Terlanjur Dengan Bos


Aku ni bukan seorang yang licik dalam bergaul mesra,mulut pun tak semanis kurma, peramah apatah lagi memang tak sesuai untuk sesiapa menyebut ciri-ciri ini untuk menggambarkan tentang aku. Tak kiralah lokasi di mana, lebih kurang begitu jugalah simptomnya. Cuma dari aspek mempamer senyuman tu ada banyak peningkatan, itupun selepas aku masuk pertandingan 'senyuman paling menawan' di sebuah blog dan tak semena-mena jadi juara bagi kategori lelaki, dari situlah baru aku sedar yang senyuman aku ni boleh jual jugak rupanya.Kahkah.

Nak dijadikan cerita, bos aku punya bos punya bos selalu juga datang ke pejabat untuk meeting atau urusan kerja dia sebagai bos aku punya bos punya bos. Beliau pada aku walaupun sangat fokus dan particular dalam hal kerja, namun dari aspek bersosial dan kebolehan berinteraksi tanpa kekangan tingkat dan tahap jawatan patut dipuji. Kalau lihat cara dia bercakap dan menegur staff memang bagus. 

Nak terjadi cerita, dia ni jenis suka pulak menegur aku. Itu yang aku pelik dan jadi segan, aku punyalah tak ramah ni jugak yang selalu jadi target. Setiap kali terserempak bos aku punya bos punya bos  ni akan tegur dan tanya khabar.

"Hi Fendi! How are you?" setiap kali memang ini lah yang dia tanya. Kadang dia akan tegur guna dialog yang berlainan sedikit tapi dia punya intro dan intipati memang tak jauh beza.

Dan pilihan jawapan aku cukup dengan "Goood......" atau "Great, bos" dan tak lupa disulami dengan senyuman yang kononnya menawan tadi. Memang jawapan aku serba ringkas dan padat, terselit elemen positif dan semangat kental. Sebagai bukan senior, aku rasa macam belum penuh ilmu di dada nak bincang hal lain, jadi cukuplah ringkas sahaja jawapan aku.

Oleh kerana kami dah seringkali berjumpa atau terjumpa, aku dah boleh agak dia punya timing dan dialog. Memang tak pernah salah perkiraan.


"Hi Fendi! How are you?"

"Gooood" (senyum)



"Hi Fendi! How are you?"

"Great, bos" (senyum)



"Hi Fendi! How are you?"

"Gooood" (senyum)



"Hi Fendi! How are you?""

"Great, bos. How are you ?" (senyum)



Sampailah di suatu hari, ketika aku sedang enak duduk kat sofa ofis. Bos aku punya bos punya bos muncul membawa dialog biasa.


"Hi Fendi! Dah makan?"

Aku boleh plak pergi jawab "Goooood!" 

(Tak jadi nak senyum).





Inilah yang orang kata, terlajak perahu boleh diundur, terlanjur kata...hmmm mungkin dia nak melatih aku supaya fokus dan particular seperti dia.


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

7 comments:

  1. Ehehehe...apa la fr,dgr dulu soalan btul2..kihkih

    ReplyDelete
  2. Tu la..main jawab je..dgr dulu betul2...puas cari scene terlanjur..rupanya terlnjur kata

    ReplyDelete
  3. kahh kahh kahh...!!
    teruk punya terlanjur ni.. nasib baik tak lekat..

    :p

    ReplyDelete
  4. booo abg ondi booo! hahaha

    pssttt senyuman tuu tak boleh nak lawan senyuman menawan kc la yang pasti ehem

    ReplyDelete