangat nak pakai iphone, biasanya sambil anda fikir-fikir tu mesti tak habis fikir lagi apple dah release produk lagi baru..laju! 

Sebelum ni ada viral tentang iphone 6 yang boleh melengkung bagai tu, jadi untuk iphone 6s apple ada buat penambahbaikan dari segi material supaya tidak mudah melentur atau melengkung. Dari segi luaran tak banyak beza, yang baru ni dikatakan apple lebih upgrade dari segi dalamannya. So, kalau dari segi dalaman, biasanya kita tak nampak tapi lebih kepada 'FEEL'.

iOS 9

Operating system pun sudah naik dari iOS 8 kepada iOS 9, oleh itu pasti lebih lancar dan licin penggunaannya nanti. Iphone 6s juga ada fungsi terbaru yang dipanggil 'force touch'. Secara ringkasnya, fungsi tersebut membolehkan iphone 6s kesan apa kita nak lakukan dengan cara sentuhan biasa, sentuhan yang kuat sikit, atau kita ketuk skrin tu. Haaa..gitu, pengguna macbook mesti dah biasa fungsi camni.

Kamera

Kamera belakang: 12MP iSight, f/2.2, 1.22µm pixel size 8MP iSight, f/2.2, 1.5µm pixel size
Kamera depan : 5MP FaceTime HD, f/2.2 1.2MP FaceTime HD, f/2.2

Kamera pun semakin terbaik, depan dan belakang. Membolehkan pengalaman berselfie dan facetime jadi semakin menyeronokkan lah. Namun, dari segi ketahanan bateri dan storage tiada perubahan berbanding iphone 6.


Konklusi
Apa yang menjadi pertaruhan untuk iphone 6s ni rasanya peningkatan mutu pada kamera dan megapixel video, 3D Touch dan juga yang kepelbagaian sentuhan tu. Dari segi luaran pula, warna Rose Gold pun macam mengundang jugak dibuatnya. Sila layari http://www.apple.com/ untuk pre-order atau kalau macam aku tengok-tengok gambar ajelah! 


note: foto-foto ambil dari SINI

What is 3D Touch?

Apple's method of using touch on the new IPhone 6S and iPhone 6S Plus screen to trigger multiple functions - depending on how much pressure you apply.
How does it work?
Sensors detect how much pressure you’re applying on the surface and then carry out a different action. Eg. a press could highlight a word, a long press could look up the definition
Is the technology new?
No, the Apple Watch and newest MacBook already use a variation called Force Touch. However, the new iPhone features a more advanced version which can differentiate between three modes:
a tap
a press
a prolonged press

9 comments:

Ultras Malaya Mengamuk

Thursday, September 10, 2015 Fendi Rocka 2 Comments


Ultra Malaya Mengamuk Tuntut Perubahan

Ultra Malaya Mengamuk Tuntut Perubahan

Ultra Malaya Mengamuk Tuntut Perubahan














Ultras Malaya ni betul tegar sampai sanggup masuk penjara sebab bola sepak. Aku harap mak-ayah atau isteri dan anak-anak mereka meredhai pengorbanan mereka ini sebagaimana Ultras Malaya menyanjung perjuangan yang mereka rasakan betul untuk bola sepak Malaysia.

Semasa perlawanan dihentikan pada minit ke-89, aku yang berada di kedai mamak untuk menonton berasa agak kecewa melihat Ultras Malaya melempar suar dan mercun, lebih-lebih lagi ketika pasukan kita bermain dengan 'tekun' pada perlawanan tersebut, nak kata main bagus hmm takdelah tapi kesungguhan tu ada.

Semasa dijinakkan 6-0 oleh Palestin beberapa bulan lepas, aku sempat datang ke Bukit Jalil melayan Ultras Malaya melempar bahasa kesat dan maki hamun kepada FAM dalam bentuk chant. Tapi kali ini, setelah dihina dengan 10-0, Ultras Malaya nampaknya bertindak lebih keras.

Apa perancangan Ultra Malaya?


Mungkin ini adalah satu perancangan masa panjang oleh Ultras Malaya untuk memulihkan FAM, dendam anak muda sejak bertahun-tahun dilepaskan malam itu sebagai tanda protes atau bantahan terhadap kekebalan FAM. 

Aku harap dengan merosakkan stadium, menghentikan perlawanan, mengakibatkan kita didenda/digantung FIFA (bayar dengan duit pembayar cukai), menakutkan orang untuk datang ke stadium, semoga semua tindakan-tindakan ini membuah hasil. Aku tak tahu bagaimana ia akan terjadi, mungkin Ultras boleh jelaskan, cuma aku harap ianya berbaloi.

Bukan menjerut bola sepak kita yang sememangnya sudah bosan mahu hidup.

2 comments:

Di Manakah Kunci Syurga?

Wednesday, September 09, 2015 Fendi Rocka 6 Comments


Aku pernah membaca tentang kunci syurga yang ditulis Oleh ABDULLAH BUKHARI ABDUL RAHIM AL-HAFIZ. Aku simpan artikel tu dalam folder kat komputer tempat kerja aku, baris-baris ayat artikel tu sebenarnya memberi aku pemahaman atau dalam ayat skema sikit, 'pencerahan'.

Seorang mentor blogger yang bertapak di akupenghibur.com ada berkata bila menulis biar dari hati, baru mampu sampai ke hati yang lain. Boleh dikatakan hati ni adalah sebuah kerajaan yang terpenting dalam universe. Masakan tidak, turunnya kita ke sini pun dek kerana hati yang telah dibelah bahagi.

Aku syorkan untuk korang baca artikel asli tersebut sambil aku tampalkan di bawah entri ni ye.

Sifat hasad adalah kuman bahaya dalam hati: Janganlah sekali-kali kamu berhasad dengki kerana ia memakan amal kebaikan sebagaimana api memamah kayu api. (Sunan Abu Dawud) 

Perlu disemat ke dalam hati, hasad adalah dosa pertama di langit (keengganan Iblis tunduk kepada Adam as) dan dosa pertama di bumi (pembunuhan Habil). Marilah kita berusaha membuang hasad daripada seluruh kawasan hati kita agar kita bertemu Allah SWT dengan hati yang suci dan lulus syarat kemasukan ke syurga. 

Segalanya bermula dengan hati? 

Masih teringat bait lirik Allahyarham Loloq penulis lirik yang aku kagumi dalam lagu Aladin , secara terselindung menulis tentang hati.

Gosok!
jangan tak gosok
( Gosok ) lampu yang satu
( Gosok ) sampai kau nampak wajahmu
( Gosok ) jangan tak gosok
( Gosok ) sampai berkilat
( Gosok ) sampai tertanggal semua karat

p/s: Bagai mencari kunci di tengah-tengah padang pasir jerlus, kunci yang aku bubuh dalam beg pun terkial-kial nak cari.

*************************************************************
Rahsia kunci syurga
OLEH ABDULLAH BUKHARI ABDUL RAHIM AL-HAFIZ

07 April 2015 2:10 PM

BERHARTA tidak membawa apa-apa makna, sekiranya ia tidak diuruskan
BENAR sekali hati adalah pusat pentadbiran manusia, rosak hati rosaklah manusia dan musnahlah peluangnya mencapai reda dan syurga Allah. Suci dan putih hati pula membawa kepada cerahnya peluang manusia ke syurga Allah SWT. Walau tampak seakan mustahil memiliki hati suci seputih salju, namun ia tidak mustahil kerana ia mampu “disental” dengan ilmu, iman dan ibadat.

Petang ini hati saya dihentam keras oleh ayat Allah SWT yang memuji orang Ansar. Patutlah nama orang Ansar dirakam mewangi dalam al-Quran sehingga kiamat, rupanya mereka memang layak menerima penghormatan itu kerana tiada hasad kepada orang lain.

Allah berfirman yang bermaksud: Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan (hasad) berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. (al-Hasyr: 9)

Ketika mengulas ayat ini, Imam Ibnu Kathir membawa sebuah kisah menyentuh jiwa tentang cubaan Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As yang cuba menyiasat aktiviti harian seorang lelaki Ansar yang disebut Rasulullah SAW sebagai ahli syurga.

Kisahnya selama tiga hari berturut Rasulullah SAW memberitahu: “Akan muncul sekarang kepada kamu semua, seorang penghuni syurga.” Selepas itu, muncul seorang lelaki Ansar menyapu janggutnya sejurus mengambil wuduk sedang seliparnya bergantung di tangan kiri.

Peristiwa dan kata-kata Rasulullah SAW itu berulang selama tiga hari dan lelaki yang sama juga muncul. Terdorong dengan rasa ingin tahu rahsia amalan lelaki tersebut, Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As memikirkan cara untuk tinggal di rumah lelaki tersebut. Beliau mendakwa berselisih faham dengan ayahnya dan perlu menumpang rumah lelaki tersebut selama tiga hari.

Sepanjang beliau bersama lelaki Ansar itu, tidaklah pula si lelaki bangun solat sepanjang malam. Apa yang diperhatikannya, lelaki itu sering berbolak-balik pada waktu malam dan setiap kali berbolak-balik di tempat tidurnya dan beliau akan bertakbir kepada Allah. Sepanjang tempoh tiga hari itu juga Abdullah tidak mendengar kata yang buruk keluar daripada mulut lelaki itu.

Selepas tiga hari, Abdullah sudah tidak dapat menahan diri ingin mengetahui “rahsia kunci syurga lelaki” tersebut. Beliau akhirnya menceritakan apa yang disebut oleh Rasulullah SAW dan terus bertanya tanpa selindung apa rahsianya.

Lelaki itu berkata: “Aku tidak memiliki apa amalan yang istimewa melainkan apa yang kamu saksikan dalam tempoh tiga hari ini. Melainkan satu tabiatku adalah, Aku tidak berdusta kepada sesiapa pun. Aku juga tidak hasad terhadap kelebihan yang Allah berikan kepada orang lain.” Setelah itu, Abdullah berkata: “Inilah sifat yang menjadi sebab keistimewaanmu. Sifat ini tidak mampu kami lakukan.” (Musnad Ahmad)

Subhanallah! Nampak mudah sahaja “hati yang tiada hasad”, namun ia seumpama memecahkan gunung yang kukuh berdiri. Banyak mujahadah atau perang jiwa dan iman perlu dilakukan untuk meletupkan gunung hasad dalam hati. Mengapa saya sifatkannya sebagai gunung? Kerana gunung sukar dihancur dan sukar didaki, namun setelah diamati pandangan dari atasnya sungguh jelas sehingga hampir semua ufuk dapat dilihat.
=

6 comments:

Kisah Pembohongan Terancang

Sunday, September 06, 2015 Fendi Rocka 16 Comments

Masa awal-awal aku masuk kerja dulu, ada seorang rakan sepejabat ada tanyakan nama aku, aku beritahulah nama aku Fendi, nama kau apa.

Meskipun perhubungan kerja kami tidaklah begitu rapat, namun sering bersapa tatkala bertemu sekali-sekala di waktu makan,tambahan pula kami punya kawan rapat yang sama di pejabat, bak kata facebook 'mutual friend'

Selang entah berapa hari kemudian, masa nak bersembang dia tanyakan lagi nama aku siapa, lupa katanya. Aku pun beritahu lah nama aku Fendi.

Kemudian kami pun berhubungan seperti biasa di pejabat. Sampai satu masa dia nak merujuk kepada aku tapi terlupa nama lagi, dia tanya nama  aku lagi, kali ni aku jawab "Farid".

Pada suatu hari, dia tengah sedap sembang dengan kawan aku, ada terselit dialog pasal aku, aku pun ada kat situ. Apa yang dia umpatkan pasal Farid ntah. Kawan aku pun bingung, "Farid? Siapa Farid?"

Dia tunjuk ke arah aku.

"Dia bukan Farid laaaah...dia Fendi" sambil buat mimik muka 'kau dah kenapa'

Dia jadi malu pastu marah aku tipu nama kat dia pulak. Aku dengan kawan aku gelak kahkah. Aku pun tak faham, kadang-kadang kita lebih senang menerima pembohongan daripada kebenaran. #namaakuFendi

16 comments:

Stylo Outfit - Kedai Jersi Bola Murah

Friday, September 04, 2015 Fendi Rocka 6 Comments

Jersi Bola Murah

Jersi berkualiti, harga murah


jersi murah

Musim bola sepak antarabangsa telah pun bermula. Bagi yang kaki bola, perkara utama yang perlu ada ialah Jersi Bola

jersi murah


Memang wajib pakai jersi bola bila kita nak tengok bola dekat mamak ataupun di bawa pergi jalan-jalan. 

Jadi, macam mana nak dapatkan jersi bola ni? Jom kita terjah Stylo Outfit.

Pelbagai jenis jersi

Nak tahu apa yang Stylo Outfit ada? Jom kita tengok.

Antara jersi yang di jual di  Stylo Outfit ialah:

  1. Jersi EPL
  2. Jersi La Liga
  3. Jersi Serie A
  4. Jersi League 1
  5. Jersi kelab Jepun
dan tak lupa juga:-

      6. Jersi kelab Malaysia
     7. Jersi Malaysia

Kalau yang berminat dengan kelab Eropah tu, boleh la beli jersi kelab Eropah. Mana yang suka kelab Malaysia, boleh jugak beli jersi Selangor ke, JDT ke, Kelantan ke, Negeri Sembilan ke.

Harga berpatutan


Dekat Stylo Outfit ni, harga jersi di jual mengikut gred/kualiti jersi itu sendiri. Terdapat 2 jenis gred/kualiti jersi iaitu:-
  1. Gred AAA - RM45.00 (termasuk pos)
  2. Gred PI (player issue) - RM56.00 (termasuk pos)
Macam mana harganya? Ok kan? Murah dah tu. Termasuk pos lagi tu!!!!

Jam tangan tawaf

Selain jersi, Stylo Outfit juga menjual jam tangan tawaf untuk lelaki ada, untuk perempuan pun ada.


Apa lagi tunggu?

Jom kita terjah Stylo Outfit dengan klik banner kat bawah ni.



6 comments:

Sepohon Maaf Di Tanah Tandus

Thursday, September 03, 2015 Fendi Rocka 11 Comments



ada seorang bertanya.

sampai bila kau nak jadi pemaaf, memaafkan khilaf orang.

lalu yang seorang lagi menjawab, selagi aku mengharap Tuhan yang mencipta aku, memberi segala, memaafkan aku yang serba tak sempurna, serba tak menurut dan berdosa.

Itukan tuhan..bukan kita.

Jadi, bagaimana tuhan mahu maafkan aku makhluknya, kalau aku sendiri yang meminta maaf amat berat untuk memberi maaf.


11 comments:

Review Blog Nota Purba

Wednesday, September 02, 2015 Fendi Rocka 16 Comments

Review Belog Nota Purba

Pada bulan Mei 2015, EFG iaitu sebuah pertubuhan blogger berwawasan telah berdiskusi untuk membuat satu review untuk blog notapurba.com (asalnya notapurba.blogspot.com). Saya selaku biro perhubungan luar Notapurba.com yang menguruskan blog ini dari hujung header hingga ke footer, mengucapkan ribuan terima kasih dan penghormatan berupa letupan bunga api kepada EFG diatas review. 

Walaupun secara tidak langsung sebelum ini saya sudah pun memberi respon kepada review rakan-rakan semua di medium-medium lain, namun ingin juga kiranya secara rasmi memberi respon ringkas di blog ini tentang apa yang dikatakan mengenai notapurba.com.

Saya gunakan kata kunci 'review notapurba' untuk mendapatkan beberapa petikan review seperti di bawah.

Review Blog Nota Purba


Kekuatan blog FR adalah melalui penulisannya. Penulisannya cukup sampai ke dalam hati setiap pembaca dengan setiap butir perkataannya ada makna yang tersendiri. -

Fr seorang yang kelakar.Kelakar tahap Gaban..Macam macambenda dia boleh buat kelakar..Dari sekecik kecik benda hinggala ke sebesar besar benda

His blog is far away from any wild gossip, and Nota Purba is about his experience and situation in his everyday life. It was fun and entertaining to read about it.  From the way he writes you definitely can guess the character behind this mysterious person.

Tapii tajuk-tajuk entri Nota Purba sangat menarik hati dan gaya penulisannya yang santai, bersahaja dan gaya bahasa yang sesuai untuk para pembaca cukup menarik,tertaik kau memang dabom. Apa yang saya boleh gerenti ialah - tak sah kalau tak senyum atau gelak ketika membaca entri beliau. Nak cerita lebat kat sini pun tak best, nak tahu betul ke tak apa yang saya ceritakan sebentar tadi, pergi sendiri ke blog Nota Purba. Satu entry sahaja! Satu entry sahaja sudah cukup untuk membenarkan kenyataan saya di atas


Blog yang jauh dari gosip-gosip liar Nota Purba  berkisar tentang apa yang terjadi kepada penulis itu sendiri di dalam kehidupan seharian

Jika di lihat dari mata kasarnya dan di baca dari nalurinya, pasti pembaca di luar dapat merasakan aura di sebalik pemilik blog Nota Purba yang penuh misteri


Unik - hanya satu FR didalam dunia blog, unik kerana FR menulis dengan nada yang amat santai namun isinya amat mendalam.Kisah yang disampaikan kisah lumrah harian namun mesejnya boleh menjadi pengajaran.Realiti kehidupan yang di ceritakan adakala suka, seram, sinis dan yang paling tak akan ana lupakan bila bercerita tentang Nota Purba ialah kelakar.

FR di alam maya yang kami kenali amat kelakar dengan gurauan-gurauan bersahaja dan sinis.Kalah Maharaja Lawak yang ada kalanya memang tak lawak pun.Nota Purba adalah FR dan FR mengisi Nota Purba dengan pelbagai genre penulisannya.Rugi jika tak singgah ke sana dan mengikuti setiap entri yang diterbitkan.Bak kata pepatah moden 'macam-macam ada'.



Tiga (3) perkara yang anda terfikir bila sebut nama FR ?

1.   Nota Purba yang kelakar......!! lawak bernas lagi menajamkan akal
2.   Awal Ashaari (eheemmm.. tak tahu kenapa)
3.   Suka tanya soalan kelakar-pelik, Jawapan pun kelakar-pelik, Komen kat blog kita pun kelakar-pelik.. so, total semua sekali FRkelakarpelik.com  (hahahahahaa...ok lawak dah basi.. sila abaikan......)

Pandangan / Cadangan / Ucapan anda untuk Blog Nota Purba

1.   Kalau tukar template tentu lagi menarik mengancam menggoda UV dan PV ... :)
2.   Please kekalkan elemen kelakar dan lawak bernas FR...!!
3.   Header tu cantik, tapi kalau tukar font yang lebih maskulin pasti lebih kacak.. ewahh.. :p
4.   Semoga terus success dalam dunia blogging dan teruskan lah menghiburkan kami di dalam keluarga besar EFG....!! Tak ada FR, sunyi la EFG....


Misteri penulis Nota Purba akhirnya yang memerangkap aRz untuk membaca hasil penulisan yang yang begitu begitu kreatif adakala menarik aRz untuk membaca sehinga dibawah paras sedar. Seakan terpukau. Pernah jumpa penulisan sebegini?


Hahaha..memang kelakar kan. Ayat-ayatnya spontan dan bersahaja tapi mampu membuat anda ketawa terbahak-bahak tanpa henti.


Suatu perkara yang tersangat along pasti, NOTA PURBA merupakan blog yang terasing penulisannya dari penulisan blogger-blogger lain. Jauh daripada gosip-gosip liar kerana ianya adalah berkisar tentang kehidupan jejaka misteri ini sendiri. Jika dilihat dengan menggunakan mata kasar, pasti anda semua tidak merasai apa-apa. Namun, jika anda menggunakan mata hati, pasti anda semua dapat merasakan aura di sebalik pemilik blog NOTA PURBA yang penuh misteri ini.

*****


Begitulah nampaknya sedikit sebanyak review yang dihasilkan oleh EFG. Sekali baca nampak macam bagus benar pulak Nota Purba kan? Itu terpulanglah pada masing-masing. Sebagai orang yang mengerjakan Nota Purba, aku tak dapat nak mengiyakan atau menidakkan perkara yang berkait dengan perasaan pembaca,sebab sudut pandang kita berbeza. Apapun aku memang lebih menitikberatkan soal penulisan berbanding hal teknikal, sebabnya aku merasa puas dengan menulis dan merasa tertekan untuk mengubah coding-coding bagai.

Sambil puas menulis untuk bacaan umum, sebenarnya aku menulis untuk tujuaan nota kepada diri sendiri, jadi sekiranya apa yanga aku tulis tidak memenuhi kehendak ramai, diharap semua faham ianya mungkin dihasilkan untuk tujuan lain.


Kelakar dan Kacak.

Ramai yang sehati sejiwa meletakkan label 'kelakar' kat aku. Aku tak nafikan memang ada sedikit sebanyak sisi humor dalam diri aku, ada kalanya sisi humor tu bersembunyi ada kalanya ia bebas macam saka tak bertuan mengacau orang, cuma agak berat jugak label kelakar tu sebenarnya, lebih-lebih lagi aku perhati ramai lagi rakan-rakan aku yang amat kelakar berbanding aku. Tapi kalau orang dah katakan aku kelakar, dah ketawa, siapalah aku untuk menidakkannya, aku terima je la dengan redha.

Soal kacak tu pun aku terima. Ini kuasa tuhan, siapalah aku untung menentang.

Misteri

Mungkin sebab aku tak bubuh foto wajah aku di blog ini, menyebabkan pembaca merasakan sedikit misteri tentang latarbelakang aku. Kalau semak hingga ke entri pertama pun memang tak ada foto aku, sebab dulu aku memang rancang taknak letak apa-apa foto pun, hanya perkatan dan ruang untuk pembaca berimaginasi. Tapi sekarang aku dah kena letak foto yang sesuai untuk tujuaan komersil walaupun bukan foto aku. Kalau foto aku, kat instagram dengan facebook bersepah dah selfie, sampai miserable pulak korang nak tengok nanti.

Secara keseluruhannya, review yang dibuat amatlah baik bagi tujuan mempromosikan dan memperkenalkan Nota Purba kepada khalayak ramai,serta menjelaskan apa kelebihan blog nota purba, walau bagaimanapun saya sebenarnya berharap supaya diselitkan beberapa kritikan dan tohmahan bagi tujuan penambahbaikan, di mana dari segi itu nampaknya agak kurang.

Kritikan

Jadi saya mengambil kesempatan ini, jika ada sepatah-dua kritikan dan komen berkenaan Nota Purba, saya pohon pembaca dan kawan-kawan sekalian untuk melemparkannya  di ruangan komen. Saya di sini sedia menyambut dengan penuh mesraaa...ceeeewah!






16 comments:

Minyak turun bermula 1 Sept

Tuesday, September 01, 2015 Fendi Rocka 4 Comments

Tiba-tiba minyak turun bermula 1Sept. Ramai yang menarik nafas lega tak isi minyak awal-awal semalam. Ada jugak yang gembira terlupa isi minyak semalam.hmm..Aku pun pernah juga terlupa isi minyak,tapi minyak tak turun masa tu, kami yang turun kereta sebab kereta berhenti masa aku tengah pandu akibat kehabisan minyak.

Masa tu, yang naik adalah kemarahan isteri aku lah. Takutnya.

4 comments:

Edensor - Bermimpilah, karena Tuhan akan memeluk mimpi-mimpi itu

Tuesday, September 01, 2015 Fendi Rocka 5 Comments


Aku ingin mendaki puncak tantangan, menerjang batu granit kesulitan, menggoda mara bahaya, dan memecahkan misteri dengan sains. Aku ingin menghirup berupa-rupa pengalaman lalu terjun bebas menyelami labirin lika-liku hidup yang ujungnya tak dapat disangka. Aku mendamba kehidupan dengan kemungkinan-kemungkinan yang bereaksi satu sama lain seperti benturan molekul uranium: meletup tak terduga-duga, menyerap, mengikat, mengganda, berkembang, terurai, dan berpencar ke arah yang mengejutkan. Aku ingin ke tempat-tempat yang jauh, menjumpai beragam bahasa dan orang-orang asing. Aku ingin berkelana, menemukan arahku dengan membaca bintang gemintang. Aku ingin mengarungi padang dan gurun-gurun, ingin melepuh terbakar matahari, limbung dihantam angin, dan menciut dicengkeram dingin. Aku ingin kehidupan yang menggetarkan, penuh dengan penaklukan. Aku ingin hidup! Ingin merasakan sari pati hidup! - Sinopsis buku Edensor Karya Andrea Hirata
buku edensor andrea hirata
Kulit Buku Edensor - google image

Edensor - Memeluk Mimpi


Hai para ulat buku!! Mari bercerita lagi tentang buku.

Banyak yang kita boleh belajar dari sebuah buku. Sebuah buku yang tepat dengan pembacanya,yang ditakdirkan untuk bersemuka, mampu untuk membawa atau menggerakkan hidup pembaca tu pada garis hidup tertentu. Ini bergantunglah pada isi yang terkandung dalam buku tu dan magnet yang melekatkannya pada diri kita. Yelah,magnet kita lain-lain, kadang boleh melekat, kadang menolak pulak.

Kali ni aku nak tulis tentang pengaruh atau teladan dari salah sebuah buku masterpiece nukilan Andrea Hirata, berjudul 'Edensor'. Terus terang kabor, sinopsis yang terletak di belakang kulit buku tu pun dah cukup menyelerakan, jadi aku tak nak sentuh sangat tentang jalan cerita. Ada sapa-sapa kisah?

Terus kepada pengaruh dan teladannya :

1. Peluklah mimpi erat-erat seperti nyawa. Tak kiralah sewaktu tidur, atau sewaktu jaga. Biasanya kita hanya berani bermimpi saat kita tidur, bila terjaga.. takut untuk mencapai mimpi,takut dan segan-segan. Lalu, berterusan lah dengan kehidupan rutin. Dengan buku ni, aku lebih cerdas dalam bermimpi dan kena teguhlah, itu yg mencabar. Kerana jika kita sentiasa teguh dengan mimpi kita,tuhan akan membantu. Sama ada tuhan membantu secara nyata mahupun secara misteri.

Seterusnya membuat aku terfikir, sekuat mana aku mampu memeluk erat mimpi ? Sejauh mana garis batasnya untuk dibebaskan?

2. Pergilah mengembara, merantau ke tempat orang. Maknanya keluarlah dari zon selesa dan campakkan diri ke curam-curam kehidupan untuk membangkitkan potensi dalam diri kita. Orang kita pun selalu cakap jauh perjalanan luas pemandangan luas pengalaman bla bla bla. Benda ni memang klise, tapi sesungguhnya sangat tepat pada maksudnya. Buku ini menjadikan aku lebih berani dan tak takut gagal. 

"Berkelana tidak hanya telah membawaku ke tempat-tempat yang spektakuler sehingga aku terpaku, tak pula hnya memberiku tantangan ganas yang menghadapkanku pada keputusan hitam putih, sehingga aku memahami manusia seperti apa aku ini.

Pengembaraan ternyata memiliki paru-parunya sendiri, yang dipompa oleh kamampuan menghitung setiap resiko, berpikir tiga langkah ke depan sebelum langkah pertam adiambil, integritas yang tak dapat ditawar-tawar dalam keadaan apapun, toleransi, dan daya tahan. Semua itu lebih dari cukup untuk mengubah mentalitas manusia yang paling bebal sekalipun."

3. Takdir hidup tu macam cantuman puzzle, memang pening,tapi lambat laun akan faham. Tapi soal faham ni biasanya dianugerahkan kepada orang yang sabar, orang yang gelabah selalu terlepas pandang. Selepas membaca buku ini, apapun yang terjadi akan terjadi, terus terjadi, aku perlu terus maju sampai menjadi. 

Dan beberapa lagi lah, yang aku nyatakan di atas ni kiranya yang perdana.

Akhir kata,buku Edensor ni, menakjubkan sehingga hilang kata-kata tatkala selesai membacanya, sememangnya juga memberi banyak pencerahan kepada aku pada suatu masa dulu. Aku rasa seperti mahu membaca semula buku ni, bagi mencari bekal cahaya dalam menyuluh selekoh kehidupan. 

Suasana kelam ni,
 buat aku banyak terpijak batu tajam. 


"Jika ingin menjadi manusia yang berubah, jalanilah tiga hal ini: sekolah, banyak-banyak membaca Al Qur'an, dan berkelana/menggembara." 

Falsafah kebahagiaan ; "Tertawalah, seisi dunia akan tertawa bersamamu; janganlah bersedih kerana kau hanya akan bersedih sendirian." 

5 comments:

Supermodel

Google+ Followers

Pautan

Nota Kaki

Nota Kaki