Meletak Jawatan



Semalam akak yang selalu guna mesin fotokopi tegur aku seolah-olah nak tanya sesuatu. Walaupun tak dapat nak respon sebab sedang sibuk berhubung di telefon, tapi aku dah boleh agak apa soalan yang dia akan tanya, tertulis di dahi akak mesin fotokopi dengan persoalan "Mana R ?" (R merujuk kepada rakan sekerja yang lama tak datang kerja).

Hari ni, pagi-pagi lagi sebelum aku sempat sumbat perut dengan nasi lemak akak mesin fotokopi datang lagi membawa soalan yang disimpan dari semalam. 

Aku bahasakan tubuh supaya kelihatan serba salah nak beritahu. Aku beratkan sedikit raut wajah aku, seperti menyimpan beban yang sukar dilepaskan. Rapatkan jarak lalu dengan separa berbisik yang diselimuti nada sedih aku beritahu akak mesin fotokopi "Dia dah resign.."

Keras muka akak mesin fotokopi dibuatnya..tarik nafas tak lepas. Memang respon macam ni yang aku jangkakan, dah macam kena darah tinggi-strok dan kekejangan otot. Kemudian cepat-cepat aku senyum dan cakap "takdelah..dia cuti.hehe". Kalau dibiarkan lama sikit terjelepuk kat lantai sapa pulak nak angkat.


"Eiiiiii.." saja yang mampu akak mesin fotokopi luahkan. Sambil menumbuk angin.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

10 comments: