Auto Feed Blog

Kemenangan Yang Tertunda

Monday, January 18, 2016 Fendi Rocka 3 Comments



Rakan sepejabat yang duduk sebelah aku adalah peminat bola sepak yang sama kental macam aku. Setiap hari kami akan bersembang tentang isu bola sepak dan keputusan bola sepak dari segenap dunia. Kami saling berkongsi info, pendapat dan keghairahan (sedih dan gembira) terutamanya setelah pasukan masing-masing berlawan.  Walaupun dia merupakan penyokong kuat pasukan Manchester United, iaitu musuh utama pasukan kegemaran aku Liverpool sejak zaman-berzaman, namun kami tetap tidak bermasam muka malah merapatkan kami lagi. Nama dia bukan Rashid.

Setelah sekian lama menanti dan sibuk hal bola sepak secara umum, semalam tibalah masanya pasukan kami berdua berentap sesama sendiri. Perlawanan Manchester United menentang Liverpool tu memang aku dah tunggu lama dari minggu ke minggu, dia punya excited tu kalau boleh transfer kat korang mesti korang akan terloncat-loncat macam _________(isi tempat kosong), rakan sepejabat aku juga berkongsi rasa yang sama. 

Jadi tepat sepak mula semalam aku dah tercongok kat kedai mamak, bersama dengan mee goreng dan telur mata / teh tarik gelas besar. Pasukan aku Liverpool menguasai perlawanan dan melakukan gerakan-gerakan cantik. 


Peluang pertama untuk Liverpool menerusi hantaran jauh ke depan...ditepis! 


Peluang kedua, Henderson berjaya menahan bola, menghantar dan melakukan rembatan ke arah gol...melilau ke tepi gawang!


Peluang ketiga untuk Liverpool...tidak tepat.

Masuk separuh masa kedua, game semakin menarik.

Peluang keempat pulak,sepakan dari Emre Can tepat ke gawang! Namun di tepis penjaga gol! Arghhh... Firmino membuat percubaan susulan..ditepis lagi!


Tak lama kemudian Manchster United mendapat sepakan sudut, Felaini menanduk bola terkena palang gol..bola jatuh di hadapan Rooney..dan sepak. Gol.  



0-1

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Pagi ni, kawan sepejabat aku datang membawa senyuman. Dari hujung pintu sampai ke tempat duduk, kemas dia tayang senyuman tanda kemenangan. Kemudian dia nyanyi pulak lagu Glory-Glory Manchester  United kat sebelah aku.

Aku tenang.

"Haha..sekali try terus masuk" kata dia menegur aku.

"Eh ye ke, tak tengok lah game semalam.." balas aku dengan nada tak berminat dengan bola sepak. Kita dah kalah, kita cakaplah kita tak tengok, gitu, takkan itu pun nak kena ajar.


Atau mungkin ini bukan kekalahan tapi sebuah Kemenangan Yang Tertunda.



You Might Also Like

3 comments:

YB Shehan said...

sindrom penafian

mario said...

hrp dpt jumpa kat uel pulak,,, tk puas hati aku,,,
ynwa bro

Hami Asraff said...

YNWA.

Supermodel

Google+ Followers

Pautan

Nota Kaki

Nota Kaki