Ola Bola - Kembalinya Keyakinan

Ola Bola - Kembalinya Keyakinan (You Will Believe Again) 

Ola Bola - Kembalinya Keyakinan

(ulasan dari seorang peminat filem dan bola sepak tempatan)

1.Filem ini mendapat tepukan dari penonton yang berbilang kaum di wayang, aku tengok filem Mat Saleh pun tak dapat tepukan macam ni. Sebab apa? Sebab filem Ola Bola dekat di hati rakyat Malaysia, simple. Sentuhan emosinya dapat mencapai ke sudut gelap hati kita yang sering lupa tentang perjuangan masa lalu. 

2. Pelakon membawakan watak secukup baik, walau pada masa tertentu nampak kaku tapi tetap keseluruhannya jitu (ramai yang pertama kali berlakon). Filem ini berbeza dengan lambakkan filem cinta atau kahwin-kahwin, meski kurang rujukan untuk buat perbandingan, namun yang baiknya babak-babak kelihatan segar kerana jarang filem Malaysia yang memaparkan topik seperti Ola Bola. Juga segar sebab tidak menggunakan pelakon popular yang kita dah biasa tengok, kalau babak nangis asik nak guna Fauziah Nawi pun lama-lama karang buta mata dia.

3. Aku sebenarnya tak sangka kita boleh buat filem tentang kejaguhan bola sepak kita, sebab nak melakonkan babak di pandang tu bagi aku macam sangat kompleks untuk peminat bola macam aku boleh yakin. Tapi sangkaan aku meleset lah kan, aksi di padang dalam Ola Bola tidak nampak kekok, malah boleh dipuji, aku tak reti lah secara teknikalnya di belakang tabir macam mana dia buat tapi hasilnya aku sebagai peminat bola yang tiap minggu tengok bola pun boleh rasa bagus, kira baguslah kut kan? (Apapun aku berpendapat lebih sukar untuk meniru corak bola sepak pada masa kini dimainkan yang mana telah berevolusi menjadi lebih fizikal, pantas dan kadang terlalu taktikal)

4.Tidak terlalu berat, atau boleh dikatakan ringan jugak filem ini. Mesej yang nak disampaikan boleh nampak tanpa perlu diperhalusi dengan kamus atau buku koleksi 1001 kata-kata bidalan melayu. Namun penceritaan dan kesinambungan cerita nampak kemas dan dipaparkan dengan menarik, dapat rasa sentuhan pengarahan filem yang baik.

5.Ola Bola diinspirasikan dari kisah sebenar. Walaupun tidak menggunakan nama sebenar secara terus, tapi kita tahulah watak merujuk kepada siapa. Kejadian yang berlaku dengan persekitaran yang dibina untuk menggambarkan masa dan waktu dahulu adalah yang aku tunggu-tunggu. Visual yang baik, dengan perasaan dan debaran pada masa dahulu ada dipakejkan sekali dalam filem Ola Bola ni, kiranya aku sebagai generasi baru yang tampan dapat merasa sikit apa yang aku terlepas.

Ola Bola - review

6. Bront Palarae sangat memainkan peranan dalam merancakkan momentum filem Ola Bola. Berlakon sebagai Rahman pengulas sukan yang sedang mencuba nasib, Bront dapat mengisi  ruang filem ini dengan humor yang menjadi-jadi serta membuatkan aku teringat suatu ketika di mana aku mendengar ulasan perlawanan bola secara langsung di radio Selangor. Satu lagi lakonan yang signifikan dari Bront Palarae selepas filem Terbaik Dari Langit. (Dikatakan Bront dah lama mengidam nak berlakon di bawah pengarahan Chiu, tapi nak jadi pemain bola sepak Chiu kata Bront dah tua.)

7. Suasana bola sepak yang dipaparkan tidak mengecewakan. Penonton disajikan dengan drama dalaman di antara pemain-pemain, ketegasan seorang jurulatih, keghairahan penyokong, peranan pihak media massa yang sentiasa mahu berikan yang terbaik serta betapa pentingnya semua ini dalam mempengaruhi arah tuju skuad bola sepak negara. Tidak langsung mereka bercerita tentang duit dalam membuat sesuatu penilaian, zaman itu nampaknya terasa begitu jauh.

8. Walaupun filem Ola Bola lebih menjurus kepada patriotisme atau apa yang menyatukan Malaysia, bola sepak hanyalah dijadikan sebagai medium untuk tujuan tersebut, namun aku sebagai peminat sukan bola sepak sedikit rasa kosong kerana tiada isu berkaitan dengan bola sepak secara khusus yang diketengahkan. Tak ada digambarkan bagaimana seorang penjaga gol boleh menjadi penyerang, atau bagaimana sesuatu taktikal yang digunakan jurulatih itu bolah menjadi efektif atau sekurang-kurangnya tunjuk satu-dua teknik. Hanya disampaikan secara umum bagaimana kerja berpasukan adalah perkara yang paling penting untuk berjaya.

9. Tagline atau cogan kata filem Ola Bola "You Will believe Again" (Kembalinya Keyakinan) sebenarnya tak berapa nak menelusup sangat. Tapi aku percaya yang kita bangsa Malaysia memang boleh menjadi hebat dan kuat bila bersatu-padu. Bak kata Ali dalam filem ni, kita menang sama-sama, kita kalah pun sama-sama. 


10. Mohon agar filem Ola Bola dapat mengatasi rekod kutipan Polis Evo. Filem macam ni lah yang patut kita tonton sama-sama. Its not perfect, but its us.



p/s: Lagu tema tak berapa umpph, lagi suka lagu TM yang 'jika engkau jatuh..jangan engkau lemah kerana hidup mengajar kita jangan cepat mengalah'
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment