Auto Feed Blog

Pengawal Keselamatan Yang Tegas

Thursday, January 14, 2016 Fendi Rocka 8 Comments


Pengawal Keselamatan Yang Tegas


Ada pengawal keselamatan warga asing yang baru kat pejabat aku bekerja, yang sebelum ni mungkin dah pindah ke tingkat lain, yang ganti memang muka aku tak pernah nampak. Pengawal keselamatan ni dia ada meja dia kat tempat pintu pejabat, selain menjaga keselamatan dia jugak menyahut seruan Ahmad Maslan dengan melakukan lebih tugas seperti melayan orang penghantar barang dan menjaga pasang-tutup suis-suis elektrik. 

Pada minggu pertama memang jelas sekali dia nampak kekok duduk depan tu, muka ketat macam baru lepas cucuk botox. Rajin jugak aku ucap good morning tapi zero respon macam ucap kat angin lalu. Aku tenang je sebab memahami dia baru lagi, aku masa baru masuk pejabat dulu pun keras dan kejung jugak kan. 

Lama-kelamaan, tak tahulah berlaku secara semulajadi atau bos dia hantar pergi training kat gua mana, muka yang ketat dah mula lembut sikit. Kalau terserampak di pantry tu dah boleh senyum nipis, meskipun tak pernah dengar suara dia. 

Sehinggalah di suatu hari yang memeranjatkan, masa aku sampai awal pagi terkeluar dari mulut dia ucapan "Good morning.." Pada mulanya berlaku kadang-kala, tapi sekarang dah berlaku secara konsisten dah melebihi pengawal keselamatan yang lama.

Secara konsisten dan tanpa toleransi. 

Setiap kali aku datang pejabat, dia akan menyapa mesra dengan ucapan good morning atau selamat pagi. Tak kiralah bertentang mata atau tak, kedudukan aku berada di hadapan dia ke, belakang dia ke, tepi dia ke ,atau aku buat-buat tengok cicak kat siling ke, aku buat-buat tengok lantai, tengah makan kat pantry, atau bila aku kat meja buat-buat sibuk pandang komputer pun dia tetap akan ucap "good morning boss"

Dan sekarang aku pulak yang jadi kekok macam kena botox.

Hari ni aku datang awal, pengawal keselamatan tersebut belum ada lagi kat posisi dia. Tapi lepas tu dalam pada aku nak ke tandas, nampak dia sedang membongkok menggeledah laci, aku pun apa lagi amik kesempatan bukak pintu laju-laju supaya dia tak perasan dan terus menuju ke arah tandas. Gaya laju memang macam tak tahan betul nak kencing padahal nak lari dari good morning.

"Good morning boss", suara seperti biasa kedengaran. Padahal pintu tandas tu dah separuh aku tutup, bukak balik pintu tengok memang dia cakap kat aku dan aku terpaksa balas balik. Semasa aku kencing tu aku dapat idea nak tulis entri ni.


You Might Also Like

8 comments:

Mila Hilas said...

hahaha sengal ko fendi

YB Shehan said...

hahahha. good morning boss

good morning...

Lea Ismail said...

hehehe.bos..bos

nasib baik tengah kencing. bukan tengah terberak hahaha.

abg fendiiii~ kc tag abg fr kat sini http://www.sayidahnapisah.com/2016/01/segmen-mini-giveaway-by-si-chubby.html

jangan lupa baca, komen & join! :D

nak tengok sikit rupa kekok macam kena botox....!

:p

Kehkehkeh. Acaner la muka tahan kencing ala botox? Ce lukis sikit :p

Hahahaha. Good evening boss. Ehh :P

Supermodel

Google+ Followers

Pautan

Nota Kaki

Nota Kaki