Auto Feed Blog

Stuck in the Forest

Wednesday, November 25, 2015 Fendi Rocka 6 Comments


“If you’re stuck in the forest, it’s dark and you’re afraid, and someone tells you not to be, then it doesn’t work. It’s your own mind. Only you can affect that" -Jurgen Klopp

6 comments:

Soalan-Soalan Yang Tak Semua Orang Suka

Monday, November 23, 2015 Fendi Rocka 7 Comments

Soalan-Soalan Yang Tak Semua Orang Suka

Soalan-Soalan Yang Tak Semua Orang Suka

Selalu sudah diluahkan oleh masyarakat tentang rasa menyampah apabila dijolok dengan soalan fenomena tentang bila nak kahwin, bila nak ada anak, bila nak tambah anak. Soalan sebegini akan berbunyi di setiap peringkat atau fasa hidup dari keluar dari rahim hingga masuk ke liang lahad, seperti ini sajalah tanda aras dan tujuan hidup seorang manusia.

Sebab dan punca orang bertanya soalan sensitif

Ada beberapa sebab dan punca mengapa kerapkali ada di kalangan kita membuat orang lain tak selesa dengan soalan-soalan begini, antaranya seperti (1) ketidakbolehan merasa empati terhadap perasaan orang lain, (2) insecure serta mahu membuat orang lain merasa serba salah dan juga sebab mahu lekas-lekas (3) merapatkan perhubungan dengan bertanyakan soalan privasi yang mana sebenarya gagal sepenuhnya,

Walau apa pun situasinya, selain kahwin dan beranak, ada beberapa lagi soalan lain yang yang boleh membuat kepala anda berpusing, bukan sebab kesukaran untuk mencari jawapan tetapi musykil bagaimana soalan sebegini boleh ditanya. Aku jauh sekali nak marah, cuba kadang akal ni terseliuh jugak.


Soalan-Soalan Yang Tak Semua Orang Suka

Lain-lain Soalan Yang Tak Semua Orang Suka

1.Ketika membeli nasi lemak. Penjual nasi lemak tanya..nak letak kacang? Soalan ni memang tak patut, sebab pada pengetahuan aku nasi lemak dengan kacang tu memang satu set dan tak patut dipisahkan. Iyelah takkan kau pergi beli televisyen orang nak tanya..abang nak remote control sekali tak? kalau nak dengar Chef Wan meroyan kau tanyalah dia soalan nak letak kacang. Melainkan selama ni kau jual nasi lemak tak bubuh kacang tapi bubuh kismis, bolehlah tanya soalan ni.


2. Bila melihat orang berkerusi roda, akan ditanya..tak boleh jalan ke? Orang yang nak kerusi roda ni sama ada memang tak boleh jalan atau tak boleh jalan jauh atau lama.  Melainkan orang yang naik kerusi roda tu usop wilcha, elakkan tanya soalan ni. 


3.Pergi toilet buat apa? Yang ni pun aku keliru, tak pasti kenapa ada orang yang berminat nak tahu secara terperinci apa kita buat kat dalam toilet. Melainkan pergi toilet sampai sejam, itu memang ingin tahu jugak dibuatnya. Sebab dengan kecanggihan jalur lebar sekarang ramai yang amik kesempatan melayari internet sambil mengeram, orang kat luar dah nak terkucil dia sedap pesan shawl kat instagram. 

4. Bila pesan air hot chocolate, mesti akan ditanya..nak yang sejuk ke yang panas? Kat menu pun ada tulis harga hot chocolate sejuk dengan hot chocolate panas.  Yang berpusing dibuatnya adalah Hot tu bukan ke panas.

5. Selain itu, perempuan jugak akan bingung dan bengang kalau lelaki tanya kau ni PMS ke hari ni, terutamanya di kalangan rakan-rakan atau secara terbuka lagilah nak mati. Serba salah dibuatnya. Tak lupa juga, bila tiba-tiba orang tanya..weh gaji kau berapa? Ah..suka sangat mencabuli hak privasi orang lain.


Itu sahaja.

Anda bagaimana? ada soalan lain yang anda tak suka?atau soalan yang mengelirukan anda? Taknak jawab takpe.

7 comments:

Puisi Yang Setiap Lelaki Harus Tahu

Tuesday, November 17, 2015 Fendi Rocka 4 Comments


Puisi Yang Setiap Lelaki Harus Tahu

IF

If you can keep your head while all about you
Are losing theirs and blaming it on you,
If you can trust yourself while all men doubt you
But make allowance for their doubting too,
If you can wait and not be tired by waiting,
Or being lied about, don’t deal in lies,
Or being hated, don’t give way to hating,
Yet never look too good, nor talk to wise:
If you can dream – and not make dreams your master,
If you can think – and not make thoughts your aim,
If you can meet with Triumph and Disaster
And treat those two impostors just the same;
If you can bear to hear the Truth you’ve spoken
Twisted by knaves to make a trap for fools,
Or watch the things you gave your life to, broken,
And stoop and build ‘em up with worn-out tools:
If you can make a heap of all your winnings
And risk it on a turn of pitch-and-toss,
And lose, and start again at your beginnings
And never breathe a word about your loss;
If you can force your heart and nerve and sinew
To serve your turn long after they are gone,
And so hold on when there is nothing in you
Except the Will which says to them: “Hold on!”
If you can talk with crowds and keep your virtue,
Or walk with kings – nor lose the common touch,
If neither foes nor loving friends can hurt you;
If all men count with you, but none too much,
If you can fill the unforgiving minute
With sixty seconds worth of distance run,
Yours is the Earth and everything that’s in it,
And – which is more – you’ll be a Man, my son!
– Rudyard Kipling




p/s: Puisi ni padat dengan teladan dan kebijaksanaan, setiap baris makin dibaca semakin tajam pulak perginya , seusai membacanya semangat seakan berkocak,  seakan mencantum sisa kudrat dalam diri dan dapat dijadikan salah satu sumber pencetus motivasi.

4 comments:

Kisah Kanak-kanak dan dompetnya

Monday, November 16, 2015 Fendi Rocka 4 Comments


Aku ingat lagi masa aku sekolah rendah dulu nak beli beg dompet ni, bila tengok rakan sebaya semua dah pakai mana boleh tahan, Fila la...Puma la..Bilabong bagai..lalu aku pun kumpul duit belanja sekolah dengan entah duit mana-mana aku kumpul. 

Bila agak-agak dah cukup, aku dengan abang aku naik basikal, pergi pasar malam berunding dengan pakcik pasar mana tahu dapat kurang harga. Time tu nak beli pun pikir banyak kali sebab susah payah nak bagi cukup duit, sepanjang perjalanan pegang je duit takut kalau seposen cicir pun kang tak dapatlah beli ye tak.

Cuma yang menyayat hati, lepas dah beli beg dompet, duit pun dah habis lah ceritanya. Pastu usunglah ke sana-sini bawak beg dompet alien workshop ni haa yang takde duit. Tak lama lepas tu  baru aku sedar yang aku tak perlukan dompet. Dari kecik lagi dah jadi mangsa konsumerisme. Memetik kata Tyler Durden "We’re consumers. We are by-products of a lifestyle obsession"

4 comments:

Ketakutan Pada Pengucapan Awam (Episod 1)

Saturday, November 14, 2015 Fendi Rocka 2 Comments

Ketakutan Pada Pengucapan Awam


Semasa menjalani latihan di tempat kerja aku, pelatih bertanyakan kepada kami 'What is your FEAR?'.

Dalam bilik tu ada 6 orang termasuk aku. Miss Z seorang rakan aku yang bergigi besi menceritakan tentang ketakutannya pada doktor gigi. Ada kawan aku lagi sorang takut pada anjing. Bila sampai giliran aku, aku pun dengan berani menjawab "Fear of public speaking". Dalam kata lain 'stage fright' atau takut bercakap di hadapan khalayak ramai.

Gejala takut bercakap di khalayak ramai ni kisahnya bermula sejak di bangku sekolah lagi. Pada masa itu, aku seorang pelajar yang kacak (kalau tak salah ingatan aku). Kebetulan pula, aku sering menghantar karangan yang dinilai baik oleh cikgu bahasa Malaysia aku, Puan Nooridayu. Makanya, bila tiba minggu Bahasa Malaysia, Nooridayu tanpa tanpa berfikir dua kali terus memilih aku untuk mewakili kelas dalam pertandingan perbahasan Bahasa Malaysia. 

Aku yang sememangnya tak berkeyakinan buat tak layan je lah dengan idea cikgu, cikgu bergurau ke nak suruh saya cakap depan orang ramai, saya nak cakap dengan cikgu pun saya malu tau tak.

Lalu aku sedayanya geleng kepala dan berkata tidak dan no way kepada cikgu. Tapi cikgu tetap dengan keputusannya, dia nak aku jugak wakil kelas, dia datang ke meja aku nak berunding secara aman perlahan-lahan, pun aku tetap keras hati. Walaupun masing-masing tak mahu mengalah, tapi aku rasa macam mahu menangis je ni, gaya dia macam serius je aku tengok, nampak macam pegang pen nak tulis nama aku kat kertas dia.

Pada masa tu lah yang aku mulai sedar, bahawa aku ada isu dengan public speaking. Bagi anjing menyalak depan aku dua tiga ekor pun aku tak takut, asalkan jangan suruh aku cakap depan orang ramai. Haa..gitu. Walaupun aku tahu cikgu kecewa dengan aku, tapi aku harap cikgu faham lah dengan keputusan dan ketakutan aku tu, amin.

Bila tiba pada hari pertandingan, aku mula panik. Entah apalah status aku, aku peserta ke bukan ni, nak lari pun tak boleh pasal pertandingan diadakan masa perhimpunan mingguan dalam dewan. Ada 10 orang peserta semuanya, aku tak tahu 10 tu termasuk aku ke tidak, aku harap-harap taklah kan. Satu persatu peserta dipanggil ke hadapan memberi perbahasan dengan tajuk yang diberikan.

Kawan aku kat belakang dah cuit-cuit tanya aku dah siap ke esei perbahasan. Aku tak tahu nak jawab mende sebab seingat aku memang tak pernah setuju nak sertai pertandingan ni. Muka aku dah pucat, rama-rama dah bertenggek atas perut. Tapi makin lama aku makin lega sebab dah sampai peserta ke 8 dan 9 takde pun nama aku. Sampailah giliran peserta ke-10, kalau bukan nama aku, memang senyum sampai telinga lah jawabnya.

Tiba-tiba saat berpuaka muncul.

"Dijemput peserta terakhir saudara (nama aku) untuk menyampaikan perbahasan dengan tajuk (tak ingat tajuk apa)"

Ah sudah! Aku buat tak dengar dan tak mengerti. Kawan-kawan aku kat belakang dah soksek-soksek. Aku pandang depan ke arah stage macam tak kenal dengan nama yang dipanggil buat kali kedua. Muka aku memang seposen lah, pandang kiri-kanan macam cari mana budak nak berbahas ni, lambat sangat keluar, nak berbahas ke taknak ni haramjadah betul.

Walaupun dalam dewan suasananya hening menanti kemunculan peserta terakhir, dalam diri aku ni sebenarnya berlaku gempa bumi 8 skala rithcer. Aku cuba jugak kelihatan setenang yang mungkin dah cuba berlakon menjadi pasu bunga.

Bersambung....






2 comments:

Bagaimana Anyss Naik Ke Langit

Thursday, November 12, 2015 Fendi Rocka 7 Comments

Bagaimana Anyss Naik Ke Langit?

Kereta aku mengalami kemurungan sehingga tak mahu pergi kerja. Mula-mula suhu naik macam orang kena denggi, kemudian tersengguk-sengguk macam kena parkinson. Aku bawaklah jumpa pakar, bila denggi dah kebah, parkinson pulak makin menjadi-jadi. Terus mental aku jem, termenung kat rumah. Sejak dari hari tersebut, spirit nak menulis dah lumpuh separuh badan. 

Aku buka sebuah novel pendek karya penulis kontoversi Faisal Tehrani,judulnya Bagaimana Anyss Naik Ke Langit,kononnya ibarat memberi tongkat kepada semangat menulis yang lumpuh tu lah supaya dapat merangkak semula.  

Faisal Tehrani


Mengulas sedikit mengenai Bagaimana Anyss Naik Ke Langit. Dikatakan beberapa karya Faisal sebelum ini telah diharamkan. Untuk buku Bagaimana Anyss Naik Ke Langit ni Aku menjangkakan mungkin aku akan dihanyutkan dengan isu Syiah, Wahabi atau perkara kerohanian, tapi sangkaan aku terpatah seratus, buku Bagaimana Anyss Naik Ke Langit sebenarnya sebuah buku terus terang yang membawa isu kemanusiaan dan alam sekitar. Secara tak langsung mengenai pembalakan dan Tuan Yang Terutama Abdul Taib Mahmud.

Faisal membawa fungsi 'memberitahu' atau 'mendedahkan' kepada karya sastera  dan tentunya Faisal tidak mengikut arus perdana sebaliknya membawa isu yang berat serta sensitif. Barangkali Faisal mahu bersuara bagi yang sudah hilang suara. Sebagaimana kita merasa seperti ahli syurga memperjuangkan kemanusiaan di bumi Palestin, kita sebenarnya membiarkan kemanusiaan dirogol di bumi sendiri. 

Walaupun nilai hiburannya agak kurang dengan diselitkan agak banyak keratan akhbar di dalam buku ini, namun 'keberanian' dan 'kejantanan' Faisal dalam menulis harus kita salute tanpa sembunyi.

Apapun , kereta aku nampaknya telah pulih seperti sediakala meskipun tak bertenaga seperti kereta baru dari kilang. Cuma, apabila sesuatu berlaku kepada harta kebendaan yang aku miliki,perasaan murung dan sedih itu menyegarkan ingatan aku kepada kata-kata Tyler Durden: The things you own end up owning you......

7 comments:

Supermodel

Google+ Followers

Pautan

Nota Kaki

Nota Kaki