Auto Feed Blog

Why Worry?

Saturday, December 24, 2016 Fendi Rocka 3 Comments


3 comments:

Reviu pendek filem-filem 2016 (Episod 2 - The Magnificent Seven , The Jungle Book , Jack Reacher )

Thursday, December 22, 2016 Fendi Rocka 0 Comments

Reviu pendek filem-filem 2016 (Episod 2)

The Magnificent Seven

Filem ni aku berani layan sebab ada Denzel Washington, terus terang cakap. Tak pernahlah aku tengok filem Denzel yang sia-sia membakar duit. Denzel ni kalau tiba-tiba keluar filem tajuk 'Mesin Basuh LG 2.5' atau '123 ABC' pun aku cenderung untuk beli tiket tanpa perlu selidik sinopsis terlebih dahulu. Punyalah yakin dengan Denzel. 

Seperti yang dijangka, filem ni tak mengecewakan, walau ada beberapa babak yang agak superhero sebagai seorang manusia biasa, tapi masih boleh terima tanpa paksa. Jenaka-jenaka dari Chriss Pratt pun aku dapat terima dengan senangnya. Mengisahkan tentang perpaduan dalam menentang kezaliman (serta mempertahankan kedaulatan), 7 orang perwira (dan penjenayah) dikumpulkan bagi melawan pentadbir yang berkuasa (kejam). Secara keseluruhannya filem ini ada gaya dan membawa satu keberanian. Bak kata Jack Horne dalam filem ini: Though I walk through the valley of the shadow of death, I will have no fear! 



Jack Reacher: Never Go Back



Satu lagi filem aksi lakonan Tom Cruise, filem Jack Reacher yang kedua ni adalah kesinambungan yang tidak banyak berkembang dari yang terdahulu, malah jalan ceritanya juga agak klise seperti filem-filem aksi yang memaparkan kisah kehidupan bekas tentera yang punyai skill bertempur tahap gaban.

Filem ini bagaimanapun masih lagi mampu hidup tanpa segan  kerana adanya Tom. Tom kalau nak terus buat duit mudah dengan berlakon memang kena pegang watak jadi tentera bersara lah kut kerana faktor usia, muka pun dah nampak kedutan. Seperti biasa, Tom kali ni terperangkap dalam konspirasi dalaman military, lebih kurang sama kes dengan watak yang dilakonkan dalam Mission Imposible. Sebagai seoarang yang mengikuti banyak filem beliau, teringin juga nak tengok Tom bawak watak yang tak klise seperti selalunya, jadi abang cleaner yang kehilangan penyapu dan mop ke? Lelaki pelabur ASB ke?


The Jungle Book


Amat jarang aku tengok filem animasi kat wayang, nasib baiklah filem ni tak buat aku menyesal. Naratif yang mudah dan ringkas. Mengisahkan tentang budak bernama Mowgli yang dibesarkan oleh sekumpulan serigala di hutan, lakonan Neel Sethi sabagai Mowgli bagi aku cukup baik dan comel dalam menonjolkan sisi seorang manusia yang hidup sebagai serigala. Sesuai dengan kumpulan sasarannya, filem ini meninggalkan penonton dengan moral dan pengajaran yang tidak kompleks, iaitu manusia boleh menjadi khalifah untuk memelihara alam atau menjadi pendosa dengan memusnahkannya. Satu perjalanan visual yang menyenangkan.

0 comments:

7 Hari Mencintaiku

Wednesday, December 14, 2016 Fendi Rocka 9 Comments

Tadi aku tengok drama waktu maghrib, bukan main Pak Samad jerkah bini dia kaw-kaw, ini bukan jerkah suara semata, tapi isi yang terkandung dalam jerkahan dia tu seakan menyucuk-nyucuk, ini barulah sedap tengok drama ye dak. Di dalam Pak Samad, aku dapat lihat diri aku. (Dramatik tak?)

9 comments:

Reviu pendek filem-filem 2016 (Secara Jamak)

Monday, December 12, 2016 Fendi Rocka 7 Comments


Reviu pendek filem-filem 2016 ( Secara Jamak )


Hanyut


Filem hanyut ni dah bertahun-tahun hanyut,aku sempat tengok filem ni di 1 Borneo semasa aku melampiaskan cuti di Sabah. Tak pasti sama ada filem ini memang kurang mendapat sambutan atau orang Sabah memang tak layan wayang sangat, sebab dalam panggung ada 5 orang je termasuk aku. Sebelum filem ni, aku hanya bepeluang menonton sebuah lagi filem U-Weii bertajuk Buai Laju-laju yang nyata tidak mengecewakan. Kali ni, secara luar sedar aku telah meletakkan harapan yang tinggi pada hanyut, selain kerana nama besar pengarahnya, kosnya juga menelan belanja bukan sejuta dua tiga juta, lebih! Visually, filem ni ke depan berbanding filem tempatan lain, namun apa yang lebihnya filem ini, seperti juga filem buai laju-laju, naratifnya mengujakan. Ada sedikit unsur suspen dan teka-teki. Lakonan Peter O'Brian sebagai Almayer aku bagi 5 bintang, susah nak cakap kalau ada pelakon lelaki tempatan yang paling dekat dengan kualiti yang beliau tunjukkan. Filem ni akan beri lebih kepuasan sekiranya anda terus menikmati ia tanpa peduli pada kos peberbitannya.


The Fallen


Filem ni sebenarnya tiada dalam perancangan aku, kalau dilihat pada trailer pun aku kurang minat. Apapun, kerana timing tak berapa kena untuk menonton filem lain, Maka The Fallen jadi pilihan yang tidak direstui sangat. Secara keseluruhannya, filem ni menghampakan. Lakonan macam tak berapa sampai, jalan cerita  memang tak kemas dan tak menyakinkan. Awal lagi aku dah boleh agak filem ni suam-suam, sebab tu sebelum beli tiket tu aku sekadar tanya "Heroin dia sapa, ok tak?". Sebab expectation aku pun tak tinggi mana.


Doctor Strange


Filem Doctor Strange ni awalnya aku rancang nak tengok pukul 12am, aku pun belilah tiket secara atas talian kemudian 11:45pm aku dah berada di depan wayang. Lepas aku collect tiket, rupa-rupanya filem tu main esoknya pukul 12pm / 12 tengahari, ah buat hal betul lah, terpaksa datang balik esok, jahanam..jahanam. Filem ni alhamdulilah tak rugi masa dan tenaga walaupun kena datang dua kali. Mengisahkan tentang seorang Doktor bernama Strange, yang pakar dalam bidangnya, begitu angkuh pada kehebatan diri sehinggalah mengalami kecederaan akibat kemalangan jalan raya. Sebagai seorang doktor pakar, Dr Strange hanya percaya 100% pada sains menerusi bidang yang dikuasainya, tidak pernah beliau menyangka begitu banyak ilmu yang bukan dalam pengetahuannya. Kat situ ada unsur spritual, magis dan kerohaniaan yang banyak dilepas pandang oleh perubatan barat. Aksi-aksi dalam filem ini tidak terlalu ganas, para penjahat pun tidak terlalu menakutkan, dari segi jalan cerita pula dia punya kompleks tidaklah seperti Inception, magis pula tidaklah sepenuhnya seperti Harry Potter, namun secara keseluruhan merupakan filem yang menghiburkan tanpa kelihatan dangkal. Layan.


The Warriors Gate


Secara ringkasnya menceritakan tentang seorang remaja lelaki yang tidak semena-mena diberi tanggungjawab menjaga seorang puteri raja, bila puteri raja terlepas ke tangan orang jahat, lalu remaja tersebut tak semena-mena perlu menyelamatkannya pula. Ada unsur cinta remaja sedikit tapi tidak keterlaluan.Sebuah filem yang menhiburkan, jalan cerita dan perkembangan watak yang kemas. Cuma bila dah terlalu kemas terasa macam tadika kemas sedikit. Sangat sesuai untuk tontonan musim cuti sekolah. Naratif yang mudah, tidak terlalu mencabar seorang penonton. Menghiburkan, heroin tidak terlalu letup, tapi bolehlah. 


Suicide Squad



Hal yang meninggalkan kesan melalui filem in iadalah watak Joker dan Harley Quinn. Joker ni memang peminat filem Batman / Dark Knight macam aku dah mengikuti serba-serbi paparan wataknya, bila muncul pula Harley Quinn rasa macam ada sesuatu yang baru di skrin, ada perkembangan sedikit berbanding watak-watak Joker yang aku kenali sebelum ini. Selain dari itu, Suicide Squad tidak mengewakan meskipun tidaklah begitu hebat untuk diletakkan sebagai all time favourite. 


The Girl On The Train


Commuter Rachel Watson (Emily Blunt) catches daily glimpses of a seemingly perfect couple, Scott and Megan, from the window of her train. One day, Watson witnesses something shocking unfold in the backyard of the strangers' home. Rachel tells the authorities what she thinks she saw after learning that Megan is now missing and feared dead. Unable to trust her own memory, the troubled woman begins her own investigation, while police suspect that Rachel may have crossed a dangerous line. Penceritaan yang agak meleret, berjaya mengelirukan dan sedikit memeningkan. Twist yang agak baik juga. Berbaloi jugak menyaksikan pergolakan watak utama filem ini Rachel Watson dalam menyelesaikan petembungan kehidupan masa lampau beliau dan masa sekarang. Pada suatu ketika, penonton tidak tahu yang masa satu benar dan yang mana satu palsu. Apabila menonton filem ini teringat pula pada filem Gone Girl (yang ni terbaik).


Rock Bro! - Kembali Ke Pangkal Jalan


Rock Bro meneruskan pengembaraan Rimba Bara, sama seperti filem terdahulu, kali ini Mamat Khalid mengolah dan memberi pengakhiran yang selayaknya kepada kisah pahit maung sekumpulan rocker memperjuangkan muzik rock. Tidak banyak yang baharu nmelainkan kesinambungan dari filem terdahulu, cuma cerita dan olahan pergi lebih dalam dan meninggalkan kesan kepada emosi penonton. Aku sememangnya ada soft spot dengan filem Mamat Khalid kerana kemelayuaannya. Filem ini meski tidak mensasarkan kepada sebarang anugerah, namun trilogi Rock ni berjaya sebenarnya merekod sedikit sebanyak kegemilangan zaman rock melayu yang kemudiaanya beransur-ansur goyang dibawa gelombang hip-hop sebagaimana diparodikan melalui Zul Kapan yang beralih arah. Ditunjukkan juga bagaimana masyarakat kita yang tidak menghargai bakat tempatan, semua nak percuma, kalau tengok konsert pun sanggup panjat pokok daripada beli tiket walaupun ditawar tiket pada harga rendah, mungkin budaya begini yang membuat Yuna lebih berjaya di luar, atau kalau Kurt Cobain lahir kat Malaysia beliau takkan jadi siapa-siapa dengan bakat yang tidak diraikan.

7 comments:

Ego dan Angkuh

Sunday, December 11, 2016 Fendi Rocka 5 Comments





Aku tak reti nak jawab macam mana. Bila perempuan kegemaran aku mempersoalkan kewajaran aku bercakap dengan bertatasusila setiap kali menghubungi talian hotline tak kira TM, Maxis, mana-mana bank, pizza, kfc atau nombor kereta sewa, homestay lebih-lebih lagi masa nak buat komplen lah. Contohnya, apa perlu mengucap sejahtera kepada pihak yang kita tak puas hati.Aku tak berapa nak yakin macam mana nak jawab dengan jaya.

Pada aku, setiap orang tak kira siapapun, aku akan dahulukan respek sewajarnya atau selayaknya, kemudian-kemudian tu kita cerita kemudian, tapi aku dahulukan respek. Yang aku perasan selalu, orang memang akan beri respek, malah lebih dari itu, ada yang beri sanjungan dan segala kemanisan kepada orang lain, tapi hanya bila mana orang yang dituju itu ada kapasiti untuk membalasnya. Bak kata orang, baik ada makna lah.

Hal ni kita selalu lihat berlaku di tempat kerja misalnya, dengan bos cakap kemain berjaga-jaga tutur kata, senyum tak lekang,kalau boleh cium tangan bos memang sampai siku dia cium, almaklumlah bos berada dalam kapasiti untuk menentukan prestasi kita ye dak. Atau bila bercakap dengan pelanggan, bukan main harum manis bak bunga di taman syurga firdausi, tapi bila bercakap dengan bukan pelanggan yang tak memberi apa-apa pulangan kat dia memang macam lahanat bahasanya. Hal ni jangan kita buat macam baru pertama kali dengar, hal ni adalah perkara biasa, rutin dan tak payah nak bajet inesen sangat ye dak.

Sebab tu, orang kata, kalau nak cari isteri atau suami, perhatikan masa dia nak order makanan, ada betulnya jugak ye tak. Kalau dengan kau dia punya manis sampai diabetes, tapi dengan pelayan kedai yang kononnya dia bayar gajinya dilayan tak sewajarnya, memang kena faham balik lah beza konsep respek orang dan bodek orang. 

Teringat pada kisah seorang yang aku follow kat facebook, beliau mengalami kemalangan jalan raya baru-baru ni dengan sebuah kereta,  meskipun beliau tahu kemalangan tersebut berlaku disebabkan kecuaian pemandu yang lagi satu, beliau tetap turun dari kereta dan dengan tenang menghulur tangan mendahulukan salam kepada pemandu tersebut yang mulutnya berbau arak. Malangnya salamnya ditepis. Orang lain mempersoalkan, apa wajarnya dia nak bersalaman pulak dalam keadaan genting, mungkn maki hamun lebih wajar kan. Kenapa tak marah pun kat orang tu? Lelaki separuh abad tu jawab:

"Papa, orang Melayu. Budaya balairong seri. Hulur tangan. Apabila dia tidak sambut salam dan bau nafasnya dapat papa hidu, tahu lah papa keadaan dia. Apabila papa marah marah juga, apa bezanya papa yang waras dengan dia yang mabuk"




Demikianlah kehidupan, katanya.

5 comments:

4

Thursday, December 08, 2016 Fendi Rocka 0 Comments


begitu banyak jejak langkah,
melukiskan garis peristiwa,
hingga menterjemah isi hati,
menjadi sesukar memindah samudera,
biar kadang arus bergetar di tengah riuh dunia,
tiada sedetik hati meredup tanpa syukur pada kurnia.

0 comments:

Chronicles of KK

Thursday, December 01, 2016 Fendi Rocka 5 Comments

Kembali ke KL - Kota Metropolitan. Tempat bersalaman dam bercakaran.

Aku sampai di KLIA lebih kurang jam 3 petang , aku naik transit terus ke KLIA2 untuk menanti yang lain, kami berbeza pesawat dan waktu penerbangan.

Di KLIA2 aku bercadang untuk bersiar-siar cuci mata (melihat-lihat barang jualan), mencari apa-apa buku yang sesuai untuk bacaan, makan dan terus melepak di foodcourd level 2M sampai kejang.

Setelah berpusing-pusing, akhirnya aku bersua dengan MPH. Agak sukar juga nak cari MPH sebab saiznya yang agak kecil berbanding apa yang aku bayangkan.

Ada beberapa buah buku yang menarik perhatian aku, tetapi harganya tidak menepati belanjawan pada hari tersebut. Para peminat buku tentunya sudah sedia faham tentang harga buku-buku import di pasaran, terutamanya judul terbaru.

Sehingga aku terpengang sebuah buku terbitan tempatan berjudul 'Chronicles of KK', seperti kebetulan pula, memandangkan aku baru pulang dari Kota Kinabalu dan kini di tangan aku merupakan sebuah buku kontemporari yang mengumpulkan cerpen-cerpen berlatarbelakangkan Kota Kinabalu, lelaki Inggeris yang mendiam di dalam badan aku menjerit "What a coincidence!"

Dengan harganya RM21.90, memang sesuai untuk the young , the sengkek and the kiam siap seperti aku yang memerlukan bacaan kontemporari di KLIA2. Buku ini diterbitkan oleh Fixi Novo, salah satu anak syarikat Fixi (kalau aku nak salah)

Aku baca sedikit isi kandungannya, supaya KK yang dimaksudkan benar-benar Kota Kinabalu, bukan Kuala Ketil atau Kuala Kubu, atau Kuala Kangsar. Jangan-jangan Kim Kardashian tak? Setelah mengesahkan perkara itu, aku bawa buku koleksi ceepen  'Chronicles of KK'  ke kaunter dan mengeluarkan wang secukupnya.

"Abang ada kad tak?" tanya lelaki di kaunter 

"Ada" aku jawab. Aku keluarkan kad, lihat pada tarikh luputnya masih jauh nun 2017, aku serah pada lelaki di kaunter.

Lelaki di kaunter terkejut. Apahal aku bagi kad pun terkejut, bukan bagi pistol.

"Ini kad Popular bang, sini MPH" lelaki di kaunter MPH bersuara.

"Oh...takde, takde" balas aku sambil mengambil balik kad Popular aku tanpa membuat eye-contact. Tadi mintak kad, aku bagilah kad, lain kali cakaplah jelas-jelas kad MPH. Aku tak bagi kad Petron pun dah cukup baik.

5 comments:

Aramaiti Sabah - Penerbangan Ke Sabah

Wednesday, November 30, 2016 Fendi Rocka 6 Comments


Aramaiti Sabah


Tiba di Kota Kinabalu, cuaca nampaknya elok. Mengantuk aku pun nampaknya sudah hilang seperti yang dirancang. Penerbangan aku jam 9:20 pagi, tapi aku dah bangun lebih awal untuk tiba di lapangan terbang Kuala Lumpur seawal jam 5 pagi. 

Sengaja aku kumpulkan mengantuk untuk kemudian aku lampiaskan di dalam kapal terbang. Aku memang taknak berjaga dalam kapal terbang, risau nanti sampai di KK kepenatan pulak, jadi aku gumpal-gumpal rasa mengantuk tu sampaikan kalau aku sandangkan gumpalan ngantuk tu pada bahu gajah Tony Jaa, tentu gajah Tony Jaa dengan Tony Jaa sekali terlangkup tak dapat menanggung.

Sampai di muka pintu kapal terbang, aku disambut mesra oleh senyuman pramugari-pramugari. Gumpalan mengantuk tadi yang kononnya keras dan padat, bertukar menjadi wap air yang terkondensasi. Mata jadi cerah. Tapi tak lama, aku luruskan semula niat suci murni untuk tidur setibanya sampai di kerusi. Aku duduk di kerusi sebelah laluan orang masuk, belum sempat semua orang selesai masuk perut kapal aku dah siap pakai tali pinggang, pakai topi, pakai hood baju sejuk aku dan terus tenggelam dalam tidur stage 2 (secara saintifiknya tidur mempunyai 3 stage) 


Stage 1 (NREM1 or N1) is the stage between wakefulness and sleep, sometimes referred to as somnolence or drowsy sleep, in which the muscles are still quite active and the eyes roll around slowly and may open and close from time to time. 
Stage 2 (NREM2 or N2) is the first unequivocal stage ofsleep, during which muscle activity decreases still further and conscious awareness of the outside world begins to fade completely. If any sounds are heard, the sleeper is not able to understand their content at this point. 
Stage 3 (NREM3 or N3) is also known as deep or delta or slow-wave sleep (SWS), and during this period the sleeper is even less responsive to the outside environment, essentially cut off from the world and unaware of any sounds or other stimuli. 


Ketika lena aku kukuh di stage 2, dapat aku rasakan kapal terbang ni dah berada di udara, sekejap-sekejap aku dimasukkan semula ke stage 1. Aku abaikan, masuk semula ke stage 2, tapi ditarik semula ke stage 1 dan kemudian terjaga. Terasa dari tadi bahu aku seperti dilanggar. Aku duduk sekejap di situ dengan tenang, kemudian datang pramugari memberi makanan kepada para penumpang. Tapi bukan itu yang mengejutkan aku dari tidur sebenarnya.

Di laluan sedikit sempit di sebelah aku, pramugari akan berjalan dan setiap kali bila berada di sebelah aku pinggul beliau atau selebihnya akan bertembung dengan bahu aku, mungkin jugak lengan, aku tak pasti sebab tadi aku tidur. Aku tarik balik bahu aku yang inesen, kemudian aku sambung tidur. Makanan di depan aku biarkan menjadi saksi segala kejadian.

Kira-kira 2 jam kemudian aku terjaga ketika kapal terbang landing di Kota Kinabalu. Ini adalah kali ke-3  dalam masa 3 tahun aku terbang ke Kota Kinabalu. Menjejak kaki di negeri di bawah bayu, atau pelancong asing gelar sebagai land below the wind, pernah menjadi cita-cita aku setelah bersahabat baik dengan seorang gadis Sabah bernama Ros semasa belajar dulu. Cita-cita itu dah lama aku capai, tapi tak sangka menjejak kaki di Sabah menjadi begitu konsisten.

Tak lama kemudian, perempuan kegemaran aku pun tiba, kami sama-sama pergi mendapatkan kereta sewa. Apabila dia bertanya tentang penerbangan tadi, aku sekadar menjawab "Ok je". Takkanlah aku nak cerita pasal pramugari pulak kan.

6 comments:

2 perkara merencatkan penulisan

Tuesday, November 29, 2016 Fendi Rocka 4 Comments



Aku ada nak menulis sesuatu sekarang ni, dalam fikiran aku, perkara tu dah siap tertulis, tinggal nak taip je ni.

Tapi ada dua perkara yang merencatkan proses penulisan itu.

1. Dari tadi banyak pulak notifikasi facebook, sudahnya aku banyak menulis komen di facebook.

2. Aku rasa nak berak.

4 comments:

Hanyut

Tuesday, November 29, 2016 Fendi Rocka 3 Comments

1.Rupa-rupanya hari ni aku cuti, semalam aku kata aku tak sabar nak pergi kerja kan, rupa-rupanya hari ni aku cuti lagi. 

2.Banyak perkara nak tulis, tapi bila dah banyak, benda jadi tak terurus dan biasanya akan hilang dalam kesesatan. 

3.Dalam kepala ni bila banyak perkara yang aku fikir dengan pantas dan proses serentak, percakapan jadi laju dan perkataan saling berhimpit, orang tak dapat nak hadam. 

4.Itu juga sebab kenapa tulisan aku menyerupai cakar arnab, masa aku tulis tu aku berfikir lebih pantas dari jari aku bersedia untuk tulis/ catat, aku dah fikir ke depan tapi jari tak dapat catch-up maka tak tentu arah lah dia.

5. Jenis gopoh pun iye jugak. Orang kata jenis camni dikira bijak, perghh..bijak rupanya aku ni. Harap artikel yang aku baca tu tak membohong. Sesetengah artikel ditulis memang nak bagi sedap orang baca je.

6. Masa aku sedang tulis point nombor 6 ni, sebenarnya aku dah fikir point nombor 10, dah tahu nak tulis apa.Tapi aku tak boleh nak tulis serentak, jadi aku kena bersabar dulu tulis satu persatu dan kena sedar yang aku sedang berada di nombor 6, bangang.

7. Alamak, aku dah lupa apa aku nak tulis apa tadi, sebab ni lah kenapa aku tak suka nak tulis lambat-lambat, rasa nak tulis cepat-cepat. Mungkin inilah yang orang katakan, kalau kita terlalu fikirkan yang dihadapan, kita akan terlepas yang sekarang.

8. Menurut artikel tu lagi, orang jenis begini biasanya  akan buat banyak kesilapan ejaan, tapi aku lain sebab alergik pada typo. Kalau ada typo walau satu huruf ,aku akan betulkan, kalau kau masih jugak jumpa typo aku, maknanya memang aku sengaja atau memang aku tak reti nak eja perkataan tu.

9. Hilang dah, tak tahu nak tulus apa, ni yang aku cakap tadi, hilang dalam kesesatan.

10. Habis.

3 comments:

Kasut Sekolah Murah

Monday, November 28, 2016 Fendi Rocka 2 Comments

Kasut Sekolah Murah


Tadi aku pergi pasaraya Giant, nak cari benda lain tapi ternampak pulak kasut sekolah di bahagian "Back to School", yang warna hitam ala-ala pengawas tu aku perati elok jugak aku pakai pergi pejabat. Rasanya budak-budak baru je mula cuti sekolah minggu lepas, lambat lagi kut dorang nak back school, baik aku beli untuk aku dulu.

Lagipun harga Alhamdulilah murah. Bila time nak bayar di kaunter rupa-rupanya lagi murah sebab ada diskaun, Alhamdulilah lagi sekali. Tak sabar rasanya nak pakai ke pejabat esok, tak sabar nak dengar orang cakap "Eh macam budak sekolah lah", tak sabarnya, tak sabar sekali lagi. Tak sabar.

2 comments:

Pengalaman Bersunat

Thursday, November 24, 2016 Fendi Rocka 1 Comments


Pengalaman Bersunat

( Sekadar Gambar Hiasan)

Usai sudah segala prosedur, aku disahkan selamat disunatkan. Nampak gayanya semua berada dalam keadaan yang diimpikan (kecuali apa yang berlaku kepada doktor). Bagi diri aku, aku tetap aku, tiada apa yang berubah melainkan yang satu itu. Berubah ke arah yang lebih diredhai.

Oh lupa pula nak beritahu, aku disunatkan pada hari yang sama dengan abang aku, aku tak tahu kalau abang aku ada cerita yang lebih menarik di bilik khatan tu, tapi masa dia keluar tu dia punya muka ada senyum, jalan macam orang baru dapat BR1M, jenis macam tak sabar nak guna apa yang dia ada.

Dipendekkan cerita tentang abang aku, senyuman dia tak berpanjangan, lepas tu 2-3 kali jugak dia ulang-alik pergi klinik, gasak sangat tu. Aku pun ingat-ingat lupa kejadian tu, atau sebenarnya aku tak berapa nak amik tahu pun pasal burung orang lain, kerana burung aku sendiri pun apa kurangnya.

Ok tu cerita lain.

Selepas majlis bersunat tu semua, biasalah akan ada sanak-saudara dan jiran tetangga yang datang melawat. Itu aku okey, cuma mungkin trend pada zaman tu, kalau datang melawat orang bersunat, yang aku tak faham biasanya makcik-makcik, mesti dia nak selak kain tengok. Tak tahulah itu sejenis perlakuan kinky atau apa, tapi secara logiknya apsal kau nak tengok, cuci mata? Entah, mungkin ada hikmah di sebaliknya.

Sudahlah burung ketika itu dalam keadaan RnR (rest and relax).

Lepas tengok tu, biasalah akan bagi duit selit letak bawah batal atau tilam. Masa tu terasa la macam penari tiang sekejap. Kalau boleh teruskan kerjaya macam ni, masyuk jugak ye tak, hanya bermodalkan maruah sahaja.Tapi tidak, aku tak biarkan perkara seperti itu berlarutan. Memang tak setujulah budaya sebegitu rupa, anak dara kau pertama kali datang bulan takde pulak pakcik-pakcik request nak selak kain.

Kemudian, berkat mengikut nasihat doktor dan tidak melakukan perkara-perkara yang memudaratkan, aku menamatkan tempoh perintah berkurung burung seperti yang dijadualkan. Meski pengalaman singkat itu tidak begitu mahal harganya, namun sempat juga aku dilayan seperti raja, serta cukup untuk membuat anda membaca entri ini hingga titik terakhir.


1 comments:

Pengalaman Berkhatan

Monday, November 21, 2016 Fendi Rocka 2 Comments


Pengalaman Berkhatan



Pengalaman berkhatan aku takdelah menarik mana. 

Bukan nak berbual, tapi aku boleh dikatakan tak gentar dalam episod berkhatan ni. Cukup tenang dan cukup berketrampilan. Kerana apa yang bakal aku ceritakan ini, mungkin doktor yang perlu gentar, bukan aku. Aku hanyalah lelaki inesen yang punya burung untuk diupdated.

Hari yang dinanti pun tiba, sedang temasya berlangsung, perkara yang aku cukup risau  (selain kalau-kalau doktor adalah seorang wanita) tiba-tiba berlaku, rasa nak terkencing tu datang. Aku awal lagi dah bajet, ni kalau time nak khatan kalau biliknya sejuk, kemungkinan untuk terkucil sangat cerah walau aku dah kawal minum dari malam sudah. Aku memang jenis tak tahan sejuk bai.

Pada mulanya seperi bisikan, lama-kelamaan ia menjadi kenyataan. Aku cuba tidak memikirkan rasa itu, aku cuba berunding dengan pundi agar beliau memilih jalan kedamaian.

Rundingan gagal. 

Aku khabor kat bapak aku tentang perasaan yang datang itu, bapak aku cuba pula berunding dengan aku, dia memegang tangan aku supaya tidak bergerak dari pembaringan, sambil dia seperti memerhati doktor jika temasya ini boleh diberhentikan seketika untuk memberi laluan pada iklan. 

Tidak.

Pada ketika itu alat-alat sudah tersedia, burung di persada sudah bersedia memandang ke atas seperti meriam, nampaknya tiada jalan keluar, sejuk itu menusuk, dalam sekelip mata ia terjadi, air kencing meletus ke udara dengan laju. Seperti meraikan kemenangan.

Tak puas dengan itu , disusuli pula dengan percikkan ke kiri- kanan, aku tak boleh berbuat apa-apa sebab ketika itu tangan aku dah kena lock. Dia auto-pilot. Kau pun paham, kencing yang paling puas adalah kencing yang ditahan-tahan. Masa tu aku tak tahu sama ada nak menghela puas atau harus tunjukkan penyesalan. 

Bapak aku menampakkan juga riak penyesalan melihatkan doktor dah kucar-kacir. Aku yakin memang terkena lah sikit kat baju doktor, lencun juga sarung tangan beliau dibuatnya, sebab masa kejadian itu berlaku doktor memang ngam-ngam tengah pegang burung, tak terpancut dalam mulut dah kira selamat, yang selainnya kita anggap sajalah sebagai job hazard seorang doktor. Redha is the keyword. 

Lepas bersihkan mana yang patut, operasi diteruskan semula setelah aku yakin pundi sudah berdamai. Dalam hati aku juga berharap agar doktor tidak terbawa-bawa dengan kejadian sebentar tadi, forgive and forget lah orang puteh khabor. Alhamdulilah nasib aku baik tidak dapat doktor jenis kuat berdendam, sebab masa depan aku kini aku serah betul-betul di tangan beliau, tangan yang aku kencingkan. 

2 comments:

Penulis blog

Sunday, November 20, 2016 Fendi Rocka 4 Comments




Tidak sampai sebulan lepas, kami ke Perlis. Tujuannya tidak jelas, perjalanannya mengambil masa kira-kira 6 jam. Aku dan Perlis mempunyai jalinan sejarah selama 5 tahun, sebelum kami berdakap dan mengambil haluan masing-masing. Panjang ceritanya tapi itu cerita lain.

Ini adalah kali pertama menjejak Perlis setelah aku tinggalkan buat 5-6 tahun lepas.Selesai letak barang di tempat penginapan, kami tak banyak songeh terus menyinggah di sebuah restoren makanan barat yang diusahakan oleh kawan aku anak jati Perlis. 

Hujan turun agak lebat membasahi, kami tiba di restoran dengan aku sedikit basah tapi tidak apa-apa. Kehadiran aku di sana sedikit menggamit memori lama. Dan sekarang di restoran itu, berjumpa pula kawan dari masa lama, seperti memori itu hidup semula di depan mata disertai dengan bau-bau masakan barat dan bau hujan.

Kawan aku menyapa aku, memberi senyuman yang tidak pernah berubah seperti dahulu. Dari wajahnya, aku perhatikan langsung tidak dimakan usia, wajah aku? Mungkin untuk wajah aku boleh disimpulkan melalui kata-kata orang puteh Old is gold. Kawan aku duduk tenang di depan aku yang baru sahaja melalui perjalanan sejauh 510km. 

Dia bertanya, "Blog hang macam mana? Ada tulis entri lagi". Dalam perjalanan sejauh itu, sempat berhenti beli mangga dan berak di RNR, sekian lama tidak berjumpa, tak pernah aku menyangka dia akan bertanya tentang blog aku, sebagai pembuka bicara. 

Aku terkesima sejeda. " Blog?" balas aku. Kepala aku berpusing dengan laju, blog apa yang aku ada pada 5-6 tahun lepas semasa aku di Perlis. Aku tidak ingat jika dia pernah membaca blog aku, aku juga tidak pasti apa yang aku tulis di blog ketika itu yang masih meninggal kesan. Yang pasti blog itu sudah meninggal dunia. Katanya, dia suka membaca blog aku suatu ketika, dia tak pernah beritahu tapi dia minat aku merepek secara bertulis begitu.

Ohhh. Aku cuba navigasi ke topik yang lain.

4 comments:

Small

Saturday, November 19, 2016 Fendi Rocka 3 Comments

Small daily improvements over time lead to stunning results. Why?

Because consistency is the mother of mastery. And incremental improvements are the father of exceptionalism.

Robin

3 comments:

Lawak Yang Menaikkan Darah

Monday, November 07, 2016 Fendi Rocka 4 Comments


4 comments:

KAH! KAH ! KAH!

Monday, November 07, 2016 Fendi Rocka 0 Comments

KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!

0 comments:

Prolog dari Petaling

Sunday, November 06, 2016 Fendi Rocka 2 Comments


Prolog dari Petaling


Jumaat, 7 pagi. Turun dari transit aliran ringan, aku bergegas ke kiosk makanan yang berada berdekatan, tujuan aku sebulatnya mahu membeli 3 kuih keria dan 3 karipap. Aku tak pasti ejaan kuih keria yang sebenar. Masa nak beli tu pun aku sekadar tunjuk kat kuih tu dah cakap "3". Makcik tu cakap "3 keria ye". Aku angguk. Aku tak pasti makcik tu tahu ke tak mengeja keria. RM3 harga totalnya.

Sesampai di ofis aku terus aktifkan komputer riba dan segera menghantar satu surat elektronik kepada rakan sekerja. Surat atas talian tu berbahasa omputeh, "kindly allocate 100% to me first" antara isi kandungannya. Bukan main.

Sambil-sambil membaca surat-surat elektronik yang aku terima sejak semalam, aku bersatu dengan kuih keria dan karipap. Aku buat keputusan untuk mempraktikkan sistem penggiliran, dimulai dengan kuih keria kemudian karipap, begitulah seterusnya. Tanpa aku sengajakan, akal matematik aku bangun, setiap kuih yang aku telan bernilai 50sen. Suatu ketika dahulu 50 sen ni adalah nilai sebungkus nasi lemak.

Aku teringat pula pada pengalaman 2 tahun lebih yang lalu, masa tu aku pun penjual kuih-muih juga. Ya, aku pernah meniaga / menjual kuih-muih. Walaupun raut wajah aku tak macam penjual kuih, tapi, aku pernah menjual kuih sebagai mata pencarian. Oleh itu, aku jugak memahami perih si penjual kuih untuk bangun pagi buta untuk mencari rezeki halal, juga aku memahami keredhaan si penjual kuih apabila pelanggan yang dikasihi memberi wang kertas RM50 untuk kuih 4 bijik. 

Masa jadi penjual kuih tu, aku kena marah sebab tak jual kuih 50 sen, sebab orang semua zaman sekarang jual kuih 50sen. Takde lagi kuih 3 seringgit (sekurang-kurangnya di kawasan aku memang begitu). Tak sempat aku nak mengenang lebih panjang kisah aku menjual kuih, kuih karipap dengan keria aku pun habis. Terus aku malas nak fikir pasal kuih. Aku terfikir pulak pasal kawan sekerja aku yang duduk sebelah, masih belum sampai lagi. Semalam kesihatan dia tak berapa padu, batuk demam selsema. Antara hidup dengan pitam. 

Aku mendoakan dia semoga cepat sembuh dan datang kerja hari ni, kalau itu tidak berlaku, aku menjangkakan hari ni akan panjang.

2 comments:

Remaja Kita Tinggalkan

Wednesday, October 26, 2016 Fendi Rocka 4 Comments

Di usia ini, tiada apa sangat yang boleh dibanggakan, cukup sekadar ada jiwa yang sejahtera, untuk terus bertahan dan berlawan.

4 comments:

Sambungan Dari Entri Yang Lepas

Tuesday, October 11, 2016 Fendi Rocka 5 Comments




5 comments:

Kecewa, Patah Hati, Hampa dan Frust

Wednesday, October 05, 2016 Fendi Rocka 5 Comments





Kalau menggulung kuih sagu,
     Jangan lupa menaruh inti;
Orang termenung menupang dagu,
     Itulah tanda kecewa di hati.


Aku mahu menulis tentang kecewa. Sebagai mukadimah, puisi di atas adalah satu contoh puisi yang berkisar tentang kecewa. Boleh saja aku nyanyikan lagu kecewa pada semua, tapi pasti kalian akan kecewa kerana tidak dapat mendengarnya di sini. 

Kecewa, atau kata lainnya hampa, patah hati atau frust.

Banyak hal yang boleh mengundang kekecewaan, kalau aku tuliskan satu persatu di sini, hingga Donald Trump jadi presiden pun belum tentu tamat. Bahkan, Donald Trump menjadi presiden Amerika pun terpaksa ditambah pula ke dalam senarai, kerana hal itu turut akan menjadi satu lagi kekecewaan buat sesetengah orang.

Maka, aku pendekkan sajalah ceritera aku di malam yang kelam ini. Aku sebenarnya menyimpan satu kekecewaan sejak beberapa hari lepas. Hal itu terjadi kalau tak silap ketika aku sedang bermain FIFA2017 bersama teman. Sedang elok aku menggelecek bola, aku tanyakan pada kawan aku, yang manakah lebih berat, 1 tan besi, atau 1 tan kapas.


Dia jawab, 1 tan besi. 

Kecewa aku, kecewa.

5 comments:

Doktor

Friday, September 30, 2016 Fendi Rocka 2 Comments

Ya ampun.Senang cerita macam ni lah, pada yang tidak kisah integriti PHD / doktor sewenangnya diperkosa di khalayak( sama ada sebagai pemasaran atau tauliahan pada sesuatu bidang), jangan melatah nanti bila anda atau orang kesayangan anda sakit dan dimasukkan di hospital/ jalani operation, yang merawat adalah doktor yang sebenarnya bukan doktor pun
tapi "sekurang-kurangnya dia nak bantu bumiputera". Ya ampun.


2 comments:

Doktor

Friday, September 30, 2016 Fendi Rocka 0 Comments

Ya ampun.Senang cerita macam ni lah, pada yang tidak kisah integriti PHD / doktor sewenangnya diperkosa di khalayak, jangan melatah nanti bila anda atau orang kesayangan anda sakit dan dimasukkan di hospital/ jalani operation, yang merawat adalah doktor yang sebenarnya bukan doktor pun
tapi "sekurang-kurangnya dia nak bantu bumiputera". Ya ampun.


0 comments:

Kisah Lelaki Curang

Saturday, September 24, 2016 Fendi Rocka 2 Comments



Ni cerita tentang seorang lelaki curang, berlaku ketika aku tengah beratur di kaunter kedai serbaneka Depan aku ada dua orang gadis tengah buat pembayaran sambil potpetpotpet. Pekerja kaunter tu tenang je tekan-tekan mesin dan ambil bayaran sambil dua orang gadis tadi potpet kemudian ambil barang dan blah sambil potpet.

Lepas dua gadis potpet blah maka giliran aku lah seterusnya, aku nampak pekerja kaunter tu pegang duit kat tangan dia sambil memandang sahaja dua gadis potpet blah. Dia letakkan duit tu kat tepi pastu dia amik barang aku untuk scan. Dalam beberapa saat lepas tu gadis potpet tadi datang balik kata lupa amik baki, terus pekerja kaunter tu bagi duit yang dia pegang tadi.

Soalnya, pekerja kaunter tu dengan sengaja tak panggil perempuan potpet tadi tu. Nak lebih terperinci lagi, semasa gadis potpet blah , pekerja kaunter dah pegang duit baki, tapi bila gadis potpet sibuk berpotpet dan berlalu pergi ..pekerja kaunter terus sailang duit baki letak tepi, tak hulur atau panggil langsung. Inilah namanya curang dalam pekerjaan. 

2 comments:

Mengunyah

Friday, September 23, 2016 Fendi Rocka 2 Comments



Jawapan untuk post terdahulu, info diculik dari status mukabuku kawan.

There’s something you do every day to help move old earwax out of your ear canal.

Chewing / Mengunyah

Like some ovens, your ear canals are self-cleaning. Every time you chew or move your jaw, you’re helping move old earwax from your ear canal to your ear opening. The wax then dries and falls out.

2 comments:

Korek Telinga

Thursday, September 22, 2016 Fendi Rocka 7 Comments

Tahukah anda, apakah cara atau aktiviti yang boleh mengeluarkan tahi telinga tanpa perlu mengorek?

Masukkan air ke dalam telinga?

Gunakan vacuum / penyedut hampagas?

Atau, dengar muzik dengan volume tinggi?





Aku tak tahu sebab tu aku tanya.

7 comments:

Membalas Komen

Thursday, September 15, 2016 Fendi Rocka 3 Comments




3 comments:

Sap Kok Lu

Tuesday, September 13, 2016 Fendi Rocka 1 Comments



Aku tak faham kenapa merokok dikategorikan sebagai masalah sosial. Sedangkan ustaz-ustaz bukan seorang-dua yang merokok, takkanlah itu masalah sosial sebab masa ceramah kan ustaz sendiri yang bagitahu jangan terjebak dengan masalah sosial.

1 comments:

Makan Sedap

Sunday, September 11, 2016 Fendi Rocka 3 Comments




Perempuan bila tetiba nak makan sedap be like:


" Haa hari ni nak makan sedap-sedap sebab tension kat ofis"

" Haa hari ni nak makan sedap-sedap sebab minggu depan puasa"

" Haa hari ni nak makan sedap-sedap sebab minggu lepas puasa"

" Haa hari ni nak makan sedap-sedap sebab ada kedai baru"

" Haa hari ni nak makan sedap-sedap sebab gaji dah masuk tadi"

" Haa hari ni nak makan sedap-sedap sebab gaji baru masuk minggu lepas"

" Haa hari ni nak makan sedap-sedap sebab esok dah nak gaji"

" Haa hari ni nak makan sedap-sedap sebab esok birthday saya"

" Haa hari ni nak makan sedap-sedap sebab tadi hujan"

" Haa hari ni nak makan sedap-sedap sebab minggu lepas birthday saya"

" Haa hari ni nak makan sedap-sedap sebab hari ni hari kebangsaan/ hari wanita/ hari kidal/ hari kanak-kanak/ hari oku / hari isnin selasa rabu khamis dan lain-lain"


Senang macam ni lah, nak makan sedap makan je la, anggaplah itu selera dan kehendak sendiri, tak payah sampai nak puncakan segala, sampai semut nak bertelur pun tiba-tiba boleh buat anda nak makan sedap-sedap. 

3 comments:

Ignorance is bliss

Saturday, September 10, 2016 Fendi Rocka 2 Comments



It's fun most of the time


Tapi.


kalau asingkan diri dari segala mak nenek sosial media, stop react and respon to every news on media pun boleh bantu aligment kan emosi dan fikiran.


Ignorance is bliss, if you cant handle it, dont mind.

Be minimalist.



2 comments:

Kek Hari Jadi

Friday, September 09, 2016 Fendi Rocka 5 Comments






Aku memang tak minat makan kek, atau lebih tepat lagi, selalunya aku tak suka kek harijadi, atau kalau nak tambah lagi bagi jelas, setakat ni memang jarang aku makan kek hari jadi yang aku suka.

Biasa kek yang aku suka adalah kek yang aku beli sendiri. Logiklah kan gitu. Sementara kek hari jadi biasanya dibeli untuk ritual sahaja, sekadar untuk mata.

Kebiasaannya juga, bila kek hari jadi dah dipotong dan diagihkan kepada orang, tentunya tak sporting kalau kita menolak, biasanya aku akan terima dan acah-acah makan sekali ada dua kali, kalau larat aku acah-acah lah sampai 3-4 kali.

Ada jugak yang aku amik, pastu aku buang terus bila tak ada yang perasan. Memang kurang minat makan kek, atau lebih tepat lagi, selalunya aku tak suka kek harijadi, atau kalau nak tambah lagi bagi jelas, setakat ni memang jarang aku makan kek hari jadi yang aku suka.

5 comments:

Girly Talk

Thursday, September 08, 2016 Fendi Rocka 2 Comments

Confessions of Lelaki Kacak 


Meskipun aku tak suka caci maki, aku sebenarnya lebih alahan kepada girly talk. 

Kalau keluar dengan sebilangan perempuan, yang nice-nice bila bercakap, berselang-seli dengan gelak girly yang entah apa yang kelakar, menanam tebu di bibir, terus aku rasa nak bawa diri ke Pergunungan Himalaya atau yang jauh lagi. 

Tapi tu lah, biasanya, bila dah ter-join agak sukar untuk lepas, dah jadi macam kura-kura yang terlentang.

Bila orang sedar akan riak azab dan seksa kat muka aku, berilah alasan mengantuk ke, sakit perut ke, demam ke untuk jaga hati perempuan, kemudian aku sambung terlentang seperti kura-kura.

2 comments:

Lelaki Jujur

Wednesday, September 07, 2016 Fendi Rocka 3 Comments



Sebenarnya semalam aku balik tepat jam 4, tidak seperti sediakala yang mana aku akan amik tempoh bertenang kadang setengah jam kadang sejam, adalah disebabkan kat pejabat aku ada auditor tengah buat kerja, aku dari pagi lagi rasa macam nak sawan, tambahan pula manager aku takde kat pejabat, amat merbahaya.

Orang jujur macam aku ni, auditor cukup suka. 

3 comments:

Kejayaan

Tuesday, September 06, 2016 Fendi Rocka 3 Comments


Kejayaan hari ini adalah bila mana berjaya tutup pc di pejabat tepat 4pm (waktu kerja tamat). Ini jarang-jarang berlaku sejak dua menjak ini, maka perlu dinotakan.

Harap Maklum.


3 comments:

Hujan Turun

Sunday, September 04, 2016 Fendi Rocka 3 Comments

Banyak dah lagu ditulis ketika hujan, 
puisi juga,
hujan ni macam membuka hijab idea,
jodoh juga banyak bertemu ketika hujan, dan juga kematian ketika hujan,
sesungguhnya hujan ni banyak simboliknya dengan jiwa manusia,
lebih-lebih lagi hujan lebat mencurah
bagaikan tiada henti, 
kau lah lagu ku, kau irama terindah, 
tak lagi ku dengari....eh tu lagu sedih.

Yang lebih sedih, betul ke Rasullulah pernah berada dalam kedukaan yang amat ketika hujan, bila ditanya sebabnya, beliau berkata kerana teringat begitulah kekdahnya manusia jatuh dari Siratul Mustaqim, seperti hujan yang turun. Patutlah doa ketika hujan ni mustajab kan.

hujan

3 comments:

Surat Kepada Kekasih

Friday, August 26, 2016 Fendi Rocka 4 Comments





Seorang pahlawan mungkin tukar senjatanya, tapi bukan hatinya.

Itulah yang dikatakan oleh seorang jurukasut di sebuah pekan kecil di Bulgaria.

Ditambahnya lagi, pahlawan dengan pencinta ada bezanya, tapi tak banyak, mirip-mirip saja, seperti kasut di belah kiri dan belah kanan.

Maka, jadilah kita kedua-duanya, pahlawan dan pencinta, seorang yang gagah dan dalam masa yang sama punya rasa cinta yang tulen. 

Bukan baca surat Lin Dan kepada Chong Wei pun nak teriak. Pui.

4 comments:

Kalah

Sunday, August 21, 2016 Fendi Rocka 0 Comments

Soal menempuh kekalahan, kita dibentangkan dengan pilihan, sama ada hati ini perlu patah, atau, ia harus bertukar menjadi emas.

Mencari hati emas bukannya mudah, kata sifu. Mungkin selamanya takkan aku temui.

hati emas bukan payung emas

0 comments:

Ngomong

Friday, August 19, 2016 Fendi Rocka 3 Comments


Ngomong-ngomong saja



Kita ni duduk depan televisyen, komplen tentang komitmen atlet tak cukup kuat, sedang kita nak kluar jogging pun berat.

Kita ni lepak kedai mamak minum kopi, komplen ekonomi negara tak kena itu ini, sedang kewangan diri sendiri, pun tak terjaga tak tentu ke mana arah lagi.

Kita ni sesedap rasa share di media sosial tentang salah guna kuasa dan korupsi orang terkemuka, sambil kita senyap-senyap klik new tab untuk muat turun percuma lagu,filem, hasil seni.

Kita ni sebenarnya banyak ngomong.


3 comments:

Soalan

Wednesday, August 17, 2016 Fendi Rocka 2 Comments




Am I living
or just existing

.
.


2 comments:

Mula

Saturday, August 13, 2016 Fendi Rocka 1 Comments

You Will Never Run Alone

1 comments:

Yang Paling Dalam Yang Paling Peribadi

Friday, August 12, 2016 Fendi Rocka 1 Comments


Ketika melihat foto-foto lama, cuba menyelami kejadian seperti dalam foto, persoalan-persoalan muncul, di mana foto diambil, bilakah waktunya,pakaian yang dipakai, bagaimana rasanya.
Tapi seringkali yang kita lupa, tak dapat diingat melalui foto adalah perkara yang paling dekat dan paling dalam, juga paling peribadi dengan kita, ia bukannya kasut yang kita pakai, sama sekali bukan fesyen pakaian atau gaya posing, ianya adalah fikiran dan perasaan.

2 perkara ini jangan nak harapkan sangat untuk orang lain ingatkan pada kita kerana sama ada mereka tidak tahu pun atau taknak amik tahu, kita sendiri yang perlu semat dengan cermat, biasanya dah dimakan waktu dan tertimbus dengan fikiran dan perasaan lain yang bersilih ganti. Melainkan perkara yang betul-betul memberi impak padu, kita cenderung untuk lupa terus pada fikiran-fikiran atau perasan yang pernah singgahlalu di trafik minda kita.

Mana tidaknya, aku sendiri seperti mimpi apabila  membaca semula fikiran yang aku tuliskan di facebook dan blog. Aku terlupa yang menulis itu adalah diri aku pada suatu masa yang dulu. Terasa seakan berada di dimensi atau entiti yang berbeza. Pelik. Bagaimana aku boleh lupa perkara yang paling dekat dan paling dalam, juga paling peribadi dengan aku?

1 comments:

Main Layang-layang

Thursday, August 11, 2016 Fendi Rocka 1 Comments




Biasa juga apabila aku mula menulis /mencatat atau menconteng sesuatu, aku sebenarnya tak tahu pun apa akan terjadi, ke mana perginya abjad demi abjad tu, bentuknya pun tak tergambar bujur, petak atau bulat, terus saja aku menulis dan membiar fikiran aku seperti layang-layang yang talinya di tangan aku tapi tidak angin dan ribut.

Idea dan inspirasi ni umpama angin yang datang atau sedia ada di sini sana, tinggal kita saja mencorakkan ke mana layang-layang mahu diterbangkan. Tarik pun usah gasak sangat, takut terputus kang duduk senyap je la.




1 comments:

Nasib

Monday, August 08, 2016 Fendi Rocka 3 Comments

Tentunya tuhan sudah tetapkan manusia dengan jodoh masanya sendiri, yang akan mengikutnya seperti kiraan nadi satu persatu. Tak perlu berkejaran kerana semakin dikejar semakin pula ketinggalan lalu kerugian. Kita boleh mengubah nasib, tapi takkan mungkin boleh mendahului nasib. Dup-dup-dap.

3 comments:

Guru Terbaik

Wednesday, August 03, 2016 Fendi Rocka 4 Comments


Guru Terbaik


Dalam doa kita, klisenya kita memohon agar mendapat segala kebaikan dan dipermudahkan perjalanan hidup. Lalu tanpa kita sedari tuhan telah hantarkan guru-guru terbaik sebagai panduan dan rujukan supaya dapat kita memenuhi niat di-idam. Cuma guru yang dimaksudkan tidak selalunya menjelma dengan salam, hingga acapkali pula kita tak perasan kehadirannya sampai dipersia. 

When the student is ready the teacher will appear, tanpa mengira bentuk dan sifat.

kisah guru terbaik

4 comments:

Hak

Tuesday, August 02, 2016 Fendi Rocka 1 Comments


Hak


teluk adalah hak ombak,
ombak adalah hak pantai,
pantai adalah hak pesisir,
Pesisir merupakan daerah pertemuan antara darat dan laut;
Mengalami dan memahami hak-hak alam pasang surut, angin laut, dan perembesan air asin;
sedang di daratnya aku merindui,
rindu yang tentunya, adalah hak hati.

puisi alam

1 comments:

Perajurit Cinta

Monday, August 01, 2016 Fendi Rocka 1 Comments

Cinta adalah sesuatu yang universal, di celah dunia mana pun ada cinta. 


Cinta adalah sesuatu yang universal, di celah dunia mana pun ada cinta. Terkadang buta hidupmu. Terkadang semangat gelora . .universal tanpa perlu perbicaraan. Cinta tak berbalas pun universal jugaklah tapinya. 

Tapi tak mengapalah kan, cinta tuhan kepada kita pun selalu saja kita tak acuh, kalau cinta kita sesama manusiawi biarlah diuji semahunya, biar parut biar jatuh terduduk. Cinta tanpa ujian, hanyalah romantisme yang berbuih-buih lalu karam dalam keramaiannya, sirna.

Cinta sepatutnya membebaskan manusia dari jiwanya yang dalam, melepaskan, bukan memerangkap jiwanya dalam sekecil ruang. Sekilas pesona mata menampakkan ke mana arah cintanya terbang, kosong atau sedang garang

Itulah, orang kata pejuang dengan pencinta ada bezanya, tapi tak banyak. Ayuh semua wahai perajurit cinta, mengubah warna hati, menjadi lebih merah, dengan bancuhan cinta. Supaya dapat mematikan sengketa dan prasangka.

1 comments:

Ilmu Kebal

Saturday, July 30, 2016 Fendi Rocka 2 Comments

Ilmu Kebal



2 comments:

Suara Hati Seorang Seniman

Wednesday, July 27, 2016 Fendi Rocka 2 Comments



Seronok jugak menyanyi dalam hati ni, boleh buat suara macam-macam, kadang macam Faizal Tahir..kadang macam Jamal , kalau nyanyi lagu mat saleh tu bunyinya memang dah macam anak jati kampung Winsford, UK. Dalam hati lah tapinya.

2 comments:

Pasca Raya 2016

Tuesday, July 26, 2016 Fendi Rocka 2 Comments

Pasca Raya 2016


Orang zaman dulu kalau mengalami tempoh 'jiwa kacau', seminggu dua minggu tak nampak batang hidung beliau, kekadang sampai sebulan. Ada pulak taknak keluar rumah taknak bercakap dengan manusia, lagi teruk bercakap pulak dengan tenuk.

Berbeza dengan zaman sekarang, orang yang sedang jiwa kacau lebih banyak berinteraksi (meracau) dan mudah dilihat orang (post selfie sehari 5 kali). Walaupun pendekatannya berbeza, namun kedua-duanya bertujuan yang sama yakni mencari penawar kepada jiwa. 

Dan siapalah saya untuk menghakimi apa yang terbaik untuk semua, ada orang mungkin bersenam adalah penawar yang terbaik, ada jugak yang makan macam tiada esok, atau ada juga yang menjadikan aktiviti menangkap pokemon sebagai penawar jiwa lara, terpulanglah kepada kebijaksanaan masing-masing, cuma saya nak umumkan yang duit raya untuk budak-budak bagi tahun berakhir 2016 dah habis.

Jangan berharap sangat, jumpa lagi tahun depan. InsyaAllah.

2 comments:

Usia Sebenar

Saturday, July 23, 2016 Fendi Rocka 2 Comments

Anyone who stops learning is old, whether at twenty or eighty. Anyone who keeps learning stays young. The greatest thing in life is to keep your mind young.- Henry Ford



Di sebuah hotel yang dirahsiakan namanya, seorang pengurus bola sepak terkenal diwawancara oleh beberapa orang wartawan dari seantero dunia, salah seorangnya bertanyakan tentang seorang pemain bola sepak berusia 34 tahun yang baru dibeli oleh pengurus tersebut. Pada tahap umur sebegitu, mampukah seorang pemain bola sepak memberi impak kepada pasukan?(biasanya pemain bola sepak dah tak berapa nak bergetah sangat bila dah masuk 30 ke atas)


“Yes, because first of all I know him very well. I always think there’s our age in ID terms, but then there’s our real age. Because, for me, the real age is not the age on your ID. That’s just a date when you were born,”

Pengurus pasukan itu menambah lagi.

"The way he grew up playing the sports he did before football – especially martial arts – he was prepared in terms of his muscles and the mental point of view in a different way to the traditional football player, his DNA, his motivation"

Aku rasa ada betul juga kata-katanya. Pemakanan dan senaman, juga pemikiran atau secara keseluruhannya disebut sebagai gaya hidup amat berperanan dalam menentukan badan kita ni masih zuhur atau asar, atau dah nak masuk maghrib (sorok bawah karpet dulu tahun kita lahir).

Aku teringat suatu ketika di JPJ, semasa ramai orang bermasam muka beratur panjang menunggu giliran masing-masing, ada yang tunggu sambil baca akhbar, ada yang tengok-tengok orang, kebanyakkannya merenung telefon bimbit, tiba-tiba seorang atuk diberi laluan ke kaunter khas. Tak sampai 5 minit urusan beliau selesai. 

Staff di kaunter tu kata kalau tak silap aku orang berumur 50 tahun ke atas boleh ke kaunter khas yang cepat dan tangkas. Cuma yang menimbulkan rasa tak berapa kena , bila mana atuk yang dah berumur lebih 50 tahun tu dia punya badan bukan main lincah, berdiri tegak, jalan penuh gagah serta menyakinkan, pakai pulak seluar sukan, mukanya juga nampak 'boyish' ketika senyum kekok tatkala diminta ke kaunter khas. Mungkin dia tak sedar pun yang dia dah tua sebenarnya (ikut kad pengenalan)

Sedangkan yang muda-mudi 20-an, nampak lemau dan kepenatan. Termasuk aku lah ceritanya, siap mengantuk tak keruan. Dari situ aku sedikit terinspirasi untuk menjaga kesihatan tubuh dan fikiran seperti  ibu kucing menjaga anaknya tidak macam haruan. Taknaklah nanti aku dah masuk 50-an badan pun taknak mengaku tuan. Okeylah, apa-apa hal aku tidur dululah, kalau tak silap tidur boleh awet muda, kan?

You can't help getting older, but you don't have to get old.
- George Burns

2 comments:

Takabbur!

Wednesday, July 20, 2016 Fendi Rocka 1 Comments

Dosa yang menyebabkan kita menangis adalah lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takabbur

1 comments:

Penjudi

Tuesday, July 19, 2016 Fendi Rocka 0 Comments



Kadangkala,
separa sedar,
ketika kita menyoroti foto-foto sendiri,
terdetik,
merasakan kita ini,
photogenik.

Namun, 
fakta menerobos kebenaran,
kalau petik 50,
1-2 sahaja,
yang menjadi,
bukankah itu malang namanya.

Penjudi tegar pun belum tentu berani meletak wang pada kebarangkalian senipis itu.

0 comments:

Impian di Hari Raya

Monday, July 18, 2016 Fendi Rocka 4 Comments


Impian hari raya pada tahun ni sebenarnya nak beraya di kaunter PTPTN, bersalam dengan pegawai PTPTN dan melafazkan salam kosong-kosong, moga dihalalkan andai ada terlebih terkurang atau terpinjam.

Malangnya depa awai lagi dah bagitahu cuti seminggu, tutup.

Ingat kita terraa ,rupanya depa lagi terra. 

4 comments:

Barakah (sebuah nota penting)

Friday, July 15, 2016 Fendi Rocka 3 Comments

(Salinan asal dari http://www.thevocket.com/bagaimana-sebuku-roti-bawa-kepada-kehidupan-penuh-barakah-buat-seorang-lelaki/ )

Pada satu masa dulu.

Ada sorang lelaki tua ni, di zaman Nabi Musa AS. Dia sentiasa sibuk berzikir kepada Allah tetapi macam terganggu sikit sebab setiap hari dia asyik fikir risau pasal rezeki dia. Hari-hari memang rezeki dia ada sebuku roti je.

Kemudian satu hari ni, Nabi Musa lalu tempat orang tua tu. Orang tua tu pun fikir ni lah peluang yang terbaik untuk dia tanya Nabi Musa untuk tanya Allah SWT tentang rezeki dia.

Dia pun tegur dan beri salam kepada Sayyidina Musa A.S, dan dengan teragak-agak dia tanya.

“Oh Nabi Musa, apabila tuan bercakap kepada Allah, bolehkah tuan memohon Allah meningkatkan Rizq saya (rezeki). Dari dulu sampai sekarang, saya dapat sebuku roti setiap hari.

Saya berhajat untuk dapat lebih. Bolehkah saya dapat lebih daripada tu? Jika tuan bertanya kepada-Nya, sesungguhnya pasti Allah akan menjawab permintaan tuan dan memberikan saya lebih”


Nabi Musa pun setuju dan kemudian selepas bertanya, Nabi Musa mendapat jawapan bahawa rezeki yang telah ditetapkan dan ditakdirkan kepada org tua ni memang sebuku roti setiap hari sepanjang hayat dia.

Nabi Musa pun sampaikan kepada orang tua tu apa yang dia diberitahu.

Orang tua itu berasa sungguh gembira. Dia bertepuk tangan dengan gembira. Terkejut dengan tindak balas ini Sayyidina Musa A.S. bertanya kepadanya sebab kegembiraannya.

Lelaki itu menjawab, “Jika dah ditakdirkan, maka saya tidak mempunyai apa-apa yang perlu dibimbangkan. Sekurang-kurangnya saya akan sentiasa menerima satu buku roti untuk sepanjang hidup saya!” dan dengan itu dia kembali untuk solat dan ibadat dia.

Setelah beberapa bulan berlalu, ketenangan lelaki itu meningkat dengan pengetahuan bahawa dia tidak perlu risau bimbang tentang rezekinya.

Ini membolehkan beliau memberi tumpuan lebih kepada ibadat dia terhadap Allah, yang menyebabkan dia mempunyai masa yang kurang tumpuan kepada makanan, dan juga kurang masa untuk makan.

Jadi, dari dia memakan satu buku roti sehari, dia hampir tidak berjaya makan separuh roti.

Baki roti tu kemudian diletakkan di satu sudut. Tidak lama kemudian, longgokan di sudut tu mula meningkat, sehingga ia menjadi satu timbunan besar.

Pada satu pagi, ada penggembala yang berjalan melalui kampung tersebut dan berhenti untuk bercakap dengan lelaki tua itu.

Dia sedang mencari rumput kering untuk ternakan beliau tetapi tidak berjaya menjumpai apa-apa makanan.

Orang tua itu berkata kepadanya: “apa kata kalau kamu bawak roti-roti yang terletak dalam timbunan itu, lembutkan semuanya dengan air dan berilah makan kepada haiwan anda!”

Penggembala tu pun lakukan seperti apa yang dicadangkan orang tua tu dan haiwan ternakan dia pun makan semua roti tu sampai habis.

Untuk tanda berterima kasih kepada orang tua tu, pengembala tu memberikan seekor kambing ternakan dan meneruskan perjalanan dia.

Masa berlalu setelah berbulan-bulan dan bertahun-tahun, dan apabila Sayyidina Musa A.S. melalui lagi kawasan orang tua tu.

Dengan kagum beliau mendapati bahawa tempat orang tua itu tinggal, telah bertukar menjadi sebuah taman.

Ada pokok-pokok buah-buahan tumbuh berhampiran, dan haiwan-haiwan ternakan meragut tidak jauh dari situ.

Terdapat sebuah ladang gandum, dan suasana kesejahteraan. Sayyidina Musa A.S. mendapat tahu bahawa semua ini adalah milik orang tua yang sama.

Nabi Musa pun menjadi hairan, kerana dia tahu apa yang ditulis dalam takdir orang tua itu – sebuku roti sehari – Sayyidina Musa A.S. pergi untuk mengetahui apa yang terjadi.

“Bagaimana ini boleh berlaku? Sebuku roti sehari adalah apa yang tertulis. Namun dia memiliki begitu banyak lagi.”

Jawapannya, sesuatu yang kita semua perlu ambil iktibar:

Satu buku roti adalah Rizq (rezeki) yang telah ditulis untuk orang tua tu.

Pokok-pokok buah-buahan, binatang ternakan dan ladang tanaman adalah BARAKAH yang datang dari penerimaan apa yang telah tertulis untuk kehidupan dia.

Semua tu adalah ganjaran atas kepercayaan sempurna pada Allah SWT.

Barakah adalah hasil daripada peralihan dalam tumpuan dari apa yang dia mahu, kepada mensyukuri dan menikmati apa yang dia ada sehinggakan walaupun selepas makan seberapa banyak yang dia mahu, dia tetap mempunyai baki. Keperluannya telah menjadi sangat kecil.

Kelimpahan barakah ini diberikan dalam kehidupan orang tua itu disebabkan kemurahan hati dan kesediaan untuk berkongsi apa yang dia ada.

Jadi rezeki memang ditakdirkan.

Tetapi,

BARAKAH datang apabila kita bertaqwa kepada Allah SWT, apabila kita bermurah hati dengan apa yang kita ada, apabila kita bersyukur dan apabila kita meletakkan Ibadah & Zikir Allah SWT di atas segala-galanya.

Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hambaNya yang bersyukur, taat dan murah & besar hati. AMEEN.

3 comments:

Supermodel

Google+ Followers

Pautan

Nota Kaki

Nota Kaki