Auto Feed Blog

4 Pilihan Kos Perkahwinan

Wednesday, October 28, 2015 Fendi Rocka 8 Comments


4 Pilihan Kos Perkahwinan

8 comments:

Tips Mengatasi Tekanan Hidup

Tuesday, October 27, 2015 Fendi Rocka 3 Comments

Tips Mengatasi Tekanan Hidup

Ramai orang lupa yang tekanan juga banyak membunuh. Ada yang tertekan untuk menjadi kurus. Ada yang tertekan untuk menjadi sado. Ada yang tertekan mahu jadi putih sampai nampak urat hijau pun nak putih lagi. Ada yang tertekan tak cukup susu badan. Ada yang tertekan dengan pekerjaannya. Ada yang tertekan untuk memenuhi harapan mertua. Ada yang tertekan mahukan jodoh atau baby. Malah ada yang tertekan melihat orang lain tertekan. Ada juga yang tertekan bila orang lain tertekan melihat dia tertekan.

Boleh katakan tertekan ni salah satu penyakit senyap, mana taknya, korang pun bukan tahu aku mengalami tekanan. Yang korang tahu aku seorang yang kacak, itu saja. Padahal aku sendiri baru je semalam tertekan nombor telefon kawan aku, aku langsung tak sedar sebab henfon dalam kocek seluar sampailah kawan aku call aku balik, dia "haa..haa.."
Aku pun " Haa..haa". Dia balas lagi.."Haaa...haaa.." Aku tanya pulak " Haa kenapa haa" 

"Eh..kau call aku tadi" kata kawan.

"Sorry wehh, aku rasa aku tertekan" jawab aku.

Tekanan ni macam dadah jugak ye tak, kalau dos dia tepat makanya dia dapat mengubati, tapi kalau dos berlebihan daripada keperluan makanya dia boleh membawa kepada perkara-perkara tidak elok.

Dulu ada orang pesan kat aku, jangan merasa sedih dan tertekan kerana tuhan sentiasa bersama orang-orang yang berada di jalannya. 

Di sini aku kongsikan tips aku untuk mengatasi tekanan hidup negatif sebelum kembali bertenaga untuk bertarung dengan dunia. 

Tips Mengatasi Tekanan Hidup

1. Bersenam. 

Tips Mengatasi Tekanan Hidup

Aku memang suka bersenam atau bersukan, kalau korang selidik dengan lebih mendalam secara saintifik pun memang aktiviti fizikal yang disebut sebagai bersenam dapat mengurangkan tekanan mental mahupun fizikal. 

Kat rumah aku ada dumble atau pemberat, kalau aku tertekan menunggu orang datang lambat atau bersiap, aku akan angkat dumble bagi mengurangkan tekanan. 

2. Tidur

Tips Mengatasi Tekanan Hidup

Ini paling mudah kalau diikutkan, tapi kalau kau berada dalam keadaan yang tertekan yang sungguh-sungguh, tidur ni jadi perkara yang sukar. Bagi yang pernah berada di universiti mesti pernah merasa perasaan ni bila esok ada exam, tu yang berjaga sampai pagi. Tapi, sebenarnya, tidur yang cukup amat penting dalam pada nak seimbangkan tekanan diri. 

Bagi yang dah berkahwin, tidur bersama dan aktiviti tambahan sebelum tidur dapat mengurangkan stress dan menambah kebahagiaan. 

3. Berbual/Menulis


Berbual dan menulis ni aku klasifikasikan sebagai berkongsi apa yang menekan kita. Dengan cara ini, tekanan tu tak dibiarkan terus menular ke dalam sebaliknya kita lepaskan sedikit ke luar, barulah dapat lihat dari cahaya dan perspektif yang berbeza bila berada di luar. 

Di sini amat penting mempunyai circle of friends yang merupakan pendengar yang baik bukan pengkritik sepanjang zaman.

4. Membaca


Membaca juga salah satu cara untuk melepaskan tekanan. Ada yang suka baca cerita romantik supaya boleh senyum-senyum atas katil sambil gulung-gulung rambut, ada yang suka baca bahan komedi sebab bila tergelak mesti dapat ubati hati yang stress ye tak. Belum pernah lagi aku stress pastu baca buku matematik. 

Tapi kan, ada orang pesan, kalau stress bacalah Al-Quran.

5. Karaoke

Tips Mengatasi Tekanan Hidup

Cara yang ke -5 ni kena labur duit sikitlah. Aku cadangkan pergi ke tempat karaoke yang elok sikit untuk manjakan diri seperti Neway atau Redbox. Aku sarankan juga pergi pada waktu pagi kerana harga pada waktu tersebut amat murah, kalau korang tak boleh bangun pagi itu masalah koranglah hehe.

Kalau dalam bilik karaoke tu nanti, bolehlah nak melalak ke, nak berjoget ke, tapi pastikan tak terlalu agresif sehingga menyebabkan orang lain pulak yang stress menengok engkau mengatasi stress.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Apapun, pokok pangkalnya mengakar kepada diri sendiri juga, kalau pergi karaoke kat hotel 5 Star pun, kalau kau nak nyanyi lagu Anuar Zain pastu tak sampai, sumbang dan menjengkelkan,pastu nak marah-marah menyesali kehidupan yang kejam, bertambah pulak tekanan hidup lagi satu iaitu tertekan dengan kejengkelan sendiri.

Ini semua sebenarnya bergantung pada bagaimana kau value sesuatu perkara, kalau kau meletakkan nilai yang tinggi pada perkara remeh, abislah masa mengejar perkara remeh. Dalam menghadapi semua ini, aku kena banyak bersabar dan berusaha, serta kurangkan melayan tekanan secara melampau. Biar kita berada di atas mengawasi tekanan, jangan biar tekanan mengatasi kita.

Moga-moga, tekanan dapat terus memajukan bukan melunturkan semangat.

3 comments:

Tips Menghadapi Jerebu

Saturday, October 24, 2015 Fendi Rocka 1 Comments

Tips Menghadapi Jerebu


Pakai Mask



Memandangkan jerebu makin menjadi-jadi, pergi mana-mana pun saya kena pakai mask, adik-adik semua pun jangan lupa pakai mask tau demi kesihatan paru-paru kita.

Sedut yang jernih, tapis yang keruh, contohi abang Fendi.

1 comments:

Tips Mengorat Awek Di Pejabat

Thursday, October 22, 2015 Fendi Rocka 10 Comments

Tips Mengorat Awek Di Pejabat Menerusi Perniagaan



Orang selalu kata perniagaan ni sumber terbesar untuk mencari rezeki. Berdasarkan pengamatan aku pula, perniagaan juga merupakan sumber terbesar untuk mencari jodoh, terutamanya untuk lelaki yang mahu mencari pasangan hidup atau mahu mengurat makwe lah senang cerita.Bahkan, jodoh itu pun dikatakan salah satu cabang rezeki.

Di sini aku catatkan beberapa perniagaan di pejabat yang berpontensi besar untuk menarik perhatian makwe-makwe, seterusnya berpotensi untuk disenarai-pendekkan untuk tujuan yang lebih mulia kepada si bujang, yang dah berkahwin tidak digalakkan buat masa ni. Berdasarkan teori dan kisah benar.

Tips Mengorat Awek Di Pejabat

Menjual Kerepek

jual kerepek


Kawan aku dah jalankan perniagaan ni, memang superb dia punya sambutan. Kita pun sedia maklum perempuan tak kira usia memang hobinya mengunyah dan bercakap, dia berhenti cakap bila nak mengunyah je, atau berhenti mengunyah bila nak bercakap je, ada masanya mengunyah sambil bercakap.

Oleh itu, bila kawan aku iklankan ada jual kerepek pisang, ubi dan pelbagai jenis kerepek lagi, berselang-seli lah mak orang, anak dara, yang baru kahwin, yang baru tunang, yang masih mencari, makcik cleaner, datang untuk tanya itu ini dan buat tempahan. 

Dah tak payah susah-susah nak pergi tegur makwe tersebut, dia sendiri datang menegur dan bagi nombor telepon. Kalau makwe tersebut mintak diskaun bagai, jangan layan sangat, kemudian-kemudian baru berbincang lebih lanjut supaya tidak nampak lemah.

Jual Tudung

Jual Tudung

Jual Tudung

Untuk perniagaan jual tudung ni,walaupun pelanggannya tak seramai jual kerepek, tapi kelebihan jual tudung ni pasarannya akan lebih tertumpu kepada golongan hijabster, tambahan pulak kalau tudung tu trendy dan memenuhi selera wanita masa kini yang gemar berfesyen dan mencuba gaya terbaru.

Itu rahsianya, dalam sekelip mata whatsapp anda akan dipenuhi pertanyaan-pertanyaan dari gadis bertudung atau yang nak belajar bertudung, dalam ramai-ramai tu mana tahu ada yang dapat mengetuk pintu hati anda kan? Kahkah. Taktik yang agak macam keji tapi niat tu tak ada salahnya. Sesuai untuk lelaki yang tak reti nak approach dan seorang pemalu macam saya.Hmm.

Jual Jeruk atau Asam

jeruk asam

Kalau nak tahu, ini adalah kelemahan atau soft spot wanita. Aku baru post gambar jeruk kat whatsapp group semalam, ikutkan nisbah purata rasanya 9/10 wanita terliur dan tergoda dengan jeruk. Kadang-kadang ada yang sampai terpukau, jadi kat situ kau boleh mainkan peranan sebagai lelaki yang memenuhi kehendak seorang wanita yang berkeinginan sangat-sangat. Kalau jeruk yang kau jual tu sedap bukanmain, dia nampak muka kau terus dia geram sebab teringat jeruk, haaa..jangan main-main penangannya.

Tapi awas, wanita kalau dah terliur, kau kena hati-hati jugak, takut dia jadi lebih agresif dan dia akan  memberontak kalau tak dapat. Haa..itu je lah nasihat aku, boleh ikut mana yang sesuai, tapi apa-apa benda tak baik jadi aku tak bertanggungjawab, kalau menjadi jangan lupa jemput makan kenduri.

10 comments:

Tips Kelihatan Kurus Dalam Foto

Wednesday, October 21, 2015 Fendi Rocka 5 Comments









Berdiri sebelah si gemuk













Lagi gemuk lagi bagus







5 comments:

Aku On The Way

Sunday, October 18, 2015 Fendi Rocka 6 Comments

Minggu lepas kononnya nak carpool dengan sorang member ofis, aku sampai awal setengah jam.

Bila tepat masa yang dijanjikan masih tak nampak bayang dan batang hidung, aku buat panggilan peringatan yang pertama. Tak angkat.

Aku relaks beberapa minit kemudian buat panggilan gertakan pula. Tak angkat. Kemudian aku terima mesej "tunggu..aku otw".

15 minit kemudian masih tak sampai, aku buat panggilan peringatan lagi sebab aku memang alergik orang yang tak tepati masa.

 "Jap..jap...on the way.." katanya, tapi sumpah aku tak percaya sebab aku tak dengar macam tengah tunggang motor je.

"Kau biar betul on the way..cakap betul-betul kat mana"aku selidik.

"Turun tangga ni..hehe" dia jawab.

Alergik aku terus melarat sampai ke otak. 




6 comments:

Shahrul

Friday, October 16, 2015 Fendi Rocka 3 Comments

Masa kuliah dulu tuhan temukan aku dengan satu entiti yang bila ada orang tumpang bilik, dia paksa orang tu tidur di atas katil dia dan dia akan tidur di lantai, sekadar memetik satu contoh daripada yang lain-lain. Pesen melebihkan bahagia orang lain ni bukan macam tahi hidung boleh muncul setiap hari lepas bangun tido.

Entiti yang mudah memberi senyuman walau di saat kesukaran, menerima kawan tak kira keji dan buruk mana, menutup aib kawan-kawan seperti aib sendiri, mulut dia amat susah nak sebut benda tak baik pasal orang lain.

Bagai cerita bagi orang selipar tuhan bagi kasut, aku percaya tuhan takkan terlepas pandang mencurah bahagia kepada kawan aku ni walau di mana dia berada. Terima kasih kerana ada pada suatu masa itu, ketika orang lain tiada. 

Selamat Pengantin Baru

3 comments:

PERKARA WAJIB BUAT SETIAP HARI - CABARAN INSTABLOG EFGKBBA DAY 3

Thursday, October 08, 2015 Fendi Rocka 5 Comments


laman web wajib buka

laman web wajib buka

5 comments:

Terima Kasih Brendan Rodgers

Wednesday, October 07, 2015 Fendi Rocka 1 Comments


Ekoran dari pemecatan Brendan Rodgers , aku sebagai pembaca berita sukan tegar di pelbagai medium persuratan atas talian, sudah mula merasa senak perut menghadam segala cerita,spekulasi dan ramalan berkaitan dengan pemecatan tersebut dan perlantikkan baru nanti. Begitu banyak sampai baca tak habis-habis, macam nak skroll timeline facebook. Sensasi.

Sebagai seorang pengurus yang tidak mempunyai sebarang piala yang boleh dimegahkan, Brendan Rodgers masih meninggalkan Liverpool dengan kenangan dan thrill yang padu untuk dijadikan kenangan dan pembuka jalan seterusnya. Terutamanya musim 2012/2013 di mana Liverpool bermain bola sepak pada tahap terbaiknya dan membuatkan aku sendiri tidak mahu terlepas menonton setiap perlawanan. 

Kalau diikutkan Brendan Rodgers bukanlah siapa-siapa jika dihitung dari pengalaman dan kemengan, tapi tetap dalam kelas yang tersendiri dan dihormati peminat dan pihak pencemburu. Respek.




I am, of course, incredibly disappointed to be leaving Liverpool Football Club. It has been both an honour and a privilege to manage one of the game’s great clubs for the last three years. I have worked every day to represent the club to the best of my ability, to develop both individual players and a team that the club’s magnificent fans can be proud of. 
There have been some very memorable moments during my time at Liverpool and I would like to thank all of the players for their hard work and commitment.The current squad is one in transition, but they have some real talent and are showing a strong sense of togetherness. I expect to see them continue to grow and develop over the coming weeks and I wish them and my successor well for the rest of the season.
Liverpool has a magnificent football heritage and I have nothing but respect and admiration for the history, tradition and values that make the city and the club so exceptional. 
As well as my players, I would like to thank everyone connected with the club; Fenway Sports Group, the Liverpool Directors, in particular Ian Ayre, my coaching staff, the staff throughout the club, the volunteers, the Academy staff and its young players and of course the amazing Liverpool fans for their unwavering support, passion and dedication which has made my time at the club so special.
Finally, I would like to give a special mention to John W. Henry, Tom Werner and Mike Gordon. They gave me this great opportunity and even though we will no longer be working together I am sure our relationship and friendship will continue into the future.

- Brendan Rodgers  


1 comments:

Punca Lelaki Kacak Selalu Sibuk

Sunday, October 04, 2015 Fendi Rocka 10 Comments

Tahukah anda...lelaki yang kacak selalunya sibuk....

Nak tau kenapa beliau sibuk ?

Sebab beliau banyak habiskan masa membaca?

Pergi belajar ballet?

Atau beliau terlalu sibuk mengkaji tentang kekacakkan?

Ermm..... nanti la saya bagitahu....

Saya sibuk sekarang ni....

Punca Lelaki Kacak Selalu Sibuk


10 comments:

Misteri Wallet Fnd Rocka - CABARAN INSTABLOG EFGKBBA DAY 2

Friday, October 02, 2015 Fendi Rocka 12 Comments

Apa Ada Dalam Wallet Anda?


Sebenarnya makan tahun jugak aku tak guna wallet atau dompet. Masa aku pakai dompet dulu pun kadang aku tinggal-tinggalkan, malas nak layan. Sampailah beg dompet dah mereput, pastu aku dah tak berminat nak ganti dengan yang baru.

Jadi, untuk meneruskan Cabaran 7 Hari Instablog EFGKBAA, hari ni untuk cabaran hari kedua aku nak post gambar beg yang aku jadikan pengganti kepada dompet atau tempat simpan duit. Beg ni namanya beg Puma, aku terbeli kat Nu Sentral.

apa ada dalam dompet
Kelihatan tenang...

Kandungannya secara umum memang ada macam-macam, barang-barang keperluan seperti wang ringgit, telefon, kunci-kunci atau kertas berbentuk nota,resit, pun ada bercampur-gaul dah macam adik-beradik.

apa ada dalam dompet
 Ini isi-isinya setelah dimuntahkan.



Berdasarkan gambar di atas, menunjukkan aku jenis nak cepat dan tangkas. Ala-ala adventurous,sangat sibuk dan tak melayan perkara remeh tapi dalam masa yang sama pemalas dan disorganize! 

Sedap juga mengata diri sendiri kadang-kadang. Itu jelah ceritanya. Kau tak payah nak cari barang tersembunyi sangatlah.

12 comments:

Neil Armstrong dan Gadis Selfie

Thursday, October 01, 2015 Fendi Rocka 7 Comments

Neil Armstrong dan Gadis Selfiejarak bumi dengan bulan



Neil Armstrong mencipta sejarah

Neil Armstrong suatu masa dulu secara kontroversinya pernah naik ke bulan, bulan tu jauh tahu tak, National Aeronautics and Space Administration (NASA) mengatakan jarak antara Bumi dan bulan adalah sekitar 384.400 kilometer. 

Dari kiraan matematik orang-orang terdahulu, jika disusun rapat-rapat planet Jupiter, Saturn, Uranus, Neptune, Pluto, Merkuries, Venus dan Mars pun masih masih berbaki 4.392 kilometer antara bumi dan bulan.

Tapi saat Armstrong berjaya melakar sejarah memijak kaki di bulan, korang tahu tak berapa banyak foto yang diambil olehnya?

Tahu tak?

Tahu tak?

Ok tak tahu cakap je lah tak tahu, tak perlu terkemut-kemut kat situ.

Jawapannya 5 keping foto. Itupun termasuk bayang-bayang dan yang foto kurang jelas.

Gadis Selfie merakam gambar

Tapi perempuan kalau masuk toilet, bila keluar dari toilet cuba check telefon bimbit dia bahagian Gallery. Kurang -kurang 20 keping gambar selfie depan cermin, itu tak termasuk dalam bahagian Delete Items dan kalau pakai baju lama, kalau pakai baju yang baru dibeli mungkin mencecah 30 keping hingga 40 keping. Ala baju yang dicuba dalam fitting room belum dibeli pun dah banyak selfie.

Okbye.

7 comments:

Maksud COMEL beserta contoh SELFIE PALING COMEL - CABARAN INSTABLOG EFG DAY 1

Thursday, October 01, 2015 Fendi Rocka 18 Comments

Maksud COMEL beserta contoh SELFIE PALING COMEL - CABARAN INSTABLOG EFG DAY 1


a delicate and attractive kind of beauty commonly associated with youth, innocence, and helplessness. Human infants and many baby animals define "cuteness" for most people, and the standard characteristics of infancy are typically used to judge the cuteness of other phenomena
by Jimlo March 14, 2006
More than just a pretty face, a person who also is beautiful inside and makes others feel good by her acts, words or simple presence. Often refers to a beautifull smile, eyes or other attractive features.
by Jennifer Hogan 

 Comel

Maksud comel ni sebenarnya takde yang tetap, hari ni mungkin rasa ngisap vape tu sesuatu yang comel, esok lusa belum tentu lagi ye tak. Kalau untuk perempuan, kalau tengok perempuan ralit mengemas pun macam comel je..macam comel je. Kalau lelaki, rasa macam comel pulak kalau bawa bekal pergi ofis, sebab tu kalau aku bawa bekal terasa macam nice man sangat, lalu depan perempuan tunduk kepala.

Berkenaan hal selfie, untuk aku rasanya aku lebih menghayati erti comel dalam foto candid atau foto yang diambil secara tak disedari. Sebab menerusi candid dapat menangkap lebih feeling berbanding posing. Apapun,sebagai seorang yang tak suka selfie, jumlah foto selfie yang terkumpul dalam gadjet aku sendiri pun macam tak menyokong pulak dengan kenyataan tu.

Hari ini aku dedahkan satu foto selfie untuk menyertai Cabaran InstaBlog 7 Hari kelolaan sebuah pertubuhan blogger EFGKBBA. Ini rahsia, jangan beritahu orang.


contoh selfie comel
Contoh selfie comel



18 comments:

Supermodel

Google+ Followers

Pautan

Nota Kaki

Nota Kaki